`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Dia Dah Mula

Tuesday, May 20, 2008

Dia Dah Mula






Semalam riuh sms masuk bagi tau pasal Tun dah keluar dari UMNO. Aku cuma terbaca dalam utusan online je berita tu dan bagi aku takder la best sangat berita tu berbanding dengan kekalahan pasukan Piala Thomas.




Hari ni semua akhbar tempatan berita utamanya itu lah juga. Jadi aku terpanggil lah nak bersembang sikit tentang isu ni.

Bagi aku yang tak terlibat dengan politik ni, aku suka la dia keluar, sebabnya, dia dah sama macam aku, tak der keahlian mana mana parti politik. Dan tak terikat dengan mana mana undang undang parti politik. Kalau dia Indonesia orang macam ni digelar Golput atau golongan putih. Berkecuali lah gamaknya.

Mungkin bagi tuan empunya diri, dia patut keluar sebab mungkin jugak itu satu satunya cara untuk mencapai segala apa yang dihajatinya. Dan mungkin jugak itu cara terakhir untuk mencari apa yang diacari selama ini.

Tapi betullah jugak tu tindakkan dia. Parti ialah dimana pemimpin yang dilantik mendengar masalah dan suara ahli. Jika suara dia sebagai seorang ahli sudah tak didengar dan diambil peduli, lebih baik dia tak ada dalam parti. Jadi sesiapa yang masih didalam parti, cuba risik risik, suara anda masih didengar atau tidak? Jika tidak, benarkah anda seoranh ahli parti yang penting atau berkepentingan?


Namun bagi aku, benda macam ni sedikit sebanyak akan menjejaskan parti walaupun tak diwar warkan di kaca tv. Tapi pada hakikatnya memang terjejas.

Yang paling senyum aku dapat baca, ialah cerita Pak Hitam yang kata duri dalam daging dah keluar, dia ni bukan main lagi. Kalau betul betul nak cari duri dalam daging, hmmmm saper lah agaknya...

Aku cuma berharap, kerajaan sekarang ni dapat fokuskan kepada harga barang yang tengah naik sesangat ni. Beras dah melampau lampau naik, tak boleh lah kita nak suruh orang makan nasi segenggam je, kalau dah memang hari hari diorang makan nasi dua kali sehari. Diorang kerja kat ladang, kat sawah, kat kebun. Bukannya naik kereta yang ada polis ikut depan belakang. Diorang angkat guni baja, menyangkul, turun ke laut, takkan nak makan nasi segenggam. Lu pikir la sendiri....!!!!

Bab beras belum dapat selesai, minyak belum pun ada sesapa tegur. Belum cerita bab bil bil yang akan dianaikkan. Hmmm....Tol tak jugak turun...

So nasihat aku yang tak pandai ni, sapa lagi yang nak keluar tu, keluarlah, supaya bila semua dah keluar, dapatlah orang lain masuk dan berlakulah perubahan.. kalau takder sapr keluar, takder saper masuk, takder lah perubahan kuasa..... agaknya.....








Labels:

1 Comments:

Blogger Ted said...

sokong je mahathir kuar ape.Bagus n dia ada otak yg bagus

Monday, May 26, 2008 11:08:00 AM  

Post a Comment

<< Home