`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: August 2009

Wednesday, August 12, 2009

Datuk Lee

Pagi ni aku hantar zaref seperti biasa ke sekolah. Sampai depan pagar seorang kawan dia budak bangsa cina jugak baru sampai.

Aku tanya "tu budak tu, nama dia saper?"

Dia diam macam biasa. Kalau ditanya pasal 'school' memang takkan jawab.

Aku teka teka "Amira...? Tina..? Ros...? Karim...?"



Selamber sambil turun dari kereta dia jawab "Hei bah, tu Chong Wei la......!!!"


Erkk..!!!!!



Ya, semua orang bangsa cina adalah Datuk Lee Chong Wei bagi zaref.






Tuesday, August 11, 2009

Selsema Babi - 32 Kematian

Hari ni dah 32 kematian dicatatkan. Mungkin hujung minggu ni jadi 50... Terbaru aku baca mereka yang berstatus kerabat diraja pun dah ada yang dikuarantin. Sampai bila agaknya, akan terlihat satu langkah drastik diambil oleh kerajaan.

Mungkin batalkan semua perjumpaan atau segala macam bentuk perayaan yang melibatkan ramai orang.

Atau mungkin paling tidak cuba mengefisyen kan lagi sistem pemeriksaan di semua hospital hospital kerajaan. Semoga doa dan harapan setiap rakyat akan menjadi kenyataan.

Aminnnn....





Thursday, August 06, 2009

h1n1

Dari apa yang aku baca dan dengar, nampaknya macam dah ditahap bahaya. Setiap hari memungkinkan ada kematian dan ada kes baru direkod. Dari sekecil umur 6 tahun sampai ke 51 tahun. Tiada had umur dan tiada batas sempadan. Semua berpeluang dijangkiti virus selsema babi ni.

Tapi masih tiada langkah drastik yang boleh dilihat dilakukan kerajaan hari ini. Atau mungkin masih ditahap biasa. Atau tiada apa yang perlu kita bimbangkan setakat ini.

Paling tidak, sekolah atau institusi pengajian akan ditutp seminggu. Dan kemudian akan berjalan seperti biasa. Dan semua murid atau pelajar diminta pulang kerumah dalam tempoh berkenaan. Apakah ini langkah yang betul dan berkesan?

Kenapa Iran melarang semua rakyatnya melakukan umrah sepanjang musim Ramadhan ini? Adakah sudah teruk kes kematian di Iran? Atau sekadar langkah berjaga jaga dari mengambil risiko selsema ini merebak ke seluruh Iran?

Musim ini klinik klinik swasta akan mengaut untung lebih dari penjualan ubat ubat selsema dan antibiotik. Ya betul sebab ramai yang hilang sabar dengan karenah di Hospital hospital kerajaan yang sangat perlahan.

Apakah pemakain penutup mulut masih lagi tidak perlu? Tiada sebarang arahan disekolah atau di pusat pengajian untuk mewajibkan semua pelajar memakainya.

Jadi kesimpulannya, masih ditahap selamat??????????