`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: November 2005

Monday, November 28, 2005

Terlepas Pandang..

Berforum dgn kawan kawan sekolah dulu. Masing2 memuji yg lain.
"wah, dah kerja besar, aku mcm ni jer la"
"bagus lah, kau dah jadik boss, aku kat lumut ni tak kemana la"
Semuanya berkisar kejayaan masing2 yg dicapai. Alhamdulillah semua berjaya.
Tapi, betul ker kita ni mcm tu jer, sedang orang lain semua dah berjaya dgn kerjaya masing2. Betul ker orang lain jer yg dah berubah, sejak dari sekolah, kenaper kita sik nampak orang lain jer yg berjaya. Betul ker semua orang yg kita kenal dah senang lenang dgn hidup diorang. Macam tu lah nampak nya.
Aku renung balik. Aku pun byk perubahan. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Dulu berdua suami isteri kehulu kehilir, sekarang dah berempat, anak dan maid. Bukan ker tu perubahan, atau kemajuan namanya.
Tapi kenaper bila mendengar cerita kawan2, seolah olah mereka sahaja yg berjaya, gembira. Kalau dulu naik kereta kecik, sekarang kereta import. Peningkatan jugak tu kan? Kalau dulu, nak buat semua benda kena ke opis, sekarang menjinjing laptop merata tempat, tak ker semua tu perubahan? Jadi kenaper orang lain jer yg berubah, kita tidak?
Kuman di seberang laut, nampak kelakuannya, gajah kat depan mata, tak jelas lansung. Tu lah dier, sebuk melihat kejayaan orang lain yg entah benar atau tidak, lupa kesenangan dan rezeki tuhan utk kita. Asik sebuk bercerita orang lain senang, rezeki tuhan utk kita, terlepas pandang....masyaallah....
Dilihat balik setahun ke belakang, memang byk perubahan sendiri, tak teringat agaknya, atau masih tak puas dgn apa yg dikecapi. Lumrah. Kekadang kata orang tak usah dilihat benda yg dah lepas, tapi kalau tak lihat, tak nampak la apa yg dah berlalu. Bila tak nampak, hilang rasa nak bersyukur mungkin...entah lah...
Semoga dgn tibanya hari esok, aku takkan lupa semalam.. insyaallah...

Tuesday, November 22, 2005

Mak Ngah Tunggu Jer La....

Syawal dah hampir habis. Ramadhan sudah lama lepas. Aku teringat kisah mak ngah yg aku cuba mintak simpati NTV7 sebelum ramadhan dulu. Sepanjang bulan puasa, mak ngah didatangi ramai yg simpati. Ramai dtg menawarkan bantuan. Mak Ngah dapat mcm2 dari wang ringgit sampai la ke keperluan seharian yg melimpah ruah. Penuh rumah mak ngah dgn bantuan yg datang. Makan pakai semua cukup.
Namun, mak ngah masih sendiri. Mandi di air telaga lama jugak. Berpimpin ke hulu ke hilir. Mak ngah masih memasang pelita bila malam. Mak ngah masih berkelambu sebelum tidur. Mak ngah masih masak dgn dapur kayu. Kadang2 masak, kadang2 mentah.
Dulu, ada yg janji akan baiki rumah mak ngah. Ada yg janji akan bagi segala keperluan rumah mak ngah. Ada yg janji akan sara mak ngah di rumah org tua2. Ada yg janji akan siasat dan bawa keatas kes mak ngah ni.
Apa yg berlaku, sama seperti mereka yg lain. Yg pernah terpapar diTV. Setelah sekian lama, mula dilupakan. Semua janji entah mana pergi. Semua cerita indah yg mak ngah dapat sebelum keluar TV, tak tahu apa jadi. Mungkin masih dalam siasatan pihak tertentu. Mungkin masih menunggu kekosongan rumah org tua2. Mungkin tiada bekalan api atau air yg boleh sampai ke rumah mak ngah. Mungkin fail mak ngah ni terpaksa menunggu giliran utk disemak. Atau mungkin semua tu janji kosong sahaja, sekadar utk menutup kecuaian masing2.
Hakikatnya, mak ngah masih tersenyum. Mak Ngah masih menanti. Dah lama pun mak ngah menanti, jadi apa la masalahnya tunggu jer lagi. Semoga mak ngah tabah menghadapi hari2 nya. Hinggalah semua janji terbukti.
Insyaallah....

Friday, November 18, 2005

TV Series

Dulu, aku layan Full House. Ni memang setiap hari cerita ni jer, dah tunggu. Tapi tak ingat sgt, sebab masa tu tak berapa serius sgt layan TV ni selain Cartoon.
Kemudian, aku layan Friends. Rasanya ramai yg layan mcm aku, ada yg sampai sanggup beli DVD atau VCD compilation cerita ni. Tapi sekarang Friends dah tak berapa menarik. Ramai yg tgk Everybody Loves Raymond pulak. Tak berapa mcm Friends, tapi ok lah. Walaupun Raymond asik kena jer dgn family dia. Tapi semua org loves raymond.
Terbaru, CSI. Dari CSI Vegas, Miami sampai terbaru, New York. CSI ni best. Bagi aku walaupun kengkadang tu tak berapa logik penyelesaian dia, tapi jalan cerita dia best. Buat semua tertunggu jer apa jadik sebenarnya. Selalunya tekaan tak betul, tak mcm cerita melayu atau Hindi yg memang asik teka ending dia betul jer. Selain tu, teknologi yg diguna pun best, walaupun kita tak tahu betul ker tak benda tu semua, tapi menarik. Dan tak semua Polis betul dan menang. CSI Vegas dah masuk 6 Seasons, kalau Miami baru nak masuk Season 4, New pulak baru nak habiskan kan Season 1.
Citer lain yg lebih kurang, NCIS. Pasal CSI dlm army kat US. Ni ada sikit2 tiru CSI, tapi okay, pelakon lain and jalan cerita more on kisah NAVY. The Shield, satu lagi cerita polis yg dah masuk Season 5. Lama dah, sampai Vic dah tak tumbuh rambut dah. The Shield agak real sikit, kisah polis dgn masyarakat setempat yg byk hal. Kadang2 nampak polis mcm ganas sgt. Tapi kalau tak ganas, semua org mcm tak respect polis. Rata2 dlm The Shield, polis susah nak menang.
Yang baru habis layan, Deadwood. Ni cerita HBO pasal satu pekan baru nak naik, Deadwood. Cerita zaman cowboy ni menarik. Tak byk action, tapi memaparkan kisah mcm mana semua org bersatu nak naikkan pekan yg baru jumpa sebab byk emas. Ramai yg dtg berniaga dan ada yg nak kaya cepat. Deadwood berlatar belakangkan zaman Wild Bill Hicthcock, seorang sheriff yg lari ker deadwood utk memulakan hidup baru. Tapi Bill mati di situ. Deadwood, baru tamat season 2, dan akan mula season 3 tahun depan. Kalau tgk versi original, memang tak censored lansung. Terbaru HBO keluar satu series ROME. Ni baru lagi, belum sempat nak carik.
Kalau di FOX TV, cerita yg best, HOUSE. Kisah seorang diagnostik Dr. yg memang pakar dlm mencari punca penyakit yg org lain tak tahu. Dr House memang genius kononnya, tapi tak suka bersemuka dgn pesakit. Dan buat hal dia sendiri, ikut cara dia jer. Ini dekat Astro 17 ada setiap selasa pukul 10 mlm. Satu lagi dr Fox TV, Prison Break, memang best cerita ni. Berkisar tentang seorang adik yg masuk ke penjara utk membawa lari abang dia. Setelah plan beberapa tahun, dia merompak sebuah bank, dan ditangkap. Mula la cerita dia nak lari dr penjara bersama abangnya. Baru season 1 dan baru episod 11.
Desperate Housewives (DH). Semua org sure tahu cerita ni. Mula2 aku layan dulu, mcm tak berapa berminat. Tapi masuk episod 4 jer, rasa mcm nak tahu jer apa kisah sebenar pekan kecik tu. Sekarang dah mausk Season 2 episod 7. Cerita yg menarik tentang keluarga yg masing2 ada masalah sendiri. Yg kadang kala bersangkut paut dgn org lain dalam komuniti kita. At the end kita akan perasan yg sebenarnya, bukan isteri2 jer yg desperate, tapi semua.
Supernatural. Kisah seram yg baru jer aku start layan. Kisah hantu orang putih yg tak pernah kita dgr. Selain Dracula dan vampire, kalau ikut cerita ni, byk lagi hantu lain yg lagi menakutkan kat US. Dua beradik yg cuba mencari bapak diorang, dlm masa tu asik bertembung dgn kisah hantu tempatan, dan cuba menyelesaikan masalah tu. Setakat ni episod paling ngeri, episod ke 5, Bloody Mary. Hantu ni ngeri sikit la, asik terkejut jer. Sekarang dah sampai episod 9.
Setakat ni, tu jer yg dapat ingat. Nanti kalau dah layan serie baru, kita cerita lagi.....

Thursday, November 17, 2005

Aqiqah


Lelaki satu bahagian lembu atau dua ekor kambing.
So pilihan aku, kambing la. Kalau lembu nak kena carik orang share, then nak handle seekor lembu tu, ramai nak kena jemput makan tu. Kalau tak pun, nak kena bagi ramai org makan utk habiskan seekor lembu.
So kambing pilihan bijak. Seekor aku buat kat rumah mertua, seekor lagi buat kat rumah mak ayah aku.
Aqiqah. Sekarang ni, siap sembelih dan lapah, kambing terus dihantar kerumah. Tinggal nak masak jer. Senang nyer zaman ni. Kalau tanak masak, boleh terus disedekah kepada org yg berhak. Lagi senang.
Tapi kenaper ada yg buat sampai marhaban, tahlil dan berselawat. Lepas tu, budak tu di bawak keliling, sorang2 gunting rambut dia. Tak nampak kenaper nak kena gunting atau cukur rambut dia, tapi ramai yg buat. Aku pun takder alasan nak tolak kalau orang tua mintak buat semua tu.
Tahlil atau selawat tu nampak mcm ok. Marhaban pun boleh lah, nak nampak meriah sikit. Tapi gunting tu entah la, aku masih fikir lagi.
Tengok la hari nya nanti, kalau tergerak nak buat, aku buat la. Kalau tak.... kambing golek pun jadi lah...

Tuesday, November 15, 2005

Imigresen Kelam Kabut

15 Hb 11 2005, passport anak aku siap hari ni. Pukul 9 pg keluar dr rumah, terus ke Pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara.
Sampai pukul 9.20 pg terus beratur di kaunter 35 nak ambik no. 9.51 pg aku dapat angka giliran 6247, no sekarang 6021. Mcm yg tertulis dekat no giliran aku tu, so aku dah agak akan lama, terus turun bawah, makan roti telur dgn teh tarik. Pergh punyala ramai manusia keluar masuk Pejabat Imigresen ni. Semua sebuk dgn hal masing2. Ada yg sebuk nak tarik org suruh ambik gambar, ada yg sebuk photostat dokumen, semua nak cepat.
10.20 pg, dah rasa mcm lama sgt duduk dekat kedai mamak ni. Tunggu lah sikit lagi.
10.30 pg, naik atas, nak tgk dah sampai no berapa. 6042. Hati dah tak senang, agak2nya pukul berapa lah aku punya no naik ni? Masuk depan kaunter 29, lepak sekejap sambil telinga dgr dgr no kaunter sebelah.
11.30 pg, no baru sampai 6136. Lambat lagi lah aku kat sini. Berjalan carik tempat depan kaunter 35, ada satu seat kosong depan kaunter 38, terus duduk.
Tgk no mak cik sebelah, 6122, tak panggil lagi, tapi no dah sampai 6140. Mcm mana ni.
"En. kenapa no saya tak panggil?"
"Kejap lagi, kita bagi yg mana dah jumpa dulu!"
Aduh, mcm tu pulak sistem dia, aku terus bangun, pergi depan kaunter 35, tunggu dekat 45 minit, Pegawai suruh pergi tempat lain, sebab ganggu org nak ambik no. No masih dikeluarkan lagi, dah sampai 6498, bila nak habis ni? Org makin ramai, no naik setiap 15 minit sekali, teruk mcm ni.
1.34 pm, senarai no dari 6234 sampai 6248, kena pergi kaunter 18 utk ambik passport. Tapi 6247 tak disebut. Apahal lak ni?
"En. sini kejap, En. saya nak tanya ni"
"No saya 6247, kenapa tak naik, En tolong check kan, kalau ada bagitau, saya tunggu. Kalau tak siap, saya dtg esok. Itu jer saya nak tahu"
16 minit kemudian. "En. no saya tadi 6247 ada ke tak?"
"Ada!! ni ha!! tunggu kejap lagi dia panggil"
"En. En. Tolong letak dalam bakul tu, dah siap kan? Tolong la masukkan dalam bakul tu, saya tunggu la En. ni panggil, ........ Terima Kasih"
2.05 pm, senarai baru lagi, dari 6252 sampai 6277 ke kaunter 18.
2.08 pm "6247"
Alhamdulillah..............

Tuesday, November 08, 2005

Aidilfitri Kami

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Tahun ni raya, aku selangkah lagi, kami raya bertiga, Zaref jadi tumpuan semua yg bersua. Memang meriah kali ni. Kalau dulu sebuk menabur duit raya, kali ni, boleh kutip duit raya, tapi, utk Zaref.
Pertama kali Aidilfitri aku tanpa keluarga di Sungai Petani. Tak ada beza, cuma sketsa bersalaman sesudah sunat aidilfitri tidak semeriah di kampung. Di sini, kami sebuk menziarah rumah kaum kerabat sejurus balik dr masjid. Tapi, tahun ni, kami ke kubur dulu, al-fatihah.
Malam raya, tak sama mcm di kampung. Tak ada bunyi letupan mercun seludup. Tak ada bising celoteh bapa saudara. Tak ada acara menganyam ketupat pulut. Di sini ketupat nasi, aku cuma berani tgk dari cuba membantu. Tapi, atuk kirim ketupat palas dari kampung. Alhamdulillah.
Kubur Jln Ampang, sesak. Kubur di Gombak tenang
Rumah ala balqis, sambal udang memang power. Aku terus makan nasi tengah hari. Nasi dagang Nek da tak leh tolak. Superb.
Hari kedua, mak mentua sebuk didapur seawal pagi. Hari ni kami menerima kenjungan sanak saudara. Dekat dan jauh, semua datang. Seawal solat jumaat, sehingga malam. Suasana lebih meriah dari semalam.
Namun, seperti diduga raya tahun ni, siaran TV penuh dgn cerita Mawi, tak kurang Siti dan Apek. Semakin menjadi jadi. Hampir terlupa yg lain.