`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Mi Udang Pulau Sayak

Wednesday, January 18, 2006

Mi Udang Pulau Sayak

Pulau Sayak bukan sahaja terkenal sebab salah satu tempat melihat anak bulan setiap kali menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya, malah ramai yg datang kesini utk menikmati Mi Udang yg telah lama terkenal.
Kalau di kawasan Kuala Muda, ramai yg sudah tahu tentang kehebatan Mi Udang Pulau Sayak ni. Terletak lebih kurang 30 minit memandu dari bandar Sungai Petani, kampung pulau sayak ni jugak tempat penetasan udang harimau yg terkenal satu ketika dulu.
Apa yg menarik tentang mi udang ni, tentulah sebab ada udang harimau yg besar besar sekurang kurangnya 3 ekor setiap pinggan. Harga Pasaran udang ni Rm40 sekilo. Udang ni boleh request kalau nak lebih, tapi kena bayar lebih la jugak. Mi Udang ni harganya boleh tahan, tapi kalau dah tgk Udang yg besar tu atas pinggan, sure tak leh nak kata apa dah. RM6 sepinggan agak berbaloi berbanding dgn Mi Kari yg dirasai di KLCC Food Court. Walaupun harga lebih kurang, tapi di sini lagi best.
Selain keadaan tenang teluk yg hanya kelihatan bot bot nelayan, angin yg kuat juga membuatkan keadaan menikmati Mi udang ni menjadi lebih lain dari yg lain.
Kalau nasib baik, boleh tgk nelayan yg balik dari laut, dengan tangkapan yg segar segar. Disini lah anda boleh membeli udang udang atau ikan ikan yg segar dgn harga yg murah terus dari nelayan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home