`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Campak (2)

Thursday, August 10, 2006

Campak (2)

Dan hari ini isteri ku dah mula tukar. Dia panggil chicken pox pulak.

Betul. Dah penuh seluruh badan aku berbintik merah tu. Berair dan paling best, ia gatal sangat. Sangat gatal.

Dr ada bagi ubat sapu. Katanya utk keringkan dan kurangkan gatal. Lepas tu Piriton juga disuruh aku makan utk tahan gatal. Apa yg aku rasa cuma gatal sahaja.

Pagi ini, 2 bintik ditapak kaki kiri, 1 bintik ditapak kaki kanan. Dan bintik bintik yg lain yg telah lama ada, mula berair dan menyakitkan. Yer dugaan ini pertama kali aku rasa.

Bila dikata jgn garu, itu yg selalu kita nak buat. Tapi aku cuba sedaya upaya utk tidak memecahkan mana mana bintik berair tu.

Kata isteri, aku perlu tunggu sehingga bintik itu kering dan tanggal sendiri. Arghhhh... sabarkanlah aku...

21 Comments:

Blogger Rie said...

sekali seumur idop kesian. kadang-kadang tumbuh dalam mulut. xmakan seminggu bro.

Thursday, August 10, 2006 9:55:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

yeke tumbuh dalam mulut? aku dah lupa, tapi kegatalan itu tetap aku ingat! kalo ko ada ps2 aku sarankan ko melekat ngan ps2 tu kalo tak pun ko main la game pc bagi melalaikan kegatalan itu

Thursday, August 10, 2006 10:15:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

esis : kau betul..

king : dlm mulut ni ada, dekat tekak, so apa saja aku telan akan terasa kesakitannya.. adush.. itu baru sikit dugaannya kan...?

Thursday, August 10, 2006 10:27:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

sabar weh! Cuba hang demah tempat gatal tu dgn air panas/suam. Boleh elak garu2 tu.

Thursday, August 10, 2006 12:05:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

OS, cari ibu dia.. tu yang penting .. jaga ibu tu bebaik jgn pecah sblm masa nnti demam lagi teruk.. ibu dia kalo nak kenal yang paling besar sekali antara bijik2 lain..elakkan berpeluh..

take care OS..mesti ada hikmah sumer nih..DIA soh OS rehat sbb bz sangat keja ni..

Thursday, August 10, 2006 12:44:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Cuba bayangkan pulak kalau budak2 kecik yang kena...kesian......

Thursday, August 10, 2006 1:45:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Semalam ko bukan main yer yer aku kena demam campak...hari ni terus mengeluh? Amik daun mambu(dia banyak kat kawasan kuil hindu)kibas2lah kat badan ko...minum air kelapa bebanyak cepat sket benda tu keluar!!!Mesti mamat tukang jahit ko tu gelisah tak de sapa nak belikan zip, butang, benang untk dia!!!

Thursday, August 10, 2006 2:40:00 PM  
Blogger Unknown said...

dah tua baru nak kene he he.

dah minum air kelapa ok la tu. tunggu n sabar ye OS.

MY lil'cha cha 5 bulan dah kene chicken pox since dia breast feed wa yg kembung minum air kelapa ha ha.

Thursday, August 10, 2006 3:20:00 PM  
Blogger Titicaca said...

aku dapat imagine kau punya kegatalan...eeiii..aku masa kena dulu tak tido 2 hari!!tapi make sure jgn kena ujan, kang berlobang-lobang badan...
kalau budak kecik kena lagi kesian...sure nangis tak berenti..
semoga cepat sembuh..

Thursday, August 10, 2006 3:40:00 PM  
Blogger Titicaca said...

o ye, masa aku kena dulu mak aku tumbuk daun semambu (Neem) + air sampai lumat then sapu seluruh badan..bagi sejukk...

Thursday, August 10, 2006 3:45:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

OS moga cepat le sembuh. Mmg tension betul dapat chicken pox ni. Gatal sgt sangat le.. Ada daun semambu yg orang selalu guna untuk garu kalau gatal. ada juga yag lumat campur sikit air lepas tu sapu kat badan.. Sabar la. Dugaan tuhan tu.

Thursday, August 10, 2006 4:05:00 PM  
Blogger Kunci said...

oo..saya pun dewasa baru kena. tak tido 3 malam. gatal teruk. sampai sakit perut, doc kata chic pox tu tumbuh dalam perut. senak semacam. jgn makan kicap nanti parut bertanda hitam-hitam.kalau air tu pecah berlekuk..habis muka bertanda. lagi satu org tua2 kata jgn duduk dalam rumah kalau org menggoreng kat dapur. yg ni saya tak caya..buat bodo je duduk dlm rumah. pastu merenyam tak ingatt. ibu yg jaga masatu...sayang sgt kat ibu. habis bersepah rumah dia seminggu dgn daun semambu. Pengalaman yg tak boleh dilupakan.

get well soon.

Thursday, August 10, 2006 5:13:00 PM  
Blogger rina said...

nk ilangkan gatal... try ko sapu calamine. masa anak aku kena aritu... satu badan aku sapukan dia calamine tu. putih melepak jadinya.

jgn lupa mandi... nanti bertambah2 gatal kalu tak mandi. hehehe

Thursday, August 10, 2006 5:22:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Thanks korang semua. Aku dah minum air kelapa. Aku dah sapu calamine lotion. Aku pun mandi macam biasa. Tapi gatal tu memang tak dapat nak elak la, cuma aku kurangkan la dgn makan piriton.

Lepas tu masa aku mandi aku cuci badan dgn sabun yg neutral ph tu, then aku memang dah stop makan kicap bila isteri aku sound nanti parut jadik hitam, walaupun aku bukanlah putih mana pun, hahahaha...

memang pengalaman yg susah utk aku lupa ni, cuma aku akan enjoy sebaik mungkin, kalau betullah kata orang ianya sekali jer seumur idop..

aku cuma harap anak aku tak berjangkit la, sebab dia baru 11 bulan, tapi kalau nak jangkit gak, redha jer la...

Thursday, August 10, 2006 6:45:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Sabar jer la bang. Takleh aku nak imagine caner ko nyer sengsara ni sebab seingat aku, aku belum kena mender ni.

Thursday, August 10, 2006 8:19:00 PM  
Blogger zino said...

memang kena sabar betul tu.. ada satu krim kat klinik utk ciken pox ni.. nanti tak tinggal parut.. kalau garu alamat berkedut le dengan parut dia tu.. lambat nak ilang..

minum air kelapa banyak2.. sapu dengan air tu sekali.. kalau boleh elak kan contact dengan org lain.. boleh berjangkit nanti..

Thursday, August 10, 2006 10:39:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

sabar je la OS. Bini aku kena dulu, ibu campak tu kat batang hidung Sampai sekarang berlekuk hidung tu. Zino ckp tu betul...minum air kelapa banyak2. Mudah2an cepat sembuh...

Thursday, August 10, 2006 11:53:00 PM  
Blogger Led said...

aku penah kena time malam raya masa skola dulu. hari raya pertama, bende tu kuar paling byk......ramai yang kata aku main mercun..

Thursday, August 10, 2006 11:54:00 PM  
Blogger Led said...

klu nak lega kan kata tu, acukan tempat gatal tu pakai daun semambu.insya Allah..

Thursday, August 10, 2006 11:55:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

oh mmg kena banyak sabar os..tangan tu kena kawal jgn garuk2, nanti tinggal parut seumur hhiudup susah nak ilang bahkan ada berbekas mcm kawah..

dulu masa kena chicken pox ni saya form 4. 2 minggu tak salahnya. syukur saya boleh tahan sabar ngan kegatalannya. antara cara nak elak menggaruk aje, tidur ajelah. or sambil baring tu menonton or membaca, buat kita jd ralit. lagi satu, ubat sapu tu sapu tebal2 sikit. kalua abih blh p klinik lagi belikan.

bila balik ke sekolah semula,ada kawan tak percaya saya kena chicken pox sebab tak nampak langsung bekas kena c.p ni, wlwpun kat muka.sampai dia cakap, ko kata ko kena demam cecair, tp tak de bekas pun..ni budak lelaki yg cakap ni.

Friday, August 11, 2006 12:32:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

aku pon kene masa dah dewasa adehhh jerih.. mak aku la kene jaga.. bdn rasa lemah jer (tp ko leh lg updet blog ek..dasar ko ni pemblog tegar hahaha)
elok lepas aku baik je abah aku dgn 2 lagi adik lelaki aku kene... mak aku??? tensen sbab kene jaga org sakit .. aku MC 2 minggu lebih tuuu hehehehehe

Friday, August 11, 2006 11:27:00 AM  

Post a Comment

<< Home