`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Masjid Jamek Pekan Sentul

Friday, March 09, 2007

Masjid Jamek Pekan Sentul

Minggu ni takder masjid spesifik nak dituju. So jalan punya jalan timbul cerita satu masjid lama di sentul. Kami terus menghala kesana.

Masjid Jamek Pekan Sentul terletak hampir dgn stesen minyak Esso di jalan sentul. Lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar.

Masjid lama ini mungkin dibina oleh orang india muslim. Ini kerana ramai para jemaah adalah dari golongan india muslim disekitar sentul. Masjid yang dari luarnya kelihatan hanya seperti sebuah surau di taman taman perumahan.

Dalam masjid, juga sederhana. Dari segi hiasan dan peralatan juga sederhana. Mungkin ia bukan masjid yang dibiaya oleh kerajaan. Masjid ini tidak mempunyai mimbar khutbah atau kubah yang cantik. Imam atau khatib, ketika membaca khutbah hanya berdiri di atas satu kotak berupa tangga yang tinggi lebih kurang 2 kaki. Di balut dgn sejadah. Ketika duduk habis khutbah pertama, khatib hanya akan duduk di anak tangga ketiga itu sambil memegang tongkat.

Yang lainnya, khutbah jumaat di masjid ini hanya sekitar 10 minit dan berbahasa arab sepenuhnya. Sekejap sangat.

Tetapi, tazkirah sebelum azan itu yang panjang dan menarik. Khatib sendiri akan menyampaikan tazkirah itu yang berkisar tentang sejarah nabi dan para sahabat. Satu penceritaan sejarah yang menarik. Sehingga tidak terasa lamanya.

Wallahualam...




Labels:

5 Comments:

Blogger Unknown said...

bhs arab ok lg. dibuatnye bahasa urdu cam kat masjid india.. amacam? ha ha

Friday, March 09, 2007 5:23:00 PM  
Blogger KAMATO said...

ramai ke orang arab kat sentul tu...

Saturday, March 10, 2007 12:23:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

tak perasan plak ramai arab kat sana

Sunday, March 11, 2007 7:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Aku rasa khutbah dia dlm bahasa arab bukan sebab ramai org arab kat sentul, tapi sebab dia ambik khutbah tu sebagai dua rakaat, so dia nak dlm bahasa arab lah, mcm dlm solat... wallahualam...

Monday, March 12, 2007 12:18:00 AM  
Blogger DeeN said...

Ooooh... menarik! Bagus gak ko g solat kat masjid berlainan, setiap masjid mmg ada kelainan kan dalam penyampaian khutbah especially..

Monday, March 12, 2007 3:08:00 PM  

Post a Comment

<< Home