`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: November 2007

Wednesday, November 21, 2007

Awas





Bila driver singgah di stesen minyak.

Para penumpang pun sebuk la nak turun jugak. Aku nak beli roti dgn 100plus. Lapar jugak, tak sempat nak b'fast tadi. K terus meluru ke toilet, takut lepas ni tak berhenti lagi. Kuala Selangor bukannya dekat, sejam setengah jugak perjalanan.



Sejurus dia keluar dr toilet.

Aku : Woi, toilet ok ker tak...? Cam nak buang jugak ni...

Dia : Awas, Muatan Panjang. Hahhahahahah......

Aku : Cett....!!!!




Hilang selera nak ke toilet. Aku dapat tunaikan hajat' di ijok, masa kami berhenti minum.




Hampesss....!!!







Labels: ,

Tuesday, November 13, 2007

Jalan Jalan Kuala Selangor

Makam Anak Dara. Tak jauh dari Masjid Pekan Kuala Selangor. Ada sedikit cerita mengenai sejarah kewujudan Makam Anak Dara ni sama macam dekat papan tandanya.






Tangga naik ke makam anak dara. Makam yang hanya tanda, kisahnya terjumpa bajunya sahaja, dan dibina makam sebagai ingatan. Yang peliknya ada pulak yang datang sebuk sebuk membayar hajat. Kejadahnya..?



Kolam atau tasik sebelah makam. Pandangan dari makam.






Makam Diraja di Bukit Melawati. Gambar, sejarah dan kisah Meriam Penggawa.



Katanya, terakhir meriam ini pernah meletup sendiri ialah dimasa kemangkatan Raja Dihilir. Lepas tu agaknya Jin' dia pun mati sekali. Tu yang tak meletup dah tu.

Labels: , , , ,

Tuesday, November 06, 2007

Masjid Kg. Permatang, Kuala Selangor

Masjid Kg. Permatang terletak hampir 5km dari Pekan Kuala Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah mengikut KESAS dan Puncak Alam.

Masjid yang dibina sekitar tahun 1916 ini merupakan mercu tanda kampung ini. Kampung Permatang juga menyimpan sedikit sejarah penting dalam negeri Selangor.






Kampung permatang merupakan tempat pertahanan tentera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua semasa Perang Selangor Belanda pada tahun 1784. Setelah tewas, pengikut Sultan Ibrahim bertahan di Kg. Permatang selama lebih kurang setahun semasa Sultan Ibrahim berangkat ke Pahang untuk mendapatkan bantuan.



Setelah setahun diPahang, Sultan Ibrahim kembali ke Kuala Selangor bersama bantuan tentera dari Pahang dan kembali menyerang kubu Belanda dan akhirnya berjaya menghalau Belanda pulang ke Melaka. Sejak itu Sultan Ibrahim kembali berkuasa.



Kawasan perkuburan di depan dan belakang Masjid. Dihiasi nisan yang besar besar saiznya.



Balik singgah beli ikan masin.


Labels: , , , ,

Raya Sakan




Wuah.. Syawal akan berakhir Sabtu ini. Jadi masih dalam mood' raya. Selamat Hari Raya kepada semua yang tak jemu jemu menjenguk blog yang dah lama tak berisi.

Insyaallah akan dimulakan tak berapa lama lagi.