`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: July 2006

Friday, July 28, 2006

Dua Kali


Beberapa hari lepas.

Aku baca blog Hamka. Tajuk entry dia lebih kurang camni "kenapa doa tak makbul". Lepas tu aku kasi tau kengkawan, kut la kalau diorang nak baca jugak.

Aku. Beberapa minit lepas baca. Ke toilet ambil wuduk dan terus sembahyang zuhur. Dengan harapan nak berdoa'.

Lepas aku keluar jer, ada seorang member opis ni tanya. "Wei K, apsal kau sembahyang zuhur 2 kali....?"

Erkkk....!!!








Wednesday, July 26, 2006

LO

Panggilan awal pagi.

Pelanggan : Encik K, bila boleh deliver laptop tu, kalau boleh sebelum masuk bulan 8 ni la yer.
Aku : Paling cepat pun esok petang saya hantar la, ok ker tu..?
Pelanggan : Elok lah tu.
Aku : Boleh tak fax kan LO tu dulu, senang saya nak buat Invoice dgn DO nanti..?
Pelanggan : OK, saya fax sekarang.


Panggilan tengah hari sikit.

Pelanggan : Encik K, kita ada ubah jadual sikit la, boleh hantar baju tu hari ni tak..? Esok kita dah nak pergi Alor Setar.
Aku : Paling cepat esok pagi lah saya hantar, sempat lagi kan..?
Pelanggan : Yer sempat, saya bertolak tengah hari tu.
Aku : Ok, boleh fax kan LO dulu tak? Senang saya nak buat Invoice dgn DO esok saya bawak sekali.
Pelanggan : err.. Saya dah buat dah, orang yg nak sign tu takder pulak, takleh hantar dulu ker..?
Aku : Boleh, tapi kalau ada LO tu lagi senang, tak payah saya ulang alik ke sana nanti.
Pelanggan : Errr.. saya buatkan sekarang yer, nanti kalau dah sign saya fax kan..


Sms sebelah petang.

"LO utk sebutharga system hari tu dah keluar, cepat lah datang install!"


Erkk...!!





Moral : ???






Tuesday, July 25, 2006

Dia Buat Lagi

Dulu punya cerita, klik sini.

Aku masuk jer opis pagi ni, terus aku call Barakath.

Aku : Hallo, Barakath.. sudah dekat kilang ka..?
Barakath : Ya boss, baru mau breakfast la..
Aku : Saya mau tanya ni, itu shirt utk Mardi, semua barang cukup ka..? piping punya kain, butang, semua cukup ka..?
Barakath : Semua cukup boss, sikijap lagi saya potong la boss..!
Aku : Ok, nanti lunch time saya datang sana..
Barakath : Ok boss..

Dengan senang hatinya aku pun buat milo, pastu ambik biskut meri. Perghh.. sedap tuu...

Tiba tiba masuk satu sms.

Sms dari Barakath : bos, itu piping shirt mardi bila mau beli?

Terus hilang selera aku. Kepala aku dah mula nak terasa pening balik.. Argh....






Monday, July 24, 2006

Pesan Abah

Aku dan Kak Jun tergamam bila sekujur tubuh buaya tiba tiba timbul sebelah kiri kayak kami. Serentak kami terhenti mendayung. 11 kayak lagi sudah laju didepan. Mereka bernyanyi nyanyi. Sungai Perak masih jauh utk dihabiskan.

Kayak Nain dan Kak Mar di belakang kami juga tiba tiba tiada bunyi. Mereka juga terpandang agaknya.

Itu padahnya mempersenda tuan rumah di dalam kawasannya. Tadi di beting pasir, Nain bersungguh melakonkan watak seekor buaya merangkak memanaskan badan gayanya.

Kini, Nain pucat lesi.

Kata Abah, di tempat 'orang' jgn besar cakap. Hormat 'mereka' yang mendengar.








Friday, July 21, 2006

Ultraman Taro

Korang ada tak masalah anak yg tak boleh tahu dia ada baju baru? Sure dia asik la nak pakai baju tu. Yang takder anak tu, mungkin boleh bayangkan anak makcik sebelah atau anak saudara.

Satu kisah benar ni dicerita oleh orang rumah aku. Berlaku pada seorang kawan pejabatnya.


Alkisah. Suatu hari sekeluarga ni pergilah bershopping dekat Sogo. Kononnya nak shopping baju untuk pakai raya nanti lah. Anak yg baru berusia 4 tahun ni, memang tak boleh tahu dia ada baju baru. Kalau tak asik nak pakai jer, dia akan hari hari tanyakan baju tu.

Mak dan ayah pun beli lah baju yg agak agak besar sedikit. Kira kira nanti raya boleh la muat muat tu. Baju ni memang khas untuk hari raya.

So, dalam perjalanan balik. Mak pun mulalah merancang idea utk mengaburkan fikiran anak ni. Mak pun cakap "baju cantek cantek tadi kan, kena simpan utk hari raya tau.., pakai utk raya jerk?"

Si anak pun dgn semangatnya menganggukkan kepala tanda setuju. Sekejap lepas tu si anak bertanya "raya tu bila ma...?"

Jawab mak dia "raya lagi 3 bulan..."

Nak mengukuhkan jawapannya, mak pun tambah lagi "kita poser dulu tau, lepas dah habis poser tuu.. baru kita raya..., barulah boleh pakai baju baju baru ni... OK?"

Macam tadi, si anak pun menganggukkan kepala, setuju. Agaknya.

Dah dekat nak sampai rumah, si anak bertanya lagi dgn muka seriusnya "ma... poser tu cam koser ultraman taro yer...?



Erkk....!!!









Thursday, July 20, 2006

Fantasi Fantasia

Fantasi malam ini. Semoga berjaya!!


* : Assalamualaikum...
# : Waalaikum salam...
* : Dah Mandiiii..??
# : Dahh.. baru lepass..!!
* : Lerrr... saper suruh mandi dulu... tak kisah la, le
pas ni you mandi lagi sekali...!!!

Erkk...!!






Fantasia .







Monyet Kera

Dulu, dekat kem Jalan Ipoh. Petang petang abah bawak jalan2 ke padang bola. Tengok orang main bola, main hoki. Kadang kadang abah main bola, main hoki.

Besar sikit. Aku pergi ke padang sendiri. Tengok orang main bola, main hoki. Kadang kadang aku main bola, main hoki.

Sekarang, petang petang, aku bawak anak tengok monyet kera di atas bukit Taman TAR. Kadang kadang tengok orang macam kera sedang tengok monyet kera.













Tuesday, July 18, 2006

Komentar Sosial



# :
Tu laaa.. dulu mak kata jangan menyanyi kat dapur, degil. Kan dah dapat suami tua.

* : Diorang memang sepadan lah kan, sama2 enggang, bak kata orang tuuu.. bagai pinang dibelah dua, ehh tak tak... bagai telur asin tersalah belah... ha cam tu la..

@ : Bagus lah tu... kahwin jugak dia, ingatkan tak nak kahwin lansung...

% : Semoga berbahagia hingga ke anak tiri..

& : Raya tahun ni, aku nak ke masjid awal2, nak duduk sebelah Dato tu, mana tau nanti masuk TV muka ni, glamor jugak...!!

$ : Cinta berputik masa konsert kat London nu la..... eh bukan masa tu Dato bawak Datin ker..?


Erkk...!!!









Monday, July 17, 2006

Budak Junior

Satu hari. Dihujung kaki lima kelas. Dengan mulut mengunyah getah gelang. Stokin seorang sebelah. Kami melayan blues sambil memerhati setiap gerak geri pelajar junior tingkatan 4 yg baru mendaftar. Ramai jugak.

Kami membayangkan apa pulak aktiviti lepas ni. Pengenalan diri? Suaikenal? Atau terus suruh diorang ke padang kutip sampah?.

Semua masih dgn ibu bapa masing2. Ada yg kaya. Ada yg kurang berada. Agaknya. Ada yg gembira. Yang risau.

Beratur seorang demi seorang mengisi buku log panjang dimeja urusetia. Setiap seorang dibawa oleh pengawas ke bilik masing2. Ibu bapa mengikut tanpa soal.

Kami masih di hujung kaki lima. Terpandang seorang adik junior. Cun jugak. Dia berjalan disebelah emaknya agaknya. Sambil sopan menulis nama dibuku. Agaknya.

Tiba tiba Awe bersuara "wei, mu tengok tuu.. awek junior tuuu.. kecik kecik dah besar..!!"

Erkkk....








Friday, July 14, 2006

Sweetheart



Semalam

* : Assalamualaikum...
# : Waalaikumsalam...
* : Err.. Sweetheart...!!!??
# : Dah, jgn nak menggatal malam2 jumaat ni, I pakai Dior yer, tolong sikit ..!!

* : Erkkk.....!!!











Untuk Yg Terlepas .




Thursday, July 13, 2006

Rajin Semacam

Pagi ni kami rilek rilek jer. Maklum lah Sabtu. Biasanya aktiviti Sabtu ni, cuma keluar ke pekan atau sekarang ni Bandar Sungai Petani. Outing' kalau bahasa BP.

Awe dari lepas breakfast tadi sebuk duk baca Pedang Setiawan yg dia rembat dari budak junior. Tapi selalunya dia pulangkan balik lepas baca. Dan selalunya lepas semua budak kat bilik kami baca. Setiap kali dia pulangkan, dia akan bawa edisi yg baru utk dibaca. Best.

Tiba tiba melompat seakan teringat nasi didapur hangus. Tapi kami di hostel, mana ada dapur. Terus meluru ke 'locker, mengeluarkan semua pakaian kotor, disumbat ke dalam baldi yg dirembat dari bawah katil Ibrahim. Nak basuh baju pun kelam kabut. Padahal hari masih pagi.

Dia bersuara "Mu ader sabun dok? bak mari sikik!"
Aku "tu atas locker aku tu, asik tibai sabun aku jer, baik suruh aku basuhkan baju mu!"
Awe sambung "bak mari ah, aku cuci!"

Ini sudah bagus. Satu penghormatan buat si pemilik sabun. Aku tanpa lengah lagi terus ambik 2 helai seragam sekolah, dan sehelai baju-T. "nah ni jer yg belum basuh"

Awe ambik dan terus ke bilik cuci. Sebenarnya takder bilik pun utk mencuci pakaian ni, cuma tempat open yg bersebelahan kolah besar. Ramai budak basuh baju kat situ setiap cuti Jumaat Sabtu.

Selang seminit, Awe masuk balik dgn baldi kosong. Dia ambik kasut sukan Fung Keong utk dicuci. Sempat bertanya aku "kasut mu nak cuci dok?"

Wah, melampau dia ni, sampai kasut aku pun dia nak cuci. Sure ada nak bodek aku ni. "tak yah, aku dah cuci semalam". Dia berlalu.

Agak agak 40 minit lepas tu, seorang budak junior ketuk pintu bilik kami. "assalamualaikum, abg Awe ader?"

Aku "Waalaikumsalam, dier takder, kenaper?"
Budak Junior "takder, errr... ni ha baldi dia dgn berus basuh, baju dia saya dah jemur", dia letakkan baldi dan terus blah.

Cilako Awe, patut la rajin semacam jer. Budusssss. Rupanya duk lepak layan komik kat bilik junior.






Wednesday, July 12, 2006

Rambut

Sebenarnya. Aku dah hampir lupa cerita ini. Tapi bila terlihatkan beberapa iklan filem seram dari China atau Korea di astro. Ingatan kembali jelas di kepala. Cerita begini;

Setiap malam. Sebelum berjaya tidurkan anak. Aku akan dukung dan tepuk dia. Dia pulak akan terlentok di bahu kanan aku, sambil tangan kirinya meraba raba belakang badan aku. Kadang kadang dia cubit. Kadang kadang dia sebuk menghisap jari sambil mata terpejam. Rutin aku sehari hari. Dia takkan mahu kalau ibunya yg berganti tugas itu dgn aku. Mungkin tepukkan aku lebih selesa dan merdu.

Selalunya, sambil aku menepuk. Mulut akan berzikir dgn 'laila haillallah'. Bukan apa, dari pada aku menyanyi lagu yg bukan bukan, baik aku zikir dan dia juga boleh mendengarnya sebelum tidur. Dia tak pernah membantah. Asalkan aku yg tepuk. Asalkan aku yg dodoikan.

Suatu malam. (Aku tak dapat nak menyatakan bila masa yg tepat, sebab nanti isteriku membaca, dan dia akan mula bertanya macam macam. Jadi, cukup hanya dgn permulaan ; suatu malam).

Suatu malam. Lebih kurang jam 2.30 pagi. Anak aku terjaga dari tidur dan terus menjerit bagai terkejut. Aku tersentak dan terus bangun mendapatkan dia. Isteri juga terjaga, tapi tak kisah sebab dia tahu, aku juga yg akan dicari sianak. Aku angkat dan tepuk seperti biasa. Dia diam, kembali melentok dibahu kanan aku. Cuba utk lelapkan mata.

Aku. Masih dlm keadaan mengantuk. Separa sedar mungkin. Dia dah lena semula. Aku juga cuba lelapkan mata sambil mendodoi. Sejenak aku pejamkan mata. Terbayang sejurai rambut hitam yg panjang dihadapan aku. Jelas. Panjang mencecah lantai bilik. Betul betul dihadapan almari pakaian. Aku terus membuka mata. Namun tiada apa2 yg dapat aku lihat. Beristifar sekejap. Mungkin bayangan atau khayalan aku sahaja. Cuba pejamkan mata sekali lagi. Sekali lagi juraian rambut yg panjang itu menjelma. Sama jelas. Kali ini aku cuba mengamati betul2. Memang betul rambut yg panjang mencecah lantai.

Aku buka mata semula. Nyalakan lampu kecil. Onkan TV. Sambil hati mula menghafal ayat kursi. Aku bergerak keseluruh bilik. Mengharap apa yg aku nampak tadi hanyalah mainan fikiran aku yg separa sedar mungkin. Anak aku kembali nyenyak. Aku letakkan disebelah ibunya.

Aku. Tak dapat lelap lagi. Selesai subuh baru aku matikan lampu dan TV. Aku sambung tidur. Esok kalau dia datang lagi, aku sediakan gunting, ha ha...





* Sticker utk Kak Lady dan Titicaca sudah dipos pagi tadi. Terima kasih.




Tuesday, July 11, 2006

Tetap Sama

Isteriku menelefon. Merungut jalan jem. Sesak. Dari Damansara nak ke Ampang. Suara dah marah marah. Aku pulak terasa macam tempat melepaskan geram. Aku dengar jer.

Aku. Keluar dari pejabat jam 6.00 petang. Kalau tak singgah cempaka beli buah mangga manis. Kalau tak singgah Ampang Point, masuk Giant, beli gerber atau heinze dan tanya tanya DVD terbaru. Kalau tak singgah beli roti john depan Habib. Kalau tak pergi ambil dobi dekat auntie dragon ball. Kalau tak isi minyak dekat Petronas. Kalau tak ke Menara Safuan jemput dia.

Aku tetap akan sampai rumah 20 minit kemudian.







Sticker University Of Ontahmano

Mari Membuka Pusat Hiburan

Menyeringai semua tauke tauke pusat hiburan beberapa hari lepas. Ramai pulak yg akan mula memohon lesen pusat hiburan.

Mula mula, jangka waktu operasi akan diteliti untuk dilanjutkan. Mungkin akan terus beroperasi 24 jam tanpa henti. Tak perlu lah singgah di 7e kalau nak minum. Di 7e tak boleh menari. Disini boleh.

Kemudian, harga minuman keras mungkin juga dikaji semula untuk diturunkan. Wahh, bertambah kaya lah mereka. Satu perkembangan yg positif bagi mereka.

Akan diundi lagi ahli parlimen itu nanti. Dia benar benar memperjuangkan nasib rakyat. Mana tidaknya, rakyat nak berhibur, biarlah sampai pagi. Orang luar nak minum arak, biar mereka minum puas puas. Sungguh bernas ideanya.

Bagusnya bila ramai pelancong datang melawat Malaysia kerana disini araknya murah. Dan hiburannya sampai pagi. Ramai pula akan mabuk dan hilang kawalan. Malaysia akan terkenal dimata dunia. Best best.

Bayangkan bila ramai pelancong yg mabuk. Menari. Pheewwwiiiitttttttttttt!!!!!

Aku. Mula merisik risik rumah kedai yg kosong utk disewa. Untung besar ni.






Monday, July 10, 2006

Traffic Light

Alhamdulillah. Siang tadi semua berjalan lancar. Semua anak angkat dah berada di rumah mak dan bapa angkat masing2. Kampung Sungai Dulang yg siang tadi riuh, kini dah semakin sunyi. Aku dan anak2 buah yg lain, masing2 sebuk mengemas agenda untuk esok.

Tiba tiba van buruk Tok Sidang sampai di perkarangan bilik urusetia. Atau lebih tepatnya, surau tempat kami tinggal. Tok nak ajak kami keluar minum2. Katanya. Pelawaan Tok Sidang tak kan nak dihampakan. Disini, dialah ketua kampung atau penghulu. Walaupun agak muda usia. Tapi dia mewarisi jawatan itu dari bapanya. Semua orang kampung hormat dia. Kami pun.

Katanya, "kalau semua nak ikut, kita kena 2 van lah". Sebagai KP, takkan aku nak tinggalkan anak buah kut. Jadi aku bawa semua. 12 remaja lelaki. Seorang Tok Sidang. Seorang Pembantu Tok Sidang. 2 buah van. Sebuah Kereta.

Mulanya aku terbayang teh tarik dan roti canai yg panas. Maklumlah, keletihan saban hari melayan keluarga angkat. Tak sempat nak menjamah jamuan. Setelah bergerak hampir 30 minit, aku masih belum nampak sebarang tanda tanda berhenti. Tiada alat perhubungan seperti telefon bimbit lagi. Kami hanya menggunakan walkie talkie yg dipinjam dr pihak universiti. Aku tanya Tok di kereta depan "Tok, jauh lagi ker?, mata dah ngantuk ni..!" Diam sekejap, dia jawab "kejap jer, jumpa traffic light masuk kanan"

Dah 3 Traffic light kami tempoh. Semuanya belok kanan. Malam semakin muram. Jam ditangan kiri dah hampir pukul 1 setengah pagi. Semua di belakang dah lena diulit intan'. Aku bersuara lagi "Tok, semua dah lena ni, mana nak pergi ni?" Dia selamber jawab "Dah dekat dah, nampak traffic light jer, masuk"

Berapa traffic light lagi gamaknyer. Tiba tiba aku perasan tulisan di sebuah restoran KFC yg dah tutup. Kami di pekan Lumut. Agaknya. Jauh betul kami berkereta dr Simpang Empat Bagan Datoh tadi. Patut lah tak sampai2.

Dan sebaik aku sedar kami di Lumut. Van Tok Sidang didepan masuk kiri mengarah ke sebuah barisan rumah kedai yg semua kedainya dah tutup. Takder tanda tanda kedai makan atau restoran. Tapi kereta penuh beratur.

Rupanya, Tok bawa kami ke Kelab Dangdut. Pertama kali aku ke dangdut malam itu. Dan hingga kini, tiada yg kedua kali. Yang peliknya nama kelab itu "Traffic Light".




Friday, July 07, 2006

mau pendek ka?

Semalam aku pi gunting rambut. Kedai india ni memang selalu aku pegi. Kalau ada jenis yg cop kad, 10 kali potong dapat 1 free. Aku mungkin akan dapat 4 atau 5 kali free gunting rambut kat situ. Tapi takder. Dari sekolah, sampai ke muda rumaja ni, aku akan sentiasa percaya kepada india utk potong rambut aku. Entah. Tak tahu apa sebabnya.

Bila masuk jer kedai gunting rambut. Selain gunting rambut, servis lain seperti cukur jambang, atau trim misai pun ada. Tapi aku tak pernah cuba yg lain. Sebab aku dengar meletup letup bila india ni mengurut tengkuk seorang pelanggan. Terus aku tak berani. Memang belum ada kes kematian di kedai gunting. Tapi aku tak mahu ambik risiko.

Dan bila aku duduk jer. Diorang akan bertanya soalan yg sama. Dan bagi aku soalan yg cukup bodoh. Memang lah orang masuk kedia gunting rambut, nak pendekkan rambut. Mana ada yg nak panjangkan. Tapi kenapa soalan tu jugak yg dia tanya?. Jadi. Semalam aku cuba nak gurau dgn seorang penggunting ni.

Dia : Boss, mau pendek ka?
Aku : Err.. tak, mau kasi panjang, boleh ka?

Sambil tersenyum. Dia cuba membetulkan soalan tadi.

Dia : Tara la boss, mau potong macam mana?
Aku : Ha... pendek!!

Lepas tu aku tak nampak dah dia senyum.



Thursday, July 06, 2006

Pinjam

Di sekolah dulu. Petang adalah waktu bersukan. Semua wajib turun bersukan apa saja, asal jgn lepak kat bilik dan tidur. Paling tidak duduk tepi padang tgk pakwe pakwe ensem main bola. Atau duduk dekat kerusi panjang kantin, konon konon baca buku. Yang paling best, duduk dalam kelas, tidur.

Aku dgn Awe. Takder masalah. Kami akan turun ke padang setiap petang. Biasanya main bola sepak dgn kawan2 lain. Dan waktu begini lah kita akan lihat pelbagai jenis pakaian sukan yg diperagakan dipadang sekolah. Ada yg berjenama, yg tak berjenama dan bermacam lagi gaya yg ada.

Aku dgn Awe. Takder masalah. Kami juga tak ketinggalan mengenakan pakaian sukan berjenama. Kadang kadang Adidas. Kadang kadang Nike. Paling tidak pun yg tak berapa orang kenal, kami pakai jenama Forest atau Lecoq Sportive. Setiap petang selepas asar, kami akan turun ke padang dgn megahnya. Semua akan terpegun memandang pakaian sukan kami. Kadang kadang ada yang pelik. Begitu mewah pakaian kami diwaktu bersukan. Ada juga yg tak ambil kisah.

Aku dgn Awe. Tak merasa megah pun. Kami bukan nak menunjuk. Kami bukan nak riak. Kami cuma sekadar mahu bersukan seperti mereka yg lain. Kami bukan memilih jenama. Tapi apakan daya, itu sahaja yg kami mampu. Itu sahaja yg selalu menarik perhatian kami. Kami tak pernah meminta sehebat begini. Kami tak pernah harapkan dipandang dan dipuji orang lain.

Yang bestnya. Kami cuma pinjam sebentar sahaja. Dah habis waktu bersukan petang tu, kami akan segera kembalikan ke ampaian dimana kami pinjam baju tu. Terima kasihlah kepada mereka yg bermurah hati. Esok kami pinjam lagi. Mungkin jenama lain.

* Sticker utk Tuan Tanah dan Sastri telah dipos.

Wednesday, July 05, 2006

Second Opinion

Kami ke Gleneagles semalam. Bukan apa, utk mendapatkan second opinion tentang anak yg tak hilang hilang selsemanya. Kalau dulu di Ampang Puteri, dua atau tiga hari dah baik. Kali ni, dah lebih seminggu.

Setelah Doktor meneliti semua senarai ubat yg pernah diambil. Kemungkinan akan menuju ke asma. Walaupun Doktor berat nak buat kesimpulan, dia mintak aku tunggu dan lihat dulu. Tapi semalam dadanya tak ada apa2. Tiada sebarang tanda tanda asma. Alhamdulillah. Demam pun tak ada. Dia cuma selsema, dan itu yg mengganggu tidur dia 2 malam sebelumnya. Dan tidur kami pun terganggu.

Malam sebelumnya, aku terpaksa melayan dia melihat national geographic. Cerita pasal cimpanzee. Dia tak boleh tidur. Hidung tersumbat. Berkali kali aku cuba menyedut hingus dia menggunakan kuasa dalaman aku. Tapi tak byk mana pun yg berjaya dikeluarkan. Pukul 5.30 pagi baru dia boleh lena. Letih sangat agaknya.

Kata Doktor baru ni. Dia akan beri satu lagi antibiotik utk merawat selsema dan mungkin kalau ada batuk. Kemudian dia akan beri ubat utk merawat asma yg perlu diambil dlm masa seminggu. Kami balik dan mula beri dia makan ubat. Petang tu, tidur senyenyaknya, mungkin ubat baru ni kesannya kuat.

Malamnya, aku bagi lagi ubat tu. Dan dia seperti biasa susah utk tidur, Sebab nak main lagi. Jam 11 lebih dia mula ngantuk. Alhamdulillah tidur sampai pagi. Dan aku layan Germany Vs Italy dgn aman. Dan gumbiranya bila Italy mara ke final. Pagi ni dia ceria sangat.

So, apa yg nak cerita ni sebenarnya. Simpan la rekod perubatan anak utk rujukan masa akan datang. Mungkin nampak macam tak berapa penting. Tapi boleh membantu utk doktor membuat kesimpulan. Dan second opinion penting.

Viva Italia!!





*Takziah utk keluarga Kamal diatas pemergian Ayahandanya pada Isnin, 8.30 pagi. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan islam Kajang. Al Fatihah.

Monday, July 03, 2006

Mana Boleh Kalah

Menonton Suku akhir WC England Vs Portugal. Game baru masuk minit ke25. Aku dah nampak gaya gaya England nak kalah.

Aliya. Duduk sebelah ayahnya. Sambil tangan membelek kamus dwibahasa oxford. Jeling kat aku dan bersuara.

Aliya "Uncle K, negara apa yang hanya ada 42 orang perempuan jer?"

Aku buat buat tak dengar. Tapi kepala ligat berfikir apa jawapan teka teki budak ni.

Aliya "Cepat la jawab..!"

Aku "Errrr... entah la" Jawapan yg konon malas nak layan. Mata tertumpu kearah beckham yg sedang sebuk nak ambik free kick.

Aliya "Senang jer, Por Tu Gal (Four Two Girl), hehehhehe..." Sambil dia senyum puas.

Aku mana boleh kalah. Aku pun terfikir satu soalan yg nak lawan teka teki dia tu. So aku tanya dgn nada eksyen. "OK, Apa nama tempat yg takder lelaki lansung kat situ?, ha jawab..."

Tak sempat aku senyum sampai habis, dia jawab.
Aliya "Senang jer, Ya tahu, O Man (Oman)", lepas tu siap gelak perli kat aku. Panas jer hati ni. Cis, cemana boleh tau ni? Tak boleh jadi. Aku terus balas "Salah salah, bukan tu.."

Aliya "Habis apa, eleh tu la jawapan dia...kalau salah apa?"
Aku "Jawapannya, dekat kandang harimau"
Aliya "Eleh tu bukan negara, mana boleh..."

Aku senyum jer puas. Suka hati akulah, aku yg bagi soalan, aku jer la tahu jawapan dia. Asal aku tak kalah dgn dia.