`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Stokin

Tuesday, June 27, 2006

Stokin

Semalam aku tidur pakai stokin. Dah macam anak aku pulak. Aku taktau kenapa. Aircond cuma 25 darjah Celsius. Kipas cuma di nombor 1. Mungkin kerana aku dah nak demam. Hidung memang la selsema. Tapi masih terkawal lagi la.

Kisah stokin ni memang best masa sekolah dulu. Duduk hostel memang lah macam2 undang2 kita kena ikut. Bukan apa, nak mendisiplinkan kita.

Stokin salah satu benda yg wajib pakai. Dulu kami harus berkasut hitam. Kulit atau sintetik tak kisah. Dan bila berkasut kenalah berstokin. Dan dah jadi kebiasaannya budak2 asrama ni. Benda yg wajib tulah yg paling suka dilanggar. Contoh kalau sekolah kata kena bertali leher, akan ada yg sengaja tak pakai. Bila sekolah kata jangan hisap rokok, akan ada yg curi2 hisap. Bila sekolah kata kena pakai stokin, akan ada yg tak pakai.

Aku. Stokin tak jadi masalah. Aku pakai. Tapi aku share dgn Awe. Dia sebelah aku sebelah. Sebab bila cikgu check', dia akan cuma suruh angkat sebelah kaki seluar. So kami tunjuklah sebelah yg berstokin.

Kaedah ni memang menjimatkan. Kita cuma perlu share beli sepasang stokin dan pakai seorang sebelah. Dan lebih baik, kita cuma perlu basuh sehelai stokin seminggu. Tapi yg lagi best junior yg basuhkan.

19 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau tak ada sakit kulit ok la macam tu OS. Tapi aku rasa kalau letak kat aquarium tu sure banyak ikan yang lemas... he he he.

Tuesday, June 27, 2006 12:50:00 PM  
Blogger Angah said...

share stokin? eiiuuuwwwwwww. Cikgu tu pun satu.. awat tak cek dua belah kaki? hahahahaha

Tuesday, June 27, 2006 1:00:00 PM  
Blogger hamka said...

aku tak suka pakai stokin...
tak tahu kenapa,
bos aku selalu tegur...tapi aku memang tak suka pakai stokin..

Tuesday, June 27, 2006 1:05:00 PM  
Blogger Mme RoSsé said...

muahahahha...
ko tak pernah kantoi ke tunjuk kaki yang tak berstokin?

Tuesday, June 27, 2006 1:34:00 PM  
Blogger Kunci said...

Aku paling benci cuci stokin sekolah. Susah giler nak kasi dia putih balik...penat!

Tuesday, June 27, 2006 1:37:00 PM  
Blogger Unknown said...

hampeh betul. Boleh lepas lak tu tunjuk sebelah kaki jer...

Tuesday, June 27, 2006 1:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : kalau ada pun takper, sebab aku tak pernah pakai sebelah yg dia punya....aku pakai aku punya jer...masa beli dha bagi bagi dah...

angah : dah memang cikgu check cam tu..pepandai la..

hamka : sekarang aku pakai crocs, so takyah stokin...

rosse : diorang akan check masa assembly jer...so bersedia lah...

kunci : aku cuci masa form one jer, lepas tu hantar junior dobi...

yus : kita perlu bersedia dan cepat bertindak....

Tuesday, June 27, 2006 1:52:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

muahahaha..
ampeh!

Tuesday, June 27, 2006 2:45:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

astagafirullah halazim.. ini macam punya orang pun ada ka??? isshh..isshh.. isshh... tapi kalo pompuwan mesti tak boleh guna taktik nie. kenapa?? sendiri mau ingat...

Tuesday, June 27, 2006 3:40:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kalau tak pakai stokin, nak2 kasut kulit (cam ofismate kv yg suka tido kat surau) mmg boleh sakit kepala bau kaki dia masa nak solat. Sadis btol!!

Tuesday, June 27, 2006 3:46:00 PM  
Blogger oren said...

sungguh malang nasib junior ittew...

Tuesday, June 27, 2006 4:12:00 PM  
Blogger dugongsenyum said...

aku pun tak suka stokin, tali pinggang dan tie

Tuesday, June 27, 2006 4:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : bukan pembuli, tapi menggunakan ruang sepenuhnya....

MM : ampeh ker..

marlina : apsal pompuan takleh..?

KV : kau pijak jer kaki dia tu..pastu sembur ridsect...

oren : dia berada pada waktu yg tak sesuai....

dugong : dulu aku mcm tu la jugak....skrg ok sket...

Tuesday, June 27, 2006 5:04:00 PM  
Blogger Sastri said...

euwwww.... pakai satu pasang utk seminggu? ntah camana ntah baunya tu... sian bebudak junior yg kena basuh tu....

Tuesday, June 27, 2006 6:51:00 PM  
Blogger BooK said...

hik hik
ontah, kau memang penduduk hostel sejati la

Tuesday, June 27, 2006 11:27:00 PM  
Blogger KAMATO said...

os, ko memang pandai jimat

Wednesday, June 28, 2006 5:33:00 AM  
Blogger tuan tanah said...

apasal saya suka pakai stokin ek?
oh... sebab kaki tu aurat...

Wednesday, June 28, 2006 6:10:00 AM  
Blogger Unknown said...

basuh seminggu skali? xde bau ke OS?

Wednesday, June 28, 2006 12:06:00 PM  
Blogger zino said...

skrg pakai stoken tak ni.. hehe

Wednesday, June 28, 2006 10:43:00 PM  

Post a Comment

<< Home