`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Hantu Raya

Tuesday, June 06, 2006

Hantu Raya

Selak selak novel tahun 80an. Jibam. Tulisan Ujang. Aku terbaca beberapa baris babak perkelahian di warung lebai dolah. Berkisar tentang hantu raya.

Teringat satu kisah di kampung aku dulu. Seorang tua yg terkenal dgn kekuatan luar biasanya. Semua orang kampung berpendapat, dia bela hantu raya. Kononnya semua kerja yg dilakukan adalah hantu raya yg buat. Bukan dia.

Ada logiknya pendapat sekampung ni. Mana tidaknya, mengerjakan sawah dlm masa satu malam. Menerangkan hutan juga dlm masa satu malam. Kalau pun dia minum tongkat ali, atau makan tongkat ali sebagai ulam sekalipun, tak mungkin dia mampu.

Sebut sebut juga mengatakan, hantu raya hanya boleh menyerupai tuannya. Dan akan hanya bekerja dimalam hari. Logik la, hantu. Takkan buat kerja siang2 pulak.

Ada juga yg kata hantu raya suka makan telur. Sebab tu kalau orang yg suka sangat dgn telur digelar hantu raya. Mana betulnya, entahla.

Terfikir sejenak. Mungkinkah dalam bandar sebesar Kuala Lumpur ni. Ada yg memelihara hantu raya. Mungkin boleh disuruh mencuci kereta. Atau menjual nasi lemak. Atau pergi ke pejabat menggantikan tugas tuannya yg malas. Atau mungkin sekali sekala disuruh mengikut rombongan pengantin bertandang. Atau di saat demam Piala Dunia ni, mungkin boleh suruh dia pergi kerja, sebab tuannya bangun lewat.

Tak mustahil benda ni berlaku. Cuma kita tak terfikir tentangnya. Dan kalau berlaku, kita tak akan dapat bezakan antara hantu raya dgn tuannya.

Dan kalau kalau korang terserempak dgn seseorang yg sedang membeli belah di pasaraya kafu. Jgn mudah terpedaya. Mungkin itu hantu raya yg sedang membeli barang dapur utk tuannya.

18 Comments:

Blogger .:HalogamoRa:. said...

so what is tht suppose to mean? ko ada bela antu ghaye yek atau pelanduk dua serupa yang BP jumpa tuh? aku rasa....

Tuesday, June 06, 2006 12:43:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Ada gak novel Jibam tu dalam koleksi simpanan..

Bab-bab mistik ni Faza yg expert ni......

Pergh... hantu raya pun shopping kat Kafu ekk... ha ha ha...

Tuesday, June 06, 2006 12:44:00 PM  
Anonymous gitartong said...

Entah mana perginya koleksi saya itu. Lama sangat. hantu raya, pandai sorok2 barang?

Tuesday, June 06, 2006 1:12:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

halog : aku cuma ingatkan BP supaya lihat betul2....

BP : semalam aku jumpa ujang, mintak dia koleksi aca, dia kata dia pun ada 3 copy jer...hahaha aku nak satu...

GT : baik kau beli semula...kat gila2 ado laie tu...

Tuesday, June 06, 2006 1:15:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Apa nie citer citer pasal hantu nie. Tak elok pregnant lady baca.. hehheehhe!

Tuesday, June 06, 2006 2:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : ni cerita pasal pasaraya la...cuba baca betul2...tak caya tanya BP..

Tuesday, June 06, 2006 2:36:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Hikss...hantu raya pun shopping kat kafu yer?

Tuesday, June 06, 2006 3:03:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

KV : tuan dia suruh la...

Tuesday, June 06, 2006 4:14:00 PM  
Blogger Moon® said...

Boleh pinjam tak hantu raya tu sat... nak mintak dia jadi tukang masak ... hahahah

Tuesday, June 06, 2006 4:26:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : boleh, tapi kalau masak tak sedap aku tak tau la...

Tuesday, June 06, 2006 4:59:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

punya panjang ko bercerita pasal hantu raya rupa2nya ko nak terang yang kat pasaraya kafu tu bukan ko..sebenarnya hantu raya ko?!!Ontah!Ontah!

Tuesday, June 06, 2006 5:04:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : aku cuma kesiankan BP, mungkin dia tersilap orang...sebab aku cuma pergi beli drypers jer....sotong pun sikit jer, nak buat mee goreng....!!

Tuesday, June 06, 2006 5:11:00 PM  
Blogger blackpurple said...

OS: Tak nak mengaku tu... hehehe


pssss.. mana kau dapat t-shirt tu. Outstanding kaler dia... hehehe

Tuesday, June 06, 2006 5:42:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : aku memang suka kaler2 cam tu, lain dr orang semua..tu aku abru angkat jer, jersi holland utk WC tahun ni...

Wednesday, June 07, 2006 10:35:00 AM  
Blogger Lan Rambai said...

Menarik jugak kalau ada yg boleh ganti tempat aku gi kerja utk sebulan ni... emmmm

Wednesday, June 07, 2006 12:07:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lan : memang menarik, time world cup ni itu lah impian kau....

Wednesday, June 07, 2006 2:05:00 PM  
Anonymous fazamania said...

aku pun dah malas nak keje.. kalau ada hantu raya islam ... dah lama aku bela

Thursday, June 08, 2006 12:41:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

faza : hantu raya islam..? hahahhahah pertama kali aku dgr ni...

Thursday, June 08, 2006 3:39:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home