Rambut
Sebenarnya. Aku dah hampir lupa cerita ini. Tapi bila terlihatkan beberapa iklan filem seram dari China atau Korea di astro. Ingatan kembali jelas di kepala. Cerita begini;
Setiap malam. Sebelum berjaya tidurkan anak. Aku akan dukung dan tepuk dia. Dia pulak akan terlentok di bahu kanan aku, sambil tangan kirinya meraba raba belakang badan aku. Kadang kadang dia cubit. Kadang kadang dia sebuk menghisap jari sambil mata terpejam. Rutin aku sehari hari. Dia takkan mahu kalau ibunya yg berganti tugas itu dgn aku. Mungkin tepukkan aku lebih selesa dan merdu.
Selalunya, sambil aku menepuk. Mulut akan berzikir dgn 'laila haillallah'. Bukan apa, dari pada aku menyanyi lagu yg bukan bukan, baik aku zikir dan dia juga boleh mendengarnya sebelum tidur. Dia tak pernah membantah. Asalkan aku yg tepuk. Asalkan aku yg dodoikan.
Suatu malam. (Aku tak dapat nak menyatakan bila masa yg tepat, sebab nanti isteriku membaca, dan dia akan mula bertanya macam macam. Jadi, cukup hanya dgn permulaan ; suatu malam).
Suatu malam. Lebih kurang jam 2.30 pagi. Anak aku terjaga dari tidur dan terus menjerit bagai terkejut. Aku tersentak dan terus bangun mendapatkan dia. Isteri juga terjaga, tapi tak kisah sebab dia tahu, aku juga yg akan dicari sianak. Aku angkat dan tepuk seperti biasa. Dia diam, kembali melentok dibahu kanan aku. Cuba utk lelapkan mata.
Aku. Masih dlm keadaan mengantuk. Separa sedar mungkin. Dia dah lena semula. Aku juga cuba lelapkan mata sambil mendodoi. Sejenak aku pejamkan mata. Terbayang sejurai rambut hitam yg panjang dihadapan aku. Jelas. Panjang mencecah lantai bilik. Betul betul dihadapan almari pakaian. Aku terus membuka mata. Namun tiada apa2 yg dapat aku lihat. Beristifar sekejap. Mungkin bayangan atau khayalan aku sahaja. Cuba pejamkan mata sekali lagi. Sekali lagi juraian rambut yg panjang itu menjelma. Sama jelas. Kali ini aku cuba mengamati betul2. Memang betul rambut yg panjang mencecah lantai.
Aku buka mata semula. Nyalakan lampu kecil. Onkan TV. Sambil hati mula menghafal ayat kursi. Aku bergerak keseluruh bilik. Mengharap apa yg aku nampak tadi hanyalah mainan fikiran aku yg separa sedar mungkin. Anak aku kembali nyenyak. Aku letakkan disebelah ibunya.
Aku. Tak dapat lelap lagi. Selesai subuh baru aku matikan lampu dan TV. Aku sambung tidur. Esok kalau dia datang lagi, aku sediakan gunting, ha ha...

* Sticker utk Kak Lady dan Titicaca sudah dipos pagi tadi. Terima kasih.
28 Comments:
Rambut jer ke OS..? Muka tak nampak...? Rumah kau berhantu ni...........isk.....
Mari kita reramai tengok pameran hantu kat Muzium Shah Alam....!
sebab iklan wayang hantu tu la kalau malam astro aku tgk nickelodeon jer...kalau sorg2 la..
Takut juga OS. Kalau saya terus kejutkan suami.. seram la..
waahh...bagusnyerrr...ayah mithali nihhh...siap tidurkan ank lagik..pastu tidokann sapo lakk...hehehehe
BP : Rambut jer pun dan cukup menyeramkan aku, jgn lah nak tunjuk muka atau tgn sekalipun.. nak pegi gak, tapi tak familiar area shah alam la, takut sesat terus ke kubur.. ha ha..
moon : mungkin bayang aku jer, tapi aku tak berambut panjang... bayang siapa tu..?
kunci : aku selalu tgk iklan cam tu, tapi tak sangka aku ternampak satu...
sherin : memang takut gak, tapi aku takder suami nak dikejut...
Zz : kalau tak tidurkan dia, cemana aku nak tidur...?
OS :...Auntie rasalah kan....kot yang rambut panjang ni dari species pontianak...pontianak suka orang lelaki....Awas yaa....;-)
Malam ni baik ko sediakan paku sekali warghhhh hiihihihihhii (sound efek mengilai)
seram sejuk aku baca cite ko OS... ada pontianak ke kat umah ko... eeiiiii... takuttttt.... tak pun ko ni byk tgk cite2 hantu kot...
isk isk... nyesal lak baca... sas ni punya daya imaginasi luar biasa tau... silap2 tak tido malam nih... adeh...
anda patut jemput geng seekers.
ishk..ko ni menakotkan laa..kalau aku (nau'zubillah) tak koser nak bukak mata dah lepas sekali tengok tu...
ok, aku tunggu sticker itu..
akhir cerita dia dah botak ke sekarang ni hehe..
alamak...den baco entri ni time 12.29 mlm..toruih meromang bulu roma..
ermm..
banyak kali aku cuba tulis komen,
tapi terus komputer aku hang.. terpaksa aku restart balik..
apakah aku terkena sumpahan hantu blog ko nih,
ataupun komputer aku yang berhantu
hahahaha..ye la OS yg suami nye kan? Kejut isteri? kesian nak ganggu tidur isteri ye?
auntie yan : cik pon ker? isk buka kut, sebab rambut tak cantik.....
lan : paku dah ada, tapi nak buat mender dgn paku tu...
rina : aku seram gak, tapi yer ker pontianak...? bukan kut...
sas : apa nak seram? kau imagine la benda lain, model yg cun cun ker...
GT : aku tak percaya la seekers tu, asik awek seksi ajer....
titi : cemana kalau tak bukak mata, lagi duk nampak... baik bukak...
zino : tak tahu lah, tak der nampak dah pun....
syikin : ler lenkali jgn tgk jam kalau baca citer cam ni...
akimanikki : errr... ader nampak tumbuh rambut ker pc kau tu...?
sherin : baik takyah kejut, buat kecoh jer, kang tak pasal2 aku kena dukung dua2.....ha ha..
hahahah...ni mesti kes banyak sgt tengok cerita Ju-On...hahaha...baik pulak dia tak merangkak datang kat OS...
Bawak gunting tu jgn tak bawak...biar dia serik takmo datang lagi ke tukang gunting tak bertauliah tu...heheehhe
kak lady : sejak kata nak bawak gunting tu terus tak nampak2 lagi, ha ha..
eijal : aku rasa tak bershampoo la gamaknyer, teruk betui rupernyer.....
Susah aku nk komen bila nk post jer eror....ko ada pendinding blog ker? ha...ha...
cuaca : dinding kat bilik aku ni pun asik dgr org sebelah ketuk jer, sesekali suara minah indon menyanyi sambil menyapu.. agaknya...
seram lah OS.. isk..
rambut panjang tu original ke rebonding???
ko dah nekad nak gunting rambut dia tu ker? ko tak takut ker dia gunting rambut ko plak?keskeskes!!
tiara : kau ni, tu pun seram...he he..
marlina : nak kata rebonding tak berapa lurus, rasanya original kut..serabai jer...
MR : kau ni, aku cuma nak gertak dia jer, kau jgn la lemahkan semangat aku ni....
aku ingat dia minat kat ko la, nak mintak otograp agaknya tuh eheh.
angah : kalau minat cakap la, senang aku kasi otograp ke aper ker...
siap nak bawak gunting tuh! kalo datang sekali lagi berani ker nak gunting?
Post a Comment
<< Home