`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Tahun Baru

Tuesday, January 03, 2006

Tahun Baru

2006.
Tahun 2006 dibuka dgn memandang segala yg terjadi tahun lepas, mana yg selesai, mana yg belum selesai, mana yg tak mungkin selesai.
Semua tu kita pandang dari segala macam segi. Setiap kali tahun baru bertukar, semua sebut pasal 'azam'. Aku setiap tahun tak terfikir pasal azam, mungkin ada, tapi tak pernah nak sebut azam atau tak pernah nak mendalami ertinya. Yg penting setiap tahun berbagai perubahan yg ketara atau tidak, telah berlaku.
Tak semua benda yg kita ingin tu azam, tak semua jugak benda yg kita azam tu tercapai. Tak semua azam kita tu adalah keperluan. Apa yg pasti, azam tu menjadikan hidup kita ni terurus, bagi aku la. Setiap apa yg kita inginkan akan membuatkan kita cuba mendapatkannya.
Tahun lepas, kalau cuba difikir, memang tak byk yg jelas apa berlaku kat aku. Tapi bila tgk balik apa yg aku dah tulis dr bulan 9 jer, byk yg berlaku sebenarnya.
Apa apa pun, tahun 2006 ni dimulakan dgn kesibukan semua orang memulakan sesi persekolahan anak anak. Sampaikan yg tak ada anak ke sekolah pun terjebak sekali dlm kesesakkan jalan raya. Kalau pagi semua berpusu nak ke sekolah, ptg lagi la sebuk nak jemput anak hantar ke rumah. Semalam, belum pun sekolah bermula, mak bapak dah bising tambang bas sekolah naik. Cerita biasa setiap kali musim ini. Tapi dlm masa terdekat akan hilang mcm tu jugak. Anak anak tetap ke sekolah dgn bas dan jln tetap sebuk mcm biasa.
Seminggu sekolah, raya haji pulak dtg. Dah sesak hiway pulak. Mungkin tak ramai yg balik kampung dgn alasan sekolah baru mula, tapi bila memandang kan KL ke Sungai Petani hanya mengambil masa 4 jam, apa lah sangat KL ke Ipoh atau KL ke Kuantan. Jadi, sesak jugak la hiway nanti.
Yg mana belum buat kad pengenalan baru tu, tahun dah kena bayar lah kalau nak buat, memang tak byk la, tapi kena la bayar. Dah 2 tahun free jer, masih ramai yg tak buat, lepas ni kena la bayar sikit.
Tahun ni, world cup kat german, so mungkin akan ada satu senario lain sikit tahun ni, setelah 4 tahun tunggu, tahun ni byk team baru yg bertanding. Mungkin teringin nak tgk Angola dgn Australia main di piala dunia, boleh ker England masuk 2nd round, tu semua dah dlm kepala pundit2 dan bookie2. Aku tak sabar nak tgk aksi Ronaldhino, best player setakat ni..
Cikgu dah kerja 5 hari seminggu. Tak berapa nak paham sikit berita ni, dulu diorang ni kerja berapa hari seminggu?
Berita yg agak best nak dgr, minyak tak naik buat masa ni, so alhamdulillah. Esok2 tak tau la......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home