`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: April 2006

Friday, April 28, 2006

Petang Yang Bosan

Hari ni pagi2 lagi dah tension sebab dimainkan beberapa pegawai LHDN yg menghala aku kesana kemari semata mata sebab aku nak bayarkan income tax orang rumah.

Dekat BCB pulak berejam rejam tunggu giliran, dah sampai giliran aku, kena lak isi borang yg tak diletak kat meja luar tu.

Meja yg berterabur, mcm biasa, takder saper nak tolong kemas, selagi sendiri tak kemas kan, hari hari mcm ni la meja aku, buku hijau tu pun baca sikit jer, pastu boring, sebab terlampau byk sgt benda yg tak boleh nak makan selain nasi dgn air masak suam jer.

Nasib ada cd cd lagu yg aku borong kat Bandung hari tu, boleh gak layan. Tapi semuanya lagu diorang la, aku ambik peluang beli yg ori sebab murah. Kat sana cd tu baru dlm Rm12++ jer, tak mcm kat sini yg cecah RM40++, gila, saper nak beli yg ori cam ni.


Sebelah petang, layan blog kawan kawan lain. Mcm2 cerita diorang ni, ada yg nak buat gath, ada yg citer pasal masjid tadi, ada yg sakit mata.


Tapi semua aku layan. Sebab dari duk mengarut jer surfing yg bukan2, baik baca cerita ikhlas orang lain.


Kalau rasa nak komen, aku komen, kalau tak aku baca jer dan ambik yg mana baik.


Ni kalau diorang tau aku ambik gambar ni, nanti semua mintak duit plak. Harap semua tak perasan la.

Lantak la. Yg penting, esok dah booked tiket nak tgk wayang citer My Girl. Samada TGV KLCC atau GSC Midvalley, belum tau. Lepas tu nak gi lunch date dekat Bangsar Sea Food, ni dah tertangguh lama dah, so esok nak makan kenyang2.

IKLAN

KEPADA YG BERNIAT UTK MEMBELI PAKAIAN KANAK2 DARI UMUR 3 BULAN - 5 TAHUN,
ADA DIJEMPUT HADIR KE JUALAN TERUS KAMI


ANTARA JENAMA YG TERLIBAT IALAH
Osh Kosh, Nike, Adidas, Gap, Baby Gap, Guess, TKS, Cherokee, Gymboree, Kitikat, Mossimo, Quiksilver, Polo, Ralph Lauren, Old Navy, Next, Tommy Hilfiger

HARGA DIANTARA
RM9.00 HINGGA RM69.00

TEMPAT:
C-11-6, GURNEY HEIGHTS PHASE 2,
berhampiran pasar dan masjid Keramat
TARIKH : 1ST MAY 2006, MONDAY / ISNIN
MASA : 3.00 PTG HINGGA 5.30 PTG

utk peta lokasi sila email ontahsapo
atau nyatakan alamat email anda di ruangan comment

Thursday, April 27, 2006

Aku Sampaikan

Katanya :

"Zikir ini ibarat makanan yg kita ambil setiap hari, untuk menjadikan badan sihat utk bekerja. Zikir ini ibarat makanan untuk roh. Bila roh kuat, sihat, baru dia boleh bekerja"

"Sembahyang 5 waktu selalunya hanya sebagai memenuhi tanggungjawab semata mata. Jadi, perlu ada zikir utk menambah lagi keintiman dgn Allah"
Aku terdiam sekejap, cukup kah makanan roh aku selama dosa aku ditanggung diri sendiri?

Selasa

Sebelum aku sambung kisah hari Selasa, aku nak tambah sikit benda yg tak ingat aku nak masukkan dlm Isnin.

Masa di hospital malam tu, lepas tak tau apa punca anak aku menagis mcm sakit sgt. Aku call boss aku, dia ni memang jadi tempat rujukan kami satu opis kalau ada masalah, yang paling best dia ni orangnya berilmu dan berpengalaman. Susah nak cerita pasal dia ni, tapi nak senang aku gambarkan, dia ni pakaiannya memang warna putih jer, dah dekat 5 tahun aku bawah dia, baju dgn seluar kaler lain tak pernah aku tgk dia pakai. Kalau nak cerita pasal dia, memang byk cerita best, tapi lain kali la.

Bila aku call dia, mula2 dia kata, bawak la jumpa Dr dulu, entah2 dia sakit perut jer. So bila dah Dr pun tak cakap apa, aku call dia balik.

Kali ni dia gelak dulu, lepas tu dia kata anak aku dah 7 bulan tu, biasalah. Pagi isnin masa aku mula masuk opis dari Bandung, bila dia sampai, terus dia dtg dekat aku dan tanya, 'kau tak sihat ker?' Aku yg lembab ni terus jawab, yer la, Bandung sejuk sket! memang balik dr sana aku selsema dan badan seram sejuk sket, tapi dah kena panadol, rasanya kebah sket.

So, dia sambung dlm telepon. Katanya, "bawak anak kau jenjalan dulu kejap, pastu balik nanti sebelum dia naik ke bilik, kau naik dulu, baca apa yg patut, pastu baru bawak dia naik tidur" Itu yg aku buat dan dah aku cerita dlm entry sebelum ni.

Selasa, aku masuk opis mcm biasa. Boss masuk lambat sket, biasa la dia boss!

Bila dia sampai, dia senyum kat aku, dia tanya " anak kau mcm mana? ok?"

Aku cerita mcm mana entry sebelum ni. Dia panggil aku duduk kat meja depan, tempat we all selalu lepak sembang2 dan minum kat opis ni. Dia cakap "aku tak faham kenapa ramai sgt minat dgn anak kau ni, dulu masa 7 hari tak dpt, skrg 7 bulan jadi lagi, entah2 nanti 7 tahun ada lagi agaknya"

Aku diam jer, nak dgr lagi. Diam sekejap, dia sambung "bini kau ada ngadu sakit lengan tak?" baru aku ingat, memang sejak balik dr Bandung, bini aku cakap sakit lengan kanan dia, aku ingat sebab byk angkat beg atau dukung anak, so biasa la. Tapi penjelasan yg diberikan Boss, ada logiknya, so aku terima. Pertama dia mana tau bini aku sakit lengan, Kedua, mana dia tau anak aku taknak lansung kat bini aku malam tu?

Last sekali, dia suruh aku cari air masak dua botol. Setelah dibaca lebih kurang kat air tu, dia kata satu utk anak aku buat mandi dan satu utk bini aku minum. Insyaallah malam ni ok sket katanya. Katanya lagi, suruh la bini aku baca skit ayat quran mcm masa mangandung dulu. Memang skrg agak kurang sket kami baca quran berbanding masa dia mangandung dulu.

Aku jugak dibagi beberapa ayat utk dibaca seharian, selain zikir biasa yg aku duk buat lepas maghrib. Aku balik rumah dgn hati risau campur semangat.

Lepas maghrib, aku zikir mcm biasa, pastu aku sambung baca yasiin. Kemudian aku turun dan makan malam macam biasa.

Lepas balik dari minum dgn pak cik aku dekat Great eastern mall, anak aku dah lena dlm kereta. tapi, sampai jer kat rumah, dia mula merengek. Aku dah mula risau, takut jadi mcm semalam. Tapi aku tepuk jer dia, sambil bini aku bagi dia ubat demam. Dlm 15 minit terus lena.

Aku naik dan letakkan dia dlm cot. Lepas solat isyak, aku sambung yasiin lagi, bini au atas katil duk mengaji sorang2.

Kemudian kami tidur. Dan alhamdulillah, anak aku nyenyak sampai subuh.

Tapi, segala cerita di pejabat memang menyeramkan, walau apa pun takkan aku cerita kat bini aku, nanti mampus dia taknak naik ke bili tu sorang2.

Harapnya semua dah berakhir. Tunggu malam Rabu lak mcm mana.

Wednesday, April 26, 2006

Misteri Isnin

Isnin, aku masuk opis lambat. Aku dan isteri bawak anak ke Ampang Puteri sebab malam sebelum tu dia panas sangat. Jumaat lepas ada ke sana sebab anak aku selsema dan batuk, so dapat la ubat demam dan antibiotik. Tapi semalam walau takder batuk dgn selsema, badan dia panas sangat, so aku rasa elok bawak jumpa Dr dia utk second opinion.

Dr Lim cuma kata maybe dia ada bronkitis sket, so elok la kasi guna aero chamber ni, dan ada lah sikit ubat utk kawal batuk dgn kahak dia tu. Balik dari opis, my wife EL, sebab nak tgk cemana anak aku hari tu.

Seharian kat rumah dia ok, tak panas or demam mcm semalam. Cuma masa nak kasi pakai aero chamber tu dia ngamuk sket, tak selesa agaknya.

Petang aku balik dia mula merengek, maybe badan tak berapa sedap.

Lepas aku kasi dia mandi dan selesai Maghrib, kami turun utk bagi dia makan.

Masa aku tengah makan, dia dah mengamuk ngamuk dgn bibik dia. Buat aku tak senang nak terus makan. Bila aku ambik dari bibik, dia senyap kejap, mcm nak tidur. So aku tepuk2 harapkan dia dapat tidur kejap, tapi bila aku pas dekat my wife nak kasi susu, terus menjerit mcm tadi. Kali ni berterusan sampai lebih satu jam. Mcm2 dah kami cuba, sapu ubat kalau2 dia sakit perut atau masuk angin pun tak jadi.

Last sekali, aku buat keputusan nak bawak ke Ampang Puteri sekali lagi, maybe ubat siang tadi tak serasi.

Keluar je rumah, dia senyap mcm tak der apa berlaku. Siap senyum2 dgn semua orang. Naik kereta ke Ampang Puteri dia ngamuk sket, boring agaknya, gelap lak tu dlm kereta. Sampai je kat hospital, keadaan berubah, dia nampak ceria dan sihat, mcm tak der apa berlaku tadi kat rumah. Kami semua dah tak tahu apa nak cerita dgn Dr. Bila nama dia dipanggil, aku bawak masuk jumpa nurse utk diambil statement kenaper kami bawak dia datang.

Nurse : Sakit apa anak ni Encik?
Aku : Sebelum dtg sini tadi sejam lebih dia menangis tak nak berhenti! tak tahu la kenaper.
Nurse : Ni ok jer? (dgn muka nak gelak)
Aku : Tu lah dier, tadi mcm sakit sgt.
Nurse : Ada apa2 kut ka rumah! (sambil sengih) nanti saya tgk rekod dia, tadi jumpa Dr Lim kan?
Bini Aku : Yer, cuba tgk rekod, takut nanti ubat tak kena ker.
Nurse : Kejap saya call Dr Lim.

Dlm 5 minit, Dr Lim sampai, rupanya dia standby malam tu. Dia pun terus tanya kenaper dan aku bagi jawapan mcm mana aku jawab dekat Nurse tadi.

Bila dia dah periksa perut kalau2 masuk angin atau kembung - Tak der apa.
Dia tgk pulak kaki, kalau2 hernia - Tak der apa

Masa ni pulak anak aku duk senyum2 kat dia, mcm seronok lak dtg hospital ni.

Last sekali.

Dr. Lim : Saya tak tahu kenaper dia menangis! semua ok.
Nurse : Boleh balik la akak, takder apa nak bagi lagi.

Aku dgn wife lagi la pening. Kami balik dgn pelbagai persoalan dlm kepala hotak masing2 termasuk bapak mertua aku yg ikut sama ke hospital.

Sampai kat rumah, aku lepak kat luar dulu dgn anak aku, mulut aku kumat kamit membaca ayat2 suci al quran yg terlintas di kepala hotak. May be betul gak kata nurse tadi, tak tahu lah, aku cuba jer.

Masuk jer dlm rumah, aku bagi dia kat bini aku, aku terus naik bilik. Ambik wuduk, solat isyak. kemudian aku sambung baca yasiin. Sambil aku duk baca tu, terdengar anak aku menjerit kat bawah. Dia nangis lagi, isk lagi la tak senang aku. Aku teruskan jer baca yasiin.

Habis baca yasiin, aku turun. Ambik dia dari bini aku, dia senyap. Aku tepuk sikit, dia lena. Terus aku bawak naik, sambil baca ayat kursi dan selawat semampu boleh, aku letak dia atas katil. tidur terus. Mungkin letih asik menjerit jer malam ni. jam pukul 11 malam.

Pukul 1.30 pg anak aku terjaga, menangis sekuat hati dia, aku angkat terus tepuk dan baca lagi ayat2 kursi dan selawat sebanyak mungkin. Dlm 15 minit dia tidur balik. Aku letak balik atas katil.

Pukul 4.00 pg, dia terjaga lagi, kali ni nangis kuat lagi. Aku buat mcm mana tadi aku buat. Kali ni dia meronta ronta mcm sakit atau takut, tapi mata dia pejam. aku bagi dekat bini aku, dan aku sembahyang sunat 2 rakaat. Kemudian aku duduk atas katil sambil baca yasiin lagi, dia tengah menyusu dgn bini aku. Senyap kejap. Dekat pukul 5 baru dia boleh lena. Aku letak balik dan lelap sebelah dia.

Pukul 7.15 pagi dia jaga lagi, nangis lagi, kali ni aku paksa dia bukak mata, bila dia terpandang tv tengah pasang, terus diam dan macam letih jer kat bahu aku. Ngantuk lagi agak nya. lepas mandi aku pas kat bibik suruh kasi makan pagi. Aku terus pergi kerja dgn keadaan kepala tak berapa baik.

Entry lepas ni, cerita Selasa.

Tuesday, April 25, 2006

Bandung 4

Suatu malam, kami dibawa oleh Agus utk menikmati hidangan makan malam di Restoren Pak Chi Met.
Kat sini terkenal dgn makanan ikan bakar ala sunda. Memang ramai yg datang sini (kalau dilihat pada name card yg ditampal kat dinding la).
Duduk jer kami terus dia saji dgn segelas kecil air jus yg nampak cam biasa jer. Semua rilek jer. Bila try minum, rasa cam best, tapi taktau air apa.
nampak ikan kalui sorang sekor tu, pastu sup, tempe dan air serai!!
Aku : Mas ini air jus apa ini mas?
Mas : Ini jus serai pak (dgn selamber dia jawab)
Aku : Serai !! ermmm sedap.. boleh tambah lagi mas?
Mas : Boleh pak...
Malam tu, aku layan ikan kalui bakar, tempe, kicap bangor dgn jus serai 4 gelas, power giler....
*sale minggu ni, jgn lupa!!

Monday, April 24, 2006

Bandung 3

Dibandung memang terkenal dgn makanan ala Sunda, selain nasi padang. Makanan sunda lebih kepada ikan bakar. Dan antara ikan bakar yg selalu dihidang ialah Geromet (kalui), Kakap Merah (tilapia merah) dan bawal. Selain tu, ada juga tempe goreng yg dihidang dgn kicap Bangor, ulam mcm timun, salad dan ulam raja. Dah dua kali kami try makan sunda ni, mula mula di Rumah Makan Sari Sunda, kemudian di Rumah Makan Pak Chi Met.

ini gambar ikan kalui bakar, seekor seorang! puas hatii...

Hari ni kami akan cuba di Dapur Sangkuriang. Disini juga dihidangkan makanan jenis sunda.
Setelah asik dgn ikan bakar, kami teringin nak cuba sup ikannya.

Setelah selesai makan sup ikan yg memang power tu, kami pun mula mengorder air minuman. Ada yg order jus Sirsak(Durian Belanda), jus Apolkat(Avocado) dan Jus Lemon.

Aku yg teringin nak tahu, jenis ikan apa yg dimasak sup tadi sampai licin semuanya.

Aku : Mas, tadi sup tu ikan apa ya?
Mas : Ooohh..itu ikan Emas pak.
Aku : Hah...ikan emas?(dgn kerisauan yg tahap gaban)

yer la, mana ada org kat Malaysia makan ikan emas, isk biar betul...

Mas : Ya pak!!Sambil menunjuk ke arah satu gambar ikan di dinding.
Aku : Ooohh.. Ikan kap! (tapi masih la jugak pelik, sebab ikan kap ni byk yg dibela jer..sebab mcm2 kaler...sambil terbayang apa kaler ikan yg aku makan tadi?)

*minggu ni ada sale semua baju budak, jgn lupa dtg.

Friday, April 21, 2006

Bandung 2

Sepagi di Jln Dago.

Aku terdengar percakapan mereka dgn pak supir.

Mereka : Wawan! kamu ini sepenuh masa bekerja dgn bapak Agus ya?
Wawan : Tidak ibu, saya cuma sambil sambil aja. (dgn slang jawa)
Mereka : Kenapa tidak terus sahaja sepenuh masa bersama dia? kan lebih baik, ada gaji bulanan.
Wawan : Susah ibu, kalau saya kerja terus, bayarannya satu bulan hanya RP300,000. Tapi kalau begini, hariannya dibayar RP30,000. Kan lebih baik!
Mereka : Ohh... (sambil mengira dlm kepala)

*RP300,000 bersamaan lebih kurang RM125.40
RP30,000 bersamaan lebih kurang RM12.54

Apa lah nak makan dgn duit byk tu kat sini kan?

Thursday, April 20, 2006

Bandung 1




































Antara gambar yg sempat diambil. Antara brand yg terlibat, Osh Kosh, Nike, Adidas, Gap, Baby Gap, Guess, TKS, Cherokee, Gymboree, Kitikat, Mossimo, Quiksilver, Polo, Ralph Lauren, Old Navy, Next, Tommy Hilfiger dan lain2 yg tak ingat!

Friday, April 14, 2006

Pilihan Ditangan Anda

Semalam..dekat satu cobbler yg berhawa dingin.

Aku : Ini belt boleh bikin balik tak?
Nyonya : Aiyya.. ini byk susah wo, mau dua hari la, sebab byk kerja ini, mau tukar sini kulit
pastu mau jahit balik..
Aku : Apasal lama sangat, sekarang buat la, nanti petang saya angkat!
Nyonya : Tak boleh, itu orang sudah keluar!
Aku : Takpa la, ini kasut mau kasik cuci, polish kasi cantik lepas tu tukar tapak

dalam. Belakang ini kasik tampal.
Nyonya : Ini tak boleh tampal, sebab dia byk lembut, susah mau buat.
Aku : Buat saja la, kasik cantik.
Nyonya : Ini susah la, tukar dlm saja boleh la.
Aku : Semua tak boleh ka, tak payah la! (Blah jer dgn hati panas)

Ni kasut masa baru lagik, skrg dah teruk sket..

Pagi ini..dekat satu brader sebelah RHB ampang point.

Aku : Bang, kasut ni nak tukar tapak dalam, lepas tu belakang ni abang tampal skit boleh?
Brader : Dalam tukar tapak penuh la, tapak separuh takder la, pastu belakang saya gam balik, yang koyak ni saya buang la.
Aku : Boleh la, lepas tu polish sket la..
Brader : Mesti polish la, baru cantik..
Aku : Ni tali pinggang ni boleh repair tak?
Brader : Ni cokelat ker hitam?
Aku : Hitam
Brader : ok, saya ganti kulit sini, lepas jumaat sebelum pukul 3 awak datang ambik boleh?
Aku : Ok. (sambil berlalu naik kereta dgn senang hati)

Thursday, April 13, 2006

Bandung Checklist

Sabtu ni flight ke Bandung. Barang belum kemas lagi pun, antara benda yg nak kena bawak.
  • Tukar duit Rupiah utk modal (dah semalam, Rp 1 juta = RM417) rate naik dah.
  • Passport (dlm laci kat rumah)
  • Drypants Zaref (dah beli smlm, M24 = RM21.50)
  • Gerber & Biskut Zaref (ada lagi stok dlm peti ais)
  • Camera dgn charger (nak kena download semua gambar dulu)
  • Handset dgn charger (mesti tak lupa ni)
  • Ipod (belum charge)
  • Soket converter (lupa ni, susah nak charge semua benda)
  • Carrier Zaref (takder ni letih aku)
  • Baju (sikit2 jer, sebab byk brg nak beli, pergh plan baiknyer nak shopping)
  • Belt (tak carik lagi, yg lama dah nazak)
  • Kasut (sepasang jer dah la)
  • Sun Glass (ada dlm kereta)

Tujer kut, entahla kalau ader mender lagi yg tak ingat masih ada satu hari....

Benda yg tak berapa penting nak dicari kat sana nanti :

  • Nak carik CD lagu indon (Radja ker, Peter pan ker, instrumental gamelan ker..)
  • Nak carik DVD murah2 (1 keping = Rp8000)
  • Nak carik buku La Tahzan (hard cover)
  • Nak carik long sleeves t-shirt lagi (hari tu angkat satu jer, pakai cam best)

Benda yg penting tu :

  • Nak shopping baju budak sampai puas!!

Gubra


Selasa, 11 April 2006, Pukul 1.30 petang, aku bersama isteri dah ready dlm cinema 3 kat TGV KLCC nak layan Gubra.
Habis jer citer, my wife cakap kena tunggu sebab ada last scene yg membolehkan kita paham cerita Gubra ni. So, aku yg tak tahu sgt ni tunggu jer la, Yg keluar cuma nama nama pelakon dan watak watak yg dibawa. Lepas tu lampu panggung menyala. Tunggu lagi. Tiba tiba orang semua bangun. Tunggu lagi.
Last sekali, skrin off. Nak tunggu apa lagi? Keluar la dgn maki hamun yg macam2.
So, utk sesiapa yg ada hati nak gi layan, jgn gi kat KLCC, pi carik panggung lain. Kalau tak korang akan jadi frust samer cam kami laki bini.

Wednesday, April 12, 2006

Dulu, Kini

Dulu
Bangun jer tidur mandi, siap2 terus keluar pegi kerja.
Kini
Bangun tidur, siapkan anak mandi semua, baru bleh pergi kerja.

Dulu
Bila2 masa nak tengok wayang selamber jer pergi. Kadang2 sehari dua cerita layan.
Kini
Nak tgk wayang kena tgk time, masa yg anak tu bleh rilek tak meragam, bleh tinggal dgn bibik kejap.

Dulu
Sebelum makan malam, sempat baca paper, layan berita.
Kini
Sebelum makan, kena kasik anak makan dulu, baruleh makan diner. Paper dgn berita kadang2 sempat la layan sekejap.

Dulu
Lepas layan CSI naik atas solat pastu sembang2 skit .... tidur.
Kini
Lepas layan dia main, naik atas, kasik tidur dulu, tgk sebelah bini dah tidur!

Dulu
Nak balik dari opis mcm malas jer, sebab nanti takder apa nak buat.
Kini
Sebuk nak balik, sebab nak main dgn anak, pastu dia duk tunggu jer kita balik.

Dulu
Dapat gaji sebuk nak tukar handphone, beli baju, beli camera...
Kini
Dapat gaji, sebuk nak beli pampers, susu, baju anak...

Dulu
Kalau takder cerita kat TV mula la boring jer nak tidur mata tak ngantuk
Kini
Kalau takder citer, layan main dgn anak, mengekek ngekek dia gelak.

Dulu
Nak gi rumah sedara mara cam malas jer
Kini
Teringat nak melawat sedara mara, nak tunjuk anak dah bleh merangkak

Dulu
Malas nak kuar makan dgn kengkawan, sebab asik tgk anak diorang jer
Kini
Tak kisah dah, pantang kena ajak, sebab dah bleh tayang anak sendiri

Dulu
Ambik gambar hari raya berdua jer
Kini
Bertiga

Dulu
Balik Kg berdua jer, takder singgah mana2
Kini
Singgah merata nak tukar pampers

Dulu
Takder apa yg menarik nak cerita kat orang kampung
Kini
Byk citer pasal anak nak sembang dgn diorang

Dulu dan Kini dah byk berubah

Bau Mulut

Kisah berlaku hari sabtu lepas. Aku pergi menonton Suzana@60 di istana budaya. Seat memang best, dekat la jugak dgn stage tu. Suasana sejuk dlm panggung memang dah agak dah. Lepas tu aku dah memang bersedia nak layan lagu lagu 60an ni. Semangat membara.

Masa kami sampai, terus masuk, cari tempat duduk, lepas tu terus duduk dan sambil melayan karenah orang lain yg masuk memenuhkan dewan, aku layan game dekat handset baru aku .

Dekat dgn masa persembahan nak bermula, masuk satu couple duduk sebelah aku. Dressing boleh tahan. Raut muka ada la dlm umur 30an cam tu.

Si lelaki ni, duduk jer sebelah aku aku dah bau rokok. Kuat betul dia ni hispa rokok, sampai aku boleh bau nafas dia ni. OK, aku tak kisah sgt la. Sebab kat opis aku pun semua yg lain hisap rokok kecuali aku. So tak berapa pedulik la sgt dgn bau rokok ni (walaupun bau ni lain skit kuatnya).

Mula jer persembahan, Zul Yahya nyanyik lagu Suzana. yang bestnya, mamat sebelah aku ni layan gak nyanyi sekali, sebab ada disediakan senikata lagu tu. Mamat ni siul jer lagu tu, terus aku terbau satu bau yg memang aku tak leh nak tahan, umangaiiiiiiiiii, bau mulut dia ni memang power......

Mula dari situ, terus sampai habis teater tu aku layan dgn ada bau yg mengganggu. Sepanjang masa aku menutup mulut dgn tgn (konon cover) dan habis sekotak gula gula bini aku aku bedal.
Dalam kereta, aku cerita dekat bini aku, rupanya dia pun bau gak. Dan aku rasa mamat sebelah bini aku yg jauh sikit tu pun bau jugak, atau couple belakang kami pun sure bau.

Yang hairannya, mcm mana awek mamat ni bleh tahan bau mcm tu?, atau kalau la bini dia, mcm mana dia boleh tahan masa cium mamat ni? isk tak terbayang dek akal aku. Memang kuat, susah aku nak gambarkan. Setiap kali dia bersorak jer tepuk tgn, aku dah risau, terus tak tepuk tgn sebab nak tutup mulut. So tontonan aku hari tu agak terganggu ladgn bauan tak menyenangkan tu.

Tak ke dia perasan yg mulut dia berbau? Takkan takder orang pernah cakap dgn dia? kalau pun hisap rokok kuat, makan la gula2 ker supaya hilang skit bau busuk tu.

Lain kali, cium bau mulut sendiri dulu sebelum cakap dgn orang!

Monday, April 10, 2006

Menyusahkan?

Weekend lepas, selain menyambut hari jadi, aku sempat pegi layan Suzana@60 dekat istana budaya. Best, layan lagu lagu 60an ni. Ramai, sampai takder tempat kosong lansung. Dan yg paling best, pengunjung taerdiri dari semua lapisan umur. Bukan orang yg dizaman 60an jer. Walaupun jalan cerita yg biasa, tapi kehadiran penyanyi irama 60an memang dinanti nanti, persembahan ala ala konsert tahun 60an juga menggamatkan panggung petang sabtu lalu. Aku balik dgn siulan lagu Suzana.

Ahad sempat balik Ulu Yam, jenguk orang tua. Alhamdulillah sihat.

Cuma satu perkara yg tak berapa best. Dapat tahu seorang saudara dekat dah seminggu tunggu anaknya yg kecik dekat hospital selayang. Yang paling best, semua sedara tak tahu cerita pun. Bila berita dah merebak. Semua memberi reaksi yg sama. Kenapa lah tak bagi tahu sanak saudara ni?

Apapun, empunya diri menjawab " tak mahu menyusahkan orang lain".

Persoalan mula timbul. Apa susahnya jika sanak saudara tahu? Apa susahnya jika sanak saudara dtg melawat? Apa erti pertalian saudara kalau perkara begini turut dirahsiakan? Apa akan jadi jika berlaku sesuatu yg lebih serius?

Susah nak jawab. Tapi pasti ada rahsia disebalik " tak nak menyusahkan orang" ini. Mungkin dia terasa benar2 akan menyusahkan orang jika semua sebuk nak dtg menjenguk. Dan jika ada yg tak berkesempatan, akan terasa bersalah. Jadi ada baiknya dirahsiakan.

Tapi bila semua dah tahu, kenapa masih berahsia lagi?Kadang kadang keluarga terasa menyusahkan, kadang kadang terasa diperlukan. Namun air kalau dicincang takkan putus.

Man Utd 2 - 0 Arsenal


Mintak maap bebanyak la kepada yg kecewa semalam, nampaknya strategi memasukkan pemain handalan dia saat akhir tidak menyebelahi Assenal!

Rooney mencipta kemenangan bergaya.

Friday, April 07, 2006

Kami

Membaca entry mamarisya, aku teringat kisah Kami. Aku dgn Isteri tersayang. Aku tak ingat plak date mula kami kawan. Aku tak ingat jugak kat mana kami mula jumpa.
Tapi aku ingat, 8 tahun kami kawan (bercinta la konon) 6 bulan kami bertunang, dan dah 2 tahun lebih kami berumahtangga dan dah ada seorang Hang Tuah kurniaanNya.
Alhamdulillah bahagia sampai sekarang. Amiiinnnnnnnnnnnnnnn