`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Mak Ngah Tak Berubah

Wednesday, January 18, 2006

Mak Ngah Tak Berubah



Ni gambar rumah mak ngah chah yg lebih kurang 3m X 3m luas. Rumah ni dah hampir 10 tahun didirikan anak nya untuk makngah tinggal seorang. Dari jauh seakan hebat rumah mak ngah ni, tapi dari dekat betapa daifnya, dia yg tahu.

Mak Ngah Chah masih lagi macam dulu. Setelah lebih kurang sebulan dilimpahi janji manis dari setiap pelusuk negara, kini mak ngah kembali ke kehidupan normal sebelum ini. Sebelum datangnya NTV7, dan sebelum datangnya semua orang2 BESAR. Entah mana apip air yg dijanji, entah mana wayar lampu yg dijanji, semua nya mungkin menanti birokrasi. Atau mungkin telah mausk dalam bajet tahun ini, cuma tunggu pelaksanaannya tahun depan.

Mak ngah masih berlampukan pelita sumbu, yg selalu kita lihat dipasang sempena menyambut malam 7 likur. Mak ngah masih jugak mandi di telaga lama yg tak tentu bersih airnya.

Telaga mak ngah mandi
Kalau hujan, mak ngah cuma berdiam di dalam rumah yg hanya ada sebuah katil bujang yg sudah lama dan tilam yg berbau. Sebuah kelambu yg mak ngah sendiri tak nampak dimana lubangnya. Siang dan malam makngah hanya di ingatkan oleh azan solat yg berkumandang dari masjid terdekat.
Tandas Mak Ngah. Bayangkan apa perasan mak ngah jika mahu ketandas ini. Walaupun hanya beberapa langkah dr rumahnya, tapi keaadaan tandas begini tidak mungkin menyenangkannya.
Kalau AidilFitri, ramai yg dtg berzakat dgn mak ngah. Aidil Adha dia menumpang kegembiraan anak cucu jiran sebelah. Mak ngah dtg bermalam bersama dan menjamah ketupat pulut bersama. Namun esoknya, dia kembali kerumah dgn perasaan sedikit gembira bersama keluarga jiran. Malam itu, dia kembali menyalakan pelitanya dan tidur dikatilnya semula.
Bagaimana lah nasib mak ngah setahun lagi? Atau pun sebulan lagi? Semuanya hanya satu harapan yg tak tentu hujungnya. Semoga mak ngah sihat juga kuat menghadapi harinya.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it!
West virginia recursos voip

Tuesday, November 21, 2006 2:12:00 PM  

Post a Comment

<< Home