`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: August 2006

Tuesday, August 29, 2006

Meggie 2 Minit

Aku ada sikit kemahiran menggunting rambut. Aku tak tahu dari mana aku dapat, tapi rambut pertama yang aku gunting ialah rambut Awe. Dia mula percaya suruh aku gunting rambut dia. Aku tak tahu kenapa, tapi tiba tiba dia suruh aku, dan aku terus beranikan diri.

Sejak tu, ramai lah kepala kepala lain yg aku gunakan untuk mengasah bakat aku ni. Dari yg lurus kepada yang kerinting. Dari yang tebal kepada yang nipis. Dari yang hitam kepada yang perang. Semua jenis rambut aku dah pernah gunting.

Tapi aku masih tak dapat nak lupakan rambut Awe jugak. Rambut dia ni kerinting sekerintingnya. Dah la kerinting, tebal tebal dan macam melekat kat kulit kepala. Kata Awe, dah macam macam jenis shampoo dia pakai, rambut dia macam tu jugak. Yang berubah cuma baunya saja, mengikut bau shampoo yang dia pakai.

Awe : Mung jangan bising lah, mung gunting jer!
Aku: Pelik rambut mu ni awe, patutlah sikat mu besar... hehheh,
Awe : Yer la, mok aku kater rambut aku ni doh macang meggie, cuma meggie tu rapuh jer..
Aku: Eh Awe, mung pernah mandi air panas tak?
Awe : Aku dok suker air panah, raser macang dok mandi jer..!
Aku: Eloklah tu.. kalau mu mandi air panas, jangan lebih 2 minit tau... ta elok..!
Awe : Bak per nyer..?
Aku: Yer la, nanti rambut mu tukar jadik meggie, kembang jer....
Awe : Buduh... menatang mung...@#$%%<

Sejak tu, aku tukang gunting rambut tetap dia.

Monday, August 28, 2006

Asam Masam

Asam. Kalau orang perempuan suka makan asam, mesti ada suara suara sumbang yg kata, dia ni 'membawak budak' ni. Atau pun dia ni mengandung agaknya. Tapi betul ke teori asam ni dengan perempuan mengandung? Kadang kadang aku tengok perempuan tak mengandung pun kemain hebat makan asam.

Kaitan. Minggu lepas kereta aku masuk workshop. So aku ke pejabat naik teksi. Pagi aku tunggu kat Ampang Jaya. Petang bila nak balik aku tunggu kat depan opis ni. Nak dikaitkan dgn asam ni, cerita dia macam ni.

Driver teksi tu lelaki. Aku tak nampak yg dia ni ada 'membawa budak' selain aku. Dan paling jelas sekali dia ni tak mengandung, dan tak akan mungkin mengandung. Tapi yang peliknya, bau dia masam!!

Erkk....!!!



P.S : Alang alang menyeluk pekasam... biar sampai ke ketiak masam...

Thursday, August 24, 2006

Kuah Tumpah

Kuarantin lagi. Kali ini anak bujang aku.

Dia dah 4 hari berjangkit chicken pox dari aku. Kesian pun ada. Bersyukur pun ada.

Bulan depan baru nak setahun.

Nasib baik dia tak demam. Aktif seperti biasa. Cuma muka dan badan berbintik bintik.


P.S : Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.

Tuesday, August 22, 2006

Semalam Yang Malang

Sehari suntuk semalam. Merata tempat yg aku lalu. Semua berkisar tentang "wedding of the year".

Pagi aku di TMPoint Ampang. Plasma tv yang sepatutnya tayangkan smeua iklan Telekom, terpasang siaran lansung Majlis of the year itu. Walaupun siaran yg tidak jelas. Berbintik bintik gambar sang mempelai, namun semua mata tertumpu ke situ. Termasuk sepasang mata aku.

Sesekali aku tersenyum. Lucu dengan siaran lansung yg kali ini bukannya siaran Piala Thomas atau Perarakan Hari Kemerdekaan. Aku belum pernah tengok siaran lansung perkahwinan siapa siapa pun di TV nasional. Pertama kali. Begitu gah mereka berdua ini.

Kata Abang di kaunter "Err.. sepatutnya tv ni siaran internal telekom jer, tapi sebab ramai yg datang mintak kan, so kita bukak la walau tak clear ni.."

Sumpah aku tak tanya apa apa. Senyuman aku buat dia terasa mungkin. Agaknya lah.

Aku mula mencongak. Kalau di siang hari ini, semua TV nasional menayangkan kisah ini. Pastinya dimalam hari akan ada juga. Yess....!!

Malamnya dirumah. Aku hampa. Siaran Lansung upacara "malam" of the year takder pulak ditayangkan. Isk... rugi lah rakyat Malaysia.

Siaran lansung Israk Mikraj tiada. Di ambang Merdeka jauh sekali. Errkkk....!!

Monday, August 21, 2006

Manikam Yg Aku Kenal

Hari ni aku singgah kilang. Ada baju nak kena repair. Jumpa James.

James : Boss, lama tara nampak! honeymoon ka..?
Aku : Yer la honeymoon engkau, aku kena kurantin. Tak boleh keluar, nanti korang semua jangkit. Aku kena chicken pox la.
James : Wa.. patut la.. Ini sudah ok ka boss...?
Aku : Tak tau la, aku dah lemas duduk rumah, kalau kau jangkit nanti nasib la..!

Tiba tiba, ada suara sumbang menyampuk dari hujung meja. Tadi dia sebuk duk potong kain.

Barakath : Boss, apa pasal chicken pox sampai dua minggu? Hari hari chicken pox ka..?
Aku : Hah...?!!!?...

Dalam Hati Aku (@^%%%@***!>>:::%%....)


PS:Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam.

Wednesday, August 16, 2006

Laman Seni 2

Aku berlegar mencari gerai Geng Jurnal. Yer lah, aku tak kenal saper saper pun. So belasah jer lah.

Sampai di satu hujung. Aku nampak buku Ayah Kita Boss dan Jongkang Jongket dipamer atas meja. Sah tu lah dia gerai diorang. Aku berkira kira, nak singgah ke taknak. Tapi aku dah janji dgn Lan Rambai aku nak jumpa dia. So memberanikan diri, masuk gerai yg tak meriah tu.

Lepas kenalkan diri. Semua gelakkan aku. Yer lah, aku penulis kecik jer. Rupanya aku kena main' dgn Lan dan Kingbinjai. Esoknya baru aku sedar. Hampesss.

So apa yg aku boleh simpulkan;

'Lan Rambai lebih garang rupanya dari yg aku pernah baca di blog dia'

'Kingbinjai lebih manis dari semua puisi puisi dia'

'Naga lebih muda dari apa yg aku sangkakan'

'Mat Jan lebih pendiam dari jongkang jongketnya'

Bestnya jumpa penulis besar ni, korang bayangkanlah dapat autograph dari Matjan dgn Naga. Pergh... boleh eksen satu malaya.

Monday, August 14, 2006

PGL Musical


"..setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda..."
Datuk Laksamana


"..adinda bersumpah, jika kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, berinjak pada bumi yang sama, bernafas pada udara yang sama.." Gusti Puteri


"..layar berbelok belok, sauh dibongkar ditempat tenang, yang pergi hati tak elok, yang tinggal hati tak senang.." Datuk Laksamana



Sabtu hari tu aku pergi layan Puteri Gunung Ledang The Musical, nasib la awek yg duduk sebelah aku tu, lepas ni dia kena chicken pox la.

Saturday, August 12, 2006

Laman Seni

Minggu lepas. Aku memang lama dah tunggu hari tu. Yer lah pertama kali nak jumpa bloggers tegar yg besar besar. Tapi hari tu aku lewat sikit. Maklumlah hari cuti. Banyak hal nak kena settle dulu baru boleh keluar.

Lewat sikit. Masuk jln Tun Razak, agak sebuk menghala ke PWTC. Slow jer semua kenderaan. Aku himpit kiri nak masuk ke bulatan Pahang. Jalan memang sebuk sini. Buat aku tertanya tanya, takder ke Polisi yg ditugaskan utk mengawal keadaan.

Sebaik aku membuat pusingan U kat bawah flyover tu, ternampak dua orang pegawai Polis. Mereka sedang rilek diatas motor masing masing. Seakan tiada apa berlaku. Yg paling best, seorang darinya sedang leka memicit jerawat.

Errkk...!!

Friday, August 11, 2006

Semambu

Semalam jumpa Dr buat kali ketiga. Dengan bangganya di isytiharkan aku confirm kena chicken pox. Padahal isteri aku dah pun confirm awal2 lagi. So semalam cuti aku ditambah sehingga 17 ogos minggu depan. Yeeeha..!

Balik dari klinik. Lalu jln 2 sebab nak singgah rumah satu family india ni, nak mintak sikit daun semambu atau daun mambu. Sampai jer, diorang takder kat rumah, so aku buat kerja jahat. Keluar kereta, petik 2 tangkai dan blah. Nanti dah sihat esok aku jumpa dia dan bagitahu la. Insyaallah.

Dulu aku tak pernah kenal daun mambu ni. Yang aku tahu ialah tongkat semambu, itupun setelah mendengar lagu aci aci buka pintu dlm cerita labu labi. Sejak kena demam campak ni, baru ler kenal.

Malam tadi tidur beralaskan daun mambu tu. Alhamdulillah kegatalan memang berkurang. Tak tahu memang sebab daun tu, atau aku yg psiko'. Tapi aku tidur memang nyenyak. Takder lah sebuk nak garuk2 macam malam sebelumnya. Untuk korang yg tak tahu rupa daun tu, ni ha aku tunjuk kat bawah.

Thursday, August 10, 2006

Campak (2)

Dan hari ini isteri ku dah mula tukar. Dia panggil chicken pox pulak.

Betul. Dah penuh seluruh badan aku berbintik merah tu. Berair dan paling best, ia gatal sangat. Sangat gatal.

Dr ada bagi ubat sapu. Katanya utk keringkan dan kurangkan gatal. Lepas tu Piriton juga disuruh aku makan utk tahan gatal. Apa yg aku rasa cuma gatal sahaja.

Pagi ini, 2 bintik ditapak kaki kiri, 1 bintik ditapak kaki kanan. Dan bintik bintik yg lain yg telah lama ada, mula berair dan menyakitkan. Yer dugaan ini pertama kali aku rasa.

Bila dikata jgn garu, itu yg selalu kita nak buat. Tapi aku cuba sedaya upaya utk tidak memecahkan mana mana bintik berair tu.

Kata isteri, aku perlu tunggu sehingga bintik itu kering dan tanggal sendiri. Arghhhh... sabarkanlah aku...

Wednesday, August 09, 2006

Campak

Aku kena campak!

Yer yer, demam campak. Baru semalam aku nampak. Bukan aku sebenarnya, isteri aku yg nampak dulu. Dia tanya apa kat dahi aku tu, aku tak tahu. Aku kata jerawat agaknya. Dia suruh bukak baju. Bila bukak jer, dia terus confirm memang campak.

Yer, penuh dah kan badan aku. Aku ingatkan cuma ruam jer, tapi bukan rupanya. So semalam aku ke klinik buat kedua kalinya. Doktor tak dapat confirm lagi. Katanya kalau campak demam mesti kuat lagi, dan dia suruh aku dtg lagi lepas dua hari. Yang bestnya, aku diberi cuti lagi 2 hari sementara menunggu janjitemu itu.

Masalahnya sekarang diorang tak kasi aku mandi. Ini yg lemah ni. aku memang tak boleh kalau tak mandi. Nak nak lagi kalau nak tidur. Atau bangun pagi. Tapi aku buat agreement, aku nak lap jer badan ni, so my wife agree. Selamat la sikit.

Semalam jugak aku belasah air kelapa 2 bijik. Dgn harapan kalau betullah kena demam campak, akan cepatlah keluar semua butir butir campak tu. Pagi ni aku ushar badan aku, tak der perubahan sangat, adalah sikit2 yg naik lagi.

Ramai lak yg tanya, aku tak pernah kena campak ker sebelum ni? Jawapnya, aku sendiri tak tahu, dan kalau ditanya pada emak aku, dia kata dah. So aku tak tahu nak kasi jawapan. Kalau aku kena campak kali ni yg kedua, aku redha. Sekurang kurangnya aku dapat berehat seminggu. Semua client aku dah inform. Dan minggu ni aku rilek dirumah dgn anak bujang aku tu. Kemain suka dia bila tgk aku ada kat rumah. Tapi mungkin lepas ni dia pulak kena. Tak boleh nak elak lah tu, sebabnya dia takleh nak berenggang dgn aku. So nasiblah.

Kut korang ada apa2 petua utk aku cepat sembuh, kongsikan lah yer.

Terima kasih utk korang yg doakan aku. Adiosss.

Monday, August 07, 2006

Cuti Sakit

Anda sekalian, kesihatan tidak mengizinkan utk memblog hari ini. hanya mampu membaca sahaja. Kemalasan mengatasi segalanya.

Insya Allah, akan bertemu dilain entry.

Friday, August 04, 2006

Telinga Aku Rabun

"Suara macam ni kau kata sedap! telinga kau ni rabun ke haper ha?.." Kata yg dilempar seorang sahabat semasjid. Aku buat mcm si Jasin' tapi aku tutup sebelah telinga jer.

Aku bukan kata aku minat suara dia, aku tak pulak bagi kenyataan yang suara dia lunak. Aku cuma berkata "boleh tahan jugak suara dia ni yer!"

Lantas aku dihukum bertelinga rabun. Pelik. Hukuman macam ni selalu kita dgr atau selalu kita sendiri alami. Ramai yg cepat melatah bilamana sesuatu kenyataan tak selari dgn apa yg dia fikirkan.

Contoh. Bila Siti kata "biarlah rahsia.." Ramai yg melatah dgn beri pendapat "Ahhh macam la lawa sangat nak berahsia rahsia...ceh..!" Padahal kalau dilihat dari sudut umum, semua orang akan kata benda yg sama bila ditanya benda yg sama macam Siti kena. Cuma mungkin bunyinya berbeza. Ada yg kata "belum ada lah.." atau "aku ni sapa lah yg nak..?"

Orang kita ni pantang terkejut, pasti melatah. Agaknya. Tapi mereka lupa padahal benda tu sebenarnya biasa. Bak kata Tun, Melayu mudah lupa. Melayu...!!. Bukan jawa atau banjar.

yang sebenarnya aku kata boleh tahan juga suara Tok Rimau ni.....








Thursday, August 03, 2006

Beware!!

Malay Mail hari ni.

Lepas ni,
Blogging siang, pandang pandang,
Blogging malam, dengar dengar..

erkkk...!

Bil Tertunggak

Dah dekat setahun kami beli rumah. Cuma belum masuk lagi. Dulu ada orang sewa rumah ni. Setelah kami beli, kami minta penyewa keluar, kerana kononnya pada masa itu, kami akan masuk mendiami rumah berkenaan.

hari ini, aku teliti dua bil utama rumah itu. Bil air dan api. Dari tarikh kami mula memiliki rumah itu, terdapat tunggakkan dalam kedua dua bil berkenaan. Bil air mencecah RM500. Bil Api dah lebih RM600. Agaknya penyewa terus keluar dan tinggalkan kami beban ini.

Setelah berbincang dgn pemilik asal, dia bersetuju membayar semua tunggakkan bil itu. Dengan syarat kami mesti menyerahkan bil terperinci supaya dia dapat lihat setakat mana yg dia perlu bayar.

Misi pertama. Aku surf internet. Dapat website Syabas dan TNB.

Website Syabas ni mudah. Kita cuma perlu call talian 1-800 dia dan berikan no akaun bil. Terus dia faxkan senarai bil terperinci sejak dari mula rumah didiami. Cuma untuk menukar nama, aku perlu menjelaskan semua bil tertunggak dan barulah pemasangan semula akan dilayan.

Kemudian aku cuba mendail no TNB. Ada sedikit masalah, kerana akaun TNB rumah ini telah ditutup. Tetapi bil yg tertunggak hanya tinggal separuh dari bil asal kerana telah ditolak dgn wang cagaran RM310 pada mula mula memohon dulu. So tinggal lebih kurang RM300 lebih. Seperti Syabas, TNB juga perlu dijelaskan semua bil tertunggak sebelum sebarang pemasangan semula atau penukaran nama dia buat.

Sekarang aku hanya perlu tunggu segala bil dijelaskan pemilik asal. Baru lah boleh menukar nama.

Untuk menukar nama. Apa yg perlu ialah salinan Perjanjian Jual Beli rumah, dan setem hasil. Semuanya boleh dibayar di kaunter TNB atau Syabas. Cuma yg penting, kita kena tahu kedai TNB yg mana perlu dirujuk. Bukan semua boleh.

Aku tak tahu entry ni pasal apa. Khidmat masyarakat agaknya.






Wednesday, August 02, 2006

Lain Masjid Lain Makmum

Kalau minggu sebelumnya ke masjid Cheras Baru, minggu lepas kami ke masjid Kg Pandan utk solat Jumaat.

Keadaan masjid ini cukup meriah. Maksudnya ramai lelaki lelaki muslim hadir utk memeriahkan lagi solat Jumaat. Alhamdulillah.

Masuk ke dalam masjid, suasana seakan sama diluar tadi. Meriah. Kali ini meriahnya kerana suara hiruk pikuk kanak kanak yg berlari2 di tingkat atas. Walaupun diluar hujan agak lebat, namun didalam masih kedengaran bising yg seakan tiada sudahnya. Beberapa makmum sesekali memandang keatas tanda marah akan kebisingan yg melampau. Namun dlm keadaan begini, hanya itu yg mampu mereka lakukan.

Yer, aku pernah juga mendengar suara kanak kanak sebuk bersembang atau bermain di masjid mana mana pun sebelum ini. Tapi kali ini agak berlebihan. Seakan tiada hormat dgn masjid apatah lagi hormat kepada khatib yg sedang berkhutbah.

Aku jadi hairan. Apakah tiada jawatankuasa masjid yg bertugas? Atau memang mereka semua tak kisah dgn bunyi bising itu tatkala khutbah dibaca?

Tamat bab bising. Satu lagi, khatib memberi khutbah seakan sedang bersusah payah menghabiskan bacaan surat khabar di kedai kopi. Alunan suara seorang khatib yg agak mengjangkau umur sungguh membuai. Jika dirumah atau dipejabat, sudah pasti aku tidur. Tak hairan lah kalau ramai makmum yg sudah lama dibuai mimpi indah. Agaknya.

Mengapa mesti seorang khatib atau imam perlu mereka yg berumur? Adakah faktor makan garam dulu masih lagi diutamakan di masjid? Jika bacaan khutbah jumaat hanya sekadar utk memenuhi syarat solat jumaat, apa sudahnya?

Hari itu, khutbah yg berkisar tentang pahlawan islam menentang musuhnya seakan cerita sebuah telenovela yg dibacakan sebelum tidur. Cukup membosankan.

Aku mula faham kenapa Bos mengajak aku bertukar angin setiap kali jumaat tiba. Minggu ini tak tahu kemana.






Tuesday, August 01, 2006

Baik Baca Mangga

Suratkhabar sekarang dah takleh percaya. Korang baca link ni, then korang akan rasa macam tak bermakna dah baca paper hari hari.

Utk yg malas nak klik. Baca jer bawah ni.

Fu-ed by The Star

The Fu Ah Kiow snafu lingers on in The Star.

At first, I was trying to find the coherence between the headline and the content of the Letter to the Editor published yesterday, which baffled me.

Ablogger friend alerted me to the same letter, sharing the same baffled view as mine. Later last night, reader Wang Min Yen, who is also the author of the letter to The Star wrote me this:

Jeff, help!!! I have been defamed!!!

I know it's naive of me to think that the Star would publish my letter the way it should look, but I am still upset!!! The Star put words into my mouth

Wang also sent me the original Letter to the Editor:

Dear Sir,

I refer to the article "Government looking at gaps in printing Act" published in The Star on 27 July 2006, where Deputy Internal Security Minister Datuk Fu Ah Kiow was reported as saying that the government will study if the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA) should be amended to include the Internet.

I would like to commend Datuk Fu for noticing that Internet does not come under the supervision of his Ministry.

Yet I am confused as the PPPA is governed by his Ministry.

By announcing that the government wants to consider amending the PPPA to include the Internet, is he suggesting that the government is considering taking Internet out of the purview of Ministry of Energy, Communications and Multimedia?

If that is the case, then Datuk Fu must make sure that the government is also studying the Communications and Multimedia Act 1998 (CMA).

The government must make sure that if PPPA is amended to include the Internet, then Section 3(3) of the CMA which currently reads "[n]othing in this Act shall be construed as permitting the censorship of the Internet" has to be deleted.

The government also has to announce to all foreign investors who have bought or are planning to buy our story of the Multimedia Super Corridor that we have reneged on our promise.

Let's not do it through the back door. We are polite people.

Wang Min Yen

I think should the Printing Presses and Publication Act 1984 stay it must be due to the fact that the mainstream papers are so prone of misquoting people all and sundry.

For example, the papers have been misquoting Samy Vellu over the MRR II; and they have been misquoting Fu Ah Kiow over Internet control -- and it has made MOI Zainuddin Maidin to even support what Fu had supposedly retracted.

Now they even editorialise Letter to Editor to make the reader say what he didn't say.

So it justifies why the government wanted to tighten the PPPA as the papers have made Ministers and readers all look so stupid.

Betul ker semua benda yg diorang publish ni, atau semuanya dah diedit?

Baik baca majalah Mangga, sebab dah tau semua dlm tu gossip.

Vacum Perisa Epal

Ahad. Aku tiada dirumah. Pulang dari Ulu Yam, ada vacum baru dirumah. Katanya baru dibeli my MIL. Boleh tahan harganya.

Lantas aku teringat entry Lan Rambai berkisar tentang pengalaman dia menjual vacum dari rumah kerumah. Mungkin jenama yg sama. Cop Pelangi. Harganya memang terasa. Tidak hairan lah kalau ramai pelanggan Lan Rambai yg menolak dgn sopan.

Mesin ni sebenarnya ada pelbagai fungsi. Selain memvacum, dia boleh diubah fungsi sebagai pencuci udara. Ha ini yg best, siap ada pelbagai perasa yg boleh kita tukar utk mengharumkan keadaan sesuatu bilik. Canggih.

Kalau mengvacum pulak, dia menggunakan air utk membersih. Semasa demo, tilam anak aku bersih dicuci. Tanpa perlu disidai atau direndam. Tirai juga cuma perlu divacum, dan dlm masa yg sama dicuci dgn air bersih. Power. Mudah dan lebih memalaskan.

Semalam, penjual datang lagi utk mendemo cara mewangikan udara rumah. Dia mencuba perasa pine', dan sekejap sahaja, keadaan air yg menjadi asas cucian vacum ini, menjadi keruh. Wah.. banyaknya habuk diruang tamu kami. Tak pernah kami perasan. Walau setiap pagi bibik mengemop.

Dan esok aku akan cuba mencuci udara dlm kereta aku dan menggantikan dgn perasa epal.