Dua Kali
Beberapa hari lepas.
Aku baca blog Hamka. Tajuk entry dia lebih kurang camni "kenapa doa tak makbul". Lepas tu aku kasi tau kengkawan, kut la kalau diorang nak baca jugak.
Aku. Beberapa minit lepas baca. Ke toilet ambil wuduk dan terus sembahyang zuhur. Dengan harapan nak berdoa'.
Lepas aku keluar jer, ada seorang member opis ni tanya. "Wei K, apsal kau sembahyang zuhur 2 kali....?"
Erkkk....!!!
21 Comments:
Aku nak baca apa agaknya komen hamka nanti...?
tak salah solat zuhur 2 kali.... malah aku pernah dengar ceramah, "lepas jemaah kat surau ni balik cepat2 dan imamkan isteri pulak kat rumah"
APA yg lan rambai kata wa x pasti beb tp apsal td masa solat zuhur x doa ke atau lu rasa solat yg pertama x sah?
ada ada saja ini mamat tau. he he
BP : aku pun...
Lan : betul2 tak salah... ehhehe
halog : masalahnya aku lupa dah sembahyang tadi, isk isk...
xcited nak berdoa ler tuh smpi tk prsn tersolat 2x
apa yg aku nampak ialah ko mmg betul2 jenis yg akan mempraktikkan pa yg ko rasa baik utk ko.. :) gud gud gud
sekalik boleh teringat iklan minyak cap seri murni..2 kali bersih!!!tapi jgn ko ikut cakap aku karang songsang ko!!!
tanda2 penuaan yang semakin hampir.. muahaha
ayuMK : tulah diernyer...
ayu : aku ni byk makan kepala ikan agaknya...
MR : elok gak tu...
MM : saper yg tua ni? isk.. kau ni.. aku sweet 25 lagi la...
os:: aku tau ler ko quota ada 3 lagi kosong... apa yang ko doakan tu sampai leh lupa ah
Bagus blog Hamka ni.
Boleh buat dua tiga kali insaf. Terpuji sebenarnya kalau insaf banyak kali ni.
lupa dah sembahyang ok lagi.. tapi kalau lupa nak sembahyang.. berat tu..
alhamdulillah..
uih... tu diaaa... nak praktik sgt sampai lupa dah solat ekkk...
100 minit lepas solat subuh ada solat sunnat israq, pernah aku buat member aku yang baru bangun kata aku baru solat subuh.., dia kat aku cakap berapi2 suruh pergi solat jemaah, tapi aku solat kat rumah...oh, member aku budak kuantan cerita kat kampung dia bila buat solat israg datang jabatan ugama tangkap kerana di tuduh ajaran sesat, bila bukak hadith..baru diorang tahu rupa-rupanya sebelum sunnat dhuha, ada lagi solat sunnat israq, ustaz dan pegawai ugama pun ramai tak tahu.. dulu aku pun tak tahu..
jadi berbalik kepada member engkau, kalau orang yg alim pun ada yang tak tahu, apatah lagi yang tak alim macamn aku!!! oh...
member aku kena tegur ( diulangi, bukan aku) kat mertua dia sebab buat solat sunnat lepas subuh... padahal itu adalah sunnat israq..
jadi kepadamu.. doa lah kat aku sama supaya dapat sifat sabar...dan kirim salam kat kawan engkau...
dulu aku belajar solat 40 hari tanpa tertinggal takbir pertama..sebab siapa yang dapat buat ni akan bebas dari sifat munafik, tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang aku masbuk, lalu ustaz ajar aku, siapa yang masbuk bolelah solat sekali lagi sebagai imam, dan sape2 yang dah solat zohor boleh tolong jadi makmum untuk tolong dia dapat takbir pertama..
semoga ALlah terima kita semua.
hikss... ap yg hendak didoakan tu sampai 2 kali solat zuhur??;)
hahaha...punyalah berkobar kobar nak berdoa ...sampai sembahyang zohor 2 kali?...
semangat berkobar-kobar
doa yang terlebih makbul..hee..hee..
*sujudddddddddd*
Post a Comment
<< Home