`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Lain Masjid Lain Makmum

Wednesday, August 02, 2006

Lain Masjid Lain Makmum

Kalau minggu sebelumnya ke masjid Cheras Baru, minggu lepas kami ke masjid Kg Pandan utk solat Jumaat.

Keadaan masjid ini cukup meriah. Maksudnya ramai lelaki lelaki muslim hadir utk memeriahkan lagi solat Jumaat. Alhamdulillah.

Masuk ke dalam masjid, suasana seakan sama diluar tadi. Meriah. Kali ini meriahnya kerana suara hiruk pikuk kanak kanak yg berlari2 di tingkat atas. Walaupun diluar hujan agak lebat, namun didalam masih kedengaran bising yg seakan tiada sudahnya. Beberapa makmum sesekali memandang keatas tanda marah akan kebisingan yg melampau. Namun dlm keadaan begini, hanya itu yg mampu mereka lakukan.

Yer, aku pernah juga mendengar suara kanak kanak sebuk bersembang atau bermain di masjid mana mana pun sebelum ini. Tapi kali ini agak berlebihan. Seakan tiada hormat dgn masjid apatah lagi hormat kepada khatib yg sedang berkhutbah.

Aku jadi hairan. Apakah tiada jawatankuasa masjid yg bertugas? Atau memang mereka semua tak kisah dgn bunyi bising itu tatkala khutbah dibaca?

Tamat bab bising. Satu lagi, khatib memberi khutbah seakan sedang bersusah payah menghabiskan bacaan surat khabar di kedai kopi. Alunan suara seorang khatib yg agak mengjangkau umur sungguh membuai. Jika dirumah atau dipejabat, sudah pasti aku tidur. Tak hairan lah kalau ramai makmum yg sudah lama dibuai mimpi indah. Agaknya.

Mengapa mesti seorang khatib atau imam perlu mereka yg berumur? Adakah faktor makan garam dulu masih lagi diutamakan di masjid? Jika bacaan khutbah jumaat hanya sekadar utk memenuhi syarat solat jumaat, apa sudahnya?

Hari itu, khutbah yg berkisar tentang pahlawan islam menentang musuhnya seakan cerita sebuah telenovela yg dibacakan sebelum tidur. Cukup membosankan.

Aku mula faham kenapa Bos mengajak aku bertukar angin setiap kali jumaat tiba. Minggu ini tak tahu kemana.






15 Comments:

Blogger Aku Bukan Bidadari said...

DAh penah pi solat kat masjid batu 14 hulu langat?

Wednesday, August 02, 2006 11:44:00 AM  
Blogger abi said...

pernah pegi masjid jamek mardi? :)
stigma masyarakat kita, org tua je boleh jd imam. ngapa tidak org muda? ngapa tidak khutbah seperti ceramah?

Wednesday, August 02, 2006 11:47:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

tiara : masjid kuning yg nampak dr hiway tu dah pernah...panassss

dato : pergi ke pasar depan masjid tu selalu, solat disitu belum lagi...

Wednesday, August 02, 2006 12:21:00 PM  
Blogger rina said...

aku tak penah solat jumaat...

Wednesday, August 02, 2006 12:50:00 PM  
Blogger Titicaca said...

hubby saya pun selalu komplen pasal orang bercakap dengan kuat dalam masjid..

Wednesday, August 02, 2006 1:45:00 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

masa aku kat lumut arituh aku dengo ok je depa baca khutbah.. takkan ko nak try kat masjid lumut plak kannnn :)

Wednesday, August 02, 2006 2:33:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Budak-budak tu ke masjid cuma utk memenuhkan rutin hari jumaat...

Khatib sekarang 'membaca teks khutbah'...bukan 'berkhutbah'...

Wednesday, August 02, 2006 2:37:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rina : ceh...

titi : tapi yg paling hebat aku tgk tu lah dier...

ayu : lain masjid lain makmum...

BP : setuju.. khutbah skrg sama jer mana2 masjid... agaknya...

Wednesday, August 02, 2006 2:58:00 PM  
Blogger Unknown said...

Sebenarnya tak ramai yg berani kedepan nak jadi khatib apalagi imam....tu sebablah ramai mereka ni dah berumur. Walaupun setakat membaca teks khutbah....kalau ada yg muda2 tu, lagi bagus....

Wednesday, August 02, 2006 3:49:00 PM  
Blogger Unknown said...

menahan diri daripada melelapkan mata ketika khutbah dibaca oleh mereka yang makan garam dulu itu, jihad.. jihad saudaraku.. tahniah anda menang!

Wednesday, August 02, 2006 7:21:00 PM  
Blogger . said...

minggu lepas aku terlelap.
minggu ni..tak tau lagi.

ahaks

Wednesday, August 02, 2006 9:26:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Ada sekali aku gi semayang Jemaat kat area KK ni, khatib tu hampir hampir tak abis baca khutbah, bila masuk khutbah kedua tu, sebab hilang kertas dia. Rupanya lupa dia letak dalam poket dia time duduk tu. Bayanglah tua tak tua.

Thursday, August 03, 2006 2:10:00 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

memang membawa anak2 kemasjid satu amalan yang bagus.. tapi kena lah dipantau supaya jgn sampai mengganggu orang lain kan..

Thursday, August 03, 2006 8:07:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

teruk lah kalau tak dilarang budak2 tu buat bising. HIsh..takkan masjid takde ajk yg nak tolong pantaukan benda tu. Karang kena santau baru tau!

Thursday, August 03, 2006 9:10:00 AM  
Blogger ayu_mkay said...

patut ada imam2 pelapis (cam tmpt saya)... nak bw anak ke mesjid tk slh tapi biar ler nengok umur ye dak

Thursday, August 03, 2006 12:57:00 PM  

Post a Comment

<< Home