`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Bengang

Friday, April 15, 2011

Bengang

Pantang lalu tempat jual jam kat Isetan KLCC, gua mesti tengok jam ni. Dua kali gua suruh salesgirl keluarkan dan gua belek belek. Tapi gua tak pernah beli. Gua tau harga dia, tak pernah naik turun, sama jer. Kalau ada sales pun takat 20% jer. Kalau mintak tolong sepupu gua yang kerja Isetan belikan pun paling ganas diskaun 30%. Tapi gua tak beli jugak.

Gua mula berkenan jam ni masa lepas SPM. Gua ikut satu trip ke Pangkor, gua jumpa satu mamat ni. Rupa ganas, dia tukang masak atas kapal mana entah, gua lupa. Dia pakai jam ni la, gua duk usha jam dia jer. Satu hari gua tanya dia apa brand? dengan bangganya dia pun cerita macam2 la kelebihan jam dia tu, yer la gua baru lepas SPM, gua terima semuanya. Memang gua idamkan satu hari gua nak beli jam ni jugak.

Tapi dah lama dah kes tu, sampai sekarang gua tak beli jam tu. Gua taktau kenapa. Gua jumpa jam ni mula2 kat kedai jam Great Wall, dekat Pertama Complex. Masa tu gua jalan2 sana. Gua dah tanam azam next time nak beli, gua dtg sini la. Tapi dah dua 3 kali gua pergi kedai jam tu, dah takder jual. Yang ada semua yg mahal2 lagi dari tu. Gua mana nak pakai Omega, nanti kena record masuk video. Gua takut.

Rezeki gua nak dapat pakai jam ni tahun ni la. Birthday gua lepas, my wife belikan gua jam tu, entah mana dia tau gua memang suka jam tu. Dia siap order dr Kuwait, and gua taktau pun.

Bila gua dapat jam tu, bertapa gumbiranya hati gua ni, sampai menyeringai sungguh. Gua tidur semalam pakai jam tu, takut terlupa pkl brapa gua bangun nanti.

Semalam naik je nak tidurkan Zaref, masuk dalam bilik terus dia pergi angkat jam baru gua. Sambil mata jeling2 kat gua dia cakap 'huyooooooooo..... cantiknya jam ni, jam Ben10.......' lepas tu dia senyum dia terus masuk toilet nak gosok gigi....


Huh........... dah pandai nak carik gaduh ni.....

Labels: ,

2 Comments:

Blogger .:HalogAmora:. said...

aku syak pun jam BEN10 la. anak aku ada satu. boleh la join da club wakaka :P

Friday, April 15, 2011 1:05:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lu pun sama mau carik gaduh sama gua ker...?

Friday, April 15, 2011 2:38:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home