`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Mari Membuka Pusat Hiburan

Tuesday, July 11, 2006

Mari Membuka Pusat Hiburan

Menyeringai semua tauke tauke pusat hiburan beberapa hari lepas. Ramai pulak yg akan mula memohon lesen pusat hiburan.

Mula mula, jangka waktu operasi akan diteliti untuk dilanjutkan. Mungkin akan terus beroperasi 24 jam tanpa henti. Tak perlu lah singgah di 7e kalau nak minum. Di 7e tak boleh menari. Disini boleh.

Kemudian, harga minuman keras mungkin juga dikaji semula untuk diturunkan. Wahh, bertambah kaya lah mereka. Satu perkembangan yg positif bagi mereka.

Akan diundi lagi ahli parlimen itu nanti. Dia benar benar memperjuangkan nasib rakyat. Mana tidaknya, rakyat nak berhibur, biarlah sampai pagi. Orang luar nak minum arak, biar mereka minum puas puas. Sungguh bernas ideanya.

Bagusnya bila ramai pelancong datang melawat Malaysia kerana disini araknya murah. Dan hiburannya sampai pagi. Ramai pula akan mabuk dan hilang kawalan. Malaysia akan terkenal dimata dunia. Best best.

Bayangkan bila ramai pelancong yg mabuk. Menari. Pheewwwiiiitttttttttttt!!!!!

Aku. Mula merisik risik rumah kedai yg kosong utk disewa. Untung besar ni.






15 Comments:

Blogger Unknown said...

Tak tahulah apa yg dipikir sampai beriya nak melanjutkan waktu pusat2 hiburan ni buka. Dia pun selalu join sekali kot. Banyak lg benda lain patut di perjuangkan...Petronas konon untung banyak, tapi duit minyak naik jugak ye tak. Bila gejala sosial makin teruk....sape yg patut disalahkan.!!

Tuesday, July 11, 2006 4:23:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

ko perlukan rakan kongsi tak?? muaahaahaa.....

Tuesday, July 11, 2006 4:39:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

aku pun nak buka jugaklah..senang aku nak tgk mana menteri2 yang suka masuk tempat2 ni!!

Tuesday, July 11, 2006 4:40:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

Entah-entah menteri tu pun ada plan nak buka dia punya sendiri kot? Macam-macam la. Lagi ramai mabuk, lagi banyak accident.. ..

Tuesday, July 11, 2006 4:50:00 PM  
Blogger oren said...

heran betui ngan Malaysia la nih..nak tengok sgt kut bala Allah? tak reti2 nak amik iktibar dari apa yg dah jadi kat negara jiran...

Dah interview pelancong, depa pun cakap, depa mai Malaysia bukan pasai nak hiburan semata2..depa pun tau nak pi Las Vegas ka...

aku ingat pak2 menteri tu semua yang nak yamseng2, mabuk2..eeiii..meluat sungguh!!!

Tuesday, July 11, 2006 4:56:00 PM  
Blogger Unknown said...

apa barang bukak sampai 5 pagi ... yg penuh kat disco tu rakyat negara kita ... x ramailah mat saleh lepak disco tuu..

diorang nih x layan laa mesia nih , baik lepak thailand, x pun bali ...

Tuesday, July 11, 2006 5:29:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

yus : bab minyak tu satu hal, ni dah la melayu, islam dan MP lak tu, boleh pikir benda cam ni..? isk isk...

marlina: kau berminat? nanti aku email kau...

MR : buka, kau letak nama traffic light...

sherin : entah2 dia dah ada sendiri punya...

oren : jgn hairan, tu baru sikit, yg besar belum keluar...hehehhee...

faza : diorang nak jadikan mcm bali dan phuket lah tu agaknya...semoga berjaya....!

Tuesday, July 11, 2006 5:36:00 PM  
Blogger aNIe said...

Dengan masalah moral & jenayah yang sudah diluar kawalan masih ade jugak menteri yang bertindak mcm tu ye...agaknya dia nak tumpang semangkok kot...!!

Tuesday, July 11, 2006 5:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : yer yer memang, ada udang dan ketam disebalik ketiak....

kak lady: masalah moral tu letak tepi dulu, ni byk untung ni... pastu undi mesti mau kira gak.... baru rock!!

Tuesday, July 11, 2006 5:52:00 PM  
Blogger zino said...

mamat tu memang tak layak jadi menteri.... masa di JPM menggalakkan pusat hiburan dan judi.. sama naik dengan menteri yg dah kena letak jawatan tu..

yg rosak nanti anak anak melayu..mabuk.. dadah.. maksiat..

Tuesday, July 11, 2006 9:14:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

aku tetap percaya.. sidia itu tetap akan jadi MP jugak menjelang 2008..

Wednesday, July 12, 2006 12:03:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

zino : kelayakan diorang tak penting, yg penting dia berkhidmat utk rakyat, hahahhaha...

lan : aku pun....

Wednesday, July 12, 2006 9:45:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Menteri itu jugak lah yg cadang bukak kasino kat Bkt Tinggi dulu....

Wednesday, July 12, 2006 9:47:00 AM  
Blogger Unknown said...

ni ni jap, rumah kosong tu untuk apa dan nak wat apa? cakap biar terrrang....lu ni biar betul beb!

Wednesday, July 12, 2006 10:29:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : menteri tu memang berkaliber... dia berpandangan jauh...agaknya...

halog : rumah? ha ha, macam2 boleh buat dgn rumah tu, kau cuma perlu bayangkan.....

Wednesday, July 12, 2006 11:16:00 AM  

Post a Comment

<< Home