`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Aidilfitri Kami

Tuesday, November 08, 2005

Aidilfitri Kami

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Tahun ni raya, aku selangkah lagi, kami raya bertiga, Zaref jadi tumpuan semua yg bersua. Memang meriah kali ni. Kalau dulu sebuk menabur duit raya, kali ni, boleh kutip duit raya, tapi, utk Zaref.
Pertama kali Aidilfitri aku tanpa keluarga di Sungai Petani. Tak ada beza, cuma sketsa bersalaman sesudah sunat aidilfitri tidak semeriah di kampung. Di sini, kami sebuk menziarah rumah kaum kerabat sejurus balik dr masjid. Tapi, tahun ni, kami ke kubur dulu, al-fatihah.
Malam raya, tak sama mcm di kampung. Tak ada bunyi letupan mercun seludup. Tak ada bising celoteh bapa saudara. Tak ada acara menganyam ketupat pulut. Di sini ketupat nasi, aku cuma berani tgk dari cuba membantu. Tapi, atuk kirim ketupat palas dari kampung. Alhamdulillah.
Kubur Jln Ampang, sesak. Kubur di Gombak tenang
Rumah ala balqis, sambal udang memang power. Aku terus makan nasi tengah hari. Nasi dagang Nek da tak leh tolak. Superb.
Hari kedua, mak mentua sebuk didapur seawal pagi. Hari ni kami menerima kenjungan sanak saudara. Dekat dan jauh, semua datang. Seawal solat jumaat, sehingga malam. Suasana lebih meriah dari semalam.
Namun, seperti diduga raya tahun ni, siaran TV penuh dgn cerita Mawi, tak kurang Siti dan Apek. Semakin menjadi jadi. Hampir terlupa yg lain.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Ambien buy less Wis sport Wife gold ring Rim blackberry games

Tuesday, January 30, 2007 5:00:00 AM  

Post a Comment

<< Home