`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Semambu

Friday, August 11, 2006

Semambu

Semalam jumpa Dr buat kali ketiga. Dengan bangganya di isytiharkan aku confirm kena chicken pox. Padahal isteri aku dah pun confirm awal2 lagi. So semalam cuti aku ditambah sehingga 17 ogos minggu depan. Yeeeha..!

Balik dari klinik. Lalu jln 2 sebab nak singgah rumah satu family india ni, nak mintak sikit daun semambu atau daun mambu. Sampai jer, diorang takder kat rumah, so aku buat kerja jahat. Keluar kereta, petik 2 tangkai dan blah. Nanti dah sihat esok aku jumpa dia dan bagitahu la. Insyaallah.

Dulu aku tak pernah kenal daun mambu ni. Yang aku tahu ialah tongkat semambu, itupun setelah mendengar lagu aci aci buka pintu dlm cerita labu labi. Sejak kena demam campak ni, baru ler kenal.

Malam tadi tidur beralaskan daun mambu tu. Alhamdulillah kegatalan memang berkurang. Tak tahu memang sebab daun tu, atau aku yg psiko'. Tapi aku tidur memang nyenyak. Takder lah sebuk nak garuk2 macam malam sebelumnya. Untuk korang yg tak tahu rupa daun tu, ni ha aku tunjuk kat bawah.

16 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

ler.. sebelum i mati mati aku ingat daun semambu tu daun buluh. baru ari ni aku tau rupa daun semambu tu cemana!

Friday, August 11, 2006 12:25:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

Masa aku kena campak dulu (demam), daun ni gak aku guna. Kebetulan masa tu kat umah aku memang banyak pokok ni. So senang la. Yang kelakarnya, orang yang mula2 kena campak abang sulung aku,kedua,ketiga,keempat dan yang akhir sekali aku. Berturut2. (kitorang dah pakat sebenarnya...)

Friday, August 11, 2006 12:33:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

dua batang je ko amik...cukup ker??

Friday, August 11, 2006 12:34:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

Ontahsapo:
Kau jangan tersalah daun lak untuk buat ubat campak. Visit my blog untuk lihat daun yang ada rupa daun semambu..tapi 100% xleh buat ubat campak..Ubat lain entah la...

Friday, August 11, 2006 12:38:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

mmg selalu daun nih kat umah orang india yg banyak. dulu masa mm kena demam nih (sblm kawin) sib baik keliling umah mmg ramai orang india... senang ler nak carik.

Friday, August 11, 2006 12:59:00 PM  
Blogger Unknown said...

daun semambu ni mengingatkan wa dulu masa basyeerah umur setahun lebih...ingat kene chicken pox atuknye pegi la redah cari daun semambu..lst lst bkn kene chicken cucunye, tp bisul ha ha

Friday, August 11, 2006 3:03:00 PM  
Blogger VitAmiN said...

huhu..mekacih o.s..kalau daun ni byklah kat umah tok wan aku..sungguh malu aku sebab tak knal..huhuhu..

Friday, August 11, 2006 3:57:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ya! ya! daun inilah! wei! semoga cepat sembuh

Friday, August 11, 2006 4:46:00 PM  
Blogger . said...

kau biar betul..
ni daun ketum ni..

Friday, August 11, 2006 6:15:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

kenapa india yg byk tanam pokok ni ek? kat kuil2 hindu mesti ada pokok ni? Kenapa ek?

Friday, August 11, 2006 9:12:00 PM  
Blogger tuan tanah said...

dulu daun ni saya buat mandi bila kena demam pelentung.

eh, demam pelentung dengan demam campak apa bezanya ek?

Saturday, August 12, 2006 3:14:00 AM  
Blogger zino said...

masa famili zino kena campak ni dulu.. zino pi satu rumah india di sentul sana tu.. nak minta daun semambu ni..

pokok nya tinggi pulak.. kenalah cari galah panjang nak dapatkan daun dia tu.. memang dia org selesa tidur atas daun semambu tu.. kecuali yg kecik.. mengamuk sakan.. hehe

Saturday, August 12, 2006 11:11:00 AM  
Blogger tumismenumis said...

Boleh dikomersialkan tak pokok semambu nih?

Saturday, August 12, 2006 11:18:00 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

akhirnya den taulah mano satu daun semambu ni..timo kasih tunjukkan.

Saturday, August 12, 2006 11:28:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Pokok semambu @ mambu @ neem @ Melia indica ni juga banyak ditanam untuk tujuan ornamental / landskap...

Sunday, August 13, 2006 10:42:00 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Terima kasih sudi berkongsi. Sib baik tak mati lagi..kalau tidak, daun semambu pun x pernah tengok.

Thursday, August 17, 2006 1:42:00 PM  

Post a Comment

<< Home