`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: BantuanTalian 1 300 88 9515

Monday, June 19, 2006

BantuanTalian 1 300 88 9515

Modem aku rosak. Tak tahu kenapa. Lampu DSL asik blinking.

Aku hantar balik ke kedai TMPoint. Setelah 3 minggu. Diorang call, modem aku diganti baru.

Aku : ni nak kena setting balik ke modem ni?
Dia : tak payah encik, diorang dah test semua ok, encik balik, plug in dan surf jer mcm biasa!
Aku : Ok, Terima kasih.

Balik. Aku pasang. Tak jalan. Walaupun lampu DSL stable. Aku call 1 300 88 9515. Jawapannya sekarang diorang mengalami gangguan servis. Jadi memang takkan dapat. Kalau dial pun akan dapat error 678. Dan aku cuma boleh membuat laporan utk aku claim bil aku nanti sebab takder siaran' streamyx diterima sepanjang tempoh tersebut.

3 minngu lepas tu. Masih tak dapat online. Aku call lagi 1 300 88 9515. Kali ini mereka minta aku buat report kerosakkan pulak. Katanya, dalam masa 2 hari akan ada teknisyen buat repair.

Hari kedua selepas report. Seorang teknisyen telefon aku. Katanya telefon rumah aku dah kena potong. So kena buat bayaran dulu baru boleh online. Tapi dah lebih 3 bulan kena potong. Dan masa tu streamyx ok lagi.

So esoknya aku pergi buat bayaran dan online kan telefon aku balik. Balik rumah, streamyx masih tak dapat. Aku call lagi 1 300 88 9515. Kali ini mamat yg jawab ni dah tak der alasan nak bagi. Dia mintak aku buat report lagi.

Hari kedua report. Datang seorang teknisyen kerumah. Setelah diperiksa tak sampai 2 minit. Katanya "ni setting modem jer encik, kejap saya buat"

Punya la baran aku bila teringatkan mamat kat TMPoint kata takyah setting. Arghhhhh....!!!!!

Selesai 5 minit, dah boleh online.

Aku buat2 tanya. "kalau telefon line kena potong memang tak boleh online ker? "

Dengan selamber dia kata "Tak de lah, selagi lampu DSL stable, boleh jer"

Arghhh.... lagi la panas aku.....aku tunggu berbulan2 nak online, masalahnye cuma modem baru tu tak setting lagi.......arghhhhhhh

22 Comments:

Blogger Kunci said...

Hampehnya....aku baca pun terasa kehangatannya.

Monday, June 19, 2006 12:08:00 PM  
Blogger rina said...

aku tolong argggghhhh utk ko jugak OS... mmg ampeh jer dorang ni... arghhhhh.

p/s lebih kurang cam tajuk lagu kumpulan X-factor plak. hehehehe

Monday, June 19, 2006 12:08:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

kenapa tak bakar jer...hehehehehe....kata-kata rangsangan utk org yg tgh hangin.....

Monday, June 19, 2006 12:13:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

kunci : memang hampeh...diorang ni tak tahu apa selain set up kan dialer....

rina : cuba kau call sekali..tgk apa jawab diorang...

mr : pasal mahal, kalau setakat 3 4 ringgit modem tu, aku dah bakar dah...

Monday, June 19, 2006 12:17:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ofis aku dulu, beriya2 panggil technician TMnet datang sebab streamyx down. Rupanya line kena potong sbb tak bayar bil... ha ha ha.

Monday, June 19, 2006 12:25:00 PM  
Blogger Unknown said...

En OS: at least u hv learnt something about TM TECH LINE 2day. aku pun kadang2 #%%%%&!!!gh dgn dia org yang tersangggattttlahhh efisyen nye.

Monday, June 19, 2006 1:00:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

masih masalah kecil. cuaca punya pengalaman 3bulan tidak ada connection tetapi bill tetap berjalan...so sapa nk jawab?sapa nk bayar kalau tidak ada connection rm77 sebulan kalau dah 3 bulan berapa?

Monday, June 19, 2006 1:01:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : skrg kau call jer, tanya bil...

halo : efisyen konon....kalau dia cakap modem nyer setting dah lama aku buat...nasib baik tak der cas...

cuaca : kau boleh claim kalau diorang yg tak kasi connection, tapi kalau pc rosak memang takleh buat apa..kau boleh call pastu suruh dia check date yg takde conection tu, then buat report, pastu pi tmpoint claim...aku dah buat...

Monday, June 19, 2006 1:35:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

isk... x reti nak kata apa. cuma... tensen gak ler kalo cenggitu

Monday, June 19, 2006 3:11:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MM : memang tensyen, diorang akan bagi segala mcm alasan...dan yg paling best ialah, kita cuma bantu buat dialer jer encik....!!!! itulah bantuan teknikal yg akan kita dapat kalau call diorang..selain tu semua kena report ke teknisyen...

Monday, June 19, 2006 3:16:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

mmg menguji kesabaran sungguh.

sct tu mmg tak pernah dengar..hehe

serba satu, sepersalinan pula: yg saya faham barang kemas tu lengkap satu set drp hujung rambut- kaki. sepersalinan tu baju sepasang, tp tak taulah utk pihak pengantin perempuan sndiri atau sbb langkah bendul

Monday, June 19, 2006 3:24:00 PM  
Blogger iejal said...

Biar aku blasah dierang bro!!!

erm, dosa plak ek pkl anak org....

arghhh takpe dierang salah, kita blasah mereka!!!

erm tapi dierang ramai la....

har3x

Monday, June 19, 2006 3:35:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : memang menguji../sct tu kod rahsia baru../ takder langkah apa2 pun..memang syarat agaknya....

eijal : jgn kau belasah dierang, nanti lagi teruk line streamyx kita...

Monday, June 19, 2006 3:46:00 PM  
Blogger oren said...

streamyx? line tipon?? dah lama tak pakai.. (line tipon jek..stramyx? tak pernah try...)

Monday, June 19, 2006 4:01:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

oren : suatu hari nanti kau akan menghadapi masalah mcm aku..hehehehhehe

Monday, June 19, 2006 4:13:00 PM  
Blogger Mme RoSsé said...

boleh bertanya,
kebiasaan modem ambil masa 3 minggu untuk digantibaru ke?

Monday, June 19, 2006 5:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rosse : kalau ikut kata mamat kat situ masa aku hantar, "biasanya 2 minggu" tapi aku punya kes 3 minggu, tapi diorang ganti baru, dan new warranty...sebab yg lama tak tahu apa rosak..

Monday, June 19, 2006 5:29:00 PM  
Blogger Unknown said...

mamat yang mula2 tu tahu ke idak sebenarnya?? Kalau saya pun..tension habislah, setting problem jer rupanya.

Monday, June 19, 2006 9:05:00 PM  
Blogger zino said...

sekarang kalau ada urusan dengan streamyx angah akan uruskan.. dia org speak the same language.. dan tak boleh nak goreng hehe

Monday, June 19, 2006 10:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

yus : entah la yus....hampeh jer

zino : ok la ader org yg tahu....ni kita iyakan jer la...

Monday, June 19, 2006 11:16:00 PM  
Blogger ayong said...

sometime diaorg ade masalah pendengaran. yg perlu dibersihkan dgn klorox..

takpun kepala sekali basuh dgn klorox..

Tuesday, June 20, 2006 2:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

ayong : diorang dah ada guide list depan dier, kalau tanya camni, jawab camni..tu yg sama jer tu....

moon : aku memang seorang yg sabar....

Tuesday, June 20, 2006 3:57:00 PM  

Post a Comment

<< Home