`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Serba Satu, Sepersalinan

Thursday, June 15, 2006

Serba Satu, Sepersalinan

Ahad Lepas. Majlis pertunangan sepupu aku. Cheras.

Lama jugak aku tak join majlis cam gini. Kalau tak silap last sekali masa aku sendiri bertunang. Itupun aku dtg semua dah selesai, dan aku datang utk makan jer. Sambil tunjuk muka ensem aku ni.

Biasa lah. Dalam majlis macam ni akan ada 'terms terms' yg perlu kita faham. Walaupun kalau sekali dgr macam tak ada apa yg pentingnya. Tapi bila balik dan difikir balik akan timbul pelbagai tafsiran.

Minggu lepas. 'Terms' yg aku tak berapa nak paham ialah, "serba satu, sepersalinan". Dalam kepala aku yg memang cetek pengetahuan tentang adat istiadat ni. Aku bayangkan ianya cuma sekadar cakap cakap dlm majlis pertunangan sahaja. Tapi bagi mereka yg senior, persoalan timbul.

Adat negeri mana yg nak diikut? Kalau di selatan, begini. Kalau di utara begini. Kedua dua bakal mempelai dari Selangor. Nak bagi cincin, gelang, rantai, subang, baju, kain, tudung atau cincin dan gelang sahaja....aku lagi lah tak tahu.

Aku nak mintak pendapat korang semua. Yg dah bertunang dan dah kahwin. Dari akal cerdik korang semua. Apa tafsiran korang. Bagi memudahkan korang mentafsir, aku sertakan sedikit klip video. Jgn susahkan angle dan cinematografi yg kurang baik. Cuma dengar dgn teliti jer.

Korang rasa, apa yg dimaksudkan oleh wakil pihak perempuan tu dengan "serba satu, sepersalinan" ?


28 Comments:

Blogger Unknown said...

apa persoalan yg timbul? wa dengar x de persoalan pun. sume ye ye ye....

dr apa lu phm tu betul la tuh! setiap brg satu je tp brg mesti lengkap satu badan la n it comes together with the 8K. ha ha masakkkkk!

dulu wa simple je w/pun dr negeri yang penuh adat. parents wa semppooi.

Thursday, June 15, 2006 11:55:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Setahu aku 'serba satu' tu barang kemas lengkap, semuanya sepasang..... cuma aku tak pasti apa bezanya dengan 'serba berdiri'...

'Sepersalinan' pulak satu set pakaian lengkap macam baju, kain, pakaian dalam....bla..bla...lengkap la..

Nanti kalau aku dapat info tambahan aku bagi tau... hehehe

Thursday, June 15, 2006 12:20:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

halo : tu aku cut' kan cerita dia..kat blkg tu panjang lagi..semua tanya2 pasal tu...

mcm kau cakap tu, bukan serba berdiri ker..?

wa dulu pun sempoi...

Thursday, June 15, 2006 12:21:00 PM  
Blogger dugongsenyum said...

aku disyaratkan sepersalinan sahaja, serba satu tak kena. Tapi semua tu orang tua aku settlekan, aku sediakan duit saja haha

Dalam surat/sijil nikah ada tulis "sepersalinan" ni tau.

Thursday, June 15, 2006 12:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : memanh sebenarnya mereka mungkin konpius dgn istilah serba berdiri...tapi kan...pakaian semua sekali ker..? termasuk....?

Thursday, June 15, 2006 12:23:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

dugong : tak perasan lak dlm sijil nikah ader tulis..nak kena balik baca sekali lagi lah ni....

Thursday, June 15, 2006 12:24:00 PM  
Blogger lempoyak said...

kalo tak silaplah SERBA SATU @ SEPERSALINAN tu sama je maksud istilah nya. Hantaran tu nanti mesti lah lengkap satu persalinan diri utk bakal isteri. dr hujung rambut smp hujung kaki + duit hantaran sekali

kalo SERBA BERDIRI pulak,
mesti adakan barang kemas lengkap satu badan. cam gelang, rantai cincin, subang, gelang kaki and etc. tak termasuk iringan2 lain + DUIT HANTARAN.

kalo BERSIH pulak,
maksud nya duit hantaran tu RM8 ribu bersih. kalo nak bg brg iringan pun terpulang lah pd si suami.

Cam aku dulu family mintak serba bersih je yg lain2 tu terpulang pd hubby nak bg apa. Tak kan lah family lelaki nanti dtg nak bwk RM8 ribu tu je mesti lah ade iringan2 lain kan. Kalo hantaran RM8 ribu pun siap dgn iringan2 lain tu pun dah dkt RM10-11 RIBU gak peginya.

p/s : ni dr apa yg aku tau lah. kalo salah jgn marah tau.

Thursday, June 15, 2006 12:46:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lempoyak : aku dha terfaham sket2, kira ok lah tu...kut kalau ada yg kurang paham nanti aku boleh la citer sket tunjuk pandai....!tq

Thursday, June 15, 2006 12:54:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Hmm biasanya bila dengar term serba satu nie, tak silap, kakak kepada bakal pengantin pompuan belum kawin, langkah bendul so kena bagi kat kakak dia serba satu, apa yg adik dpt kakak pun dapat..
Nie kalau tak silap kita laa...

Thursday, June 15, 2006 1:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : tak silap..tapi dia ni takder langkah mana2 bendul..

Thursday, June 15, 2006 1:29:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Sampai sekarang aku masih tak paham yg mana satu serba satu ke sepersalinan ke serba berdiri ke serba duduk ke... sebab ada macam2 definasi yang aku pernah dengar. Yang penting tanya betul2 pd pihak yang menerima tu apa maksud term2 tu pada depa sebab depa yang nak menerimanya.

Thursday, June 15, 2006 1:55:00 PM  
Blogger oren said...

hahaha..tak paham..sebab zaman aku, takde plak syarat2 serba satu la, sepersalinan la...pelik tul la kan..cakap jek la terus terang, senang paham...

Thursday, June 15, 2006 2:05:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lan : memang payah, sebab term ni semua ikut daerah masing, walau dah merantau ke KL atau selangor ni, masih ikut daerah diorang gak...aku cadangkan term baru, serba serbi...

oren : dlm majlis mcm gini, kalau cakap terus tak best, tak world la...orang kata la, bukan aku kata...

Thursday, June 15, 2006 2:08:00 PM  
Blogger abi said...

setakat yg aku tahu, serba satu ni mcm yg org2 lain duk habaq tu la. sepersalinan pakaian, cincin, gelang, rantai etc. dlm surat nikah mmg ada tulis maskahwin berapa, dah pemberian iringan apa. tak perasan ek? lain negeri lain format kot.

kalo yg langkah bendul setahu aku depa akan mintak serba dua. hehe...

Thursday, June 15, 2006 2:17:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

dato : memang tak perasan la ada tulis kat surat nikah, atau memang kat selangor ni takder kut...nanti balik kena check la...elok yg langkah bendul tu mintak serbab bendul jer....hehehehe

Thursday, June 15, 2006 2:22:00 PM  
Blogger rina said...

boleh jadi panduan utk anak cucu nanti ni... hehehehe.

Thursday, June 15, 2006 2:46:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rina : semoga macam tu lah, walaupun anak aku baru nak reti berjalan...

Thursday, June 15, 2006 3:01:00 PM  
Blogger Unknown said...

kene amik tahu nih ... nanti nak bertunang senang le sikit

Thursday, June 15, 2006 3:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : perghhh bahaya tu, nasib tak pakai subang kat pusat ker kat hidung ker, kalau tak tu sure kire gak kan...?

faza : kau kena catit dlm diari kau ni...senang nak buat rujukan.....

Thursday, June 15, 2006 3:41:00 PM  
Blogger zino said...

apo nak susah susah.. minta yo pihak pempuan tu tuliskan apo yg di maksudkan tu.. nanti tersilap boli kan ke susah.. hehe

kalau malu nak tulis dopan2 minta dia anta email lah hehe

Thursday, June 15, 2006 4:37:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau tak silap baju sepasang dan barang kemas kalau tak silap....

kalau boleh biar kedua-dua pihak senang dan jangan membebani mana2 pihak kalau dah beban *mrasalah menjawab*

Thursday, June 15, 2006 4:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

zino : skrg ni sms lagi cepat...dan senang..kecuali kalau takder credit la...

cuaca : bebannya pengantin lelaki lah, tapi kalau dah cinta tu kan, share share la....hahhaha....tak reti reti...?

Thursday, June 15, 2006 4:52:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

aku pun tak perasan masa aku tunang/kawin dulu lagu mana yang
tau aku kawin ngan baba jer

Thursday, June 15, 2006 5:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : cewahhh, kemain dier eksen tu....

Thursday, June 15, 2006 5:31:00 PM  
Blogger aNIe said...

Alamak ai...malu kak lady lah...patutnya bende-bende ni kak lady dah tau...sebab anak bujang kak lady pun dah besar panjang...

Tapi yang akak tau lain negeri lain definasinya....ade orang kata serba satu tu...semua kene ade satu...baju, tudung, beg, kasut cincin....kalau sepersalinan maknanya semua kene lengkap...eh...mcm seropa je...ontahlah....

Thursday, June 15, 2006 9:20:00 PM  
Blogger KAMATO said...

lain kali tulis tag.. baru tak keliru, bagi la depa 2 tu nanti bincang balik...

Friday, June 16, 2006 4:44:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

kak lady : tunggu la anak bujang tu nak tunang nanti, tau la....

kamato : lupa lak nak buat tag....

Friday, June 16, 2006 2:22:00 PM  
Blogger Unknown said...

Mempelai bermaksud pengantin lelaki. Bila blogger menulis kedua mempelai seolah bermaksud berkahwin sesama lelaki. Sila rujuk DBP, bukan hanya ikut trend.

Tuesday, September 18, 2018 1:37:00 AM  

Post a Comment

<< Home