`o.n.t.a.h.s.a.p.o`

Friday, July 11, 2008

Masjid Simpang 3, Gombak

Jumaat lepas, 1 Rejab. Kami ke masjid Al-Sharif, Simpang 3, Gombak. Dekat dengan greenwod tu. Masjid ni kira masjid baru la walaupun tapak asal memang dah lama ada sebuah masjid kat sini.







Sungai betul betul belakang Masjid ni. Sungai Gombak le gamaknye.



Kubur Imam pertama Masjid ni pun dekat pintu masuk, dan bersebelahan sungai.







* Gambar diambil pakai HP je, so kureng sket.

Labels: , ,

Wednesday, February 06, 2008

Masjid Kg. Hulu, Melaka

Masjid Kg. Hulu, Melaka. Masjid ni kalau di googlekan akan dikatakan sebagai Masjid tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1728.

Binaannya dah beberapa kali di perbaharui, tetapi masih lagi mengekalkan bentuk dan lokasi asalnya.

Kalau tengok memang saling tak tumpah dengan Masjid Peringgit kat Melaka jugak. Sejibik orang hip hop kata.





Sedikit sejarah latar belakang Masjid ini masih diabadikan.





Tabuh yang terletak betul betul diatas pintu masuk Masjid.



Ikut cerita yang menjaganya, menara ini dah beberapa kali dibaikpulih dan ditukar bentuknya. Tapi masih tetap gah di kota Melaka ni.







Terdapat 4 tiang utama yang diperbuat dari kayu belian. Ini bagi menyokong struktur utama Masjid. Ciri ciri binaan klasik melayu, cina dan india.













Kawasan perkuburan lama di belakang masjid. Semua batu nisan adalah dari jenis nisan Acheh.








Labels: , ,

Tuesday, January 29, 2008

Masjid Albukhary

Dengan bermodalkan RM420, T40 aku berjaya pulih balik dgn RAM yg bertambah. Alhamdulillah.


Masjid last week, ialah Masjid Albukhary. Masjid baru lah agaknya, sebab setahu aku, tak perasan lak ada masjid kat sini. Betul betul bersebelahan dengan sekolah VI.

Lawa masjid ni. Cantek dari luar dan dalam. Cuma mungkin agak kecil dan tak berapa boleh manampung semua jemaah setiap jumaat.










Nampak LRT punya jalan tu. Betul betul depan pintu masjid. Tu flat Samping.





AKu jeling gak kut kut abang Naga ada. Tak der lak, dia solat di opis agaknya!!!

Labels: ,

Friday, December 28, 2007

Masjid Angkatan Tentera, Sungai Besi

Masjid yang dalam kem tentera Sg. Besi ni besar jugak. Parking lot dia pun boleh tahan. Warna putih hitam biasalah, tentera. Dan jemaah pun ramai dari tentera jugak.






Dua tingkat. Bahagian atas tu utk jemaah wanita. Tapi hari jumaat open utk semua. Ramai bebudak duduk atas.





Kubah dia boleh tahan besar. Tinggi lak tu.



Pengudaraan dia yg best. Sejuk. Angin kuat keluar masuk, mungkin jugak sebab dia kat atas bukit sikit.

Labels: , ,

Monday, December 17, 2007

Masjid Kg. Kuala Perdik

Masjid Kariah Kuala Perdik ni terletak lebih kurang 2 km dari pekan Batu 18, Langat. Lokasi bersebelahan jalan besar dan sebelum Kampung Pangsun.



Masjid yang sederhana besar ini berbelakangkan bukit dan hutan buah buahan atau dusun.



Hiasan dalaman juga agak sederhana dengan mimbar yg bewarna putih dan dinding yang hijau.



Kawasan dalaman masjid jugak tidak begitu besar.



Beduk masih dipalu sebelum azan berkumandang. Kolah tempat mengambil wuduk juga masih digunakan.



Diseberang jalan hadapan masjid, mengalir sungai yang deras. Kurang periksa apa nama sungai ni. Mungkin Sungai Langat, Sungai Perdik atau pun Sungan Pangsun. Keadaan tebing sungai yang baru dibersihkan, dengan batu batu dia kiri kanannya.



Kelihatan jarak masjid dari tebing sungai.





Labels: ,