`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: January 2009

Friday, January 16, 2009

Terjebak







Semalam aku singgah Low Yatt sebab nak beli webcam. Nak online dengan my wife yang sekarang dekat Hong Kong. So dah terlanjur aku dari Pertama kompleks, so aku terus ke sana.

Masuk jer Sri Comm, bersepah webcam. Dah tak tau mana satu nak pilih. Aku pegi situ sebab nak try jer, sebab dia letak penuh webcam dan kita boleh try mana yang kita nak. Belek punya belek, dapat la satu yg mampu untuk beli.

So aku keluar, terus pegi kedai yang dah biasa aku dapat murah, aku tanya model yang aku nak, betul memang aku dapat murah lagi dari kedai lain. Murah RM5 je pun, tapi kat Low Yatt, RM5 tu kira besar.

Sambil aku duk belek webcam, ada satu mamat datang terus mintak nak beli satu barang. Aku tak paham sebab dia cakap bahasa cina. Tapi nampak macam berminat. So lepas mamat tu blah aku tanya budak jual tu.

Yer dan aku pun terjebak beli barang tu.

Bendanya kalau di kotak ditulis, 'Multi - Media Player'.

Memang sangat berguna untuk sesiapa yang external harddisk penuh dengan movie atau tv series yang belum tengok. Dengan benda ni, korang cuma perlu cucuk external HDD korang tu kat USB port yang ada, dan sambung kan ke tv korang dengan AV cable biasa yg merah kuning putih tu, terus boleh layan.

Yang best tu, benda ni boleh baca semua fromat movie yang ada. Termasuk jpeg dan mp3 untuk lagu. Tengok la gambar dia bawah ni.


Siap ada remote dan dah macam dvd palyer lak. kecik dan senang nak bawak travel.



Harga aku dapat semalam RM180.






Labels:

Friday, January 02, 2009

Lupa, Selamat Tahun Baru 1430 / 2009


Aku lupa aku ada blog. Bila dapat call dari sorang awek, dia tanya rumah sewa yang iklan dalam blog tu kosong lagi ke? Baru aku teringat aku ada blog. Hahaha... nampak sangat tak tegar.

Sempena baru je masuk tahun baru Hijrah 1430 dan 2009, ok lagi kalau aku nak ucap selamat tahun baru pada semua yang terjengah blog aku yang dah berkarat ni.


Insyaaallah aku cuba menyibukkan diri untuk update tahun ni.




Ni ada sikit renungan :


Angin pagi ada rahsia yang nak beritahu
Jangan tidur semula
..

Kamu perlu minta apa yang kamu mahu

Jangan tidur semula....

Orang mundar mandir diluar pintu

Tempat bertemu dua dunia

Pintunya terbuka luas

Jangan tidur semula......

.....Jalaludin Rumi












Labels: , ,