`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Dodoi Zaref

Monday, October 17, 2005

Dodoi Zaref

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Kolam
Senyum Belum Tahu
Dah Pandai Berjaga Malam

Buai Laju Laju
Sampai Cucur Atap
Bila Nak Tukar Baju
Mulut Asik Ketap Ketap

Buai Laju Laju
Mata Jangan Tutup
Baru Minum Susu
Dah Nak Tidur Terlangkup

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Kuala
Apa Dalam Baju
Barut Dah Sampai Ke Dada

Buai Laju Laju
Sampai Dalam Periuk
Badan Habis Gerutu
Dah Kena Gigit Nyamuk

Buai Laju Laju
Sampai Mama Penat
Umur 40 Hari Baru
Dah Takmau Makan Ubat

Buai Laju Laju
Sampai Malam Karang
Babah Beli Cot Baru
Zaref Taknak Tidur Sorang

Buai Laju Laju
Sambil Makan Keropok
Mama Dah Mati Kutu
Asik Nak Kena Tepuk Tepuk

Buai Laju Laju
Jangan Sampai Terhantuk
Mata Dah Naik Kuyu
Zaref Belum Lagi Mengantuk

Buai Laju Laju
Sampai Tepi Dapur
Baru Mama Nak Layu
Zaref Dah Bangun Sahur

Buai Laju Laju
Sampai Celah Ketiak
Baru Pukul 5 Suku
Mata Dah Terbeliak

Buai Laju Laju
Sampai Masuk Asar
Mama Doa Selalu
Zaref Cepat Cepatlah Besar

Hak Cipta Terpelihara : Ontahsapo, 17 Oct 2005, 2.00pm, office

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home