`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: May 2006

Wednesday, May 31, 2006

Bodoh Sombong

Sekarang kalau nak bank in kan cheque, kita tak perlu beratur atau tunggu no giliran kita menjerit dgn lampu berkelip kelip tanda giliran sudah tiba.

Sekarang dah ada mesin utk masukkan cheque. Kita cuma perlu masukkan cheque kedalam sampul tu dan tulis detail akaun kat luar sampul. Masukkan dalam mesin tu. Tunggu resit keluar. Dah selesai.

Tadi. Aku dgn riaknya. Masuk ke bank, melangkah ke mesin deposit itu. Masukkan 6 keping sampul deposit itu. Dgn mata memerhati keliling. Agar semua orang nampak yg aku tak seperti mereka. Aku tak perlu beratur. Aku menggunakan teknologi terkini. Aku keluar dgn 6 resit ditangan.

Masuk dalam kereta. Aku masih riak. Sebelum kereta aku gerakkan, aku meneliti setiap resit tadi. Terpandang sekeping sampul deposit cheque yg terlebih. Aku lihat. Dengan perasan bodoh yg melampau.

Baru aku perasan. Satu sampul boleh didepositkan 5 cheques. Arghhhh... mesti ada orang dlm bank tadi yg tertawakan aku. Sebab aku gunakan satu sampul utk satu cheque.

Malu. Malu.

Tuesday, May 30, 2006

Cita Cita Kami

Cita Cita Aku
Aku beli tong baru utk mengisi barang mainan dia. Aku tak nak nanti bersepah sepah semua toys dia. Aku akan simpan semua mainan dalam tong biru tu bila dia tidur.


Cita Cita Dia
Dia lebih jauh pandangannya. Dia lebih berminat dgn tong baru itu dari mainannya yg lain. Dia lebih menumpukan sepenuh perhatian utk menjadikan tong itu permainannya. Toys yg lain bersepah seperti biasa. Dia dalam tong baru itu.

Mau vacuum ka bos?

Balik dari SP. Kereta aku dah kelihatan seperti seekor kerbau yg sedang mengering lumpur. Segala macam bangkai unggas melekat kat cermin depan. Belum lagi kat bumper depan.

Pemanduan yg mencecah 140 km/jam membuatkan semua yg melintas tak sempat aku elakkan. Aku tak dapat bayangkan berapa tiket saman ekor yg akan aku terima. Walaupun kereta aku tak berekor.

Tadi. Singgah di kedai cuci kereta. Semua pekerja warga dari negara di utara tanah air. Semua berbaju merah. Semua berkasut getah tinggi cecah lutut.

Sambil menyerahkan kunci kereta. Aku menegaskan " Cuci luar dalam ha, enjin pun cuci..."

Salah seorang dari mereka mengangguk dan terus mencapai kunci dari tgn aku.

Aku ke kedai sebelah utk santapan tengah hari. Air tembikai memang menaikkan selera dalam keadaan panas ni.

Kembali ke kedai cuci tadi. Kereta aku sedang dilap. Datang mamat yg ambik kunci dari aku tadi, dia tanya. " Bos, mau vacuum ka bos?". Aku dalam kebingungan mengangguk.

Apa yg aku cakap tadi? Boleh ker cuci dlm kereta tanpa vacuum? Berapa pulak harganya? Salah ker ayat aku tadi?

Lain kali aku akan sebut " Cuci luar, dalam. Enjin cuci. Sudah cuci, kasi lap kering2. Dalam semua vacuum. Cermin dalam mesti mau lap. Bonet belakang kasi vacuum jugak. Tayar kasi cuci sama polish. ok? "

Majlis

Majlis Kenduri Kahwin. Kenapa setiap kali majlis, pasti akan ada kekeliruan atau kekelamkabutan. Padahal persiapan telah berjalan berbulan bulan lamanya.


Bagi aku. Mungkin semua ni berlaku sebab setiap kata putus akan melibatkan ramai orang. Atau dgn kata lain, melibatkan banyak kepala.


Contohnya, akan timbul masalah seperti, kumpulan kompang tak ada, tukang ambik gambar tak datang, mak andam lewat dan macam2 lagi. Sampai lah kepada hiasan meja pengantin pun boleh menjadi suatu isu besar.

Tapi. Ini semua adalah satu rencah majlis perkahwinan. Yang kalau takder, akan hambar majlis tersebut. Bagi aku setiap kali sesuatu perkara diputuskan diakhir masa, itu yg lebih baik dari yg telah dirancang sebulan lebih awal. Suasana akan lebih gamat dan meriah.

Gotong royong dikampung memang best. Semua seakan tahu tugas masing2. Tak perlu label dan tak perlu ketua. Semua seakan terlatih dan tertib.


Lauk tak cukup memang isu biasa. Walau telah bersedia lebih awal utk 2000 jemputan. Namun selera orang kita tak boleh sekat. Ada yg makan semakan makannya. Ada yg tak usik pun lauk.


Apa pun, kehadiran semua adalah sangat dialukan. Semoga pengantin berbahagia sepanjang hayat. Amiiinnnnnn.....

Monday, May 29, 2006

Suka + Duka

Suka
Di Sungai Petani. Majlis perkahwinan 2 pupu aku. Berjalan lancar dari hari pertama (Sabtu) dan ke hari kedua (Ahad), walau sedikit kedinginan sambutan dipihak perempuan. Namun segalanya dirasakan amat bahagia dgn kehadiran semua keluarga jauh dan dekat.

Tahniah buat Hafiz dan Sya.

Aku setiap kali majlis. Akan bertindak sebagai pemasang papan tanda dan bahagian lauk pauk. Memang tak dapat dipisahkan dgn 2 tugas berat ni.

Duka
Hampir selesai majlis dihari kedua. Kami dikejutkan dgn berita rumah Atuk kepada pengantin lelaki terlibat dlm kebakaran. Semua bergegas ke tempat kejadian. Yang tinggal hanya sedikit binaan dari batu bata yg gagal dimakan api.


Sehelai sepinggang keluarganya yg tadi sebuk berzanji di majlis kahwin. Keadaan gembira bertukar pilu. Sekelip mata. Semoga mereka tabah menghadapinya.


Apa yg dapat kami bantu. Dia mungkin berteduh dirumah nenek aku sementara. Derma kilat kami kutip.

Jam 8 mlm aku bertolak ke KL. Alhamdulillah jam 11 kami sekeluarga selamat sampai.

Aku mula mencari cari baju yg tak terpakai utk dihantar ke kampung nanti.

Friday, May 26, 2006

Petua

Masa kat hostel dulu. Jarang aku makan nasi habis. Kecuali hari nasi minyak lauk ayam merah.

Mana taknya, kekadang nasi lebih dari lauk dan kuah. Lepas tu satu jenis jer lauk, satu jenis jer sayur. Dan kalau nak tambah, nasi dgn kuah jer, lain tak boleh.

Tapi bila dah naik jadi senior, nasik dan lauk akan lebih. Beratur pun tak payah. Kuih akan dapat lebih, terutama karipap. Lepas tu siap boleh marah sapa budak junior yg cuba nak potong line atau nak ambik lebih.

Cerita pasal makan nasik tak habis ni. Ada satu petua kawan aku utk memastikan setiap makanan yg kita makan tu akan habis. Katanya, lain kali kalau nak makan nasi atau apa2 yg rasanya tak boleh nak habis, sebelum makan yg lain “ kita makan bahagian yg tak habis dulu”.

Servis Kereta

Hari ni (semalam) pukul 930 dah terpacak kat mekanik. Nak servis kereta cadangnya. Sabtu nak balik kampung. Servis mcm biasa jer. Cuma aircond dah bau. So mintak dia servis sekali. Check punya check, belakang dashboard dah busuk gila, mcm longkang belakang kedai makan.

Penuh dgn daun2 kecik, entah dari mana masuknya. Nak tak nak, kena bukak semua dan compressor aku memang dah teruk. Minyak dah keluar. So proses pembukaan compressor bermula.

Sedar yg masa akan lebih lama disini, aku masuk bilik menunggu, on aircond dia. Bukak laprop, menaip sorang2. Hari ni terpaksa aku lupakan semua kerja yg tak siap semalam. Ber'opis di kedai pomen.

Try jugak wireless connection. Malang. Tak der server yg aku boleh tumpang kat sini. So menaip dlm keadaan offline.

Kereta aku memang selalu gak servis. Tapi aircond aku tak rasa pernah servis lansung selama 10 tahun umur kereta ni. So memang patut la compressor aku kong. Dan kalau ikut umur kereta ni, dah kira bonus utk aku yg pakai. Aku ingat selagi sejuk tu kira ok la. Aku suruh dia check pun sebab dah ada bau chemical yg tak sedap keluar dr muncung penyaman udara tu. kalau tak, takder la.

Kalu ikut kata mekanik. Sepatutnya 2 tahun sekali mesti servis aircond. Baru aku perasan, selama ni aku Cuma servis minyak hitam, filter, tayar, lampu dan brek. Itupun yg nampak dan bunyi jer. Tak terpikir lak aircond ni kena servis.

Memandangkan perjalanan sabtu ni agak jauh. Aku kena gak setelkan aircond ni, kalau tak mahu mengamuk anak aku dlm kereta.

Masa aku tgh menaip ni. Compressor baru aku dah siap pasang. Sekarang giliran condenser lak nak si servis. Sebijik compressor tu RM460. Perghhh.. nak buat mcm mana. Salah aku jugak yg tak pernah servis aircond.

Kalau tak sejuk jugak lepas ni, mahu aku bakar kedai cina ni.

Dulu masa naik bas pegi balik sekolah, tak pernah lak rasa panas ni menyusahkan. Baru lah teringat kita ni terlalu manja dgn kemudahan. Aku sekarang kalau disuruh naik bas, mampus sesat! Walaupun bas skrg dah sejuk hawanya.

Padahal dulu, mula2 bebas boleh keluar dari rumah. Aku naik bas. Kalau nak pergi pekan tgk wayang, bas lah yg ditunggu tunggu. Bila dah ada kereta ni, batang hidung drebar bas pun tak nak tengok.

Cina ni siap pelawa aku pakai kereta dia dulu utk ke opis. Bukan aku tak nak, tapi kereta dia tak der aircond!


Wednesday, May 24, 2006

Pak 'Guard'

Tadi. Aku deliver uniform Pak Gat kat Serdang.

Bila mereka sebuk mencuba pakaian baru mereka dgn ala ala model di belakang pentas. Aku teringat satu kisah di zaman sekolah. Aku, Yob dan Pak Gat.

Satu malam, seperti biasa. Kami fly (istilah lari keluar kawasan sekolah tanpa disedari sesiapa ikut pagar rosak atau longkang besar). Bukan buat apa pun. Sekadar cuma nak makan roti canai Mak Jah dan pekena teh tariknya. Dan berjalan kaki lebih kurang 2km.

Yob akan beli sebungkus Dunhill 14. Aku tak merokok. Tapi, aku beli jugak. 2 bungkus. Aku jual. Sebatang 30 sen. Tokan.

Bila balik. Menyusup melalui longkang dibawah pagar. Sebelum masuk ke bilik, perlu melalui kawasan court takraw dulu. Kali ini, bila kami masuk. Tiba2 Pak Gat Suluh dgn torchlight dia. Kami tunduk ala komando mencari komunis. Pak Gat mcm tak puas hati, dia keluar dari pondok dia yg bising dgn lagu dangdut Iwan dan Amelina.

Kami tak sempat lari. Terus menyuruk. Dia makin dekat. Terjenguk2, agaknya mencari benda apa yg dia nampak tadi.

Selang seminit dia menyuluh keatas pokok. Dia nampak Yob dgn kain pelekat. Dia nampak aku dgn seluar pendek jersi bola. Terus dia bantai gelak "Hahahahahhaha.... Apa yg korang buat atas pokok tu monyet...? " "Turunnnnn!!!!"

Terketar2 kami turun. Nak gelak pun ada, sebab Pak Gat dah gelak dulu. Sampai kat bawah, dia tak dapat tahan gelak sebab tgk kami menyuruk atas pokok sukun tepi pagar. Lama jugak dia gelakkan kami.

Malam tu. Kami jadi kawan baik dia dan roti canai yg kami beli, kena share dgn dia. Rokok yg aku beli dia paw' 5 batang.

Sejak tu. Kami tak fly lagi. Kami ikut pintu depan.

Kantoi

Benda ni dah lama aku dapat. Ni cerita pasal ke'kantoi'an seorang playboy. Cerita adalah mungkin kisah benar, sebab benda ni direkod dari sebuah stesen radio. Singapore mungkin.

Korang kena dgr sampai habis, baru paham jalan cerita. So bila dah dgr tu, apa pendapat korang?


Tuesday, May 23, 2006

Ono Opo Awakmu




Lagu ni khas buat peminat Peter Pan, dan Khas buat Blackpurple juga semua mereka mereka yang jaworld.

Nanti saya buka gerai sendiri

Pagi yg serba sebuk.

Aku : Dik bungkus nasi lemak lauk kerang dgn telur goreng satu.
Adik : Kerang nak berapa ringgit bang?
Aku : Singgit..... letaklah lebih sikit!
Adik : Isk, mana boleh nanti boss marah.
Aku : Ala.... boss mana ada, tutup sebelah mata.... letak lebih sikit!
Adik : Ala bang, nanti la saya bukak gerai sendiri, saya kasi lebih...

Lebih kurang jer.

Monday, May 22, 2006

2 Tarikan

Pengkritik
Sabtu lepas, aku sempat ke carefoure walaupun tahu jam 930 malam ada AF4. Bukan fanatik, tapi taknak ketinggalan. Di sana, sempat beli pampers lagi, walaupun kat rumah masih ada 8 packs M84 belum bukak. Tengah sale, beli jer la kan.

Balik. Sempat tgk game Pahang dgn Perlis. Boring, takder gol. Bukak Ria. Walau boring tgk Nana, tapi disebabkan permintaan ramai. Layan gak.

Bila keluar sorang2 budak AF4.

Suara : Isk budak2 ni, takder personaliti la.
Suara : Ni nak tiru Mawi lah ni.
Suara : Apasal la mamat ni asik sepak bola ke bulan jer ni?
Suara : Pergh...pakai tudung.
Suara : Kalau main macam ni, mampus orang maki hamun ni.
Suara : Wahh DAP dah 6 kerusi, habis laa...

Tu baru tgk kejap kejap jer. Belum betul2.

Kejutan
Akan sentiasa ada kejutan. Bak kata pengacara berambut perang AF. Tapi itulah yg disukai semua orang. Kali ni awal2 lagi dah terkejut sikit. Dah ada yg bertudung. Dah ada amoi. Rooney mungkin tak boleh main. Oliver Kahn jadi simpanan jer?

Setiap tahun kejutan akan memberi ransangan kepada semua yg menonton. Kalau tak, Mawi tak masuk balik la. Atau kalau tak, dia tak menang la. Atau, ini mesti saja tanak jumpa Brazil ni.

Tapi kejutan ni baik utk bisnes diorang. Akan lebih berjuta lah yg meng'sms dan membeli tiket. tak kurang yg beli cenderahati. Bestnya kalau tu company aku.

Aku
Akan tetap mencuba utk meluangkan masa utk AF setiap Sabtu. Akan tetap cuba utk tgk setiap game World Cup bila team yg aku suka, main. Akan tetap mengkritik kelemahan picing Ronaldhino dan Rooney di Germany.

Friday, May 19, 2006

Tongkat Ali Ginseng

Duduk minum dgn dua rakan pejabat. Di gerai makcik sunda. Aku meminta Teh O Ais. Dia meminta Tongkat Ali Ginseng dan dia meminta Teh tarik.

Aku : Kenapa kau suka sangat minum tongkat ali ginseng ni. Power sgt ker?
dia : Yer la, baunyer jer bukan main kuat, pergh!
Dia : Nanti kau pergi mana mana, pastu kau terbau jer kuat, kau tahu lah situ 'line aku'.

Aku. Teringat satu kisah di rangkaian 52 pasal sejenis anjing di Australia yg menandakan kawasan taklukan dia dgn air kencing.

Thursday, May 18, 2006

Dah Nak Demam

Sabtu lepas. Malamnya aku agak boring. Semuanya sebab EPL dah tamat musim. Pagi tadi baru jer Barcelona kejutkan Henry dgn kemenangan 2-1 dalam final Liga Juara2.

Dan aku teringat. Tahun2 lepas, bila EPL dah di penghujung musim. Akan disambung dgn demam lain. Akademi Fantasia. Dan mesti ada antara korang dah terasa nak demam.

Aku. Aku takkan sms sesapa. Tapi 'tetap mengkritik' dari sofa rumah setiap malam konsert.

Jowopinter Men'tag Aku

Mula2 terima kasih la pada book yg sudi tag BP dan tak pasal2 aku tertag. Utk menampakkan lagi kelakian aku, aku menyahut cabaran tu walaupun aku belum sempat makan meehoon goreng yg aku beli kat kedai Bedah tadi.

Pelik. Memang ramai orang suka benda pelik. Kalau tak takkan Mawi boleh jadi juara kan? Kalau tak jugak takkan Muhd Said boleh jadi MP.

Aku. Aku tak berapa tahu apa kepelikan aku. Tapi aku cuba. Mungkin kepelikan aku biasa bagi orang lain, tapi aku punya suka la nak kata benda tu pelik (saper suruh tag aku kan...).

Satu.
Aku tak suka jam berjarum. Lebih menghayati jam digital. Bukan sebab aku tak pandai tgk jama jarum. Selama ni kat rumah dan opis pun semua pakai jam jarum. Bagi aku jam digital best, sebab mudah, tgk jer terus nampak nombor dan tahu pukul berapa. Satu lagi Jam jarum ni takleh buat sistem 24 jam. Yg ruginya, semua jam jenama mahal2 ni semua berjarum. (sumpah tak ada kena mengena dgn jam kat blog aku sebelah tu ---->)

Dua.
Aku tak makan durian. Korang cakap la apa pun, memang aku tak makan. Bagi aku durian tu busuk. Memang busuk kan? Siapa kata wangi tu aku tak tahu la hidung dia ada problem kut. Memang tak pernah aku rasa pun walau sekomet. Dan dgn itu, semua benda berkaitan dgn durian aku tak akan sentuh, termasuklah ais krim durian dan gula2 perasa durian. Yg untungnya, durian mahal. So aku boleh berjimat sikit dgn memakan rambutan atau jambu.

Tiga.
Aku gadget freak! Ini memang membebankan aku. Sebab pantang benda baru keluar mesti nak try. Aku tak boleh tgk benda yg canggih manggih ni. Sure nak cuba. Kalau tak dapat sekarang, tak lama nanti sure nak jugak. Terbaru aku baru try O2 mini yg dah lama aku idamkan. Ni aku duk nampak Nikon D70 pulak, tapi aku punya Sony V3 ni nak letak mana. Semalam duk surfing tgk sandle crocs. Macam best jer.

Empat.
Aku tak suka pergi Jalan TAR. Benda ni kalau korang tak percaya boleh tanya orang rumah aku. Bagi aku kat situ sesak sangat. Dan barang yg dijual semuanya sama antara kedai2 kat situ. So kenapa buang masa kalau kita boleh beli benda yg sama kat pasar malam melawati?

Lima.
Aku suka cerita misteri. Contohnya mcm cerita2 yg Fazamania selalu tulis kat blog dia. Bagi aku benda macam ni tak ramai orang tahu ceritanya. Dan hanya mereka yg pelik sahaja akan layan benda2 macam ni. Tahyul ker aku ni? Agaknya la.

Enam.
Aku tak suka pinjam benda orang. Dan aku tak suka jugak kalau orang nak pinjam benda aku. Bukan kedekut. Sebab aku tak percaya orang tu akan jaga barang tu sama macam aku jaga. Semua barang aku, aku tahu kat mana aku letak walau dah lama aku tak guna. So kalau ada hajat nak meminjam tu, fikir fikirkan lah dulu.

Tujuh.
Aku pakai baby oil buat minyak rambut. Ni sejak zaman sekolah dulu lagi. Aku tak reti nak pakai gel atau krim rambut ker haper ker. Lihatlah rambut aku ni, cantik kannnn!!! Ilmu ni aku nak turunkan kat anak aku. Kalau dia nak la.

Setakat ni tu jer yg aku dapat pikir kepelikan aku. Dan itulah juga yg menghasilkan ke'handsome'man aku sekarang ni.

Dan oleh sebab BP, GT dan MR dah kena tag oleh book. So aku nak Tag Fazamania, Hotmama dan Syikin. Kalau kalau korang rajin dan berani la.....

Wednesday, May 17, 2006

Cerita Lama

Bila teringatkan gathering bloggers tegar yg dianjur Mamarisya, aku teringat satu kisah yg berlaku lebih kurang 4 tahun dulu.

Dulu, sejak mula berkereta. Aku berulang dari Ulu Yam ke Genting Klang setiap hari utk ke pejabat. Keluar rumah seawal 6.30 pagi utk mengelakkan kesesakan kerana aku kena hantar adik aku di selayang dulu.

Kadang2 aku balik sampai lewat malam dan selalunya awal pagi. Sepanjang aku lalu dari Selayang ke Ulu Yam. Tak ada perkara pelik atau buruk berlaku. Tanah runtuh 2 kali, dan kemalangan memang kerap. Terutama di kawasan2 yg sekarang ini dah ditebalkan garisan belang kuning ditengah jalan.

Ayah aku, sebelum pencen. Pernah beberapa kali terserempak perkara pelik. Dia pernah mengalami seakan satu benda berat jatuh diatas bumbung keretanya. Esoknya dirumah, tiada apa kesan yg tinggal. Pernah jugak dia terserempak dgn Harimau dan Beruang melintas jalan ditengah malam. Tak tahu tu Tok Rimau atau cucunya.

Satu hari aku balik awal pagi. Jam digital dlm kereta menunjukkan pukul 2 lebih. Belok kekanan dari Selayang, aku hanya diikuti sebuah kereta kancil putih yg mungkin sehaluan dgn aku utk ke Ulu Yam. Walau aku perlahan naik bukit berhampiran Empangan Batu, dia tak ambik kesempatan utk memotong. Mungkin kerana dia cuma mahu bersama mengharungi hutan dgn aku sebelum sampai ke Ulu Yam.

Aku seperti biasa, akan layan THR. Aku suka dgr Isma Halil mengenakan pemanggilnya yg selalunya waktu2 mcm ni la.

Sampai di kawasan perkelahan yg pertama, aku nampak dicermin pandang belakang. Kancil tadi masih ikut aku. Dia pun layan THR mungkin.

Sebaik menghampiri satu jalan lurus, sebelum ke tempat perkelahan yg kedua (yg boleh nampak air terjun tepi jalan tu). Aku samar2 nampak mcm ada kelibat lebih kurang 1km dihadapan, ditengah2 laluan aku. Mula memfokuskan pandangan yg kabur dan mengantuk. Semakin hampir aku nampak, jelas beberapa orang sedang berjemaah diatas jalan raya. Lagi dekat aku nampak ada seorang imam dan 5 makmum betul2 safnya diatas laluan aku. Aku terus mengambil laluan kanan, memandangkan tiada kenderaan lain selain aku dan kancil diblkg aku.

Sebaik lalu disebelah jemaah tadi. Aku dapat lihat dgn jelas mereka berpakaian seperti org ke masjid. Ada yg berbaju melayu. Berkain pelekat. Ada yg bejubah. Semuanya berketayap.

Sebaik aku lihat sekali lagi di cermin pandang belakang. Kancil tadi hanya terus dilaluannya, tanpa mengubah haluan seperti aku. Dan jemaah tadi dah tak ada. Ye la, kalau ada dah kena langgar dgn kancil tadi. Aku jadi terkejut, hairan, pelik dan risau.

Sampai di simpang perumahan, aku belok ke taman. Kancil tadi terus ke pekan lama Ulu Yam dan hilang dari pandangan.

Esoknya aku ceritakan pada orang tua. Mereka jugak hairan dan mula bercerita tentang pelbagai ceritera yg mereka dengar. Aku jadi takut. Apa atau siapa yg nyaris aku langgar semalam?

Dan sejak itu aku balik awal atau lambat terus.

Utk Fazamania : Kau agak apa ha?

Tuesday, May 16, 2006

Teka Teki

Dulu, kalau berkumpul ramai2 kami suka bertanding teka teki. Bukan ada hadiah apa apa pun, tapi suka bila takder siapa boleh jawab teka teki yg kita bagi.

Aku ada byk jugakla himpunan teka teki ni. Banyak jugak yg ramai orang tak boleh nak jawab. Tapi satu masa tu aku kena dgn satu budak ni. Identiti tak boleh didedahkan sebab akan lebih menjatuhkan air muka aku.

Aku : Cuba teka, scorpion kaler apa?

Macam2 jawapan yg aku terima. Hitam, kelabu, coklat, jernih, biru pekat. Semua jawapan tu aku balas dgn "Salah"

Bila diorang dah tak reti nak jawab, atau dlm perkataan lain dan 'gibab'. Aku bagi jawapan dgn senyum puas : Scorpion Kala Jengking la.

Ramai yg tak puas hati. Tiba2 yg seorang konon nak balas dekat aku. Dia tanya.

:Okay, cuba jawab ni pulak. Pelangi kaler apa?

Aku rilek jer jawab: Pelangi ada 7 kaler, bla bla..... bla bla...... dan bla.

Dia lagi rilek. "Salah"
Jawapannya : Pelangi Kaler Kaler!


Hantu UFO

Semasa di Tingkatan 3. Aku bersama 5 lagi rakan sekelas plan nak berkhemah di Gunung Jerai. Kami memang dah lama plan nak pergi sana.

Tiba hari yg dijanji utk berjumpa, hanya 3 org sahaja yg muncul. Dulu tak ada handphone, so mcm mana nak contact. Nak tak nak kami pergi la jugak.

Aku, Am dan Mazid masing2 dah bawa bekal masing2. Tinggal khemah sahaja yg kami perlu sewa diatas nanti.

Naik ke Gunung Jerai memang best. Kita akan naik Van yg byk beratur dikaki gunung tu. Van kami hanya kami bertiga. Sampai di atas, kami terus ke tempat utk menyewa khemah. Deposit utk 3 hari.

Selesai mencari tapak yg sesuai, kami pun mendirikan khemah. Muat utk 3 orang jer pun. Kemudian kami mula memasak utk petang dan malam. Kami hanya makan nasi dan sardin, serta telur goreng. Menu biasa bagi org yg berkhemah.

Malamnya keadaan sangat sejuk dan sunyi. Kami yg hanya ada baju sejuk tak berbantal, masuk kedalam khemah sambil bercerita tentang mcm2 perkara. Tiba2 hujan mencurah. Kami hanya perlu duduk diam dlm khemah dan berdoa agar hujan reda.

Lebih kurang satu jam. Hujan berhenti. Keadaan seakan tiada apa yg berlaku tadi, angin pun tak kedengaran lagi. Kesunyian amat sangat. Kami memberanikan diri keluar khemah dan membersihkan kawasan sekitar khemah dgn hanya dua buah lampu suluh. Api yg kami nyalakan tadi padam sudah lama.

Tiba2 Am ternampak satu cahaya bulat terbang kearah khemah kami dari utara. Pergerakan agak perlahan. UFO digunung jerai, best ni kalau boleh masuk tv ker atau surat khabar. Fantasi aku terganggu bila Am menjerit hantuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Kami bergegas lari masuk kedalam khemah. Mengharapkan hantu tu tak nampak kami. Semua dah terketar ketar takut. Walaupun belum sah benda tu hantu. Tapi tak tahu kenapa takut jugak.

Dari dlm khemah kami boleh nampak cahaya tu berlegar legar sekitar khemah kami. Tanpa sebarang kesan bunyi yg menandakan itu hantu atau UFO.

Lebih kurang 5 minit terdiam. kami terdengar suara hilaian yg amat kuat. Mcm Perempuan yg ketawa kuat. Mungkin dia suka tgk kami takut. Apalagi, ketiga2 lelaki yg siang tadinya mancho, terus berpelukan sesama sendiri sambil mata tertutup rapat. Segala doa dan ayat2 yg diajar ustaz semua dibaca. Hati mengharapkan hantu tu dengar apa yg kami baca dan takut, kemudian tinggalkan kami. Doa kami termakbul agaknya. Keadaan tiba2 diam. Gelap seperti tadi. Mata cuma dibuka sedikit.

Kami begitu sampai kedengaran azan subuh dari surau chalet. Baru berani keluar, kemas barang dan berjalan turun.

Kami berjalan bertiga, mengikut jalan yg kami naik semalam. Sejam lebih kami tiba dibawah dan mula terasa bersalah tidak memulangkan khemah dan ambik duit pendahuluan.

Kami terus menahan bas dan tiba di Hentian bas Sungai Petani, kami ikut haluan masing2 kerumah.

Hanya kami yg tahu kisah ni. Dulu tak cerita sebab takut diketawakan. Sekarang dah berani. Dan sebenarnya sam[pai hari ini aku tak tahu itu hantu atau UFO.

Monday, May 15, 2006

Lintah dan Abu

Dulu masa kecik2, aku cucu yg pertama. Jadi kawan2 aku adalah bapak2 saudara aku. Aku memang akan ikut kemana saja mereka pergi. 2 pakcik 1 paksu. Kadang2 mereka taknak bawak aku, tapi disebabkan vetonya aku dimata nenek, aku adalah v.i.p kepada mereka bertiga.

Pernah mereka ke bendang dan aku akan ikut. Dibendang ni seronok. Aku dapat buat mcm2 benda yg takder siapa nak marah. "Menanam" istilah dikampung aku semasa menucuk anak padi kedalam lumpur mengikut garisan yg diukur berdasarkan kepala hotak semata mata. Tapi bila dah besar pokok padi tu nampak mcm diukur dgn tali atau pembaris.

Menanam ni mengambil masa jugak. Utk habiskan sepetak sawah tu memang lama. Biasanya, satu perahu kecil akan diisi penuh dgn anak2 semaian padi dan ditarik sepanjang proses penanaman. Kami akan bermula di satu sudut dan tamat di satu sudut yg lain dgn kelihatan padi hasil tanaman beratur cantik.

Dimasa ini memang tenaga yg byk perlu. Berjalan dlm lumpur sedalam lutut, dan sambil menarik perahu kecil memang memenatkan. (Aku cuma didalam perahu menghulurkan anak padi)

Biasanya, hal ini akan disudahkan dgn makanan bekalan atuk yg memang best. Nasi yg penuh setiap seorang dan telur goreng beserta sedikit kuah kari ikan.

Selesai semua kami akan pulang melalui sebatang anak sungai. Disini lah kami akan mencuci seluruh badan dgn air yg bersih. Aku tak dibenarkan masuk atau berendam dlm sungai ni. Satu sebab ianya dalam dan aku masih tak reti berenang. Dua sebab kat sini lah nanti mereka bertiga akan tanggalkan semua pakaian dan cuci sebelum balik. Tiga sebab kat sini memang byk lintah yg akan serang kita bila kita mula jer berendam.

Tapi status v.i.p membuatkan aku berdegil utk turut sama mandi. Aku beranikan diri menghulur kaki dari batang kelapa yg dianggap jambatan kami. Air memang jernih dan sejuk. Sesekali aku nampak lintah berenang2 cuba menyambar kaki aku. Tapi aku lagi cepat menarik dan mengelak. Alah lintah sekecik tu, apa dia boleh buat? Kata diorang, kalau lintah masuk dlm badan, kita kena minum air abu dapur, utk halau dia keluar. Entah betul atau tak. Tapi semua cerita disertakan dgn fakta yg tidak dapat tidak aku terpaksa terima.

Selesai semuanya kami balik. Baru tiba masa utk aku pulak mandi. Di telaga aku mandi mcm budak2 lain. Tanpa seurat benang pun. Tiba2 aku sedar ada benda licin dekat celah kangkang aku. Lintah. Aku menjerit sekuat hati dan lari lintang pukang keluar kawasan telaga. Pakcik aku dtg dan memberi bantuan kecemasan. Lintah dah dibuang dan mereka gelakkan aku sehari suntuk.

Yang paling tak best ialah bila Atuk kata ' jangan2 ada yg dah masuk kat tutttt!'

Ayah Kita Boss - Review


Aku sebenarnya terpanggil utk beli buku tu bila aku lawat blog Naga. So aku contact naga, dia lambat reply. Aku contact Tok Rimau, dia reply dgn sms dia. Dia lagi advance dari Naga nampaknya.

So aku terus bank in duit dan tunggu. Hari keempat, buku tu sampai. Aku Bukak. Ambik Gambar.Sebagai bukti, nanti Tok kata aku kencing pulak. Aku baru baca page yg Mat Jan tulis tu, anak aku sebuk suruh aku dokong dia. So aku letak dulu. Balik jer bini aku, dia terus sambar buku tu, terus dia yg layan dulu. Sambil dia baca dia gelak sorang2. Semakin memanaskan hati aku.

Time dia mandi, aku rembat balik buku tu, terus baca selaju mungkin. Selama cuti yg panjang ni, kami bertukar tgn membaca buku tu. Semalam aku khatam. Bacaan seisi keluarga.

Buku ni ....... best! Bagi aku kedua dua pemblog ni mempunyai ingatan zaman kanak dan zaman lepas mereka yg sangat kukuh. Setiap peristiwa diolah dgn cukup detail. Sehinggakan kita merasakan ingin kembali menghayati zaman itu.

Tok Rimau lebih kepada kisah kehidupan keluarganya yg penuh dgn kisah hidup masyarakat yg pelbagai warna. Naga pulak penuh dgn cerita zaman mudanya (dah tua agaknya dia sekarang). Namun kedua dua pemblog ini punya garapan tersendiri dlm membawa kisah masing2.

Aku tunggu gandingan kedua mereka.

Nota Kaki : Sekarang kerana teruja baca AKB, aku beli The Davinci Code, geram punya pasal!!

Thursday, May 11, 2006

Tak Lama Lah Tu

Mula-Mula
"DG Custom ni ingat dia selebriti ker, pergi mana2 semua nak ajak press?"

Lepas Terasa
"Sayalah yang cakap dgn kastam 'tutup sebelah mata!' "

Tunjuk Berani
"Siasatlah saya!!"

Rasa Suspen
"Saya tak ada kena mengena dgn company tu!!"

Cari Alasan
"Binyu SoF E. tak import balak! ..... Saya Bin Yusof"

Pulakkk!!
"Saya dah minta maaf dgn PM"

Dua Tiga Hari Ni
-tak masuk parlimen

Lepas Ni
" ? "




Nota Kaki : Mcm mana boleh jadi ahli parlimen ni...?

Wednesday, May 10, 2006

Mainan Baru

Macam biasa, balik dari kerja aku akan mula melayan Zaref. Dia memang mcm dah tahu, masa ptg memang aku akan balik, dan kalau aku buat tak nampak jer dia, dia akan merengek supaya aku tgk dia.

Pastu datang terus ambik dia dari bibik.

Isnin, mcm biasa. Aku sampai. Ambik dia terus naik bilik. Sambil nak tunggu air masak utk mandi dia ni, aku akan melepak dgn dia atas katil.

Dia mcm biasa akan main apa jer benda yg dia boleh capai. Selalunya tasbih aku, toys dia dua tiga biji dan remote astro.


Aku pulak kalau tak layan astro, akan duk belek2 handphone yg tak berbunyi, main 'bejewelled' atau duk layan dia jer.

Selalunya tak sempat aku nak main game pun, dia mesti akan kacau. Sebuk panjat aku nak kan handphone tu jugak.

Hari ni, aku sebuk nak tgk negatif2 gambar masa kahwin dulu. Kalau tak sebuk, mcm nak pergi cuci dan besarkan, pastu nak frame kan. Memang banyak gambar, tapi tak tahu nak pilih yg mana satu.

Duk aku sebuk menayang negatif ke lampu, tiba2 peha aku mcm sakit sangat.

Arghhhhhh!!!!.... Zaref jgn tarik bulu kaki babah!!! arghhhhh.....!!!!

Kebetulan

Semalam masa on the way nak balik rumah, sampai kat tepi tiang lampu isyarat Ampang Point dan De Palma tu aku terperasan satu sign jual rumah. Selamber jer lekat kat situ. Tapi kira ok la tu, sebab setiap yg stop kat tiang tu sure perasan benda ni. Termasuk aku.


Hari ni nak ke opis, lalu satu lagi lampu isyarat dekat dgn opis lepas beli nasi lemak. Aku nampak satu lagi iklan yg lebih kurang sama dan tulisan pun cam sama. Kebetulan.

Lagi satu kebetulan, bila aku snap jer gambar ni, dua kali bas yg lalu blkg sign tu. Dah jadi cam pelik lak.

Agak2 aku boleh dpt sikit share ker sebab kuarkan gambar ni?

Tuesday, May 09, 2006

Dell

Hari ni blogspot slow jer, tak tahu kenaper, nak mem'blog pun beberapa kali tergendala.

Aku nak ambik kesempatan menjual beberapa aksesori Dell yg terlebih ada dlm stok aku. Sesiapa yg berminat nak beli tu letak2 la harga ikut korang rasa nak beli, jangan la murah sesangat, terlepas modal aku cukup la.

Kalau yg dekat tu dtg la nak beli atau nak tgk brg. Kalau yg jauh tu ni jer gambar aku boleh tunjuk.
Ni semua stok baru dan masih belum di pakai lagi. Semuanya brand Dell.

1. 4 unit Speaker Dell (seperti gambar)
2. 4 unit Keyboard Dell ( seperti gambar jugak) USB
3. 4 unit Mouse Dell, roller ball bukan optical (seperti gambar) USB

So kalau berminat tu sila2 la letak harga, kalau rasa ok aku tolak jer. Kalau nak beli pakej sekali semua pun ok. Kalau nak satu2 pun ok.

Monday, May 08, 2006

Burger Baru McD

Hari ni, aku tersangkut dekat BCB Pandan lagi, sebab nak cash kat satu chq ni, so terpaksa aku tunggu jugak..

Nak tunggu giliran 17 orang kat depan tu mengambik masa satu jam 2 minit, so nampak tak betapa lembabnya servis diorang? Bila sampai turn aku baru aku tau kenapa, rupanya semua staff kat kaunter tu akan beriya utk mempromo pinjaman ASB kepada setiap org yg hadir dikaunter diorang.

Aku pun terkena gak, niat aku utk cash kan chq dan bank in RM23 ke akaun tok rimau pun mengambil masa 13 minit. So baru aku sedar, diorang sebuk nak promo dan nak dapat komisen, dan org semua akan tunggu dengan barannya....

Lepas keluar jer dr bank, aku terus sms tok rimau tentang duit yg aku masukkan tadi. Tiba tiba satu sms masuk, kawan yg bermasalah ingin meminjam duit. Mana dia tahu aku baru cashkan chq ni? Dia nampak ker? Atau DIA saja nak test aku hari ni?

So, fikir 2 kali, terus aku pergi kerumah dia. Walau tak sebanyak yg dia nak, aku bagi la separuh utk dia makan anak beranak sekurang kurangnya sampai esok. Itu jer aku mampu.

Lepas tu terus ke Kedai TM Ampang, bayar streamyx rumah, opis dan tmnet aku. Balik tu lapar giler...terus pi McD try burger baru dia. Boleh tahan la jugak. Tapi aku lagi suka burger kat tepi jalan tu, lagi bestttt.

McEgg Beef Burger.

Lantai T. Pinkie, Sabtu, 6 May 2006


Sabtu hari tu, aku sempat layan Lantai T.Pinkie. Teater muzikal arahan Rosminah Tahir ni memang susah sket nak faham jalan ceritanya. Maklum la skrip asalnya tulisan A. Samad Said, so memang bagi aku lebih byk yg tersirat dari yg boleh nampak.



"T. Pinkie, hati berbisik"

Thursday, May 04, 2006

Mampu

Pagi

Dia : Apa batu tasbih baru kau tu?
Aku : Tiger eye! yg 11mm jer.
Dia : Bagus batu tu, tapi panas sikit la. Kalau selalu pakai boleh kilat, cantik...Kalau selalu pakai la...
Aku : (Diam jer...tak tahu nak jawab apa)

Petang

Dia : Berapa kerap agaknya kita berzikir ha?
Aku : Entah la. Aku buat setakat mana yg aku mampu jer la.
Dia : Macam mana kita tahu setakat tu jer kemampuan kita? Atau kita sendiri yg menghadkan kemampuan tu?
Aku : Err...(Diam lagi)

Hari ni 2 kali kena tanpa disedari. Tapi apa hikmahnya tu?

Setiap Hari

Dah 2 hari tak meng'blog. Semalam sebuk dgn baju baju client, yg nak nama la, yg tak nak la, yg saiz besar la, yg nak kecikkan tangan la, semua kena layan satu2. Kalau tak nanti susah! So, utk mengelakkan kesusahan di hari kemudian baik aku susahkan diri di hari ini.

Hari sebelumnya, aku byk membuang masa memikirkan cerita lama. Cerita dimasa aku tak ingat apa2 lagi. Cerita yg hanya orang tua aku dan saudara terdekat sahaja yg ingat. Mana nak ingat, aku belum pun pandai cakap, kalau boleh pun berjalan yg memang basic lagi. Tahun pun aku tak tahu bila, tapi rasanya tahun 70an. Maklumlah, cerita dari orang tua tua ni bukannya selalu detail, kadang2 byk yg di'skip utk mencepatkan atau sebab diorang malas nak layan kisah2 lama ni.

Dulu, kata emak, dia pernah bermimpi ada orang yg inginkan aku darinya. Dua 3 kali mimpi itu berlaku. Tapi Emak dgn Abah kuat. Tak mudah terpengaruh dgn benda2 macam ni. Walaupun masa tu memang byk kisah pelik berlaku dlm kem tu. Orang minyak la, hantu kum kum la dan byk lagi. Tapi mereka akan tetap dahulukan agama. Byk juga ustaz dan bomoh yg dirujuk dan pelbagai andaian yg diterima. Namun satu pun tak buat mereka patah semangat utk mengharungi hari hari membesarkan aku. Kini bila aku sendiri mengalami seakan cerita yg sama, aku mula kembali mencari emak dan abah. Apa sebenarnya hutang kami dgn org didalam mimpi aku tu?

Dah besar, aku jarang bertanyakan hal itu. Kisah lama, apa nak diungkit lagi. Namun timbul perasaan bangga dgn emak dgn abah yg tabah dgn aku dan adik. Walau kami hanya berdua, tapi tanggung jawab membesarkan kami, sama saja dgn anak anak lain. Dulu aku tak pernah tahu berapa gaji abah. Aku tak pernah nak ambil tahu abah kena bayar bil atau tak setiap bulan. Yang aku tahu, asal ada apa yg aku nak, mesti aku mintak. Dan kalau tak dapat memang mengamuk sakan. Dulu la..

Abah dan emak pulak tak pernah menghampakan kami dua beradik. Walaupun kami tak mewah, tapi aku rasa semuanya cukup. Makan, pakai tak pernah kurang. Alhamdulillah.

Kini dah jadi bapak, semua tu kembali semula. Kalau dulu aku tak tahu yg abah dgn emak tak tidur malam dgn kerenah aku, sekarang aku rasa bila anak sendiri buat mcm tu. Kadang2 semua tu buat aku tak sabar, tapi bila teringatkan yg dulu aku pun mungkin sama mcm anak aku ni, aku jadi sejuk. Kalau mak dgn abah dulu ok, kenapa aku tak?

Tak dapat aku bayangkan kalau hanya satu hari emak tak pedulikan aku. Atau satu hari abah tak nak bersemuka dgn aku. Apa akan jadi? Kalaupun hanya satu hari!

Jadi aku tak berapa setuju bila diwujudkan satu hari khusus utk emak dan abah. Bagi aku setiap hari adalah hari utk mereka. Dan setiap hari kita perlu mengingati mereka. Dan setiap hari adalah hari Ibu dan hari Bapa. Semoga mereka dirahmati Allah.

Tuesday, May 02, 2006

Cinta Pertama My Girl

Sabtu lepas, aku pergi layan wayang cerita Cinta Pertama My Girl. Satu cerita dari Thailand yang telah dialih bahasa ke Indonesia.
Jalan cerita yg paling ringan dan mudah, memang sebenarnya boleh menceriakan. Barisan pelakon kanak2 yg memang best, menggamatkan suasana panggung.
Garapan pengarahnya, memang indah. Berkisarkan kehidupan seharian kanak2 kampung yg penuh dgn suasana kegembiraan. Walaupun diselang seli dgn babak babak perkelahian antara mereka, namun sebenarnya antara kanak2 ini, terikat satu semangat setiakawan yg sangat rapat.
Cerita mengisahkan dua kanak2 yg tinggal berhampiran, Jaemy dan Nina yg berkawan sejak dari lahir lagi. Mereka terpisah bilamana keluarga Nina terpaksa berpindah ke daerah lain. Namun pengalaman dizaman kanak2 mereka memang menarik.
Penonton akan terasa kembali ke zaman yg semua orang akan lalui. Zaman kanak2 yg penuh dgn keriangan. Walaupun setiap hari kena marah sebab balik lambat sebab main, tapi setiap hari, itulah aktiviti budak2. Main sampai malam!
Suasana kampung jugak terasa indah disaat kanak2. Mandi air sungai. Curi buah mangga. Kacau budak perempuan. Bertaruh dgn geng kampung sebelah. Kongsi makan ramai ramai. Semua adalah satu kenangan yg cuma ada di zaman kanak2 jer.
Bagi saper yg agak2 dah lupa zaman budak2 dia, cerita ni memang boleh buat korang ingat balik apa korang buat masa kecik2 dulu.
Aku tak sabar nak tunggu Afdlin atau Yasmin buat cerita budak2 mcm ni!