`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: February 2008

Wednesday, February 27, 2008

Batuk







Anak beranak batuk. Aku pun ada rasa terkucil nak batuk ni, tapi aku tahan. Selalunya seminggu dua baru ok. Kali ni tak tahu lah.





*******


Dulu masa kena buat medical check up, salah satu benda yang kena buat ialah batuk. Selamba jer doktor tu ramas..., lepas tu dia kata

"ha batuk..."

Lepas aku batuk dua kali, dia ulang lagi.

"ha batuk lagi.. lagi sekali..."



Ceh, ikut suka hati dia jer.




"OK dah, pakai balik seluar........"














Labels:

Thursday, February 14, 2008

Tok

Gong Xi Fa Cai baru ni aku balik kampung. Rumah Tok di Permatang Pasir kali ni meriah. Walaupun tak semeriah open house Datuk K dengan Datuk Siti, tapi semua, boleh dikatakan semua anak cucu balik. Bukan nak rayakan tahun baru cina, tapi balik sebab ada kenduri. Seekor lembu tumbang untuk majlis akikah dan kenduri kesyukuran kali ni.

Jarang jarang kami semua dapat berkumpul macam ni. Selalunya hari raya, itupun tak semua dapat turun seramai ni. Kali ni macam lebih meriah pulak. Mungkin sebab dah naik khemah dengan susunan kerusi meja, macam Tok nak terima menantu pulak.

Malam sebelum kenduri, ramai orang kampung datang melapah lembu. Tua muda semua sebuk dengan pisau atau golok masing masing. Ramai yang datang membantu walaupun kerjanya cuma sikit. Mungkin kerana Tok antara yang disegani dikampung. Selain guru mengajar mengaji al quran, dia antara yang penting jika ada kenduri kendara.

Kami balik ramai ramai pun mungkin sebab Tok masih ada. Kalau dia marah pun tak lama. Lepas tu dia ok balik. Walau rumah Tok besar, tapi semua nak menyempit kat bawah jugak. 5 atau 6 kelambu naik. Semua dah tahu tempat masing masing. Bila ramai ramai macam nampak lah Tok happy jer. Walau semua anak cucu macam macam perangai.




Kadang kadang, terfikir jugak, entah apa jadi kalau Tok takder nanti. Dapat ker kami ramai ramai macam ni lagi. Orang kampung akan datang meriahkan majlis lagi tak. Entah anak cucu akan balik atau tak. Susah nak cakap.Hendaknya sama lah.


Selagi Tok ada.



Labels:

Wednesday, February 06, 2008

Masjid Kg. Hulu, Melaka

Masjid Kg. Hulu, Melaka. Masjid ni kalau di googlekan akan dikatakan sebagai Masjid tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1728.

Binaannya dah beberapa kali di perbaharui, tetapi masih lagi mengekalkan bentuk dan lokasi asalnya.

Kalau tengok memang saling tak tumpah dengan Masjid Peringgit kat Melaka jugak. Sejibik orang hip hop kata.





Sedikit sejarah latar belakang Masjid ini masih diabadikan.





Tabuh yang terletak betul betul diatas pintu masuk Masjid.



Ikut cerita yang menjaganya, menara ini dah beberapa kali dibaikpulih dan ditukar bentuknya. Tapi masih tetap gah di kota Melaka ni.







Terdapat 4 tiang utama yang diperbuat dari kayu belian. Ini bagi menyokong struktur utama Masjid. Ciri ciri binaan klasik melayu, cina dan india.













Kawasan perkuburan lama di belakang masjid. Semua batu nisan adalah dari jenis nisan Acheh.








Labels: , ,