`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Bil Tertunggak

Thursday, August 03, 2006

Bil Tertunggak

Dah dekat setahun kami beli rumah. Cuma belum masuk lagi. Dulu ada orang sewa rumah ni. Setelah kami beli, kami minta penyewa keluar, kerana kononnya pada masa itu, kami akan masuk mendiami rumah berkenaan.

hari ini, aku teliti dua bil utama rumah itu. Bil air dan api. Dari tarikh kami mula memiliki rumah itu, terdapat tunggakkan dalam kedua dua bil berkenaan. Bil air mencecah RM500. Bil Api dah lebih RM600. Agaknya penyewa terus keluar dan tinggalkan kami beban ini.

Setelah berbincang dgn pemilik asal, dia bersetuju membayar semua tunggakkan bil itu. Dengan syarat kami mesti menyerahkan bil terperinci supaya dia dapat lihat setakat mana yg dia perlu bayar.

Misi pertama. Aku surf internet. Dapat website Syabas dan TNB.

Website Syabas ni mudah. Kita cuma perlu call talian 1-800 dia dan berikan no akaun bil. Terus dia faxkan senarai bil terperinci sejak dari mula rumah didiami. Cuma untuk menukar nama, aku perlu menjelaskan semua bil tertunggak dan barulah pemasangan semula akan dilayan.

Kemudian aku cuba mendail no TNB. Ada sedikit masalah, kerana akaun TNB rumah ini telah ditutup. Tetapi bil yg tertunggak hanya tinggal separuh dari bil asal kerana telah ditolak dgn wang cagaran RM310 pada mula mula memohon dulu. So tinggal lebih kurang RM300 lebih. Seperti Syabas, TNB juga perlu dijelaskan semua bil tertunggak sebelum sebarang pemasangan semula atau penukaran nama dia buat.

Sekarang aku hanya perlu tunggu segala bil dijelaskan pemilik asal. Baru lah boleh menukar nama.

Untuk menukar nama. Apa yg perlu ialah salinan Perjanjian Jual Beli rumah, dan setem hasil. Semuanya boleh dibayar di kaunter TNB atau Syabas. Cuma yg penting, kita kena tahu kedai TNB yg mana perlu dirujuk. Bukan semua boleh.

Aku tak tahu entry ni pasal apa. Khidmat masyarakat agaknya.






8 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Dah jadi jurucakap Syabas & TNB pulak ke OS....?..he he...

Thursday, August 03, 2006 12:49:00 PM  
Blogger ayu_mkay said...

penerangan jelas lagi terang dr wakil Syabas & TNB... hehehe

Thursday, August 03, 2006 1:02:00 PM  
Blogger Unknown said...

Jadi masalah pulak bila penyewa tak bayar kan. Kalau di sini, siapa yg duduk atau sewa rumah tu, nama dia yg akan keluar dlm bil. Jadi setiap kali ada penyewa baru, bil akan di tukar nama. Nama pemilik sebenar tak ada pun. Bila kita nak keluar dari rumah, jadi tanggungjawab kita memberitahu pada pihak provider sebulan sebelum tarikh keluar, dan kita juga perlu memberitahu alamat seterusnya kita akan duduk. Jika tidak, kitalah yg terus-terusan perlu membayar bil tersebut. Sistem ni rasa bagus juga, cuma ada juga yg menipu alamat.

Thursday, August 03, 2006 1:57:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

isk..byk tu RM RM
isu ini perlu diketengahkan...

biar pak-pakmenteri bahaskan dlm parlimen
hahahahah

apa aku merepek ni, byk mkn ubat kut

Thursday, August 03, 2006 2:21:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

ko tolong tukaukan nama kat bil air & api aku sekali boleh tak? Bil aku nama pemaju lagi lah. Aku upah ko ek.... sebuah blook Kisah Sebiji Rambai hahahaha

Thursday, August 03, 2006 4:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lan : kau masih belum memiliki tempat tu lah.. sebab tu nama pemaju lagik.. hahahaha cepat dapatkan s&p then aku buatkan, kau bayar la sket...

Thursday, August 03, 2006 4:35:00 PM  
Blogger Sastri said...

uisk... bagus nih... kot di masa akan dtg terjadi mende ni kat org lain, dah tahu dah apa yg perlu dibuat...

Thursday, August 03, 2006 9:32:00 PM  
Blogger Unknown said...

at least the readers know wht to do if it's happen to them. mmg ini message khidmat masyarakat.

tp di sudut hati lu, wa tau lu merungut....sbb wa pernah mengalami *sigh*

Friday, August 04, 2006 3:57:00 PM  

Post a Comment

<< Home