`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: February 2007

Monday, February 26, 2007

Chett...!!!

Jumaat lepas. Kami ke Masjid kampung baru. Suasana sebelum solat jumaat dekat sini memang meriah. Para peniaga sebuk berjualan seaakan pasar malam di tengah hari. Sempat pekena cendol pulut sambil memerhati gelagat para jemaah yang hadir.

Azan berkumandang, bergegas mengambil wuduk dan masuk menunaikan solat sunat. Penuh. Antara masjid yang paling ramai jemaahnya bersolat jumaat. Hanya dapat duduk berhampiran pintu kanan masjid.

Selesai azan, ramai yang bangun utk solat sunat. Aku mula merasa sedikit mangantuk. Biasa, setiap kali jumaat dimana mana masjid, mengantuk akan ada terasa. Tapi kali ini lain. Sangat mengantuk. 5 minit khutbah, aku keluar ambik wuduk lagi, dgn harapan akan hilang mengantuk tadi.

Selang 10 minit, aku keluar lagi. Mengantuk tak hilang jugak. Hampir tamat khutbah seklai lagi aku berwuduk. Dahsyat mengantuk solat jumaat kali ini.


*****


Selesai solat aku terus keluar ke kereta. Betul betul tak tahan mata ini.

Dia : Kau ni, lainkali berak jer lah kalau tak tahan tu. Asik kentut jer.. hahahah...
Aku : Chett....!! aku mengantuk lah....!

Labels:

Wednesday, February 21, 2007

Ziarah Jumaat - Kota Kuala Linggi



16 Feb 2007. Seperti yang telah dirancangkan, aku diajak untuk bersolat jumaat di masjid Kampung Kota Kuala Linggi, Melaka.

Dalam sesi ziarah kali ini, agak berbeza dari yang sebelumnya. Sebelum aku mula menekan padel minyak, aku disuruh menanam niat. "..untuk pergi menunaikan solat jumaat dan menghadiri perhimpunan jemaah jemaah islam di melaka..". Selesai berniat,kami bertolak dari Pandan Indah pada jam 11.30 pagi.

Tiba di tol Pedas Linggi tepat jam 12.30 tgh. Perjalanan menyusuri ladang kelapa sawit memakan lagi 45 minit untuk kami sampai ke Kota Kuala Linggi.

Masjid Kampung Kota Kuala Linggi terletak berhampiran dgn muara sungai Linggi. Terdapat satu Kota lama betul betul dipintu masuk sungai Linggi. Kota Supai.


Dah alang2 sampai, kami meluangkan sedikit masa selepas solat jumaat, melawat peninggalan Kota Supai. Seperti biasa, pembinaan kota kota dimalaysia banyak berlaku dimasa perang menentang Belanda. Contohnya Kota Melaka dan Kota Melawati.


Mengikut sejarahnya, Kota Supai atau Kota Filipina ini dibina sekitar tahun 1757 iaitu selepas perang besar antara orang Belanda dan Bugis. Perang merebut penguasaan bijih timah.

Tamat perang pada tahun tersebut, mereka membina Kota ini untuk tujuan memungut cukai bagi setiap kapal yang melalui Sungai Linggi dan Sungai Rembau. Namun apa yang tinggal hanya semak samun dan beberapa couple' yang merendek tepi tepi pantai dibalik batu batu Kota Supai ini.Keadaan tidak berjaga dan hanya diletakkan tanda dilarang masuk.





* Sekian pelajaran sejarah kali ini.

Labels:

Wednesday, February 14, 2007

R & R Lanchang


Bertolak dari Kuantan hampir jam 6 petang. Aku ambik keputusan melelapkan mata sekejap. Letih betul badan, dengan selsema pulak tu. Lagi pun bukan aku yang memandu.

Terjaga bila kereta berhenti di sebuah kawasan rehat lebuhraya. Kata mereka mahu solat maghrib dahulu, sebelum menyambung perjalanan.

Aku turun. Terus ke tandas untuk menunaikan hajat dulu. Bersih. Maklumlah lebuhraya baru siap.

Masuk sahaja disurau. Mereka sudah selesai solat. Aku masuk dan berwuduk.


Rakaat pertama sembahyang, terasa sejuk badan. Mungkin akan demam aku nanti. Masuk rakaat kedua, terasa bahu ditepuk. Segera bertukar niat sebagai imam, aku kuatkan suara dgn bacaan surah.

Selesai memberi salam dirakaat terakhir. Aku alihkan sedikit kedudukan ke kiri memberi sedikit ruang untuk makmum menyambung solatnya. Tapi apa yang aku sedar tak ada siapa.


Siapa la buat lawak tepuk bahu aku tadi...?



********



Adush... Maluss... tak pasal pasal mereka diluar menuduh aku nak tunjuk power baca surah kuat kuat.


Thursday, February 08, 2007

Empat campur Tiga



Terserempak dengan kawan lama di Pasar Seni.



Lama tak jumpa Mat Le (baca mat lair). Dia masih macam dulu, jam di pergelangan tangan kanan, kaki seluar pasti berlipat. Kami borak panjang.



Dulu masa sekolah dia sering jadi bahan ketawa. Slang Kelantan dia tak boleh diubah. Lagi dicuba lagi parah bunyinya.







"Berapa umur anak mu?"



"Enam..!!"







Lama sedikit aku tanya lagi. "Jam mu pukul berapa dah..?"



"Tiga... Dua Puluh Enam.." sambil tersenyum...







"Empat campur Tiga berapa ..?"



"Ha ha.. Ha ha..." Dia gelak kuat.... "Tujoss..!!"









Sampai sekarang dia tak boleh sebut Tujuh....






Tuesday, February 06, 2007

Maki Makian Untuk Mereka



*Dulu

Masa dalam perjalanan balik kampung. Di jalan raya sesekali ternampak bangkai kura kura dilanggar kereta. Hancur ditengah jalan raya. Atau kadang kadang terjumpa bangkai ular atau biawak besar.





*Kemudian

Bila di bandar. Berjaring jaring lebuhraya. Sesekali terjumpa bangkai kucing atau anjing dilanggar kereta atau lori yang tak pernah lekang menghuni jalan raya.





*Sekarang

Berjalan di bawah Flat. Akan terjumpa mayat bayi yang hampir busuk dibuang orang.





*Esok..?





Friday, February 02, 2007

Sepatutnya ...?




Mereka : Kenapa lepas air empangan? Kan dah banjir, kami tak pernah kena banjir tau...!


Dia : Memang setiap tahun kita akan lepas air. Dan ini secara berjadual. Cuma tahun ini air terlalu banyak, kena lepas juga. Kalau tak lepas, kemungkinan besar empangan akan pecah..!


Antara Mereka : Bukan masalah lepas air tu, kalau tak lepas air lagi bahaya. Yang penting sekarang, sungai semakin cetek. Sepatutnya ada yang lihat masalah ini.





*suka memancing kat empangan...