`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Gula, Bomoh dan Saka

Wednesday, January 04, 2006

Gula, Bomoh dan Saka

Dua bulan kebelakangan ni, Ayah aku asik la demam2 sampai menggigil badan. Kadang kadang sejuk betul badan dia, sampai takleh nak bangun. Sekejap elok sekejap rasa balik. Benda ni datang tak tentu masa, siang ada, malam kerap, pagi tak tentu.

Apa yg dia buat, bila rasa mcm demam, pergi doktor. Katanya takder sakit apa, bagi ubat demam, antibiotik sikit, makan, elok. Pelik jer.

Berlarutan sampai minggu lepas. Dah cuba macam2. Anak angkat dan kengkawan dan bawak ke merata bomoh, dukun, ustaz apalagi klinik2. Kalau bomoh dan dukun, cerita biasa yg selalu kita dgr, "ada orang buat" dan " ada benda kacau". Ni lah dia masyarakat sekarang yg mudah sgt terpedaya dgn hantu syaitan. Tak pergi, dah diajak sedara mara, bila pergi, asik cerita yg sama. Macam cara yg bomoh dan dukun suruh buat, dari goreng pasir dgn garam sampai la ke minum air limau yg masam gila. Semuanya dia tak buat, alasannya "mengarut!".

Kalau ustaz pulak, katanya saka. Cuba datang nak berdamping, isk. Yer ker saka ni dtg berdamping, ker dtg nak ajak berdating? Atau memang tak senang tgk anak cucu sihat sejahtera? Susan nak cerita bab saka, nak cakap bohong, kekadang kena tekanya, nak cakap betul pulak, benda tak dapat nak tgk, tak jelas.

Berzikir berdoa memang dah jadik amalan. Alhamdulillah tak tinggal lagi. Semoga terus mcm ni, walau segala dugaan dtg sana sini.

Minggu lepas, di kampung, demam lagi. Dipaksa ke hospital buat check up. Abah tak boleh nak tolak, semua dah bising. Apa kata doktor? " gula dlm darah tinggi". Kan semua dah agak, mesti ada yg tak kena ni. So memang la kalau gula tinggi atau rendah, badan tak sedap, kadang2 menggigil. So terjawab satu masalah.

Dah selang 2 hari makan ubat, demam tak der lagi. Hari ni pergi lagi untuk full check up, lain lak jadi, dah gula kurang sangat.. kena makan ubat lain lak...tapi mcm mana pun, dah dapat tahu punca demam yg selalu datang tu.

Semoga tak der lah saka yg dtg seperti kata ustaz, atau org yg dengki seperti kata bomoh. Yg penting sekarang ni, makan kena jaga, hati hati, gula takleh lebih, tapi tak bole kurang jugak, so...makan lah sesedap rasa.

Apa yg kena ingat, kalau dah bomoh asik cerita sama, tapi tak baik baik. Ustaz asik dgn perkara mistik yg pelik pelik, cuba lah doktor dua tiga klinik atau terus ke hospital. Belanjanya mungkin sama jer, atau ke hospital lagi murah dari yg lain tu.

2 Comments:

Blogger Kopi Suam said...

hmmm aku pun susah hati bila tiba bab saka2 ni...nak percaya pun susah tak percaya pun susah tapi kalau ustaz dah kata mcm tu boleh ikhtiar jugak mana tahu sampingan di sebalik penyakit yang dah sedia ada.

Thursday, April 13, 2006 1:09:00 PM  
Blogger Kopi Suam said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Thursday, April 13, 2006 1:09:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home