`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: December 2006

Monday, December 18, 2006

Hulur



Via YM



Aku : Awal kau buzz aku hari ni..! Selalu tak pernah pun.. ada apa..?

K : Ooo.. Hari ni aku awal, bini MC, so cepat lah sampai.. kau tu tetiba online pagi pulak.

Aku : Memang selalu aku online pagi, cuma aku nyuruk.. Boss takder ker, kemain kau chat dgn aku ni...

K : Boss biasa lah, masuk petang sikit. Macam kau tak tahu.

Aku : Bini kau bila due tu? Asik tak sihat jer..!

K : Bulan depan, yer lah, dah la ngandung, ada lelah lak tu..





Lepas 5 minit, K buzz aku lagik...



K : Kau tolong hulur gunting kau kejap, pinjam..! Nak gunting plastik ni...(via YM)



Aku : nah...! (via mulut)



Friday, December 15, 2006

Buli


"Hah tak cakap Uno Game..!! nah kena tambah 4 kad. Ambik ambik..!!" Bersungguh Aliya nak kenakan aku.

Mentang mentang aku baru nak belajar main Uno ni. Senang wenang diorang nak kenakan aku. Dari tadi asik diorang jer menang. Yang asik kalah, aku. Kalau tak aku, Aizat. Lepas Aizat kalah, aku pulak. Yang selalu gelakkan kami, Aliya dan Adina.

Aizat ni kalah ke menang ker, dia sama jer. Tak der perasaan. Kalau siapa kalah kena makan biskut ikan 2 keping. Aizat kalah, dia makan lapan keping. Tak best betul.


********


"Uno Game...!" Jerit aku bila kad ditangan cuma tinggal sekeping. Hahah.. kali ni sure aku menang. Dengan riaknya, aku menarik balang biskut. Kononnya nak diserahkan pada sesiapa yang kalah nanti. Ha ha...

Sampai giliran aku. Aku letak kad terakhir dengan muka riak tersangat atas kemenangan pertama. "yes..! Yes..!"

"Hah tak cakap Uno...! Nah ambik lagi dua belas kad.. Ha ha.. main lagi, main...!!" Kata Aliya



Erkkk...!!!




Tuesday, December 12, 2006

Ketit


Kalau layan lagu 'Anak Itik Tokwi' ubatnya ialah ubat limau lelam. Aku tak dapat nak ulas apa jadah limau lelam tu

Kalau ikut cakap Tok aku, kalau bebudak selalu duk kencing malam, ubatnya tangkap pepatung atau patung patung, bagi dia 'ketit' pusat budak tu. Memang lah sakit.

Sekarang mak bapak dah tak kisah kalau anak dia kencing malam. Dah ada pampers night.




Satu pagi terbangun awal. Nampak Pak Yem tengah bertungkus lumus membasuh cadar putih.

Aku : Woi, tok aku kata kalau duk kencing malam, bagi patung ketit pusat tu. Nanti elok la. Ha ha...
Pak Yem : Diorang rendam tangan aku dlm baldi lah semalam, aku tak sedar... kau apa tau..





Erkk....!!!



Wednesday, December 06, 2006

Juara Lori


Sekejap sekejap punggung terjarak dari tempat duduk van. Terlompat lompat bila tayar masuk lubang di jalan. Walaupun tak berapa jauh, SMK Bukit Kechil memang agak lambat untuk sampai. Jalannya masih belum bertar tapi sudah berbatu batu kecil. Sesekali debu debu menyinggah masuk melalui tingkap van yg tak boleh ditutup rapat.

Aku beritahu Pi'e aku tak berapa sihat untuk bermain. Mungkin Sara boleh gantikan aku dulu. Tambah aku lagi, Sara selain 'feeder dia juga boleh 'maniam sekali sekala. Kalau aku, hanya 'feeder sahaja, lain lain aku tak boleh.

Pi'e tak setuju. Katanya dia hanya suka aku yang 'angkat kalau dia mau 'gulung, 'maniam atau 'pacak.

Set Pertama, Pi'e, Mat Rani dan Sara yang main. Mereka menang sebab Sara banyak main 'lori.

Set Kedua, Pi'e, Mat Rani dan Sara main lagi. Mereka menang lagi tapi Sara tak banyak sangat main 'lori.

Akhirnya kami pulang dgn 'trophy emas bergambar bola raga seorang satu. Sepasang kasut 'Bata putih dan sekotak air milo. Sijil akan dihantar ke sekolah seminggu lagi. Diorang gelar kami Juara Lori!

Perjalanan balik, debu debu masuk lagi kedalam van.





Pling, Pling,





Regu Malaysia berjaya mengalahkan regu Indonesia dalam Semi Final semalam. Tahniah. Petang ini mereka diakhir bertemu regu Thailand. Semoga berjaya!!






Tuesday, December 05, 2006

Colonel Sanders



Dulu kalau dapat outing', dapat pulak makan Kentucky Fried Chicken (KFC), itu lah yg paling gah. Sebab sebulan sekali jer dapat biasiswa, so masa tu lah nak makan sedap atau mewah sikit.



Kata Awe, kalau makan ayam goreng ni, takder sos cili memang tak sedap. Memang betul. Semua orang akan kata benda yang sama. Tapi Awe ni makan semuanya mesti ada sos cili.



Dia makan roti KFC pun letak sos cili. Makan nasi lemak lepas prep' malam pun dgn sos cili. Makan meggie aku pun dgn sos cili. Petang-petang makan karipap kat dewan makan pun letak sos cili.



So, tak hairan lah kalau dlm locker dia at least ada 2 botol sos cili setiap bulan. Dan semua ada gambar Colonel Sanders.





Monday, December 04, 2006

Balik Awal



Hari ni aku balik awal setengah jam dari biasa. Sebabnya, aku kena jemput orang rumah di pejabatnya. Tapi aku suka, sebab dia janji nak buatkan aku sandwich tuna sejurus sampai dirumah nanti.



Rupanya ada yang balik lagi awal dari aku. Skuad Malaysia bawah 23 tahun, diorang selalu balik awal. Kali ni dari Doha pulak.





Friday, December 01, 2006

* = Ular Lidi


Ujang kata, kalau dalam hutan tak boleh cakap sembarang. Sambung dia lagi, kita kena hormat semua makhluk yg ada dalam hutan ni. Kita cuma datang sementara saja.

Setiap pagi kami keluar casting sebarau di Sungai Perpek, kami akan terserempak dengan sekumpulan gajah yg keluar minum. Ujang akan kata itu Fumakilla. Bila tengahari kami tracking utk ke lubuk orang asli, banyak tapak tapak harimau yg kami jumpa. Ujang akan kata itu tapak Maybank. Bila terserempak harimau akar sewaktu senja, Ujang akan kata itu Puma, walaupun Kamal berkeras mengatakan itu Eveready.

Macam itu lah setiap kali kami terserempak penghuni tetap Kenyir, Ujang akan berkias.

Hari terakhir kami tracking. Berlima dalam barisan, melalui denai yg ditinggal Fumakilla, kami bersembang sesama. Wak sebuk menceritakan tentang betapa besar ikan yg dia terlepas kelmarin. Ya lah, kalau terlepas tu, selalunya besarlah, walaupun tak nampak kilasnya pun. Bagi setiap pemancing, kalau terlepas dari joran, maka besarlah ikan itu.


Tiba tiba Kamal yg berada di belakang meluru berlari ke depan memintas Ujang sebagai pemandu arah.

Ujang : Apsal kau ni Mal? Takut ker..?
Kamal : takder apa lah, saja aku nak duduk depan.
Ujang : Isk, cakap lah apsal, kita dalam hutan ni...
Kamal : Err.. er.. aku nampak.. errr... err.. "Apek Senario*".


Hingar sekejap hutan kenyir dengan alasan Kamal tu. Hilang rasa takut. Semua gelak bagai kera mabuk sirih. Kecuali Kamal yg terpisat pisat takut campur suka.