`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Cinta Pertama My Girl

Tuesday, May 02, 2006

Cinta Pertama My Girl

Sabtu lepas, aku pergi layan wayang cerita Cinta Pertama My Girl. Satu cerita dari Thailand yang telah dialih bahasa ke Indonesia.
Jalan cerita yg paling ringan dan mudah, memang sebenarnya boleh menceriakan. Barisan pelakon kanak2 yg memang best, menggamatkan suasana panggung.
Garapan pengarahnya, memang indah. Berkisarkan kehidupan seharian kanak2 kampung yg penuh dgn suasana kegembiraan. Walaupun diselang seli dgn babak babak perkelahian antara mereka, namun sebenarnya antara kanak2 ini, terikat satu semangat setiakawan yg sangat rapat.
Cerita mengisahkan dua kanak2 yg tinggal berhampiran, Jaemy dan Nina yg berkawan sejak dari lahir lagi. Mereka terpisah bilamana keluarga Nina terpaksa berpindah ke daerah lain. Namun pengalaman dizaman kanak2 mereka memang menarik.
Penonton akan terasa kembali ke zaman yg semua orang akan lalui. Zaman kanak2 yg penuh dgn keriangan. Walaupun setiap hari kena marah sebab balik lambat sebab main, tapi setiap hari, itulah aktiviti budak2. Main sampai malam!
Suasana kampung jugak terasa indah disaat kanak2. Mandi air sungai. Curi buah mangga. Kacau budak perempuan. Bertaruh dgn geng kampung sebelah. Kongsi makan ramai ramai. Semua adalah satu kenangan yg cuma ada di zaman kanak2 jer.
Bagi saper yg agak2 dah lupa zaman budak2 dia, cerita ni memang boleh buat korang ingat balik apa korang buat masa kecik2 dulu.
Aku tak sabar nak tunggu Afdlin atau Yasmin buat cerita budak2 mcm ni!

10 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ada baca juga komen dan sinopsis dia kat suratkhabar. Macam best jer.

Zaman paling best memang zaman kanak-kanak.....kalaulah boleh jadi budak-budak balik....

Tuesday, May 02, 2006 4:02:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP: citer ni memang best sebab dari mula sampai habis, semua budak2 jer berlakon, so memang release tension...!

Tuesday, May 02, 2006 4:50:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya pun tak sabar!
nak tengok wayang dengan orang rumah minggu ni! hahaha!

Tuesday, May 02, 2006 11:37:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

i wish i can turn back the time..

pap

pap

pap

pling..

Wednesday, May 03, 2006 9:34:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

ganas betul budak pompan baju putih yg bertocang 2 ittew. Hikss.. kalau la kita dpt kembali ke alam kanak2, seronok aje.

Wednesday, May 03, 2006 9:36:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

GT: cewah..dgn isteri tuu...

semut : best la sungguh kalau boleh...

kv : tgk la, memang gelak tak hingat nyer...

Wednesday, May 03, 2006 10:44:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

kalo GT gi dgn isteri tersayang, sy pon ank g dgn hubby ler hehehehe

OS, citer tuh tgk kat mana? sapa pengarahnya? ade vcd? nak tgk gak

Wednesday, May 03, 2006 10:49:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

ayu : citer ni skang tgh main kat tgv or gsc, citer asal thailand, dialih bahasa ke indonesia, best pergi la, sure tak rugi...

Wednesday, May 03, 2006 11:19:00 AM  
Blogger Hot Mama said...

eee tak malu kecik kecik dah pandai kacau pompuan.. hehehhe

Wednesday, May 03, 2006 2:16:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : ek elehhh tu dulu la masa kecik, masa besar takder dah..dah baikkk....

Wednesday, May 03, 2006 3:16:00 PM  

Post a Comment

<< Home