`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: May 2008

Thursday, May 29, 2008

Din Dungga





Din Dungga kata hari ni dia stesen bas kuala muda takder orang. Dia sorang tunggu bas, dia sorang naik bas. Pakcik jual tiket tanya 'awat hang pi sekolah hari cuti ni?'. Din jawab ada sambutan hari guru dan semua budak kena hadir.


Sampai dekat 'kona masjid, aku naik bila bas berhenti. Sekarang aku dengan Din dalam bas sama sama dengan pakcik jual tiket dan pakcik bawak bas. Kami berempat. Pakcik jual tiket tanya lagi 'hang pa satu sekolah ka?' Aku angguk. Din senyum.


Sampai di SP, kami minum dulu di warung depan stesen teksi. Nasi lemak sebungkus 50 sen, air kopi pun 50 sen. Dekat pukul 11 kami masuk toilet belakang stesen bas. Masuk free sebab makcik yang jaga toilet takder, cuti jugak agaknya. Kami keluar dengan seragam lain, baju sekolah dah dalam beg.


Kami pi tengok Indiana Jones kat panggung. Best cerita dia. Balik kami naik bas jugak, dengan baju sekolah tadi, sebab tiket bas murah kalau pakai baju sekolah. 40 sen jer. Yang pastinya bulan tu bukan bulan hari guru la.


Din sekarang kat KD Sri Gombak, dia dah Leftenan. Tapi dia belum tengok lagi Indiana Jones baru.





Labels:

Friday, May 23, 2008

Awas Cermin !!!







Ahad lepas aku jenjalan dekat Great Eastern Mall dengan family. window shopping ni kekadang best, sebab boleh tengok je apa apa barang yang dijual, walaupun sebenarnya tak berminat nak beli pun.


Tapi, bahayanya window shopping ni kalau dah terlalu asyik duk tengok tengok jer, sampai lupa kan keselamatan. Di tingkat atas, my wife duk baik punya layan tengok satu kedai jual gelang, terhantuk cermin kedai tu. Yer la duk pandang dari luar jer, last last lupa benda tu dalam cermin, ha terhantuk kepala you... hahaahha..... aku gelak sakan....!!


Sampai ground floor, kedai kat tepi tangga tu ada pulak jual gelang tungsten la, apa la, kami layan lagi. Tengok tengok jer. Aku pulak terhantuk cermin dia. Hampeh betul punya baik duk tengok key chain superman dia, tak perasan benda tu dalam cermin. Berpinau jugak kepala aku... melatah la makcik salesgirl ru...


Apa lagi, aku pulak la kena gelak....hampes...!!!



Awas kalau tengok gelang dari luar kedai.....!!!





Labels: , ,

Tuesday, May 20, 2008

Dia Dah Mula






Semalam riuh sms masuk bagi tau pasal Tun dah keluar dari UMNO. Aku cuma terbaca dalam utusan online je berita tu dan bagi aku takder la best sangat berita tu berbanding dengan kekalahan pasukan Piala Thomas.




Hari ni semua akhbar tempatan berita utamanya itu lah juga. Jadi aku terpanggil lah nak bersembang sikit tentang isu ni.

Bagi aku yang tak terlibat dengan politik ni, aku suka la dia keluar, sebabnya, dia dah sama macam aku, tak der keahlian mana mana parti politik. Dan tak terikat dengan mana mana undang undang parti politik. Kalau dia Indonesia orang macam ni digelar Golput atau golongan putih. Berkecuali lah gamaknya.

Mungkin bagi tuan empunya diri, dia patut keluar sebab mungkin jugak itu satu satunya cara untuk mencapai segala apa yang dihajatinya. Dan mungkin jugak itu cara terakhir untuk mencari apa yang diacari selama ini.

Tapi betullah jugak tu tindakkan dia. Parti ialah dimana pemimpin yang dilantik mendengar masalah dan suara ahli. Jika suara dia sebagai seorang ahli sudah tak didengar dan diambil peduli, lebih baik dia tak ada dalam parti. Jadi sesiapa yang masih didalam parti, cuba risik risik, suara anda masih didengar atau tidak? Jika tidak, benarkah anda seoranh ahli parti yang penting atau berkepentingan?


Namun bagi aku, benda macam ni sedikit sebanyak akan menjejaskan parti walaupun tak diwar warkan di kaca tv. Tapi pada hakikatnya memang terjejas.

Yang paling senyum aku dapat baca, ialah cerita Pak Hitam yang kata duri dalam daging dah keluar, dia ni bukan main lagi. Kalau betul betul nak cari duri dalam daging, hmmmm saper lah agaknya...

Aku cuma berharap, kerajaan sekarang ni dapat fokuskan kepada harga barang yang tengah naik sesangat ni. Beras dah melampau lampau naik, tak boleh lah kita nak suruh orang makan nasi segenggam je, kalau dah memang hari hari diorang makan nasi dua kali sehari. Diorang kerja kat ladang, kat sawah, kat kebun. Bukannya naik kereta yang ada polis ikut depan belakang. Diorang angkat guni baja, menyangkul, turun ke laut, takkan nak makan nasi segenggam. Lu pikir la sendiri....!!!!

Bab beras belum dapat selesai, minyak belum pun ada sesapa tegur. Belum cerita bab bil bil yang akan dianaikkan. Hmmm....Tol tak jugak turun...

So nasihat aku yang tak pandai ni, sapa lagi yang nak keluar tu, keluarlah, supaya bila semua dah keluar, dapatlah orang lain masuk dan berlakulah perubahan.. kalau takder sapr keluar, takder saper masuk, takder lah perubahan kuasa..... agaknya.....








Labels: