`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Campak

Wednesday, August 09, 2006

Campak

Aku kena campak!

Yer yer, demam campak. Baru semalam aku nampak. Bukan aku sebenarnya, isteri aku yg nampak dulu. Dia tanya apa kat dahi aku tu, aku tak tahu. Aku kata jerawat agaknya. Dia suruh bukak baju. Bila bukak jer, dia terus confirm memang campak.

Yer, penuh dah kan badan aku. Aku ingatkan cuma ruam jer, tapi bukan rupanya. So semalam aku ke klinik buat kedua kalinya. Doktor tak dapat confirm lagi. Katanya kalau campak demam mesti kuat lagi, dan dia suruh aku dtg lagi lepas dua hari. Yang bestnya, aku diberi cuti lagi 2 hari sementara menunggu janjitemu itu.

Masalahnya sekarang diorang tak kasi aku mandi. Ini yg lemah ni. aku memang tak boleh kalau tak mandi. Nak nak lagi kalau nak tidur. Atau bangun pagi. Tapi aku buat agreement, aku nak lap jer badan ni, so my wife agree. Selamat la sikit.

Semalam jugak aku belasah air kelapa 2 bijik. Dgn harapan kalau betullah kena demam campak, akan cepatlah keluar semua butir butir campak tu. Pagi ni aku ushar badan aku, tak der perubahan sangat, adalah sikit2 yg naik lagi.

Ramai lak yg tanya, aku tak pernah kena campak ker sebelum ni? Jawapnya, aku sendiri tak tahu, dan kalau ditanya pada emak aku, dia kata dah. So aku tak tahu nak kasi jawapan. Kalau aku kena campak kali ni yg kedua, aku redha. Sekurang kurangnya aku dapat berehat seminggu. Semua client aku dah inform. Dan minggu ni aku rilek dirumah dgn anak bujang aku tu. Kemain suka dia bila tgk aku ada kat rumah. Tapi mungkin lepas ni dia pulak kena. Tak boleh nak elak lah tu, sebabnya dia takleh nak berenggang dgn aku. So nasiblah.

Kut korang ada apa2 petua utk aku cepat sembuh, kongsikan lah yer.

Terima kasih utk korang yg doakan aku. Adiosss.

17 Comments:

Blogger ibuVouge said...

lama sungguh nak d/load kotak komen ni, IV dah bagi petua tu..
baca kat kotak jerit

Wednesday, August 09, 2006 9:58:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

campak??? hahahahaha. ehem. anyway kita akan kene demam campak 2 kali seumur hidup. satu masa kecil dan satu ketika dewasa. so lepas ni takde dah la. aku dah kene dah 2 kali. biasanya yang dewasa ni cepat skit berbanding masa kecil dulu, lama. arrr aku lupa la ada satu daun boleh buat hilang campak, daun apa ek? nanti la aku risik risik pastu aku bagitau ko.

jgn lupa makan ubat. aku bagi ko cuti sakit sebulan. kalo nos ko mengamuk suh dia tipon aku.

Wednesday, August 09, 2006 10:21:00 AM  
Blogger rina said...

siannya kat ko OS. campak mmg boleh kena lebih dari 1x kan... kalau chicken pox yg skali seumur idop.... get well soonlah yer.

Wednesday, August 09, 2006 10:22:00 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

meh akucampak ko.. gerenti cepat baik.. apa apa pun, aku doakan ko cepat sembuh. kalo boleh jgn ler dekat sgt dengan anak bujang...

Wednesday, August 09, 2006 10:25:00 AM  
Blogger Unknown said...

moga cepat sembuh..

Wednesday, August 09, 2006 11:10:00 AM  
Blogger VitAmiN said...

mak kiter cakap..amik daun semambu..(daun aper tu??) pastu tumbuk ngan beras,mcm tumbuk sambal belacan tu..pastu lumur satu badan..Ader org cakap amik daun tu pastu tido lapik daun tu..Ala-ala tarzan..huhuh..cepat sembuh ek o.s..

Wednesday, August 09, 2006 12:27:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Mertua aku kat Tawau cakap " Jangan mandi, minum air kelapa pastu pakai baju kaler gelap dan warna yang terang terang dilarang sama sekali. Kalau nanti dah abis keluar satu badan, mandi air rebusan daun peria supaya tak berparut."

Selamat ber"campak".

Wednesday, August 09, 2006 12:50:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

OS,
sakit tak?
kv pun tatau yg kv dah kena campak ke belum. Tu yg tatau cemana rasa.

Wednesday, August 09, 2006 12:51:00 PM  
Blogger KAMATO said...

itu kira rezeki jugak tu, boleh dudok berehat... apa hal pun semoga ko cepat sembuh

Wednesday, August 09, 2006 1:42:00 PM  
Blogger Unknown said...

semoga cepat sembuh. Anak tu dah pernah kena campak lom?? Kalau betul campak, kang menjangkit kat dia pulak....

Saya ni pun pandai jer ckp... tapi diri sendiri pun tak sure dah pernah kena ke blom.

Wednesday, August 09, 2006 2:24:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

adei.. sengsara rasanya kalo kena demam campak nih! kena lak kalo gatai, nak menggaru je kojenya..

apapun semoga cepat sembuh.

Wednesday, August 09, 2006 2:26:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Weii.. balik dari perjumpaan kita yang selama 15 saat tu.. esoknya aku pun demam gak... nasib baik aku tak kena campak jugak. kalau gatal2 tu ko garuk jer.. baru ahh macho.. byk parut hahaha

Wednesday, August 09, 2006 3:37:00 PM  
Blogger hamka said...

aku tak pernah kena demam campak, tapi jika aku demam, aku suka makan sup ekor..

semoga cepat sembuh!!!

Thursday, August 10, 2006 1:08:00 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam. ohh..padanlah os kata kat dlm blog saya os 'tercampak'. baru faham bila baca entri ni.

baru2 ni, samalah mcm aiman masa demam, mati2 kami ingatkan bintik2 kat seluruh badan dia tu campak, sbb dia sibuk bising gatal. garu sana sini. rupanya kata dr. itu bukan campak, tapi allergik ubat. then saya perasan, muka dia sembab semacam.

so, tak mustahil os kena allergik ubat. cuba check bahagian muka, nampak macam bengkak sembab tak?

tp dr. tu ada bagi ubat sapu tak utk kurangkan gatal2 bintik tu?

Thursday, August 10, 2006 8:23:00 AM  
Blogger Sherin de Souza said...

Semoga cepat sihat O.S. Jangan garu guna tangan nanti tinggal parut la. Dr dah confirm ke? Bukan allergic ke etc? Ok. Semoga sihat cepat!

Thursday, August 10, 2006 8:49:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tu tanda Tuhan sayangkan kau OS..

Semoga kau cepat sembuh.. Barakath dah rindukan kau tu.. hehe

Thursday, August 10, 2006 9:22:00 AM  
Blogger zino said...

kena campak ke? boleh berjangkit tu.. dulu anak zino kena .. last2 satu rumah kena termasuk mem..tinggal zino sorang je yg tak kena..

ye lah.. kalau tak tugas sape pulak nak melayan dia org semua..

Thursday, August 10, 2006 10:36:00 PM  

Post a Comment

<< Home