`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Semalam Yang Malang

Tuesday, August 22, 2006

Semalam Yang Malang

Sehari suntuk semalam. Merata tempat yg aku lalu. Semua berkisar tentang "wedding of the year".

Pagi aku di TMPoint Ampang. Plasma tv yang sepatutnya tayangkan smeua iklan Telekom, terpasang siaran lansung Majlis of the year itu. Walaupun siaran yg tidak jelas. Berbintik bintik gambar sang mempelai, namun semua mata tertumpu ke situ. Termasuk sepasang mata aku.

Sesekali aku tersenyum. Lucu dengan siaran lansung yg kali ini bukannya siaran Piala Thomas atau Perarakan Hari Kemerdekaan. Aku belum pernah tengok siaran lansung perkahwinan siapa siapa pun di TV nasional. Pertama kali. Begitu gah mereka berdua ini.

Kata Abang di kaunter "Err.. sepatutnya tv ni siaran internal telekom jer, tapi sebab ramai yg datang mintak kan, so kita bukak la walau tak clear ni.."

Sumpah aku tak tanya apa apa. Senyuman aku buat dia terasa mungkin. Agaknya lah.

Aku mula mencongak. Kalau di siang hari ini, semua TV nasional menayangkan kisah ini. Pastinya dimalam hari akan ada juga. Yess....!!

Malamnya dirumah. Aku hampa. Siaran Lansung upacara "malam" of the year takder pulak ditayangkan. Isk... rugi lah rakyat Malaysia.

Siaran lansung Israk Mikraj tiada. Di ambang Merdeka jauh sekali. Errkkk....!!

26 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

itulah, org tak heboh pun pasal isra' mi'raj.

Tuesday, August 22, 2006 6:15:00 PM  
Blogger Rie said...

kuiz!
sila susun mana yang penting mengikut turutan.

1. siti & dato k kawen
2. israk mikraj
3. merdeka
4. selangor cuti
5. cuti sekolah
6. kl tak cuti
7. pak lah kat kelantan

Tuesday, August 22, 2006 7:03:00 PM  
Blogger Sastri said...

dasat ek penangan dia tu...sehingga perkara2 lain yg lebih penting diketepikan/ditenggelamkan...

Tuesday, August 22, 2006 7:53:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Aku tak tengok live kat TV. Aku tengah drive, dengar radio kat dalam keter jer. Radio pun, kejap kejap dia update pasal CT. "Hah..CT dah selamat diijab kabulkan dengan Datuk K hanya dengan satu lafaz saja". Kata DJ kat radio tu pada pukul 11.45 pagi..

Tuesday, August 22, 2006 7:57:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

Mmg macam salah satu detik bersejarah negara kita pula rasanya. Hai... tak tahu la apa kebaikan peristiwa ni kepada rakyat kita. Macam mengalahkan perkahwinan diraja juga. Israk Mikraj langsung dilupakan.....

Tuesday, August 22, 2006 9:33:00 PM  
Blogger BooK said...

israk mikraj ek?
haha
lupa la
orang malaya tak sambut ke?

Tuesday, August 22, 2006 10:16:00 PM  
Blogger zino said...

bukan kat TV je.. bukan kat surat kabar je.. kat mana mana blog zino masuk cerita yg sama jugak hehe

abih tu nak salahkan siapa? hehe

Tuesday, August 22, 2006 10:29:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ah, ayat terakhir kau mengingatkan aku kepada isen aku muahahahaha

Tuesday, August 22, 2006 10:48:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

OS;
Aku pun dah nyaris lupa isra' mikraj. Bila khatib ingatkan minggu lepas baru la aku teringat... Jahil sungguh...

Mazudi;
Alahhh..aku kawen dengan bini aku pun sekali lafazz... Datuk K dah pernah lafaz dulu, tu yang dah tak kekok sangat bila nak lafaz nikah sekali lagi tu.

Wednesday, August 23, 2006 1:17:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

mmg betul.. sampai terlupa pada israk mikraj itu.. dan aku salahkan mereka sehingga aku lupa nak puasa pada hari isnin tuh ..boleh ke mcm tu? hehehehehe

Wednesday, August 23, 2006 7:59:00 AM  
Blogger zwitterion said...

manusia yg mudah lupa...huhu

Wednesday, August 23, 2006 8:20:00 AM  
Blogger fiq said...

um..um...macam2...

Wednesday, August 23, 2006 9:45:00 AM  
Blogger iejal said...

macam kata kawan aku... ramai yang murtad secara tak sedar pada hari tu, pasal mengagung-agungkan manusia biasa. Tapi Islam semula semasa solat zuhur, pasal ada mengucap dua kalimah syahadah masa solatkan?

Betul2 memeranjatkan... sampaikan hingga dikatakan sebagai peristiwa penting negara perkahwinan dia. Kemerdekaan diketepikan, tapi bila menyoal dan menyalahkan rakyat pasal kemerdekaan media memang hebat putar belit.

Kita umat akhir zaman, cakap apa-pun orang takkan peduli. Orang takkan beringat, selagi belum kena. Orang sekarang lebih suka dah terantuk baru nak ingat! yelah makan semut banyak sangat...

Antara salah satu yang paling aku ingat adalah janji syaitan pada Allah. "aku akan sesatkan manusia hingga kiamat!" Kena ingat, nak sesatkan orang tak perlu dengan kejahatan. Dengan kemulianpun kekadang orang jadi alpa dan lupa yang itu merupakan langkah syaitan. Ibarat kata Nabi, kata syaitan yang pertama adalah benar... kata syaitan yang seterusnya adalah lebih kepada penipuan.

Ok2 korang takyah cakap... biar aku cakap sendiri pada diri aku sendiri. "eleh~ jeles lah tuh, pasal tak dapat siti." wuhuwuhuwuhu! =)

Wednesday, August 23, 2006 10:09:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

entah ler

Wednesday, August 23, 2006 11:30:00 AM  
Blogger Unknown said...

rasanye org lebih mengingati wedding ni drpd israk mikraj isk isk :(

Wednesday, August 23, 2006 12:29:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

aku x sukaaaaaaaaa!! nyampah! melampau2!

p/s: bukan jeles erk!!! aku nikah dulu pun pakwe akad sekali jerk... x heran pun! lancar dan jelas lagi... DK tuh ayat dia yg last bukanker terputus? musykil....

Wednesday, August 23, 2006 12:50:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Melihat siaran langsung manusia2 yg hipokrit.... pertama kali menjejakkan kaki di masjid wilayah....memakai tudung litup sebab nak masuk masjid.....bla..bla...

Duniaaaaaaaaaaaaaa......

Wednesday, August 23, 2006 1:33:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

blackpurple;
ingat tak lagu Aisyah dulu2... "Oh dunia ini...penuh kepalsuan...oh mungkinkah tiada keikhlasan..."

Wednesday, August 23, 2006 6:13:00 PM  
Blogger . said...

realiti tv..hehe.

Thursday, August 24, 2006 11:03:00 AM  
Blogger aNIe said...

Tulah pasal....iklan kat TV pun bukan main GAH lagik...

'Peristiwa penting dalam negara...'

Amboi mak...!! Ilang sudah segala susunan program utk Israk Mikraj...

Thursday, August 24, 2006 11:04:00 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

sesungguhnya aku pun naik muak asik cerita dia jer

Thursday, August 24, 2006 12:14:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

iskk..iskkk..iskkkk...israk mikraj seperti dilupokan la plakkk..

Thursday, August 24, 2006 1:35:00 PM  
Blogger Unknown said...

erkk kat internet pun ada siaran langsung....memang "gah" sungguh perkahwinan pasangan sensasi ni. Benda2 lain yang lebih penting di lupakan....

Thursday, August 24, 2006 2:38:00 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

kata siti : mengambil keberkatan sempena isra' & mikraj.Tapi isra' & mikraj kemana, siti & datuk K kemana..(malam pertama woooo..)

Kecewa sangat apabila mereka sampai buat pelamin kat dalam masjid tu. Nak sanding ke ape ke, buatlah kat hotel atau kat rumah.

Bengang bila TV3 lebih mengagung2kan wedding mereka daripada perkara2 lain..ingatnya mereka tu anak raja ke? Anak raja pun jelez tengok diorang tau...

Friday, August 25, 2006 7:15:00 PM  
Blogger ayu_mkay said...

situasi yg sama masa p kat mais... staff dok sibuk btlkan arial nk bg gambar clear... "hebat kan diorg nih" kata sorg staff... "gasak diorg lah".. ngan selamba aku pun kuar..

Saturday, August 26, 2006 11:07:00 AM  
Blogger ibuVouge said...

kira tepat la keputusan aku balik kg ari tu..x yah aku malang cam ko..

Sunday, August 27, 2006 11:54:00 AM  

Post a Comment

<< Home