`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Masjid Lama

Tuesday, June 06, 2006

Masjid Lama

Tadi. Selesai aku jawab entry BP. Boss tanya aku. “ K, kau buat apa hari ni?” Aku jawab “tak der apa”.

Dia ajak aku mencari masjid lama di Langat. Katanya masjid ini tepi sungai.

Aku terus menalipon seorang kawan yg tinggal di Langat. Dia pun tak tahu tentang masjid lama itu.

Kami ambik keputusan utk pergi mencari sendiri. Masuk simpang batu 9. Kami sempat pusing di sekitar kawasan belakang pasar. Akhirnya kami bertanya dgn seorang dekat dgn pasar. Katanya, “kalau masjid batu 9, simpang sebelum balai polis tu, masuk ke kanan”

Kami terus pergi. Masuk sahaja simpang. Kami dah nampak kubah kuning masjid. Itulah masjid yg Dia cari. Kami sampai lebih kurang jam 3.30 ptg.

Parking di perkarangan masjid. Tidak ada sesiapa pun. Kecuali 2 buah van mayat.

Sebelum turun. Dia kata “kau baca, alfatihah, ayat kursi, lepas tu kau sambung latudrikuhul (al-an'am ayat 103)…100 kali, kau hafal kan?”

Aku angguk.

Dia kata lagi “lepas tu kau tutup dgn 3 Qul”

Aku angguk lagi.

Dia sambung “tapi zuhur lah dulu!”

Selesai semua. Aku sempat keluar dan mengambil beberapa keping gambar di luar dan dlm masjid. Dia masih didalam.

Dalam kereta. Dia bercerita. “masjid tu, masjid lama. Orang dulu mula mula buka, orang minang. Masa mereka sampai disini”

“kau rasa panas tadi kat dalam masjid tu?”

Aku angguk.

Dia sengih. Kami keluar dari perkarangan masjid. Hujan lebat.

Aku mula diselubungi misteri. Tak pasal2 aku dtg sembahyang zuhur kat Batu 9. Tiba tiba pulak tu dia ajak aku. Padahal kat pandan indah masjid lagi besar. Aku tak tahu apa yg sepatutnya aku rasa atau paham. Mungkin aku belum bersedia.

Ni la gambar masjid tu. Ini mungkin masjid baru. Tapak lamanya aku dpt lihat kat depan masjid ni. Masih berdiri megah. Cuma dah jadi stor atau hostel budak tabliq agaknya. Sungai pun dah jadi longkang.

17 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Masjid lama tu pun ada elemen-elemen mistik ke? Dalamnya nampak macam klasik sikit ekk...

Tuesday, June 06, 2006 5:29:00 PM  
Blogger KAMATO said...

dah tanya bos apa mimpi cari masjid lama.....

Tuesday, June 06, 2006 6:46:00 PM  
Blogger sharinna said...

Hey there,
Thanks for dropping by.
Nice write ups you have here.
Nope, not baby boy but the opposite instead. hehehe..
Maybe also England vs Brazil, no?

Tuesday, June 06, 2006 8:37:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

pegi langat? kampung suami tu..saya pun dua tiga kali pegi masjid ni..tak masuk, kat luar aje tunggu suami solat.

hmm...ada lagi ke org bela hantu raya la ni?

hehe..naisb baik pihak sebelah tak cam itu bukn sirih junjung..kalau tak blh gaduh kot, ialah sirih junjungkan adat penting..hehe

Tuesday, June 06, 2006 10:54:00 PM  
Blogger rina said...

apa sebenarnya cerita di sebalik masjid lama tu... buat suspens jer...

Wednesday, June 07, 2006 9:46:00 AM  
Blogger Unknown said...

mlm td ko ada mimpi apa2 x? aphal rasa panas lak arrr? mesti la x de aircond kan atau kipas x function kot?

Wednesday, June 07, 2006 9:56:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : masjid tu baru 32 tahun dirasmi, kalau ikut date kat dinding dia tu la, tapi tapak lama masih kuat lagi aku tgk..mistik tak mistik aku tak tahu la, tapi boss aku ni kalau takder apa2 takkan dia ajak nyer...

kamato : hari akan ditanya, semalam sajer buat rilek jer dulu...

sharinna : i rasa ivory coast la...

syikin : suami orang minang ker?

hantu raya skrg disuruh beli gula jer..

kaduk dgn sirih lebih kurang jer..

rina : entah la rina..aku cuma pergi dan solat zuhur jer...

halo : mula mula aku masuk, memang bahang..satu sebab sliding door semua tak buka, dua sebab aircond tak on, tiga sebab....

ada ker masjid yg bila kita masuk akan panas jer, walau semua on....?

Wednesday, June 07, 2006 10:41:00 AM  
Blogger zino said...

apa yg bos cari kat sana?

salam kenal..

Wednesday, June 07, 2006 11:24:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

zino : (salam com tangan)... entah lah zino, kalau aku tanya nanti, aku lak tak dapat nak terima cerita dia mungkin..so baik aku tunggu dia yg cerita....

Wednesday, June 07, 2006 11:34:00 AM  
Blogger soleilina said...

A'kum.. cool traditional masjid masjid.. looks so peaceful..

Wednesday, June 07, 2006 11:59:00 AM  
Blogger Lan Rambai said...

Mungkinkah ko rasa panas sebab ko dah lama tak masuk masjid hahahaha

Wednesday, June 07, 2006 12:10:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

sol : lama tak dgr..! jalan2 cari makan ker...?

lan : mungkin jugak lan, aku masuk masjid pun yg tetapnya setiap jumaat, lain dari itu cuma sekali sekala....patut lah aku panas...!!!

Wednesday, June 07, 2006 12:14:00 PM  
Blogger rudy bluehikari said...

g sana wat pe? ingatkan nak jumpa imam dia ke. nak book tarikh nikah ke.ihiks.salam kenal2.

Wednesday, June 07, 2006 12:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rudy : salam. selalu akan jadi benda mcm ni. dia memang penuh dgn misteri. tapi aku seronok gak, boleh lawat masjid lama.

jiwa kacau dah tamat aku baca. tunggu vol II.

Wednesday, June 07, 2006 1:22:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : kalau betullah memang ada kerja buat dia, kalau benda baik, aku bersyukur terlibat sedikit, dan kalau dia jumpa sesiapa mcm kau cakap tu, biarlah aku tak nampak...hahhahaha....

Wednesday, June 07, 2006 1:52:00 PM  
Blogger Kunci said...

Hm..memang misteri. Langat, tapi Cheras, tapi Kajang jugak.

Mmg misteri alamat ni aku rasa..

Wednesday, June 07, 2006 2:26:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

kunci : tak perasan lak aku alamat dia cam tu...yer tak yer....!!

Wednesday, June 07, 2006 2:38:00 PM  

Post a Comment

<< Home