`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: July 2007

Tuesday, July 31, 2007

"Kucing Tidur"





Tadi aku baru selesai jamah separuh roti 'banjir'. Aku tak tahan nak kenccc...!!
Aku tinggalkan sekejap milo dgn roti canai. Meluru ke tandas restoran.



Belum sempat aku mulakan hajat, aku terpandang ada "kucing tidur" dalam mangkuk tandas!!!

Pui ...!!!! ..... siapalah yang tak reti nak sembunyikan bahan buangan sendiri ni. Pengotor...!!





Terus hilang selera nak kenccc...... Aku keluar, bayar dan blah.





Labels: , ,

Wednesday, July 25, 2007

Telur Dihujung Tanduk




Pintu pejabat, dengar macam nak pecah. Padahal dibuka dengan kunci. Terbuka jer, dia meluru terus ke tandas. Tanpa sebarang bunyi terus menghempas pintu tandas dari dalam.


Selang 5 minit, dia keluar dengan senyuman.



Aku : Woi, apa yang kelam kabut sangat? Nak berrr.. pun gelojoh ker..?

Dia : Huh, telur dah dihujung tanduk..! kau mana tau...!

Aku : Cett....!!!









Labels: ,

Friday, July 20, 2007

Panties Doktor




Nini turun dari van sekolah, terus meluru masuk rumah.


Nini : Ayah, ayah..! Nini takmau jadi Doktor la ayah..
Ayah : La apsal pulak? semalam bukan main semangat nak bagi ayah ubat la apa la..





Semasa makan malam, tiba tiba Nini bersuara lagi.


Nini : Ayah, Doktor tu banyak panties ker ayah...?
Ayah : Hah...panties...? Kenapa pulak doktor banyak panties...?

Nini : Tadi Ain cakap, paksu dia doktor. Selalu balik lambat. Pastu asik kerja malam jer. Panties dia banyak. Nini takmau la jadi doktor...
Ayah : Ooohh... Patient...! bukan panties...

Nini : Patient ek..? Ain cakap panties..!!
Ayah : Panties tu seluar dalam, apa la Ain ni.......

Nini : (sambung makan..)





Labels: ,

Wednesday, July 18, 2007

Babi




Jangan sangka Alor Gajah tu tempat banyak gajah. Tapi tidak.... semua alor disana dipenuhi najis babi. Yer disana banyak Babi.



Semalam, sambil tersenyum sumbing. Bila ditanya, Ali kata Babi babi di situ semua takder lesen. Dia kata semua babi tu tak mendapat kelulusan. Ali pun cakap dia tahu babi babi tu semua memberi kesan kepada penduduk Alor Gajah.

Kalau Ali dah tahu. Maknanya selama ini dia buat buat tak tahu. Atau dia tak tahu nak buat apa. Atau dia tak kisah, sebab dirumah dia tak bau Babi tu. Rumah dia jauh dari situ.

Perlu diingat, Ali tak boleh pegang Babi. Haram. Jadi dia tak boleh tangkap Babi tu semua dan pindah atau mampuskan. Haram. Jadi apa yang Ali boleh buat? Kesian Ali.




Ya habi bi Ali.......



Labels: ,

Tuesday, July 17, 2007

Sayur



Akhirnya mereka terasa yang mereka sudah terlalu lama dikerusi itu. Tanpa sebarang kemajuan untuk dibanggakan. Yang selalu diterima hanyalah sindiran panas dan kutukan dari seluruh peminat.

Kita hairan kenapa setelah bertahun tahun menyertai pelbagai pertandingan, masih muka yang sama menerajui pasukan. Dari pengurus sampai ke penjaga gawang, tetap dari mereka yang biasa.

Dengan alasan berpengalaman, mereka ini sering dipilih menggalas misi negara. Mereka memang banyak pengalaman. Pengalaman disayurkan pasukan lain.

Terbaru, masih lagi muka itu. Walau dipasukan negeri, mereka lansung tidak menjaring, tapi mereka tetap teraju utama pembolos gol lawan. Walau mereka terkenal dengan pertahanan yang longgar dalam pasukan negeri, mereka tetap teraju utama mempertahankan gol negara. Walau dia hanya ketua di divisyen bawahan, dia juga yang dipilih sebagai ketua kontijen negara. Statistik yang tak menarik lansung.

Lepas dibelasah Iran nanti, mungkin lebih ramai yang akan letak jawatan. Insyaallah.






**Doa untuk mereka mereka yang berusaha mencari mangsa tragedi Nuri, semoga bertemu kejayaan. Amiiinnnnnnnnnnnn....




Labels: , ,

Monday, July 16, 2007

Rejab




Satu Rejab Empat Belas Dua Puluh Lapan.


Selamat menikmati bulan ini dengan sebaik baiknya.




Labels: ,

Wednesday, July 04, 2007

Rambutan Budak Sekolah




Aku bawak rambutan ke pejabat. Aku keluarkan dari plastik dan taburkan diatas meja, ala ala longgok kat gerai tepi jalan. Kami makan berirama.



Kata seorang pemakan "sedap rambutan ni, rambutan budak sekolah..!!"

Tanya aku "apa kaitan rambutan ni dengan budak sekolah pulak..?"

Dia jawab sambil kemam biji rambutan " ..bulunya.. !!"



Cett...!!!!




Kami ketawa berirama.



Labels: , , , ,

Tuesday, July 03, 2007

Hari Menjadi




Satu hari, Awe mengaku ini harijadi dia. Dia mintak aku belanja mee goreng dekat kantin sekolah.


Kata aku "bukan bulan lepas mu dah sambut harijadi ke...?"
Awe "Oooo itu bulan islam.... sekarang omputih..!"

Dan aku kena belanja dia dua kali tahun itu.



Cett....!!!!





**Hari ni 18 Jamidulakhir 1428, Hepi B'day Kak Wa...!! Rendang semalam tu sedap...!!!!



Labels: , ,

Monday, July 02, 2007

Masjid Kuala Pangsun, Ulu Langat

Masjid yang paling best pernah aku pergi bersolat Jumaat. Tak der sebuk nak berebut parking. Takder sebuk nak berebut keluar dari masjid. Siap boleh lepak tepi sungai layan azan. Makmum pun sekitar 50 orang jer.





Air kolah ni pun sejuk macam air sungai.



Betul ker aku dah giler masjid...?