`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: April 2008

Monday, April 28, 2008

Masjid Ahmed Al-Fateh Bahrain






Masjid Ahmed Al Fateh, Bahrain. Aku dan family dapat jugak masa sampai ke sini. Masjid yang memang terkenal kat sini. Rekabentuk memang canggih la, besar, cantik.


Menara masjid.


Ruang sebelah tepi masjid dan pintu masuk sebelah kanan masjid.


Ruang istirehat di perkarangan luar masjid.


Ruang pameran, penuh dgn cerita tentang islam. Masa aku datang ni baru habis F1, so ramai la tourist yang melawat masjid ni.


Ruang dalam masjid. Mula mula aku masuk, terpegun sekejap. Lampu dia tak terang sangat dan tak gelap sangat. Suam suam kuku la.


Lepas solat sunat, sempat snap lagi dua tiga keping.


Kawasan solat imam dihari hari biasa. Kerusi tu tempat imam memberi ceramah atau kuliah selepas solat.


Pandangan dari mimbar.


Mimbar, dua orang tourists sedang mendengar penerangan.


Ruang solat muslimah, siap dgn penghawa dingin dan lcd screen.


Sempat melepak dekat tempat rehat, dengan hidangan makanan tradisional Bahrain.






Labels: ,

Friday, April 25, 2008

Kuwait - Siri Dua

Bak kata Zino, memang la banyak gambar gambar yang dirakam di Kuwait ni. Tapi nak tunjuk semua tu, byk la pulak kan. So mana yang termampu la aku tunjukkan untuk korang yang berminat.

Kat bawah ni antara kereta kereta yang biasa dijumpai di Kuwait. Memang semua besar besar dan cc pun tinggi tinggi. Yer la minyak murah. Kereta pun murah gak la agaknya, berbanding dengan Malaysia. Yang best tu, Hummer la, selalu aku tengok kat dalam cerita CSI jer. Tapi kali ni dapat tengok real'.





Ada la terjumpa Wira sebijik, itupun dibuat Teksi je. Dan sebelah tu contoh no Plate kereta di Kuwait.

Kat bawah ni pulak Kuwait Diabetes Center dengan Royale Hayat Hospital. Antara hospital termahal di Kuwait. Mahal giler.



Kat Bawah ni pulak, sekitar Kuwait Scientific Center.





Atas ni, sekitar Mubarakiah. Atau satu kawasan tradisional market. Kat sini banyak la barang barang tempatan yang boleh kita jumpa. Makanan ker, pakaian ker ada la dijual kat sini. Harga pun boleh tahan la.



Ni pulak satu gambar pagi yang agak berhabuk. Kalau kat sini jerebula gamaknya. Di kuwait ni agaknya baisa, kalau angin kuat tu, so habuk habuk pasir pun naik la. Sebelah tu, satu restoran, kalau korang besarkan gambar tu, nampak la nama restoran tu. Pelik nama dia, kalau kat sini sure tak lepas tu nama tu nak buat nama restoran. Menderhaka namanya.




Gambar atas ni semuanya dekat Fish Market dia. Tepi laut. Dari gambar pintu besar Fish market ni sampai la gambar ikan ikan yang dijual. Dan satu masalah kat sini, ikan semua dijual seekor, takder potong potong. Paling sikit pun ikan yang kecik kecik tu dijual sekilo. Half kilo tak main.



Ni pulak sambungan dari yg sebelum ni. Gambar di Friday Market. Satu gedung jual perabot jer, satu lagi jual kerusi arab tu. So kalau nak berjalan puas la.



Atas ni sebuah kedai makan masakan cina. Dan gambar sebelah tu entah aku pun taktau, aku main snap jer.



Ni pulak dekat Al Kout Mall. Kira cam hi class punya mall la. Kedai kedai semua branded dan mahal nak mampus bagi aku la. Tapi cantik la sebab dia tepi laut. Dan ada gak diletak gambar2 pemerintah diorang yang lama dan baru.

So sambung lagi nanti.






Labels: , ,

Thursday, April 17, 2008

Kuwait - Siri Ziarah Tak Sengaja

2 minggu lepas, aku tersampai di Kuwait. Satu trip yang tak tersangka. Tapi kalau dah jodoh tu, akan sampai jugak. So dah terlanjur sampai, kami jalan jalan lah ke mana yang sempat. Dengan bantuan Nani yang memang dah lama kat Kuwait ni, banyak jugak lah tempat tempat kami jalan.

Kuwait atau nama lamanya Al Kout, sebuah negara kecil yang penduduknya dianggar lebih kurang 3.5 juta. Lain lain, yang meramaikan adalah pekerja asing, terutama dari India dan Filipina. Disini air lebih mahal dari minyak petrol. So tak hairan la kalau semua kereta kereta ber cc besar. Ya kalau dikira atau dibanding dengan Malaysia, disini tak sampai RM1 seliter petrol nya.




Gambar Kuwait Liberation Tower. Diambil dari dalam kereta, so shot dia nampak kelam kabut sikit la, tapi sebenarnya cameraman tengah try dia punya 'skills'.

Matawang Kuwait tinggi. Teramat lah tinggi. 1 Kuwait Dinar bersamaan RM12. So tak hairan lah kalau cetakkan wang kertas tertinggi nilainya hanya lah 20 Kuwait Dinar sahaja.



Ini pulak gambar Kuwait Tower. Dibina berdasarkan sebuah alat merenjis tradisional Kuwait. Ada 3 jenis semuanya, yang bulat dan yang tajam.



Gambar atas ni, ialah Kuwait Friday Market, gila besar. Semua bumbung bumbung adalah mewakili satu jenis barangan yang dijual. Jenuh nak menapak keliling semuanya. Panas lak tu. Yang bawah ni pulak adalah gambar nursery di Kuwait, atau kedai jual pokok pokok bunga la senang. Yang lainnya diorang jual pokok pokok palm tu semua yang besar besar. yang kecik kecik tak main.


Setakat ni dulu. Nanti sambung siri dua.





Labels: , , ,