`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: December 2005

Thursday, December 29, 2005

BaiK PuNya CiLok

Cerita ni entah macam mana aku nak terpegi tengok. Siap racun bini dgn makcik aku, pagi2 sabtu kelam kabut nak pergi ambik tiket, nasib baik dah booked online, so takder la risau sangat.
Masuk panggung kononnyer cerita start pukul 11.15 pagi, tapi 11.45 baru nak mula iklan. Panggung nak kata penuh takder la sangat, maybe sebab pagi atau pun cerita ni baru jer mula tayang.
Mula jer cerita, memang rasa mcm suspen sebab terus cerita pasal rompak kedai pajak. Aku dah risau dah, boleh ker aku layan sampai habis ni? Ader yg tidur separuh jalan ni.
Bila sampai part si Jerry bawak makcik test drive kereta tu, memang riuh satu panggung yg tak berapa nak penuh tu, terasa mcm penuh org dlm panggung. Kat sini baru lah terasa yg cerita ni lain dr yg lain.
Alunan pencerita yg berloratkan kelantan tu pun ok jugak (mcm suara Nahar Murad). Ala ala wayang kulit yg tak membosankan, teringat aku pada S shamsudin dlm cerita 3 Abdul. Walaupun sebagai pencerita yg berfungsi utk memendekkan cerita, tetapi setiap kali keluar jer, semua org akan gelak tak hingat.
Babak training sebelum pergi merompak pun menarik. Walaupun dah banyak babak mcm ni dlm cerita cerita lain, tapi yg ni lucu, aksi spontan diorang memang class, nak nak tang Leman ketuk kepala Bob dgn kayu tu...selamber gila muka dia...Selain tu, samseng slang english kelantan pun buat satu panggung riuh rendah, sure lepas ni ramai yg cuba nak tiru..
Walau ader sikit2 scene yg tak berapa nak kena dan logik utk cerita ni, tapi semua tu hilang dgn scene lain yg selamber kodok pelakon... so tak nampak sgt kesilapan lain yg kadang2 ader....
Scene akhir yg part lawan lawan tu, panjang sikit, tapi okay, semua orang jadik hero walaupun yg nampak mancho, Bob sorang jer...
Last sekali adegan yg tak boleh nak lupa, masa Bob panggil Wak dgn nama Rosalinda....memang bengong!!! So sesaper yg rasa hujung tahun ni takder apa nak diceriakan, tgk cerita ni...sure gempak setahun.....

Thursday, December 15, 2005

Kias

Lama tak mengarut kat sini, sebab takder benda yg menarik nak diluahkan, asik2 citer ketuk ketampi la, print duit sebab nak kahwin..mcm2 lagi benda yg tak menarik. Yg paling best pun, bila Nicole David dapat jadik No 1. Nicole da best.

Bila layan email, dekat Afdlin Shauki Groups, terbaca satu email yg menarik nak di share, takder yg kontroversi pun, cuma satu puisi oleh Usman Awang, pasal melayu.

MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adatJangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malb ari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkaltanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Nukilan Usman Awang
Bila di renung balik, setiap baris memang ada benarnya, walau kadang tak nampak dimata. Tapi betul ker semua mcm tu? Atau segelintir saja, atau dulu sahaja, sekarang dah tak ada.