`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Rindu Sangat Ni

Monday, June 26, 2006

Rindu Sangat Ni

Pagi ni aku tak sihat. Selsema. Badan mcm nak demam. Kepala berat. Kalau dulu masa belum kahwin. Mak akan kata "malas mandi, tu lah dier"

Aku masih tak paham sampai hari ni. Kalau aku tak sihat jer dia akan kata tulah puncanya. Entah.

Pagi ni. Orang rumah mandikan anak. Aku tak daya lansung. Mungkin sebab semalam layan Portugal dgn Holland. Walau 1 gol jer aku dapat tgk. Game yg menarik. Antara yg menarik dlm piala dunia kali ni.

Aku keluar dr rumah dekat pukul 11. Singgah RHB betulkan kasut orang rumah. Singgah fajar ambik baju client. Sempat beli nasi lemak singgit.

Kat opis. Layan internet. Semua blog yg anti Pak Lah sebuk bercerita pasal dialog Tun. Semuanya bernada sama. Setakat yg aku baca tadi. Semua Satu pihak yg betul. Takder pun yg sokong kedua2nya. Atau yg lihat dari persepsi lain. Semua sama. Boring.

Aku tak berupaya nak jawab komen semua kat entry sebelum ni. Entah. Tak der idea. Semua idea dah kabur dgn selsema aku agaknya.

Habis dua bungkus nasi lemak. Masih tak tahu apa tujuan aku dtg opis hari ni. Dgn hidung yg meleleh. Mata yg separa bukak. Misai dgn janggut yg tak bercukur (tapi masih terserlah keenseman aku).

Tiba tiba aku macam teringat nak balik jer. Aku teringat nak main dgn anak aku. Sebab tadi aku tak mandikan dia mcm biasa. Sure dia hairan.

Lepas tu. Masa aku duk baring lagi layan kepala yg high tadi. Dia dah sebuk panjat2 aku. Dah sebuk tunjuk tgn dia yg dah pandai goyang2 ikut rentak lagu 'row your boat'. Aku tak layan sangat tadi. Sebab aku tak sihat. Sian dia.

Aku nak balik la. Dah rindu sangat ni.

7 Comments:

Blogger blackpurple said...

Kalau aku, aku gi jogging, buat work out.. itu kalau akulah..

Baik kau balik rehat2... bermanja2 dengan anak dan wife... :)

Monday, June 26, 2006 5:50:00 PM  
Blogger yus said...

Rindu anak...atau rindu bantal. Tak cukup tidur sbb layan bola smlm...hihi. Tapi, rasa balik ni berehatlah. Takut melarat lak selsema tu..kan.

Monday, June 26, 2006 5:52:00 PM  
Blogger esis said...

rindu anak atau rindu mak anak nih. hih

Monday, June 26, 2006 6:42:00 PM  
Blogger Dame RoSse said...

yeah...
antara perlawanan yang boleh dikategorikan 'ganaih', 4 kad merah yew...
cubaler 'Clarinase', nondrowsy but it works, itu kira kalau taknak gi clinic ler.
anakandanya umur brapa?

Monday, June 26, 2006 9:09:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : aku dah pi seri menanti, ok jugak...belasah betul aku tadi...

yus : rindu anak la....

esis : anak la...

rosse : clarinase aku habis, ni pekena actifed jer, tak der efek lansung...

Tuesday, June 27, 2006 12:33:00 AM  
Blogger fazamania said...

anak ko tu elok jadi anak angkat .. kalu tak kasi .. hang bagi anak kucing pun bolehHH lah ..

hehhe

Tuesday, June 27, 2006 2:15:00 AM  
Blogger Mamamanja said...

anak ayah nih!

MM selalu usik pakwe... kengkonon nak bawak balik kampung seminggu tinggalkan dia... huh! xleh idup pakwe tanpa anaknya!

Tuesday, June 27, 2006 2:39:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home