`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Kuwait - Siri Ziarah Tak Sengaja

Thursday, April 17, 2008

Kuwait - Siri Ziarah Tak Sengaja

2 minggu lepas, aku tersampai di Kuwait. Satu trip yang tak tersangka. Tapi kalau dah jodoh tu, akan sampai jugak. So dah terlanjur sampai, kami jalan jalan lah ke mana yang sempat. Dengan bantuan Nani yang memang dah lama kat Kuwait ni, banyak jugak lah tempat tempat kami jalan.

Kuwait atau nama lamanya Al Kout, sebuah negara kecil yang penduduknya dianggar lebih kurang 3.5 juta. Lain lain, yang meramaikan adalah pekerja asing, terutama dari India dan Filipina. Disini air lebih mahal dari minyak petrol. So tak hairan la kalau semua kereta kereta ber cc besar. Ya kalau dikira atau dibanding dengan Malaysia, disini tak sampai RM1 seliter petrol nya.




Gambar Kuwait Liberation Tower. Diambil dari dalam kereta, so shot dia nampak kelam kabut sikit la, tapi sebenarnya cameraman tengah try dia punya 'skills'.

Matawang Kuwait tinggi. Teramat lah tinggi. 1 Kuwait Dinar bersamaan RM12. So tak hairan lah kalau cetakkan wang kertas tertinggi nilainya hanya lah 20 Kuwait Dinar sahaja.



Ini pulak gambar Kuwait Tower. Dibina berdasarkan sebuah alat merenjis tradisional Kuwait. Ada 3 jenis semuanya, yang bulat dan yang tajam.



Gambar atas ni, ialah Kuwait Friday Market, gila besar. Semua bumbung bumbung adalah mewakili satu jenis barangan yang dijual. Jenuh nak menapak keliling semuanya. Panas lak tu. Yang bawah ni pulak adalah gambar nursery di Kuwait, atau kedai jual pokok pokok bunga la senang. Yang lainnya diorang jual pokok pokok palm tu semua yang besar besar. yang kecik kecik tak main.


Setakat ni dulu. Nanti sambung siri dua.





Labels: , , ,

1 Comments:

Blogger Ted said...

aduh mak aiii, besarnya pokok...macam mana kalau ada org beli ek?sah2 kene bawak balik ngan lori

Thursday, April 24, 2008 8:20:00 AM  

Post a Comment

<< Home