`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Pinjam

Thursday, July 06, 2006

Pinjam

Di sekolah dulu. Petang adalah waktu bersukan. Semua wajib turun bersukan apa saja, asal jgn lepak kat bilik dan tidur. Paling tidak duduk tepi padang tgk pakwe pakwe ensem main bola. Atau duduk dekat kerusi panjang kantin, konon konon baca buku. Yang paling best, duduk dalam kelas, tidur.

Aku dgn Awe. Takder masalah. Kami akan turun ke padang setiap petang. Biasanya main bola sepak dgn kawan2 lain. Dan waktu begini lah kita akan lihat pelbagai jenis pakaian sukan yg diperagakan dipadang sekolah. Ada yg berjenama, yg tak berjenama dan bermacam lagi gaya yg ada.

Aku dgn Awe. Takder masalah. Kami juga tak ketinggalan mengenakan pakaian sukan berjenama. Kadang kadang Adidas. Kadang kadang Nike. Paling tidak pun yg tak berapa orang kenal, kami pakai jenama Forest atau Lecoq Sportive. Setiap petang selepas asar, kami akan turun ke padang dgn megahnya. Semua akan terpegun memandang pakaian sukan kami. Kadang kadang ada yang pelik. Begitu mewah pakaian kami diwaktu bersukan. Ada juga yg tak ambil kisah.

Aku dgn Awe. Tak merasa megah pun. Kami bukan nak menunjuk. Kami bukan nak riak. Kami cuma sekadar mahu bersukan seperti mereka yg lain. Kami bukan memilih jenama. Tapi apakan daya, itu sahaja yg kami mampu. Itu sahaja yg selalu menarik perhatian kami. Kami tak pernah meminta sehebat begini. Kami tak pernah harapkan dipandang dan dipuji orang lain.

Yang bestnya. Kami cuma pinjam sebentar sahaja. Dah habis waktu bersukan petang tu, kami akan segera kembalikan ke ampaian dimana kami pinjam baju tu. Terima kasihlah kepada mereka yg bermurah hati. Esok kami pinjam lagi. Mungkin jenama lain.

* Sticker utk Tuan Tanah dan Sastri telah dipos.

22 Comments:

Blogger rina said...

ampeh... memang sehati sejiwa sekepala sekutu ler ko ngan Awe. empunya baju tak perasan ke korang 'pakai' dorang...

Thursday, July 06, 2006 2:01:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

hehe..padanlah org2 sekelian di padang itu memandang kehairanan kat korang, sebabnya terfikir dlm hati "eh..itu macam baju aku jerk tu"

saya baru tau, rupanya pengasas jenama adidas n puma tu adik beradik.asalnya depa berdua di bwh bumbung syarikat sama, adidas. then salah seorang tu keluar, keluar jenama sendiri iaitu puma.

os, anak saya dah kat 3 minggu selsema.

saya tak retilah nak sedut selsema anak tu, pernah buat, tapi tak berjaya.

oh ya..doktor pernah nasihat saya, kalau anak selsema tak berhenti, jgn amalkan mandi awal2 pagi, kurngkan amalan basuh rambut,sebab sejuk kat ubun2 kepala tu, amalkan mandi air suam or heater shower tu, lepas mandi n basuh rambut, cepat lap hingga kering. saya buat camtu kat huda n alia, mmg berkesan, cuma kali ni jer entah nape lama sangat selsemanya tu campur ngan batuk berkahak. mungkin sebab mrk berdua dah ada asma, tu sebab susah nak baik.

oh ya..mmg ada ubat selsema yg buat budak lagi cergas, atau pun lagi ngantuk.

Thursday, July 06, 2006 2:22:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rina : entah la rina, rasanya perasan kut, tapi tak tahu samada betul atau tak baju diorang...

syikin : bawak la pi tanya mana2 pakar, sebab takut nanti kut ada bronkitis atau dia diawal asma, biasanya dr akan bagi try ventolin, yg jenis guna aero chamber tu, tu utk luaskan salur nafas dia, dan ubat lain utk selsema maybe, actifed atau pun saline nose spray atau drop, tapi kalau dah 3 minggu tu, pi tanya Dr la seeloknya...nak sedut tu memang payah jugak sebab budak2 ni dia tak suka, tapi kena la buat gak, kalau tak dia tak reti nak keluarkan kahak tu, dia akan telan jer...tu yg buat tak baik2 tu..try la...

Thursday, July 06, 2006 2:32:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Teringat juga ada jenama lain yang hampir2 serupa sebutannya. Adibas, Niki, Reebak...... ha ha ha..

Thursday, July 06, 2006 2:35:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

cess... yea yea aku ingat ko banyak baju sukan! hampess..

Thursday, July 06, 2006 2:51:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

siul!!!aku pun sama ngan Mar ingat ko banyak baju berjenama...baru nak kutuk sahih anak manja emak nagn ayah tu yang dapat pakain macamtu..rupa2nya...rampok diampaian

Thursday, July 06, 2006 3:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : Byk, asadi yg paling popular...

Marlina : byk la tu, siap pilih jer...

MR : mana der rampok, pinjam la, lepas pakai letak balik seperti mana asalnya...

Thursday, July 06, 2006 4:05:00 PM  
Blogger Unknown said...

LU NGAN AWE ni kan mmg sehati sejiwa la, mmg ampess btul...

**contact awe lg x?

Thursday, July 06, 2006 4:08:00 PM  
Blogger oren said...

hampeehhh...

takkan tuan punya baju tu tak sedor korang amik baju depa? moskel...

Thursday, July 06, 2006 4:56:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : mana der kotor, kitorang pakai masa bersih, baru lepas cuci lagik, kalau tak takkan ader kat ampaian...

halo : masih.. dia kat lumut skrg...

oren : entah la, mungkin dia sedar tapi tak berani nak tegur....atau mungkin sedar bila nak pi angkat kain kat jemuran.....

Thursday, July 06, 2006 5:04:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

aku gerenti korang mesti selalu kena kurap time kat asrama tu kannn.....

Thursday, July 06, 2006 5:29:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lan : kurap takder, cuma awe selalu berjerawat, awe la, aku tak, kulitku licin hingga kini, ramping kannnnn....

Thursday, July 06, 2006 5:42:00 PM  
Blogger Angah said...

chet! ha ha

Thursday, July 06, 2006 5:43:00 PM  
Blogger Mme RoSsé said...

brapa lama ko buat kerja camni...
bagus bagus. satu idea untuk babak telenovela.
agak kau siapa patut mainkan watak ko dan awe?

Thursday, July 06, 2006 6:47:00 PM  
Blogger Unknown said...

"kena report dengan warden ni!" kata pengawas yang mengampu

Thursday, July 06, 2006 8:18:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Gila jahat ko ni OS>. isk.. yg kecik - kecik ko pun pinjam gak ke cehh hampeh tul dak OS nih.. kawan sapa lar ni ??

Friday, July 07, 2006 8:30:00 AM  
Blogger iejal said...

har3x tak lari ker saiznya... wa, banyak plak mamat tu pakai pakaian sukan. Sampai ko leh pinjam slalu kat ampaian dia.

Friday, July 07, 2006 9:28:00 AM  
Blogger Aku said...

bukan setakat kurap memacam fungus pun ada agak nyer hehehehe....wekk idea menarik.

Friday, July 07, 2006 11:53:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

over lah amik kat penyidai org....confirm nakal giler time kat asrama dulu

Friday, July 07, 2006 11:54:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

angah : ....

rosse : telenovela...? saper la nak layan citer cam tu, org skrg layan love story jer..

GT : kau ni sure pengawas dulu kan...?

tiara : alah pinjam jer, bukan ambik terus...

eijal : ampaian tu kan utk semua, semua budka sidai situ, so ptg ptg shopping jer la...

aku : baju tu semua dah basuh cuci, cuma lepas dipinjam tu kena la tuannya test dulu...

cuaca : alah pinjam, bukan luak pun..kan kan...

Friday, July 07, 2006 2:44:00 PM  
Blogger zino said...

ingatkan betul2 jaga standard tadi hehe

agaknya tuan punya terperasan jugak kot.. nampak sama macam aku punya je..tapi tak berani nak tanya.. takut kena sebik.. hehe

Friday, July 07, 2006 2:45:00 PM  
Blogger Unknown said...

aik..tuan punya tak perasan ker bila dah pakai tu. Hampeh tul..ingat betul ler sendiri punya...keskeskes.

Friday, July 07, 2006 7:38:00 PM  

Post a Comment

<< Home