`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: January 2006

Thursday, January 26, 2006

Kaunter Cepat

Mana mana supermarket atau pasaraya korang pergi, bila time nak bayar ada ker ternampak satu atau dua kaunter bayar tu yg bertanda "10 Barang atau kurang sahaja".

Semalam aku pergi carefoure wangsa maju. Punya la ramai umat manusia membeli belah sebelum Raya Cina ni. Aku dgn orang rumah pun tak kurang kelam kabut duk carik barang barang utk dibawak ke Jakarta esok. So bila dah rasa semua ok, kami terus ke kaunter utk bayar. Beratur terus sebab nampak lane tu mcm org tak ramai jer.

Aku sempat tgk amoi depan ni dgn troli dia. Penuh barang dia. Tiba tiba aku perasan ada tanda yg kaunter tu cuma utk yg membeli barang 10 atau kurang sahaja. Alamakkk... macam mana ni...?

Akuterus mengira barang amoi kat depan aku tu, tak der kerja kan... Barang dia ada lebih kurang 13. So aku pun kira barang aku, ada 18. Aaahhh, sikit jer lebih...ok kut.

Sampai giliran amoi tu, dia dgn bangga nya meletak semua barang dia atas kaunter. Budak kat kaunter tu kira then terus kata "sini boleh bayar 10 sahaja!"
Amoi tu pun dgn malas nak cakap byk, terus angkat 3 barang masuk balik dlm troli dia, "You kira ini saja".

Aku dah suspen. Abis lah aku, takkan nak pindah kaunter lak, ramai ni...Datang jer bini aku, terus aku cakap dgn dia, you ambik separuh, i bayar separuh!

Dia pun, sambil senyum terus ambik 8 item, terus masuk nak bayar. Konon kononya tak kenal la (padahal aku duk belakang dia jer ni)

Dah selesai budak tu punch in semua, tak cukup duit la pulak, terus dgn muka selamber mintak dgn aku kat belakang dia. Hampehhhhh..... penyamaran tak berapa menjadi.

Lepas aku nayar yg bahagian aku, baru aku terfikir, budak tu tak kasik bayar lebih dari 10 barang sebab nanti kalau sesaper dtg check dekat resit dia tu, kena la dia. So kira cara aku tu tak per lah...asalkan satu resit dia keluar tak lebih 10 barang......

Taktik MARA

MARA hari ni mengemukakan taktik baru utk memastikan hutang pinjaman pelajarannya dibayar balik.

Mana mana ibu bapa yg gagal membayar balik pinjaman pelajaran mereka dgn MARA, anak mereka yg akan memasuki mana mana MRSM akan ditolak.

Jadi sesiapa yg ada anak nak masuk ke MRSM 14 Feb ni, cuba cuba lah pergi ke pejabat MARA, utk tengok samada masih berhutang atau tidak.

Polis Dipantau (2)

Hari ini, ada pihak yg mahukan bidang kuasa suruhanjaya pemantau tugas polis diperluas keatas badan penguatkuasa lain seperti Imigresen dan JPJ. Nampaknya bukan Polis sahaja yg akan dipantau.

Hal ini secara jelas akan memastikan semua agensi penguatkuasa akan bertindak berdasarkan apa yg perlu dan didalam bidang kuasanya sahaja.

Pun begitu, antara kuasa suruhanjaya ini ialah boleh memecat anggota polis yg didapati menyalahi tata etika kerja. Satu lagi ahli Suruhanjaya ini juga boleh menyiasat apa sahaj kes yg didapati perlu tanpa memerlukan sebarang aduan atau laporan.

Pokoknya, siapa pula yg akan memantau setiap anggota suruhanjaya ini, supaya mereka tidak menyalah guna kan kuasa mereka? Polis...?

Wednesday, January 25, 2006

Seruan Kelah Kenyir

Ujang kembali aktif dgn xpdc memancing kelah di Kenyir. Memang best. Kenyir memang tak dapat ditandingi mana2 tempat lain. Selain air terjun yg cantik, kelah yg melawan memang satu satunya panggilan utk setiap pemancing turun kembali ke sana.

Kini, pakej ke kenyir bersama guru kelah ni, dibuka kembali. Memang ini akan menjanjikan pengalaman yg tak dapat dilupakan. Ujang memang master dgn selok belok kenyir. Semua lubuk dah dia sampai. Semua Kelah dgn Sebarau dah kenal dia, Toman apa lagi... Last trip kami memang best, dapat rasa main Kelah, Sebarau, Toman, Baung, Jalur Gemilang, Belida dan yg memang takleh lepas, Lampam.


Bulan 2 ni, at least 2 trip akan masuk sana, so jgn segan2 nak contact the derhaka student

Datuk Samy Dicabar..

Kes Keretakan jejambat MRR2 dekat Kepong, makin mendapat perhatian semua. Mcm2 hal dah timbul sampai ada yg dah mula mencabar Datuk Samy .

Siapa yg betul atau siapa yg salah, susah nak cakap sebab tak ada siapa yg berani nak menuding jari. Tapi apa yg penting, ini melibatkan nyawa rakyat, sebelum terjadi apa2 baiklah dilihat secara serius. Kalau dah jadi nanti lagi ramai yg terlibat dan lagi byk masalah timbul.

Takkan nak tunggu Pak Lah jugak masuk campur?

Polis Dipantau

Lepas ni perilaku polis akan dipantau.. Satu suruhanjaya akan dibentuk bagi memantau setiap perilaku polis... apakah ini menunjukkan polis perlu berhati hati dalam menjalankan tugas?

Mungkin ada baiknya suruhanjaya ni, tapi bukankah ini akan menjadikan polis dah mcm tak berapa kebal lagi...?

ini semua pun berlaku atas sebab 'polis' jugak yg pandai2 rakam gambar ketuk ketampi bogel tu...

Friday, January 20, 2006

Jumaat



Hari ni memang selalunya terasa mcm sekejap, sebab separuh masa berkerja kita lepak masjid. Pukul 1 jer, terus kuar pegi masjid, kalau belum azan tu, sempat la pekena burger ker, cendol ker. Kalau samapi jer dah azan, parking pun susah la sikit.










Hari ni masuk waktu, pukul 1.27 pm, so dlm pukul 1 tu dah kena keluar lah.

Selalunya kat masjid ni, memang ramai dan bising lah kalau kat bahagian luar tu, maklumlah budak2 memang ramai. Ada jugak bapak budak yg boleh tahan bisingnya. Tapi tu semua tak menjadi hal sangat, sebab bila mula jer azan, keadaan dah jadi lain. Semua akan lebih menghormati azan dan makmum yg lain.

Kalau kat dalam masjid tu, memang tenang, ader yg sebuk baca quran, ada yg berzikir, ada yg mengelamun, ada yg berkhayal dan ada yg tidur. Tapi keadaan ni cuma seminggu sekali jer kita dapat. Duduk dlm masjid, dgr khutbah, solat jumaat pastu rilek2 kat luar masjid tunggu kereta semua keluar....memang rilek.


Hari jumaat memang aktiviti terbatas, nak keluar jumpa client pun ken atgk time. Tapi kelebihannya hari jumaat ni banyak. Kita bleh rilek kejap di masjid sambil lupa bab kerja seketika. Kita boleh berdoa utk kaum keluarga. Bersedekah seringgit dua dekat tabung masjid. Tu semua mendatangkan kepuasan bila dah keluar dari masjid nanti.

Jumaat ni jugak menanda yg minggu sudah hampir sampai ke hujung, minggu depan cerita lain pulak. So jumaat ni byk kepentingan.

Wednesday, January 18, 2006

Mi Udang Pulau Sayak

Pulau Sayak bukan sahaja terkenal sebab salah satu tempat melihat anak bulan setiap kali menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya, malah ramai yg datang kesini utk menikmati Mi Udang yg telah lama terkenal.
Kalau di kawasan Kuala Muda, ramai yg sudah tahu tentang kehebatan Mi Udang Pulau Sayak ni. Terletak lebih kurang 30 minit memandu dari bandar Sungai Petani, kampung pulau sayak ni jugak tempat penetasan udang harimau yg terkenal satu ketika dulu.
Apa yg menarik tentang mi udang ni, tentulah sebab ada udang harimau yg besar besar sekurang kurangnya 3 ekor setiap pinggan. Harga Pasaran udang ni Rm40 sekilo. Udang ni boleh request kalau nak lebih, tapi kena bayar lebih la jugak. Mi Udang ni harganya boleh tahan, tapi kalau dah tgk Udang yg besar tu atas pinggan, sure tak leh nak kata apa dah. RM6 sepinggan agak berbaloi berbanding dgn Mi Kari yg dirasai di KLCC Food Court. Walaupun harga lebih kurang, tapi di sini lagi best.
Selain keadaan tenang teluk yg hanya kelihatan bot bot nelayan, angin yg kuat juga membuatkan keadaan menikmati Mi udang ni menjadi lebih lain dari yg lain.
Kalau nasib baik, boleh tgk nelayan yg balik dari laut, dengan tangkapan yg segar segar. Disini lah anda boleh membeli udang udang atau ikan ikan yg segar dgn harga yg murah terus dari nelayan.

Mak Ngah Tak Berubah



Ni gambar rumah mak ngah chah yg lebih kurang 3m X 3m luas. Rumah ni dah hampir 10 tahun didirikan anak nya untuk makngah tinggal seorang. Dari jauh seakan hebat rumah mak ngah ni, tapi dari dekat betapa daifnya, dia yg tahu.

Mak Ngah Chah masih lagi macam dulu. Setelah lebih kurang sebulan dilimpahi janji manis dari setiap pelusuk negara, kini mak ngah kembali ke kehidupan normal sebelum ini. Sebelum datangnya NTV7, dan sebelum datangnya semua orang2 BESAR. Entah mana apip air yg dijanji, entah mana wayar lampu yg dijanji, semua nya mungkin menanti birokrasi. Atau mungkin telah mausk dalam bajet tahun ini, cuma tunggu pelaksanaannya tahun depan.

Mak ngah masih berlampukan pelita sumbu, yg selalu kita lihat dipasang sempena menyambut malam 7 likur. Mak ngah masih jugak mandi di telaga lama yg tak tentu bersih airnya.

Telaga mak ngah mandi
Kalau hujan, mak ngah cuma berdiam di dalam rumah yg hanya ada sebuah katil bujang yg sudah lama dan tilam yg berbau. Sebuah kelambu yg mak ngah sendiri tak nampak dimana lubangnya. Siang dan malam makngah hanya di ingatkan oleh azan solat yg berkumandang dari masjid terdekat.
Tandas Mak Ngah. Bayangkan apa perasan mak ngah jika mahu ketandas ini. Walaupun hanya beberapa langkah dr rumahnya, tapi keaadaan tandas begini tidak mungkin menyenangkannya.
Kalau AidilFitri, ramai yg dtg berzakat dgn mak ngah. Aidil Adha dia menumpang kegembiraan anak cucu jiran sebelah. Mak ngah dtg bermalam bersama dan menjamah ketupat pulut bersama. Namun esoknya, dia kembali kerumah dgn perasaan sedikit gembira bersama keluarga jiran. Malam itu, dia kembali menyalakan pelitanya dan tidur dikatilnya semula.
Bagaimana lah nasib mak ngah setahun lagi? Atau pun sebulan lagi? Semuanya hanya satu harapan yg tak tentu hujungnya. Semoga mak ngah sihat juga kuat menghadapi harinya.

Tuesday, January 17, 2006

Aidil Adha 2006

Aidil Adha tahun ni, jatuh pada 10 Januari 2006. Sehari sebelum tu, Abah warded dekat wad B3, Hospital Sungai Petani. Suspected Colone Cancer.

Ni yg aku tak berapa setuju ni. Aku, Mak dan PakJang bawak abah ke hospital pagi tu, terus ke bahagian kecemasan. Abah terus ditolak masuk ke dalam dan diberi rawatan permulaan. 2 jam lepas tu, setelah dibuat xray' kata Dr. Abah mungkin kena colone cancer, dan hati dia bengkak sikit. Kata PakJang, Dr. Rashidi. Belum sebut cancer ni, semua dah panik. Aku yg tak berapa reti pasal ni, terus bertanya dgn sesiapa saja yg lebih mengetahui.

Apa yg aku dapat, "takan baru xray dah nampak cancer, sepatutnya lena buat lebih detail, ambik sampel daging ker, scan ker, test darah ker etc" Kata maklang. So ni lagi buatkan aku jadi tak berapa setuju dgn Dr. Kalau yer pun cancer, apsal nak kena terus cakap sebelum buat test lagi? Takkan lepas tgk film xtay jer terus dah boleh diagnose cancer? Pakar sangat ker Dr Rashidi ni.

Petang tu, Abah dipindah ke wad B3. Masuk air, masuk antibiotik dan puasa. Kesian aku tgk abah, sakit perutnya tak hilang jugak, setiap 15 minit mesti dia menangis tahan sakit. Aku jadik tak senang. Di wad, maklang terus terusan bertanya dgn nurse dan Dr yg ada, habis semua kena sembur disebabkan kebodohan Dr yg terus diagnose colone cancer. Padahal baru buat xray, belum colonoskopik atau scan atau test yg lain2 lagi.

Malam tu aku tunggu abah, setiap setengah jam dia menjerit sakit, apa yg aku boleh buat? Nurse cuma akan dtg setiap 6 jam, utk bagi injection insulin sebab kencing manis dia, dan tkar botol air. Selain dari tu takder apa yg dibuat.

Esoknya Raya. Abah masih tak diberi apa2 rawatan spesifik. Apa boleh buat, semua Dr Pakar cuti. Rabu, Kedah masih cuti, kata mereka Khamis baru akan dibuat colonoskopik test, memang lah sebab selasa dan rabu semua cuti, yg tinggal Dr yg baru dan tak berapa berani nak jawab, dan nurse yg dah cuti tahun lepas.

Khamis, Colonoskopik tak jadik buat, kata pakar diorang cuma buat KUB (kidney, Urethra and bladder test) jer utk abah. Then terus nampak yg hati dgn limpa dia dah bengkak dan bernanah sikit. Barulah semua sebuk. Abah terus ke High Dependency Ward (HDW) dan terus berjenis2 antibiotik dimasukkan. Keadaan jadi tegang sikit bila Dr kata, akan menjalankan pembedahan kalau tak kurang jugak dlm masa beberapa hari. Aku mula terfikir, kalaulah KUB ni dibuat hari isnin, atau paling tidak pun selasa, takkan lah berlarutan sampai mcm ni.

Apa nak buat, dah nak jadik mcm ni. Tak ramai kut Dr kat Malaysia ni, atau memang tak ramai Dr nak kerja dgn hospital kerajaan yg memang sesak dgn pesakit dan penyakit. Atau mungkin pasal gaji yg tak berapa ngam. Yg ramai, Dr yg muka mcm terpaksa dtg kerja, dan bila tanya sikit nak melenting! entah lah, sebab dia mengandung agaknya..

Sabtu, aku balik lagi ke SP. Abah makin sihat, cuma kencing sakit lagi, maybe sebab tiub yg dimasukkan. Dia puasa lagi, dan darah tinggi terkawal.

Isnin, berita yg agak gembira, Abah dah semakin baik, dah boleh makan dan dah takder rasa sakit lagi. Alhamdulillah semua ubat yg diberi mendatangkan kesan yg baik. Munkin akan dipindah ke wad lama, tapi sekarang ni PENUH! So, abah duk la HDW lagi. Bagi aku baik la dia kat HDW ni, sebab 24 hours diorang tgk dan observe dia. Senang sikit. Walaupun tak leh nak masuk tunggu dia, tapi semua org tak risau sgt. Abah pulak asik nak mintak pindah, mana tak nya, seorang patient depan dia dah meninggal semalam, sebelah dia lak koma dah beberapa hari. Tak ke risau dia...

Alhamdulillah, berkat doa semua, beransur pulih. Semoga akan terus sihat seperti sedia kala..

Sejak abah masuk wad B3, aku tak nampak lansung Dr Rashidi, yg mula2 diagnose abah tu...

Wednesday, January 04, 2006

Pencen

7.15 am, aku tgk kat tingkap, Haji Saleh tgh sebuk sapu sampah, lepas tu dia bagi ayam makan, then siram pokok bunga, pokok daun, pokok buah, semua la sampai la pukul 8.45 am masuk rumah breakfast. Hajah Latifah duk sebuk kat dapur, nak buat teh 3 in 1 dengan roti bakar.

Haji Saleh, balik dr masjid subuh tadik, terus buat semua tu. Masa breakfast, Hajah Latifah dah plan hari ni nak pegi mana. Mungkin nak pergi redeem hadiah kad "Real Reward", atau pergi hospital selayang nak buat apointment dgn doktor. Atau pergi pasar carik benda utk raya haji ni. Aku tumpang makan sama2.

Aku turun dari bilik, nak ke opis. Kat luar, Hajah Latifah duk sebuk tgk bunga orkid. Ader yg berbunga, ader yg berdaun jer, semua segar cantik cantik. Maklum la baja tiap tiap hari. Haji Saleh lak, kat luar pagar duk cangkul pokok daun dia yg tak berapa gembur, pastu duk carik anak ayam yg jatuh dlm longkang entah mana hilangnya.

Kejap lagi dua dua masuk rumah, layan astro atau tido sama sama dgn cucu. Sejak pencen ni, hari hari mcm tu lah, semoga semakin sihat dan bahagia.

Gula, Bomoh dan Saka

Dua bulan kebelakangan ni, Ayah aku asik la demam2 sampai menggigil badan. Kadang kadang sejuk betul badan dia, sampai takleh nak bangun. Sekejap elok sekejap rasa balik. Benda ni datang tak tentu masa, siang ada, malam kerap, pagi tak tentu.

Apa yg dia buat, bila rasa mcm demam, pergi doktor. Katanya takder sakit apa, bagi ubat demam, antibiotik sikit, makan, elok. Pelik jer.

Berlarutan sampai minggu lepas. Dah cuba macam2. Anak angkat dan kengkawan dan bawak ke merata bomoh, dukun, ustaz apalagi klinik2. Kalau bomoh dan dukun, cerita biasa yg selalu kita dgr, "ada orang buat" dan " ada benda kacau". Ni lah dia masyarakat sekarang yg mudah sgt terpedaya dgn hantu syaitan. Tak pergi, dah diajak sedara mara, bila pergi, asik cerita yg sama. Macam cara yg bomoh dan dukun suruh buat, dari goreng pasir dgn garam sampai la ke minum air limau yg masam gila. Semuanya dia tak buat, alasannya "mengarut!".

Kalau ustaz pulak, katanya saka. Cuba datang nak berdamping, isk. Yer ker saka ni dtg berdamping, ker dtg nak ajak berdating? Atau memang tak senang tgk anak cucu sihat sejahtera? Susan nak cerita bab saka, nak cakap bohong, kekadang kena tekanya, nak cakap betul pulak, benda tak dapat nak tgk, tak jelas.

Berzikir berdoa memang dah jadik amalan. Alhamdulillah tak tinggal lagi. Semoga terus mcm ni, walau segala dugaan dtg sana sini.

Minggu lepas, di kampung, demam lagi. Dipaksa ke hospital buat check up. Abah tak boleh nak tolak, semua dah bising. Apa kata doktor? " gula dlm darah tinggi". Kan semua dah agak, mesti ada yg tak kena ni. So memang la kalau gula tinggi atau rendah, badan tak sedap, kadang2 menggigil. So terjawab satu masalah.

Dah selang 2 hari makan ubat, demam tak der lagi. Hari ni pergi lagi untuk full check up, lain lak jadi, dah gula kurang sangat.. kena makan ubat lain lak...tapi mcm mana pun, dah dapat tahu punca demam yg selalu datang tu.

Semoga tak der lah saka yg dtg seperti kata ustaz, atau org yg dengki seperti kata bomoh. Yg penting sekarang ni, makan kena jaga, hati hati, gula takleh lebih, tapi tak bole kurang jugak, so...makan lah sesedap rasa.

Apa yg kena ingat, kalau dah bomoh asik cerita sama, tapi tak baik baik. Ustaz asik dgn perkara mistik yg pelik pelik, cuba lah doktor dua tiga klinik atau terus ke hospital. Belanjanya mungkin sama jer, atau ke hospital lagi murah dari yg lain tu.

Tuesday, January 03, 2006

Tahun Baru

2006.
Tahun 2006 dibuka dgn memandang segala yg terjadi tahun lepas, mana yg selesai, mana yg belum selesai, mana yg tak mungkin selesai.
Semua tu kita pandang dari segala macam segi. Setiap kali tahun baru bertukar, semua sebut pasal 'azam'. Aku setiap tahun tak terfikir pasal azam, mungkin ada, tapi tak pernah nak sebut azam atau tak pernah nak mendalami ertinya. Yg penting setiap tahun berbagai perubahan yg ketara atau tidak, telah berlaku.
Tak semua benda yg kita ingin tu azam, tak semua jugak benda yg kita azam tu tercapai. Tak semua azam kita tu adalah keperluan. Apa yg pasti, azam tu menjadikan hidup kita ni terurus, bagi aku la. Setiap apa yg kita inginkan akan membuatkan kita cuba mendapatkannya.
Tahun lepas, kalau cuba difikir, memang tak byk yg jelas apa berlaku kat aku. Tapi bila tgk balik apa yg aku dah tulis dr bulan 9 jer, byk yg berlaku sebenarnya.
Apa apa pun, tahun 2006 ni dimulakan dgn kesibukan semua orang memulakan sesi persekolahan anak anak. Sampaikan yg tak ada anak ke sekolah pun terjebak sekali dlm kesesakkan jalan raya. Kalau pagi semua berpusu nak ke sekolah, ptg lagi la sebuk nak jemput anak hantar ke rumah. Semalam, belum pun sekolah bermula, mak bapak dah bising tambang bas sekolah naik. Cerita biasa setiap kali musim ini. Tapi dlm masa terdekat akan hilang mcm tu jugak. Anak anak tetap ke sekolah dgn bas dan jln tetap sebuk mcm biasa.
Seminggu sekolah, raya haji pulak dtg. Dah sesak hiway pulak. Mungkin tak ramai yg balik kampung dgn alasan sekolah baru mula, tapi bila memandang kan KL ke Sungai Petani hanya mengambil masa 4 jam, apa lah sangat KL ke Ipoh atau KL ke Kuantan. Jadi, sesak jugak la hiway nanti.
Yg mana belum buat kad pengenalan baru tu, tahun dah kena bayar lah kalau nak buat, memang tak byk la, tapi kena la bayar. Dah 2 tahun free jer, masih ramai yg tak buat, lepas ni kena la bayar sikit.
Tahun ni, world cup kat german, so mungkin akan ada satu senario lain sikit tahun ni, setelah 4 tahun tunggu, tahun ni byk team baru yg bertanding. Mungkin teringin nak tgk Angola dgn Australia main di piala dunia, boleh ker England masuk 2nd round, tu semua dah dlm kepala pundit2 dan bookie2. Aku tak sabar nak tgk aksi Ronaldhino, best player setakat ni..
Cikgu dah kerja 5 hari seminggu. Tak berapa nak paham sikit berita ni, dulu diorang ni kerja berapa hari seminggu?
Berita yg agak best nak dgr, minyak tak naik buat masa ni, so alhamdulillah. Esok2 tak tau la......