`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Kaunter Cepat

Thursday, January 26, 2006

Kaunter Cepat

Mana mana supermarket atau pasaraya korang pergi, bila time nak bayar ada ker ternampak satu atau dua kaunter bayar tu yg bertanda "10 Barang atau kurang sahaja".

Semalam aku pergi carefoure wangsa maju. Punya la ramai umat manusia membeli belah sebelum Raya Cina ni. Aku dgn orang rumah pun tak kurang kelam kabut duk carik barang barang utk dibawak ke Jakarta esok. So bila dah rasa semua ok, kami terus ke kaunter utk bayar. Beratur terus sebab nampak lane tu mcm org tak ramai jer.

Aku sempat tgk amoi depan ni dgn troli dia. Penuh barang dia. Tiba tiba aku perasan ada tanda yg kaunter tu cuma utk yg membeli barang 10 atau kurang sahaja. Alamakkk... macam mana ni...?

Akuterus mengira barang amoi kat depan aku tu, tak der kerja kan... Barang dia ada lebih kurang 13. So aku pun kira barang aku, ada 18. Aaahhh, sikit jer lebih...ok kut.

Sampai giliran amoi tu, dia dgn bangga nya meletak semua barang dia atas kaunter. Budak kat kaunter tu kira then terus kata "sini boleh bayar 10 sahaja!"
Amoi tu pun dgn malas nak cakap byk, terus angkat 3 barang masuk balik dlm troli dia, "You kira ini saja".

Aku dah suspen. Abis lah aku, takkan nak pindah kaunter lak, ramai ni...Datang jer bini aku, terus aku cakap dgn dia, you ambik separuh, i bayar separuh!

Dia pun, sambil senyum terus ambik 8 item, terus masuk nak bayar. Konon kononya tak kenal la (padahal aku duk belakang dia jer ni)

Dah selesai budak tu punch in semua, tak cukup duit la pulak, terus dgn muka selamber mintak dgn aku kat belakang dia. Hampehhhhh..... penyamaran tak berapa menjadi.

Lepas aku nayar yg bahagian aku, baru aku terfikir, budak tu tak kasik bayar lebih dari 10 barang sebab nanti kalau sesaper dtg check dekat resit dia tu, kena la dia. So kira cara aku tu tak per lah...asalkan satu resit dia keluar tak lebih 10 barang......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home