`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: October 2005

Friday, October 21, 2005

Takziah Untuk Pak Lah

Datin Seri Endon kembali ke rahmatullah, 7.55 pagi, 20.10.2005.

Al Fatihah.

Seharian duduk depan TV menonton upacara pengkebumian. Sekejap TV1 sekejap TV3, ikut suka jer. Alhamdulillah, selamat dikebumikan.

Semua dirumah, tak berganjak menonton siaran lansung ini. Semuanya kerana perasaan sayang kepada Datin Seri. Atau ada yg kerana terkejut dgn berita yg menggemparkan ini. Seluruh rakyat bersimpati dgn PM. Semoga tabah menghadapi dugaan.

Aku tak tahu, kenapa aku tgk seharian semalam. Aku tak tahu apa perasaan aku semalam. Mungkin sedih. Mungkin aku tgk sebab semua org tgk. So aku takder pilihan, kena tgk jugak. Atau mungkin aku simpati dgn PM. Dgn keluarga PM.

Seketika Precint 20 Putrajaya seakan pesta sureheboh. Putrajaya sebuk dr pagi hingga petang. Berpusu rakyat dr segenap pelusuk, setiap bangsa dan agama, dtg memberi penghormatan terakhir utk Datin Seri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Ramai yg pergi sebab sedih. Ada yg sebab tumpang kawan balik, so kena ikut la. Ada yg pergi sebab nak tgk Seri Perdana. Atau ada yg terperangkap dlm kesesakan, so kena pergi jugak. Ada yg kebetulan ada di masjid. Ada yg pergi sebab nak tgk siapa lagi dtg? Ada yg nak tgk org besar lain.

Apa apa pun. Semoga pemergian ini dirahmati Allah.

Insyaallah.

Tuesday, October 18, 2005

Siapa Yang Buta?

Baru 3 hari keluar cerita makngah dekat ntv7, dah mcm2 feedback yg diterima wartawan edisi siasat, Paulina.

Ada Syarikat besar nak sponsor makngah duduk di rumah orang2 tua swasta di sungai petani. Semua perbelanjaaan akan di tanggung. Alhamdulillah.

Ada seorang hamba allah, nak masukkan api dan air ke rumah makngah. Kalau tiada apa aral, syawal ni makngah berlampu dan berair paip. Alhamdulillah.

Ada yg call bertanyakan alamatnya. Mungkin nak pergi tgk dulu. Atau nak pergi tgk jer. Atau nak bagitau kat jiran sebelah. Atau nak check kalau kalau ada bau bau bacang dgn makngah. Ni semua susah kita nak percaya. Ada yg benar benar nak bantu, ada yg saja nak buat sebuk. Atau mungkin ada yg nak jadi popular.

Ada yg lebih dahsyat, marah2 kenaper dia tak tahu dulu, sedangkan dlm kawasan dia. Ni apahal ni? Kalau buat kerja dgn betul, sure dah tahu lama dah. Kalau betul perjuangkan nasib rakyat, sure dah senang dah makngah. Kenaper baru sekarang nak tanya semua orang kenaper tak panggil dia dulu? Siapa dia ni? Kenaper sanggup hantar orang marah2kan jiran makngah yg tak tahu menahu tentang kedatangan ntv7. Dah la hantar orang jer, marah2 lak tu. Apa jenis "Wakil" dia ni?

Ada yg sebuk tanya kenaper umno pulau pinang pulak yg handle pasal makngah ni? Bukan umno Kedah? Mana pergi umno kedah selama ni? umno penang pun dapat tahu sebab kenal dgn wartawan jer, kalau diikutkan, tak tahu jugak.

Penting ke semua ni? Siapa kutip derma utk makngah, siapa tahu dulu. Yg pentingnya, sekarang semua dah tahu. Kita masuk 2nd step. Mcm mana nak bantu makngah. Bukan mcm mana kita tak tahu dulu. Bukan mcm mana kita tak kutip duit utk makngah. Apa semua ni?

Siapa yg sebenarnya buta ni? makngah ker......

Utk semua wartawan yg menjayakan isu makngah ni, anda semua dah berjaya! Semua dah bukak mata, tak tahulah berapa lama diorang nak bising. Yg penting ada yg benar2 nak bantu makngah. Yg lain tu, lalat jer.....

Monday, October 17, 2005

Dodoi Zaref

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Kolam
Senyum Belum Tahu
Dah Pandai Berjaga Malam

Buai Laju Laju
Sampai Cucur Atap
Bila Nak Tukar Baju
Mulut Asik Ketap Ketap

Buai Laju Laju
Mata Jangan Tutup
Baru Minum Susu
Dah Nak Tidur Terlangkup

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Kuala
Apa Dalam Baju
Barut Dah Sampai Ke Dada

Buai Laju Laju
Sampai Dalam Periuk
Badan Habis Gerutu
Dah Kena Gigit Nyamuk

Buai Laju Laju
Sampai Mama Penat
Umur 40 Hari Baru
Dah Takmau Makan Ubat

Buai Laju Laju
Sampai Malam Karang
Babah Beli Cot Baru
Zaref Taknak Tidur Sorang

Buai Laju Laju
Sambil Makan Keropok
Mama Dah Mati Kutu
Asik Nak Kena Tepuk Tepuk

Buai Laju Laju
Jangan Sampai Terhantuk
Mata Dah Naik Kuyu
Zaref Belum Lagi Mengantuk

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Dapur
Baru Mama Nak Layu
Zaref Dah Bangun Sahur

Buai Laju Laju
Sampai Celah Ketiak
Baru Pukul 5 Suku
Mata Dah Terbeliak

Buai Laju Laju
Sampai Masuk Asar
Mama Doa Selalu
Zaref Cepat Cepatlah Besar

Hak Cipta Terpelihara : Ontahsapo, 17 Oct 2005, 2.00pm, office

Misi Kemanusiaan ntv7 iii

Bila dah tgk semua ulasan ntv7 sabtu lalu, aku sendiri rasa sedih tgk makngah. Padahal, dah lama aku tgk dia mcm tu, tapi masih sedih lagi. Entah la.. bak kata Paulina, mana hilang anak dia pun tak tahu.

So, lepas ni, harap mak ngah terbela. Bukan nakkan rumah baru, tapi sekadar tempat yg lebih baik dari sekarang. Bukan nak di belai, tapi sekadar ada yg simpati. Supaya sisa sisa usia, tak habis begitu saja dicelah telaga buruk. Dia bukan pendatang asing, dia rakyat malaysia yg sama sama berkad pengenalan biru. Tapi kenapa hidupnya lebih daif dari mereka yg ditahan di kem semenyih?

Saat ini, mungkin sudah ada yg datang membantu, atau mungkin ada yg sedang berusaha mengubah nasib makngah. Terima kasih semua.

Friday, October 14, 2005

Tepung Pelita, Murtabak, Popia

Dah masuk hari ke 10 ramadhan, menu utama setiap balik dari masjid lepas solat tarawikh tak lain tak bukan murtabak dgn kuah bawang, tepung pelita 3 seringgit dan popia sebijik 50 sen.

Rasa macam muak jer kalau asik makan tu jer hari hari, tapi hakikatnya, setiap malam, semua habis. Agaknya tu lah selera kami tahun ni.

Murtabak ni senang, dah siap potong, makan jer terus, ader daging la, telur la, semua cukup. So rasanya semua org takkan tolak.

Tepung pelita, dah 3 tempat beli. Yang paling okay, kat Tmn Nirwana, sedap dan murah.

Popia ni, mcm2 style, ader yg kuah kat atas, yg takder kuah dan yg basi tak sempat makan pun ader. So kena la tgk org yg jual tu dulu...

Petang ni, balik singgah lagi Tmn Nirwana, tapi, takkan nak beli tu jugak..? Beli kuih lain la.

Hari hari fikir macam tu, tapi bila balik rumah, tu jugak yg dapat.

Dari Mata Paulina

Sekilas kisah mak ngah dari mata Paulina (skuad edisi siasat)

11 October 2005

13 October 2005

Esok
Sabtu, 15 October 2005, 5.00 ptg

Edisi Siasat, Slot Kemanusiaan

Tuesday, October 04, 2005

Misi Kemanusiaan ntv7 ii

Bilamana dewan rakyat sebuk bergaduh pasal isu AP, semalam, ntv7 sampai ke Kg aku. Janjinya hari ini, tapi terawal sehari. Bukan dtg nak bentang bajet 2006, tapi nak tinjau keadaan seorang tua yg tak pernah baca suratkhabar, tak pernah tgk tv dan tak pernah terima bonus.

Dua orang wartawan edisi siasat yg tak pernah keluar tv, tiba mengejutkan semua anak murid atuk aku yg sedang belajar mengaji. Biasanya mereka mula mengaji jam 3 petang, tapi semalam jam 3.30 dah selesai. Semua kerana sebuah camera yg dijinjing skuad edisi siasat.

Jam 4.15, aku terima sms. Kata Paulina, mereka dah ada ki Kg aku pun, sekarang tgh shoot tok ngah. Alhamdulillah, janji Paulina kepada aku ditunai awal sehari. Tambahnya lagi, memang keadaan tok ngah menyedihkan. Memang selalu aku dgr org cakap mcm tu, cuma kali ni lain sikit, sebab yg cakap tu dtg dr stesen tv terkenal, dgn seorang jurukamera pulak tu. Apa yg aku harapkan, semoga tok ngah boleh menerima semua yg mereka buat utk dia nanti.

Sekarang, aku cuma nak tunggu apa reaksi masyarakat Malaysia pulak, bila siri tok ngah ni dihurai oleh Abg 'apa ke jadah' di tv nanti. Semoga mereka yg sepatutnya bertanggungjawab, sedar akan kesilapan mereka selama ini. Semoga ada tangan yg sudi menghulur bantuan sehingga nasib tok ngah sekurang kurangnya lebih baik dr tahun lepas, dan kekal sehingga akhir hayat dia. Amiinnn....

Monday, October 03, 2005

Ramadhan Tahun Ini

Baru jer 1 Syaban lepas, aku dapat baby. Ramadhan dah pun nak sampai, alhamdulillah, Zaref dah sebulan usia. Rasa mcm baru jer tgk dia kat bawah lampu dlm wad masa kena jondice hari tu, tiba2 jer dah sebulan. Zakat fitrah dah bertambah satu kepala.

Tahun ni, Ramadhan, kami dah bertiga. Kalau dulu buka puasa berlima, sekarang sorang nak kena alert, kut kut Zaref terjaga, nangis ker, nak susu ker, nak tukar diapers ker. Wah, raya tahun ni bertambah dua org dalam family di Ampang, dan berkurang seorang, Zaref dgn Adani selamat lahir, Nek Yang selamat pergi. Semoga dicucuri rahmat.

Ramadhan tahun ni, byk lain dr ramadhan lepas. Di sungai petani, atuk dapat menantu baru, cicit baru, dan handphone baru. Yg mana paling dia suka tak tahu lah, rasanya handphone baru tu lah. Kalau dulu kena nak call anak cucu kena bukak buku telefon, sekarang dekat bawah pokok ceri pun dah boleh sembang. Kalau tahun lepas dapat duit raya, tahun sepatutnya bertambah satu lagi sampul. Yg penting, atuk sihat.

Ramadhan tahun ni jugak, mak dah risau nak buat London Almond lagi, kalau tahun lepas Almond sekilo RM14, tahun ni dah jadi RM28. Mcm tak percaya, tapi tulah hakikatnya, baru setahun jer berlalu, harga naik mcm dah lima tahun. So, kalau buat jugak kuih tu, samada harga sebalang RM20, atau Almond dah tinggal separuh. Sian mak. Tapi mungkin mak dah tanak buat kuih lagi, sebab sebuk dgn downline yg meriah. Janji mak senang hati.

Ramadhan tahun ni, dua dua Abah dah tak kerja. Dah rehat sepenuh masa. Elok lah tu, takder la tension sangat nak pikir hal kerja. Sekarang buat hal sendiri. Takder Boss nak marah. Paling best, dapat layan cucu. Apa cucu nak, atuk belikan la, itu jer yg boleh buat atuk senyum.

Ramadhan tahun ni, kami suami isteri dah dapat rumah baru. nak masuk ker nak sewakan ker, belum decide. Kalau masuk, lagi byk lah belanja. Kalau nak sewakan, kena lah carik sekarang, kalau tak nanti jenuh nak cover instalment. Kalau nak pindah, kena tgk kiri kanan dulu, dah ready ker kami ni...?

Ramadhan ni aku pun dah pakai kereta baru, Walau 2nd hand, tapi baru bg aku. belum servis lagi lak tu.

So, kalau di renung balik, setahun masa dr ramadhan tahun lepas, byk yg berlaku. Cuma antara sedar dgn tak jer. Antara buat buat sedar dgn buat buat tak sedar. Apa yg buat buat tak sedar... umur dah naik setahun.

Selagi nak sampai ramadhan tahun depan pulak, Selamat Berpuasa.