`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Hilang

Tuesday, June 13, 2006

Hilang

Dekat sebuah kampung. Agak jauh dari hiruk pikuk kenderaan. Hanya sebuah rumah yg terdekat. Yang lainnya jauh. Malam. Gelap gelita. Hanya kekadang suara emas cengkerik dan unggas kebun getah.

Sebelum kami sampai. Pelbagai anggapan dlm hati. Aku tak tahu apa yg akan aku hadapi. Bersediakah aku?

Dalam kereta. Kami dinasihatkan supaya tidak berkata apa2 yg boleh menyinggung perasaan. Perasaan yg boleh dilihat atau pun yg tak boleh dilihat. Katanya, bukan kita sahaja yg ada disana, ramai lagi.

Di halaman sebuah rumah tua. Tiada tangga batu. Tiada lampu putih. Kami datang kerana diperlukan. Agaknya. Mereka yg lain di atas.

Aku : Apa benda tu?
Dia : Jangan tegur lah, kau ni.
Aku : Apsal kita dibawah ni? Aku tak senang lah.
Dia : Baik disini lah, kat atas tu lagi tegang!
Aku : Eh hilang la, aku tak sedap hati ni... isk!
Dia : Dah setel, jom naik...

Tak lama. Benda tu hilang. Tuan rumah dah senyum. Kami balik.

14 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Petikan: Dia : Baik disini lah, kat atas tu lagi tegang!

Apa yang tegang OS.... musykil la.

Tuesday, June 13, 2006 6:05:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : tegang lawannya kendur.....tak ramai yg suka bila kendur, tapi tak semua orang nak tegang.....entah..aku hentam jer ni...

Tuesday, June 13, 2006 6:13:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

minat ya awak ngan citer2 misteri nusantara nih..saya? tak molah, serik dah..

Wednesday, June 14, 2006 12:38:00 AM  
Blogger KAMATO said...

masa ko balik, benda tu tak ikut sekali ke dalam keta?

Wednesday, June 14, 2006 6:58:00 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

erm.kau pergi saah satu umah staff ko ker?

Wednesday, June 14, 2006 8:23:00 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

waaaa....tegang,kendur, hilang..
apa tu ek..
misteri ke..
senget ke...

isk..rahsia sungguh entri kali ini..

Wednesday, June 14, 2006 9:06:00 AM  
Blogger rina said...

apa ni OS... buat aku tertanya2 jer..

Wednesday, June 14, 2006 9:16:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : misteri ker ni? ni cerita lama yg tetiba aku teringat bila dgr radio sinar...

kamato : rasanya dia takleh ikut balik, pasal keter dah penuh...

semut : aku sebenarnya tak tahu apa yg sebenarnya berlaku.. aku cuma ikut dan tgk jer...

tiara : biarlah rahsia...

rina : cerita ni sebenarnya tak seram pun...drama melayu biasa jer...

Wednesday, June 14, 2006 9:36:00 AM  
Blogger BooK said...

apakah?

Wednesday, June 14, 2006 9:45:00 AM  
Blogger oren said...

tak paham....blurr...

Wednesday, June 14, 2006 9:49:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

apakah yang tegang ittews?
*sambil jeling kat blackpurple*
ha...ha...ha...

Wednesday, June 14, 2006 10:01:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

book : cerita imbasan...

oren : jgn susah....tak penting pun...

cuaca : apsal ko jeling kat BP?...

Wednesday, June 14, 2006 10:27:00 AM  
Blogger Unknown said...

mmm...x phm la OS. cite x habis la..

Wednesday, June 14, 2006 11:46:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

halo : aku memang nak citer habis, tapi dah kena censored.....tinggal tu jer...

Wednesday, June 14, 2006 11:55:00 AM  

Post a Comment

<< Home