`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: March 2007

Thursday, March 29, 2007

Cendol Pulut Ice Cream



Nama Kedai
: Mustafa Cendol Corner
Lokasi : Jln Teluk Sisek, Kuantan. On the way ke Teluk Cempedak, lepas Shell sebelah kanan.
Menu : Cendol, Cendol Jagung, Cendol Campur, Cendol Pulut Ice Cream, ABC, Rojak, Rojak Mee, Rojak Ayam

Gerai


Cendol


Cendol Jagung


Cendol Pulut Ice Cream


Rojak Ayam






Labels:

Monday, March 26, 2007

Bukit Damansara



Jumaat lepas. Kami ke Masjid Saidina Umar Al Khatab, Bukit Damansara. Kami tiba seawal jam 1 petang di sana. Suasana di perkarangan masjid sebuk. Ramai sudah mula berjalan menuju ke kawasan masjid. Penat jugak menapak menaiki bukit utk ke perkarangan masjid.

Masjid yang sederhana besar ini terletak dia tas bukit berhampiran Sekolah Seri Cempaka. Didalam masjid keadaan dingin bilamana aircond begitu kuat terpasang.

Suasana di kawasan letak kereta luar masjid sangat meriah. Ramai penjual sebuk dgn barangan masing masing. Keadaan seakan pasar malam sementara. Yang seronoknya, mereka yang datang terdiri dari semua bangsa dan agama jugak jantina. Semua datang utk membeli makanan dan barangan yang terjual.

Satu jer aku perasan dekat pintu masuk dibawah bukit masjid ini. Tulisan di papan tanda masjid berbunyi " Masjid Saidina Umar Ibni Al Khatab". Kan salah tu... bila pulak Saidina Umar ber'Bin kan Al Khatab. Itukan gelarannya.


Labels:

Thursday, March 22, 2007

Eagle, birdie or bogey...!



Terima SMS dari seorang kawan.

"tak payah kau susah2 nak carik pleasure machine kau tu, skrg org pakai bola golf dgn sudu jer, hahaha.."



*********


Aku Balas.

"erkk...!"



Labels:

Tuesday, March 20, 2007

Masjid Jamiul Ridhuan


Jumaat di Kuala Selangor. Masjid Jamiul Ridhuan, Jeram Kuala Selangor. Masjid bersebelahan lampu isyarat simpang tiga Jeram. Masjid hijau disebelah kiri jalan dari Kapar menghala ke Kuala Selangor.

Masjid lama dengan rekabentuk sederhana. Dalam kelihatan luas dengan mimbar yang terletak di tengah tengah.

Masjid ini dipenuhi ramai kanak kanak berjubah putih. Mereka semua dari sekolah tahfiz berhampiran.


Labels:

Monday, March 12, 2007

Pleasure Machine

Balik dari Serdang, aku dibekalkan senarai beberapa peralatan makmal test bed' untuk aku cari harganya. Kalau dibaca nama nama mesin tu semua, memang pelik pelik, tapi benar.

Di MRR2, sebelum masuk ke Taman Kencana. Terpandang satu kilang disebelah kanan jalan menghala ke Ampang. Sebuah kilang membekal mesin mesin peralatan dapur dan mesin mesin yang sewaktu dengannya. Terus aku tuliskan no telefon yang besar terpampang di papan iklannya.

Di pejabat, proses pencarian harga harga mesin bermula.

Aku : Hello, ini kedai barang mesin dapur ka.....?
Dia : Hello, ya lo... apa misin lu mau...?

Aku : Arr... you ada itu mesin potong mi ka..?
Dia : Ala ala, ala.. itu berapa berat lu mau...?

Aku : Oo... okay, itu mesin bikin keropok lekor ada ka...?
Dia : Ala jugak... manyak jinis lo... lu mau itu pleasure misin punya ka...?

Aku : Uiks... Ini kilang mesin dapur punya kan...?
Dia : Yes lo... lu mali sini kasi tingok la.... itu mau kuat pleasure ka, tamau ka....
Aku : Ok Ok... nanti saya datang la...



Tak tahu pulak aku mesin buat keropok lekor boleh mendatangkan pleasure....!!!!!!!!




Errkkk......!!!!




Labels:

Friday, March 09, 2007

Masjid Jamek Pekan Sentul

Minggu ni takder masjid spesifik nak dituju. So jalan punya jalan timbul cerita satu masjid lama di sentul. Kami terus menghala kesana.

Masjid Jamek Pekan Sentul terletak hampir dgn stesen minyak Esso di jalan sentul. Lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar.

Masjid lama ini mungkin dibina oleh orang india muslim. Ini kerana ramai para jemaah adalah dari golongan india muslim disekitar sentul. Masjid yang dari luarnya kelihatan hanya seperti sebuah surau di taman taman perumahan.

Dalam masjid, juga sederhana. Dari segi hiasan dan peralatan juga sederhana. Mungkin ia bukan masjid yang dibiaya oleh kerajaan. Masjid ini tidak mempunyai mimbar khutbah atau kubah yang cantik. Imam atau khatib, ketika membaca khutbah hanya berdiri di atas satu kotak berupa tangga yang tinggi lebih kurang 2 kaki. Di balut dgn sejadah. Ketika duduk habis khutbah pertama, khatib hanya akan duduk di anak tangga ketiga itu sambil memegang tongkat.

Yang lainnya, khutbah jumaat di masjid ini hanya sekitar 10 minit dan berbahasa arab sepenuhnya. Sekejap sangat.

Tetapi, tazkirah sebelum azan itu yang panjang dan menarik. Khatib sendiri akan menyampaikan tazkirah itu yang berkisar tentang sejarah nabi dan para sahabat. Satu penceritaan sejarah yang menarik. Sehingga tidak terasa lamanya.

Wallahualam...




Labels:

Monday, March 05, 2007

Sungai Mulia

Jumaat lepas kami ke Masjid Kampung Sungai Mulia, Batu 5, Jalan Gombak. Senibina masjid ni agak berbeza dengan rekabentuk tinggi seperti pintu gerbang di hadapan. Dan kubah nya tersergam di bahagian belakang.

Masjid ini betul betul ditepi jalan gombak. Kalau melalui jalan gombak pasti tak terlepas masjid ini. Suasana diluar masjid agak sebuk, keadaan sempit dengan kekurangan tempat letak kenderaan menjadikan lebih sebuk.

Untuk ke tandas masjid, aku perlu turun dua tingkat ke bawah masjid. Menarik senibinanya. Mimbar masjid membayangkan betapa masjid ini antara masjid yang lama terdapat di gombak. Ukiran kayu lama menghiasi mimbar.

Sebelum khutbah, para jemaah dihidangkan dengan tazkirah. Ditambah dengan tayangan setiap isi isi penting tazkirah terpapar di skrin besar bersebelahan mimbar. Menarik.

Tiba masa khutbah. Cara yang sama. Setiap maklumat penting dan isi khutbah dipapar di skrin membuatkan hilang mengantuk. Sambil mendengar boleh membaca jugak. Teknologi membuatkan aku lupa aku sedang mendengar khutbah jumaat.

Dengarnya, ramai yang ber'suluk disini.


*****


Minggu ini belum tahu lagi.


Labels:

Friday, March 02, 2007

Karya Agung



Membaca buku 'Berpetualang ke Acheh' membuat aku terpanggil untuk mencari karya karya agung yang lama, yang tak pernah terfikir untuk aku baca. Dua minggu lepas, singgah ke Kinokuniya di KLCC dan aku berjumpa dengan sekumpulan karya karya lama yang hampir dilupakan.

Lebih satu jam, duduk membaca Hikayat Raja Aceh seorang diri. Kemudian membelek belek Hikayat Merong Mahawangsa.

Minggu lepas, aku ambik keputusan untuk memulakan bacaan dengan Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Semoga aku berjaya menghabiskan bacaan.

Labels:

Thursday, March 01, 2007

Kasut Beroda Dari Senget



Nini dah lama teringin nak kasut yang beroda macam Apek Senario pakai tu. Nampak macam best jer bila jalan tak payah melangkah, laju jer kalau kasut beroda. Memang ayah dah janji nak beli, tapi taknak la yang mahal sangat. Sebab bukan pakai selalu pun.

Dia nampak dua tiga orang kawan dia pakai kasut beroda tu. Setelah puas mencuba dan bermain bersama sama. Nini balik untuk menceritakan pengalaman best tu kepada Ayah.


Nini : Ayah, tadi Nini pinjam kasut roda Aliya. Best Ayah...!!

Ayah : Nini tak tanya ker kat mana Aliya beli kasut tu...? Nanti boleh kita pergi carik...!

Nini : Ada Nini tanya... dia kata dia beli dekat... err.. er... 'Senget'..!!!

Ayah :... mana pulak shopping complex Senget ni...? (* />**%@@)



*******



Selesai makan malam. Tiba tiba Nini menjerit dari dapur, lari menuju ke depan.


Nini : Ayah...!!! Nini ingat dah... Aliya beli kasut tu kat 'Bangkok' la... bukan 'senget'...!!!



Labels: