`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: June 2006

Friday, June 30, 2006

Hamis Kambing

Mata aku naik buntang mengira anak anak pokok tongkat ali. Semuanya kecik kecik. Tak sampai 5cm tinggi. Tapi disebabkan semuanya bertanda dgn nombor. Aku terpaksa mengira. Yang mati aku perlu catitkan. Yg hilang juga sama. Walaupun baru tamat SPM, tapi kira kira aku disekolah tak semacam ini.

Kemudian aku perlu ukur pula. Tingginya berapa. Habis dipetak satu. Pindah ke petak dua. Begitulah sehingga habis semua 50 petak 1m kali 1m.

Kalau aku tak buat. Apa lagi aku nak buat. Aku berdua dgn pak cik renjer Husin. Dia pun buat benda yg sama macam aku. Cumanya dia mengukur lilit pokok yg besar. Yg hilang juga akan dicatit. Yg mati juga akan dicatit. Yg telah cukup besar dan sedia utk ditebang akan ditanda dgn cat merah. Yg belum, catnya kuning.

Dalam hutan Pasoh ni. Mungkin kami sahaj manusia. Kalau ada yg lain boleh bercakap seperti kami, mungkin jelmaan atau khayalan kami sahaja. Jauh. Dari pintu hutan kesini 2 jam berjalan kaki.

Kalau 2 hari lepas kami dikejar babi hutan. Hari ini sunyi. Tuli.

Tiba tiba. Renjer Husin dtg dekat aku. Hari hampir gelap katanya, "jom balik". Kejadah orang tua ni. Baru pukul 4 suku ptg.

Aku malas nak tanya. Berjalan dibelakang Renjer Husin sambil mengamati hutan. Bau hamis seakan bau kambing yg dari tadi aku hidu kian kuat. Mungkin bau badan Renjer Husin agaknya. Tapi kenapa pulak makin kuat. Makin berpeluh agaknya. Dia berjalan semakin laju. Tak menoleh lansung.

Tiba di satu kawasan berpagar. Didalamnya ada 3 menara kanopi permerhatian. Disini tempat kajian kanopi hutan. Kami masuk dan Renjer Husin mengunci pagar dari dalam. Kami naik menara pertama. Dari ketinggian 25 meter aku hairan dgn kelakuan Renjer Husin yg tak tentu. Dia bagai mencari cari sesuatu dibawah menara.

Dia kemudian menunjuk dgn jarinya. "tuu, nampak tu..."

Aku terdiam. Seekor Harimau belang melintas didepan pagar yg kami masuk tadi. Aku jadi tergamam. Kalau aku tahu tadi, dah lama aku lari tinggalkan Renjer Husin. Atau aku akan berjalan lebih laju didepan dia. Sampai hati dia tak bagi tahu aku.

Kami keluar esok subuh. Itupun setelah ada orang lain yg masuk utk mengukur balak. Masuk balik sambung kerja tengah harinya. Kali ini aku lebih cepat mengira.







Silap Mata

Aku tak tahu. Aku yg silap atau orang yg silap. Korang yg dapat sticker nanti. Cuba sekali pandang. Apa yg korang nampak?

Bukan apa. Semalam dah 2 orang tanya aku.

Satu : Laaaa... Aku ingat university of Ontario....!!! isk isk....

Dua : Mana kau dapat sticker university of Oklahoma ni....???

Macam mana diorang baca ni? Cuma seorang jer yg tanya aku. Mana aku dapat sticker university ontahmano ni. Dan dia setuju bayar dgn harga yg aku tetapkan.



*So hari ni aku pos utk MR, Hamka dan Faza pulak. Yang mana dah dapat tu, kalau dah lekat mana2, sila la ambik gambar dan tayang tayangkan.


Suku Akhir Piala Dunia 2006



Yang teringin nak tgk rupa sticker ni. Klik sini
Yang nak order atau bertanya harga, email aku sini.

Kat Semenanjung Malaysia ni aku jual sekeping RM5, siap kos penghantaran.

Kalau dah masukkan duit dlm akaun aku RHB : 2-14101-00059372 atau Maybank : 112204408275 atau kedua duanya sekali, sila emailkan alamat utk aku poskan.

Thursday, June 29, 2006

Bak Saya Dua Keping

Selesai mengupdate apamat bloggers yg berminat dgn sticker. Aku terus mempacking. Ke pejabat pos dgn tujuan menghantar order aku yg pertama. Sebenarnya 14 yg pertama.

Aku masuk dgn membawa sampul surat warna coklat dgn ukuran luar biasa. 4" X 15". Sebenarnya sampul ni ukuran 10" X 15". Tapi dgn kepandaian magic aku. Ia bertukar saiz.

Lepas 6 orang depan aku selesai dgn tujuan mereka. Aku ke kaunter hujung. Seorang akak dgn senyuman menyapa. "ya dik?" dalam hati, muda lagi aku ni nampaknya.

Aku "sampul ni setem berapa sen kak?"
Akak "Sini akak timbang"

Kembali semula dgn jawapan, 50 sen.

Tiba tiba mamat kaunter sebelah bertanya. "Sampul mender pelik sgt tu?"

Aku "saya nak hantar sticker kereta"
Mamat "canggih sampul, sticker apa? boleh saya tengok?"
Aku "ada dalam kereta la, nanti saya ambik lepas ni"

Bila aku tunjuk jer. Mamat tu pun terus menunjuk nunjuk kat dua akak dia dua kaunter lagi. Bising jugak keadaan pejabat pos kecik tu. Kemudian dia terus tanya aku, "berapa ringgit jual ni?"

Aku "errr... 5 ringgit"
Mamat "Saya nak beli la, ada lagi?"
Aku "Ada nanti saya ambik"

Dalam aku nak keluar ke kereta tu, tiba tiba akak yg jualkan aku setem tadi bersuara menjerit,
"Bak saya dua keping"

So, maaf lah, bukan Ayu, Tiara, Halogamora, Zino, Rosse, Rina, Sanchai, BP, Sesemut, Cuaca, Moon, Marlina, Eijal dan Oren yg pertama dapat. Tapi Akak dan Mamat pejabat pos dulu.

Duit Rm15 diorang tu, aku singgah beli nasik lemak tepi Fajar, makan dgn Boss.

Order Sticker : Email Sini

Wednesday, June 28, 2006

Projek Berakal Agaknya

Aku dah lama plan benda ni. Cuma dulu takut. Sekarang aku dah buang takut tu. Sebab kalau masih ada takut tu, takkan lah jebat dah mengamuk, takkan cheng ho boleh keliling dunia. Aku dah tak de takut.

Aku ada stok sticker kereta University Of Ontahmano. Aku print utk kesukaan aku. Utk aku letak kat kereta aku. Mungkin aku akan jual kepada yg berminat. Tapi aku tak tahu macam mana dan berapa harga yg patut aku letak.

Jadi. Kawan2 bloggers semua. Sesiapa berminat, sila lah letak address ke mana korang nak aku poskan sticker ni. Kalau takmau alamat tu diketahui umum, emailkan jer kat aku.

Korang jgn risau. Alamat korang takkan aku kasi kat mana2 awek atau balak yg tak bertanggung jawab. Semua akan selamat dlm simpanan aku. Aku akan cuba hantar melalui pos biasa. Sebab posmen dah kurang kerja, ramai yg guna email dan sms. Dan satu lagi sebab, murah.

dan bila ada yg dah terima. Silalah berikan komen anda. Agak2 berapa harga aku patut letak.

Tuesday, June 27, 2006

Stokin

Semalam aku tidur pakai stokin. Dah macam anak aku pulak. Aku taktau kenapa. Aircond cuma 25 darjah Celsius. Kipas cuma di nombor 1. Mungkin kerana aku dah nak demam. Hidung memang la selsema. Tapi masih terkawal lagi la.

Kisah stokin ni memang best masa sekolah dulu. Duduk hostel memang lah macam2 undang2 kita kena ikut. Bukan apa, nak mendisiplinkan kita.

Stokin salah satu benda yg wajib pakai. Dulu kami harus berkasut hitam. Kulit atau sintetik tak kisah. Dan bila berkasut kenalah berstokin. Dan dah jadi kebiasaannya budak2 asrama ni. Benda yg wajib tulah yg paling suka dilanggar. Contoh kalau sekolah kata kena bertali leher, akan ada yg sengaja tak pakai. Bila sekolah kata jangan hisap rokok, akan ada yg curi2 hisap. Bila sekolah kata kena pakai stokin, akan ada yg tak pakai.

Aku. Stokin tak jadi masalah. Aku pakai. Tapi aku share dgn Awe. Dia sebelah aku sebelah. Sebab bila cikgu check', dia akan cuma suruh angkat sebelah kaki seluar. So kami tunjuklah sebelah yg berstokin.

Kaedah ni memang menjimatkan. Kita cuma perlu share beli sepasang stokin dan pakai seorang sebelah. Dan lebih baik, kita cuma perlu basuh sehelai stokin seminggu. Tapi yg lagi best junior yg basuhkan.

Aku Suka

Baru tamat Australia Vs Italy. Game yg agak seimbang. Mula2 aku jangka, Italy akan mudah mengatasi. Tapi meleset.

Australia berjaya bertahan sampai ke minit 95. Hinggalah berjaya Totti menjaringkan penalti dan melangkah terus ke Suku akhir.

Walau pun aku rasa game sepatutnya berlansung ke masa tambahan. Tapi dgn tewasnya Australia. Aku suka. Tak tahu kenapa aku benci sangat dgn diorang. Tapi aku suka la diorang tak terus mara.

Monday, June 26, 2006

Rindu Sangat Ni

Pagi ni aku tak sihat. Selsema. Badan mcm nak demam. Kepala berat. Kalau dulu masa belum kahwin. Mak akan kata "malas mandi, tu lah dier"

Aku masih tak paham sampai hari ni. Kalau aku tak sihat jer dia akan kata tulah puncanya. Entah.

Pagi ni. Orang rumah mandikan anak. Aku tak daya lansung. Mungkin sebab semalam layan Portugal dgn Holland. Walau 1 gol jer aku dapat tgk. Game yg menarik. Antara yg menarik dlm piala dunia kali ni.

Aku keluar dr rumah dekat pukul 11. Singgah RHB betulkan kasut orang rumah. Singgah fajar ambik baju client. Sempat beli nasi lemak singgit.

Kat opis. Layan internet. Semua blog yg anti Pak Lah sebuk bercerita pasal dialog Tun. Semuanya bernada sama. Setakat yg aku baca tadi. Semua Satu pihak yg betul. Takder pun yg sokong kedua2nya. Atau yg lihat dari persepsi lain. Semua sama. Boring.

Aku tak berupaya nak jawab komen semua kat entry sebelum ni. Entah. Tak der idea. Semua idea dah kabur dgn selsema aku agaknya.

Habis dua bungkus nasi lemak. Masih tak tahu apa tujuan aku dtg opis hari ni. Dgn hidung yg meleleh. Mata yg separa bukak. Misai dgn janggut yg tak bercukur (tapi masih terserlah keenseman aku).

Tiba tiba aku macam teringat nak balik jer. Aku teringat nak main dgn anak aku. Sebab tadi aku tak mandikan dia mcm biasa. Sure dia hairan.

Lepas tu. Masa aku duk baring lagi layan kepala yg high tadi. Dia dah sebuk panjat2 aku. Dah sebuk tunjuk tgn dia yg dah pandai goyang2 ikut rentak lagu 'row your boat'. Aku tak layan sangat tadi. Sebab aku tak sihat. Sian dia.

Aku nak balik la. Dah rindu sangat ni.

Friday, June 23, 2006

Dua Kali Lima

12.30 tgh. Aku dekat hiway Sg Besi. Meraba raba alat mudah alih aku. Aku dail seorang kawan yg lama tak dengar cerita. Jauh di Kota Belud. Tiga kali nada dail Peter Pan aku dengar. Tak berjawab.

Dah tukar nombor ker? Apsal tak bagi tau?

Aku sambung perjalanan balik ker opis.

1.30 tgh. Alat mudah alih aku bergetar. Terasa sedikit geli dipaha aku. Maklumlah bergetar dalam poket depan. Malas nak jawab. Nanti lah. 3 kali bergetar. Saper lah tu?

2.30 ptg. Aku call balik kawan tadi. Sebab no dia keluar 3 kali sebagai nombor yg 'missed called' aku tadi. Kali ini sekali jer lagu Peter Pan keluar. Dia jawab.

Dgn nada konon2 marah.

Aku : wei, apsal kau call aku tadi? kau tak tau ker orang tgh sembahyang jumaat? kau tak pergi sembahyang ker....?
Dia : Dah tu, yg kau call aku tadi tu, kau ingat aku duk tgk wayang ker..?

Perbualan kami tak lama. Sebab diselangi dgn gelak ketawa tentang kebodohan masing2 di hari Jumaat.

Thursday, June 22, 2006

Sensitif Tak Bertempat atau Biadab?

Mula mula. Kita tergelak bila dgr kritikan Adlin Aman Ramli di konsert akademi fantasia minggu 3. Korang yg tak tengok. Layan klip video ni. Yang bestnya, kritikan tu sejurus selepas Faizal menyanyi dgn Saleem.



Selang beberapa hari. Ada rakyat Malaysia yg sensitif dan rasa tersinggung dgn benda tu.

KUALA TERENGGANU 20 Jun – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menasihatkan pengkritik program realiti televisyen termasuk Akademi Fantasia (AF) supaya menjaga budi bahasa dan mengelak daripada mengaibkan pihak lain.

Lepas tu pulak. Ada yg buat survey mengatakan kita di Malaysia ni biadab.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Hasil kaji selidik yang dibuat oleh majalah Reader's Digest dengan meletakkan Kuala Lumpur di tangga ketiga bandar raya paling biadab boleh dipertikaikan.

So betul ker kita biadab atau memang segelintir dari kita yg sensitif tak bertempat?

Wednesday, June 21, 2006

Ni Semua Malaysia ker..?

Hari Bapa lepas. Kami pergi Hi Tea dekat menara KL. Pertama kali aku naik menara KL ni, walaupun dah lama dia terpacak kat bukit nenas tu.

Mak dgn Bapak mertua. Kakak ipar 2 keluarga. Adik ipar dgn boipren. Aku sekeluarga.

Aku dan isteri bawak bibik sekali. Sebab aku takmau nanti aku sebuk nak makan, anak duk sebuk macam2. Dan utk aku dan isteri makan dgn lebih enjoy'nya.

Bila semua dah sampai. Macam2 cerita keluar. Ada yg macam pening lah. Ada yg tak lalu nak makan lah. Yer la. Lantai restoran tu bergerak keliling menara. Walaupun perlahan, terasa jugak geraknya.

Aku. Makan macam biasa. Tak peduli gerak ke tak.

Sepanjang perjalanan lantai restoran tu. Memang jauh permandangan kami. Dari ketinggian yg macam tu. Seluruh kawasan KL boleh dilihat. Dari KLCC sampai ke Selayang. Dari Bukit Nenas sampai ke Cheras.

Masing2 sebuk menunjuk nunjuk tempat yg dikenali. Tuuu... stadium merdeka. Tuuu... setadium negara. Tuuu... pudu jail. Tuuu... KLCC (semua nampak ni, sebelah jer..)

Abang ipar sebuk meneropong rumahnya di Cheras. Nampak pulak tu. Tapi nampak kawasan perumahan jer la.

Tiba tiba bibik aku bersuara bertanya pada adik ipar aku. "anti lis, tuuu... semua malaysia ker...?"

Adik ipar aku yg tak sampai hati nak gelak, jawab lah dgn baik.

Kalau lah dia tanya aku...............

Tuesday, June 20, 2006

Pejam Mata

Pernah tak nampak orang sembahyang pejam mata. Biasalah, pelbagai alasan yg diberi bila ditanya kenapa pejam mata? Ada yg kata nak khusyuk dan ada pula yg kata dah memang dari mula mula sembahyang dulu dia pejam mata.

OK. Tak der masalah. Asal sembahyang jer.

Cerita pasal pejam mata masa sembahyang ni. Dulu masa kat hostel aku memang sembahyang pejam mata. Alasan aku sebab, banyak sangat gangguan yg akan aku nampak kalau tak pejam mata. Tahu lah, duduk hostel. Masa sembahyang jemaah ni, lebih byk setan dari malaikat'. Maksudnya. lebih ramai yg main main dari yg buat betul2. Aku termasuk lah dlm kategori kedua dua tu. Kadang2 ok, kadang hantu jugak.

Sekali tu. Isyak. Kat Surau sekolah. Rakaat pertama, masih bising lagi lah. Ada yg tunggu imam habis baca fatihah baru nak angkat takbir. Sebelum tu duk sebuk kacau ornag lain. Selak kain la, suntut la, tukar tukarkan songkok la. Keadaan biasa kat surau asrama.

Imam baca surah. Baru kelam kabut semua masuk saf. Tu pun ada jugak yg sebuk duk gelak gelak lagi. Jadi utk mengelakkan aku pun tergelak dgn aksi aksi mengarut orang lain. Aku memilih utk pejam mata semasa solat.

Tiba masa rukuk di rakaat kedua. Songkok aku jatuh. Mangsa tukar2 songkok tadi. So letaknya dah tak berapa lah ketat sangat. Takper. Dalam hati yg tak khusyuk ni, aku ingat nanti bila sujud aku pakai lah balik. Alah, aku pakai cepat cepat la, kurang 3 pergerakan. OK lah agaknya.

Tiba time sujud. Aku mula meraba raba sejadah. Mencari songkok aku yg jatuh tadi. Hairannya,t ak jumpa. Tadi jatuhnya depan aku. Sekarang dah takder.

Nak sedapkan hati. Aku berniat nanti sujud kali kedua aku raba sebelah kanan pulak.

Tiba masanya. Aku mula meraba raba dgn tangan kanan. Tak ada jugak. Tak boleh jadi ni. Duduk ja utk tahiyat pertama, aku terus membuka mata dan mencari cari songkok aku. Tiba tiba aku terpandang sebelah kiri, di punghujung saf, songkok aku elok tersangkut di cermin tingkap surau. Hampeh. Sekelip mata songkok aku boleh sampai sana.

Bila nampak aku dah macam terkejut. Semua yg terperasan, terus gelak sekuat hati. Habis satu saf batal.

Dalam hati aku. Takder orang lain. Mamat sebelah kiri aku lah yg mulakan. Kalau tak siapa lagi?

Awe' yg tadi kononnya khusyuk terus bangun dari tahiyat, dan lari. Aku cuma jumpa dia lepas tu, atas katil dalam kelambu, sedia utk tidur. Sambil muka ditekup bantal menahan ketawa.

Budusss punya budak.

Sekarang. Kadang2 aku pejam gak mata ni. Tapi bila mengantuk sangat la dan bila bersin.

Monday, June 19, 2006

Trailer Cinta Pertama

Aku pernah tulis pasal cerita Cinta Pertama - My Girl tak lama dulu. Memang best.

Ni ada sikit trailer utk korang2 yg belum tgk citer ni.




BantuanTalian 1 300 88 9515

Modem aku rosak. Tak tahu kenapa. Lampu DSL asik blinking.

Aku hantar balik ke kedai TMPoint. Setelah 3 minggu. Diorang call, modem aku diganti baru.

Aku : ni nak kena setting balik ke modem ni?
Dia : tak payah encik, diorang dah test semua ok, encik balik, plug in dan surf jer mcm biasa!
Aku : Ok, Terima kasih.

Balik. Aku pasang. Tak jalan. Walaupun lampu DSL stable. Aku call 1 300 88 9515. Jawapannya sekarang diorang mengalami gangguan servis. Jadi memang takkan dapat. Kalau dial pun akan dapat error 678. Dan aku cuma boleh membuat laporan utk aku claim bil aku nanti sebab takder siaran' streamyx diterima sepanjang tempoh tersebut.

3 minngu lepas tu. Masih tak dapat online. Aku call lagi 1 300 88 9515. Kali ini mereka minta aku buat report kerosakkan pulak. Katanya, dalam masa 2 hari akan ada teknisyen buat repair.

Hari kedua selepas report. Seorang teknisyen telefon aku. Katanya telefon rumah aku dah kena potong. So kena buat bayaran dulu baru boleh online. Tapi dah lebih 3 bulan kena potong. Dan masa tu streamyx ok lagi.

So esoknya aku pergi buat bayaran dan online kan telefon aku balik. Balik rumah, streamyx masih tak dapat. Aku call lagi 1 300 88 9515. Kali ini mamat yg jawab ni dah tak der alasan nak bagi. Dia mintak aku buat report lagi.

Hari kedua report. Datang seorang teknisyen kerumah. Setelah diperiksa tak sampai 2 minit. Katanya "ni setting modem jer encik, kejap saya buat"

Punya la baran aku bila teringatkan mamat kat TMPoint kata takyah setting. Arghhhhh....!!!!!

Selesai 5 minit, dah boleh online.

Aku buat2 tanya. "kalau telefon line kena potong memang tak boleh online ker? "

Dengan selamber dia kata "Tak de lah, selagi lampu DSL stable, boleh jer"

Arghhh.... lagi la panas aku.....aku tunggu berbulan2 nak online, masalahnye cuma modem baru tu tak setting lagi.......arghhhhhhh

Friday, June 16, 2006

SCT

Dulu. Masa sebuk menguruskan event budak budak kartunis. Sebuk berulang alik ke Bukit Merah. Kadang kadang kami bergilir utk bertugas disana. Kadang kadang kami semua disana.

Satu ketika. Sewaktu aku dalam perjalanan dgn seorang rakan kerja ke sana. Aku terima sms dari seorang di Bukit Merah.

"korang datang tak hari ni?"

Aku balas : "dah dekat tapah, nak kirim apa apa?"

Lama jugak kami tunggu balas dia. Tak ada. Aku sangkakan sms yg aku hantar tak sampai. Maklumlah di kawasan lebuh raya ni. Tak sepanjang jalan ada signal. Time tu pulak aku cuma pakai 013. Bukannya terkenal di lebuhraya mcm 01 yg lain.

Tiba di sungai perak. Terima lagi sms. Kali ni ringkas jer.

"sct!"

Puas kami mentafsir apa maksudnya. Mungkin tersalah taip. Atau mungkin 013 dah bengong, sebab hantar sms entah apa apa. Aku cuba memecahkan kod rahsia ini. Memang tak dapat. Susah. Kalau digunakan dalam peperangan, mesti pihak musuh tak dapat nak tahu apa mesej rahsia tu. Kod yg lebih canggih dari segala kod rahsia yg ada. Akhirnya, aku ambik keputusan buat tak tahu.

Tiba di bukit merah. Kami terus ke lokasi acara yg sedang berlansung. Bertemu dgn kawan tadi. Kami bertanya tentang maksud sms yg dihantarnya tadi. Dia dengan tanpa rasa bersalah atau segan silu menjawab.

"sampai call tau!"

Thursday, June 15, 2006

Serba Satu, Sepersalinan

Ahad Lepas. Majlis pertunangan sepupu aku. Cheras.

Lama jugak aku tak join majlis cam gini. Kalau tak silap last sekali masa aku sendiri bertunang. Itupun aku dtg semua dah selesai, dan aku datang utk makan jer. Sambil tunjuk muka ensem aku ni.

Biasa lah. Dalam majlis macam ni akan ada 'terms terms' yg perlu kita faham. Walaupun kalau sekali dgr macam tak ada apa yg pentingnya. Tapi bila balik dan difikir balik akan timbul pelbagai tafsiran.

Minggu lepas. 'Terms' yg aku tak berapa nak paham ialah, "serba satu, sepersalinan". Dalam kepala aku yg memang cetek pengetahuan tentang adat istiadat ni. Aku bayangkan ianya cuma sekadar cakap cakap dlm majlis pertunangan sahaja. Tapi bagi mereka yg senior, persoalan timbul.

Adat negeri mana yg nak diikut? Kalau di selatan, begini. Kalau di utara begini. Kedua dua bakal mempelai dari Selangor. Nak bagi cincin, gelang, rantai, subang, baju, kain, tudung atau cincin dan gelang sahaja....aku lagi lah tak tahu.

Aku nak mintak pendapat korang semua. Yg dah bertunang dan dah kahwin. Dari akal cerdik korang semua. Apa tafsiran korang. Bagi memudahkan korang mentafsir, aku sertakan sedikit klip video. Jgn susahkan angle dan cinematografi yg kurang baik. Cuma dengar dgn teliti jer.

Korang rasa, apa yg dimaksudkan oleh wakil pihak perempuan tu dengan "serba satu, sepersalinan" ?


Wednesday, June 14, 2006

Kecik

Dulu masa Form One. Aku dapat tawaran ke sekolah berasrama. Aku tak tahu apa yg akan aku hadapi. Sebelum buat keputusan, awal2 lagi tok dah warning, "tok takmau dgr cerita nak balik ker apa ker, kalau takder duit jer bagi tau, duduk sana elok elok, belajar rajin rajin".

Mungkin kerana aku cucu sulungnya dan Mak dan Abah jauh di KL.

Aku tiba dihari pertama dgn perasaan bercampur campur. Resah, takut, teruja.. semua cukup. Ramai yg sama2 dengan aku. Semua macam gembira jer. Tak der pulak yg nak lari balik atau menangis nak balik.

Malam pertama. Seakan pengantin baru, hati kami semua berdebar bila dipanggil senior ker bilik mereka. Semua pelajar form one diatur seakan kawad cam membelakangkan locker'. Depan kami, penuh dgn brother senior form four dan form five. Semua seakan bengis meneliti setiap dari kami.

Seorang yg agak ganas rupanya bersuara. "Ok, aku nak korang nyanyi seorang satu lagu, mula dari kiri, 1..2..3.."

Sebelum sampai giliran aku. Bermacam lagu aku dgr, dari Search, Medecine, Ekamatra, BPR sampai ker M Daud Kilau dan Ella.

Lagi 2 orang. Aku dah gugup. Tak tahu nak nyanyi lagu apa. Semua lagu yg aku tahu dah dinyanyikan. Takkan aku nak ulang pulak. Nanti tak pasal2 kena maki hamun.

Tiba utk aku pulak nyanyi. Selesai jer abg senior kira 1,2,3 aku terus nyanyi..."kicik kicik, lembu jaga, sudah besar... masuk askar, sudah pencen... bank jaga....satu senapang peluru dua....."

Riuh satu dorm tu gelakkan aku. Merah padam muka aku. Macam nak lari pun ada. Sampai ke kengkawan form one pun gelakkan aku. Hampeh. Suasana 'tegang' jadi kendur.

Sejak malam tu. Nama aku "kecik".


nota : lagu tu nyanyian hang mokhtar

Tuesday, June 13, 2006

Hilang

Dekat sebuah kampung. Agak jauh dari hiruk pikuk kenderaan. Hanya sebuah rumah yg terdekat. Yang lainnya jauh. Malam. Gelap gelita. Hanya kekadang suara emas cengkerik dan unggas kebun getah.

Sebelum kami sampai. Pelbagai anggapan dlm hati. Aku tak tahu apa yg akan aku hadapi. Bersediakah aku?

Dalam kereta. Kami dinasihatkan supaya tidak berkata apa2 yg boleh menyinggung perasaan. Perasaan yg boleh dilihat atau pun yg tak boleh dilihat. Katanya, bukan kita sahaja yg ada disana, ramai lagi.

Di halaman sebuah rumah tua. Tiada tangga batu. Tiada lampu putih. Kami datang kerana diperlukan. Agaknya. Mereka yg lain di atas.

Aku : Apa benda tu?
Dia : Jangan tegur lah, kau ni.
Aku : Apsal kita dibawah ni? Aku tak senang lah.
Dia : Baik disini lah, kat atas tu lagi tegang!
Aku : Eh hilang la, aku tak sedap hati ni... isk!
Dia : Dah setel, jom naik...

Tak lama. Benda tu hilang. Tuan rumah dah senyum. Kami balik.

Monday, June 12, 2006

Salah Faham atau Tak Faham

Balik dari mardi. Pergi utk hantar borang sebut harga. Aku balik dgn sebungkus cendawan, sebungkus keropok lekor frozen dan sekilo daging salai frozen. Entah. Tak tahu kenapa jadi macam tu.

Sampai di kedai jahit. Aku buat panggilan spot check ke kilang jahit. Barakath jawab. Dia ni dari india. Tukang potong kain. Fasih berbahasa ibundanya dan bahasa Arab. Melayu dan Inggeris boleh sikit2.

Aku : Barakath, zip jaket berapa inci mau beli?
Barakath : Itu zip, 26 or 27 inch can la Boss!
Aku : Ok nanti saya hantar. Bila boleh siap itu jaket?
Barakath : Ini malam la Boss, semua sudah potong!
Aku : ok, tunggu saya datang.

Aku pun order zip. Tak sempat apek tu bungkuskan, phone aku berbunyi. Nombor dari kilang jahit.

Aku : Hello, ha apa lagi kurang...?
Barakath : Boss, bila mau hantar itu jaket punya zip?

Dalam bahasa apakah perlu aku mencarut kat dia ni..........?

Jumpa Kat Masjid

Selesai solat Jumaat. Selesai doa. Tepi longkang. Tunggu keadaan parking reda. Aku lepak sambil layan blues.

Ramai budak budak. Aku dengar.

Kopiah Hijau : Apsal kau lambat?
Rambut Kerinting : Tadi aku jumpa duit, ni ha 4 ringgit!
Kopiah Hijau : Mana kau jumpa?
Rambut Kerinting : Sebelah aku sembahyang tadi... Pak cik tu buat tak tau jer. Aku ambik la.
Kopiah Hijau : Tak baik la ambik duit tu... Baik kau kasi balik.
Rambut Kerinting : Apa pulak, aku jumpa kat masjid! Aku nak beli kebab la, jom..!
Kopiah Hijau : Jom.. air kita share la..
Rambut Kerinting : OK

Ternampak aku sedang mendengar. Senyum. Terus ke gerai kebab. Beli 2 kebab, satu air asam boi. Share.

Friday, June 09, 2006

Pesanan Suara Baru

Selesai bercerita dgn mak di handphone semalam. Aku tekan butang gagang merah. Tiba tiba telefon bimbit berbunyi. Ada satu sms baru. Aku terus baca.

Sms : "Anda mempunyai pesanan suara baru. Sila dail 1313 untuk mendengar pesanan"

Aku pun dengan kacaknya, dail lah nombor itu.

"Satu pesanan suara baru"
"Pesanan diterima hari ini, pada.. 4.15 petang"

"Tutttt .... Hello err.. eh saper ni ha..? alamakk..!! aku dail no saper tadi..! eh sorilah, nanti aku call balik, bye !! .... Tutttt"

Sampai hari ni aku tunggu, mamat ni tak der call pun.

Thursday, June 08, 2006

Awek Sebelah

Hari tu. Pagi. Stesen petronas depan ISKL. Aku terpandang awek yg duduk dlm civic sebelah aku. Selalu gak aku terpandang dia ni. Kadang kadang kat traffic light. Kadang kadang kat depan rumah aku.

Cun. Dia tak perasan aku pandang dia. Geram jer rasa. Kalau lah aku dapat ni.

Lepas isi minyak. Aku masuk kereta. Aku tenung dia lagi. Macam tadi jugak. Dia tak perasan jugak. Aku cuba senyum kat dia.

Tiba tiba. "You pandang i pelik jer pagi2 ni kenaper?" sambil tepuk peha aku. Konon malu ditenung.

Dalam hati aku "Sekarang dah jadi isteri ni, pandang dia pun kena tegur. Dulu ok jer". Aku cakap dalam hati jer la.

Wednesday, June 07, 2006

Korek Idung

Pagi. Di tahan traffic light depan De-Palma. Aku terpandang awek dlm Jazz sebelah aku. Dia pun sama sama ditahan traffic light yg sama. Cuma bezanya, dia sebuk korek idungnya. Mungkin tak sempat waktu mandi tadi. Dah. Tak nak cerita pasal awek tu lagi.

Teringat. Dulu masa 'tahun bulan madu'. Bulan yg semua umat islam berpuasa. Jumaat. Pulang dari berjogging. Kami wajib berjogging setiap Jumaat pagi. Kami bercuti Jumaat dan Sabtu disana. Aku letih sangat sebab terpaksa berjogging. Tertidur di katil sendiri.

Bila terjaga. Awe yang sebuk membaca Pedang Setiawan di katil sebelah bersuara. " baik mu pegi makan ler, dah batal dah puase mu tu..!"

Aku " aku tidur sekejap pun batal puasa ker, mana kau belajar ni?"

Awe " tadi mase mu tidur, aku korek idung mu dgn pen Sek Loon, batallah puase mu..!"

Aku mengangkat tangan sambil berdoa " ya allah, kau selamatkanlah aku dari kawan yg bengong ni..."

Aku sambung balik tidur.

Tuesday, June 06, 2006

Masjid Lama

Tadi. Selesai aku jawab entry BP. Boss tanya aku. “ K, kau buat apa hari ni?” Aku jawab “tak der apa”.

Dia ajak aku mencari masjid lama di Langat. Katanya masjid ini tepi sungai.

Aku terus menalipon seorang kawan yg tinggal di Langat. Dia pun tak tahu tentang masjid lama itu.

Kami ambik keputusan utk pergi mencari sendiri. Masuk simpang batu 9. Kami sempat pusing di sekitar kawasan belakang pasar. Akhirnya kami bertanya dgn seorang dekat dgn pasar. Katanya, “kalau masjid batu 9, simpang sebelum balai polis tu, masuk ke kanan”

Kami terus pergi. Masuk sahaja simpang. Kami dah nampak kubah kuning masjid. Itulah masjid yg Dia cari. Kami sampai lebih kurang jam 3.30 ptg.

Parking di perkarangan masjid. Tidak ada sesiapa pun. Kecuali 2 buah van mayat.

Sebelum turun. Dia kata “kau baca, alfatihah, ayat kursi, lepas tu kau sambung latudrikuhul (al-an'am ayat 103)…100 kali, kau hafal kan?”

Aku angguk.

Dia kata lagi “lepas tu kau tutup dgn 3 Qul”

Aku angguk lagi.

Dia sambung “tapi zuhur lah dulu!”

Selesai semua. Aku sempat keluar dan mengambil beberapa keping gambar di luar dan dlm masjid. Dia masih didalam.

Dalam kereta. Dia bercerita. “masjid tu, masjid lama. Orang dulu mula mula buka, orang minang. Masa mereka sampai disini”

“kau rasa panas tadi kat dalam masjid tu?”

Aku angguk.

Dia sengih. Kami keluar dari perkarangan masjid. Hujan lebat.

Aku mula diselubungi misteri. Tak pasal2 aku dtg sembahyang zuhur kat Batu 9. Tiba tiba pulak tu dia ajak aku. Padahal kat pandan indah masjid lagi besar. Aku tak tahu apa yg sepatutnya aku rasa atau paham. Mungkin aku belum bersedia.

Ni la gambar masjid tu. Ini mungkin masjid baru. Tapak lamanya aku dpt lihat kat depan masjid ni. Masih berdiri megah. Cuma dah jadi stor atau hostel budak tabliq agaknya. Sungai pun dah jadi longkang.

Hantu Raya

Selak selak novel tahun 80an. Jibam. Tulisan Ujang. Aku terbaca beberapa baris babak perkelahian di warung lebai dolah. Berkisar tentang hantu raya.

Teringat satu kisah di kampung aku dulu. Seorang tua yg terkenal dgn kekuatan luar biasanya. Semua orang kampung berpendapat, dia bela hantu raya. Kononnya semua kerja yg dilakukan adalah hantu raya yg buat. Bukan dia.

Ada logiknya pendapat sekampung ni. Mana tidaknya, mengerjakan sawah dlm masa satu malam. Menerangkan hutan juga dlm masa satu malam. Kalau pun dia minum tongkat ali, atau makan tongkat ali sebagai ulam sekalipun, tak mungkin dia mampu.

Sebut sebut juga mengatakan, hantu raya hanya boleh menyerupai tuannya. Dan akan hanya bekerja dimalam hari. Logik la, hantu. Takkan buat kerja siang2 pulak.

Ada juga yg kata hantu raya suka makan telur. Sebab tu kalau orang yg suka sangat dgn telur digelar hantu raya. Mana betulnya, entahla.

Terfikir sejenak. Mungkinkah dalam bandar sebesar Kuala Lumpur ni. Ada yg memelihara hantu raya. Mungkin boleh disuruh mencuci kereta. Atau menjual nasi lemak. Atau pergi ke pejabat menggantikan tugas tuannya yg malas. Atau mungkin sekali sekala disuruh mengikut rombongan pengantin bertandang. Atau di saat demam Piala Dunia ni, mungkin boleh suruh dia pergi kerja, sebab tuannya bangun lewat.

Tak mustahil benda ni berlaku. Cuma kita tak terfikir tentangnya. Dan kalau berlaku, kita tak akan dapat bezakan antara hantu raya dgn tuannya.

Dan kalau kalau korang terserempak dgn seseorang yg sedang membeli belah di pasaraya kafu. Jgn mudah terpedaya. Mungkin itu hantu raya yg sedang membeli barang dapur utk tuannya.

Monday, June 05, 2006

Kaduk

Tadi. Putrajaya. Sedang minum pagi dgn seorang kawan yg baru dinaikkan pangkat. Dalam erti kata lain, kerja makin bertambah dan gaji masih sama. Dia merungut tentang jawatan barunya.

Tiba tiba. Dia bertanya. "Kau tahu tak kenapa orang tak suka bila kaduk naik junjung?"

Jawab aku. Mestilah orang tak suka. Sebab yg selalu dijunjung ialah sirih. Kaduk walau seakan sirih, tapi tetap kaduk. Tak perlu dijunjung. Kaduk ni mungkin akan lupa diri bila dijunjung. Sebab dia tak pernah dilayan macam tu. Cuba kau tukar sirih dgn kaduk dan bagi orang makan dgn kapur dan pinang. Pasti akan diludah balik. Jadi kalau dah kaduk tu, kaduk lah. Tak kan pulang ke gagang.

Dia jawab. Kelmarin adik aku bertunang. Kami tak dapat cari sirih. Kami tukar dgn kaduk. Kami buat kaduk junjung. Bukan sirih junjung. Orang sebelah perempuan tak perasan pun.

Hampeh.

Friday, June 02, 2006

Saper Yang Menang?

Semalam aku sampai rumah awal 10 minit dari biasa. Anak2 buah dah sampai semuanya.

Aizat (6 tahun) : Uncle K, Aizat ada teka teki. Nak dengar tak?
Aku : OK. Apa dia?
Aizat: Kalau Batman lawan orang jahat siapa menang?
Aku : Teka teki bukan macam tu la Aizat. Dengar uncle K kasi teka teki. Aizat jawab!
"Ada seekor binatang. Kaki dia mcm gajah. Mata dia mcm gajah. Telinga dia mcm gajah tapi dia kecik sikit dari gajah. Apa dia?"
Aizat : Lembu!
Aku : Salah. Lagi, lagi...!
Aizat : Harimau!
Aku : Salah. Jawapannya, anak gajah.

Diam sekejap. Muka mcm tak puas hati.

Aku : Ok, sekarang Aizat pulak kasi teka teki.
Aizat :OK. Aaarrrr........Kalau orang jahat lawan Spiderman, siapa menang?
Aku : Arghhhhh.....................Tak nak la main lagi.....

Thursday, June 01, 2006

2 Minggu

2 minggu. Satu ukuran masa yg tak sama bagi semua. Ada yg kata cepat. Ada yg kata lambat.

Dalam 2 minggu. Pelbagai perkara boleh berlaku. Samy boleh kena maki dgn senior. Tanah boleh runtuh di Hulu Klang. Merapi sempat menggegar Yogja sebelum meletup. Dan MyTeam boleh kena belasah dan anak aku dah 2 kali terhantuk kepalanya.

Tapi boleh kah seseorang tu mengecil atau membesar dalam masa 2 minggu. Mungkin bagi yg mengandung, 2 minggu perbezaannya agak nyata. Bagi yg biasa? yg tak mengandung?

Bolehkah kita kurus atau gemuk dlm masa 2 minggu? Bolehkah kita tinggi atau pendek dlm masa 2 minggu? Semuanya terjawab dlm satu sms yg aku dapat semalam. Setelah ukuran aku ambil 2 minggu lepas, dan Isnin aku deliver baju mereka.

SMS
"En K, Noriah nak labuhkan jaketnya 2 inci, Tajuddin nak pendekkan 1 inci, Manap nak tukar saiz dari XL ke L"

Kesimpulan.
Dalam jangka masa 2 minggu. Lelaki mengecil satu saiz. Perempuan memanjang 2 inci.