`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: R & R Lanchang

Wednesday, February 14, 2007

R & R Lanchang


Bertolak dari Kuantan hampir jam 6 petang. Aku ambik keputusan melelapkan mata sekejap. Letih betul badan, dengan selsema pulak tu. Lagi pun bukan aku yang memandu.

Terjaga bila kereta berhenti di sebuah kawasan rehat lebuhraya. Kata mereka mahu solat maghrib dahulu, sebelum menyambung perjalanan.

Aku turun. Terus ke tandas untuk menunaikan hajat dulu. Bersih. Maklumlah lebuhraya baru siap.

Masuk sahaja disurau. Mereka sudah selesai solat. Aku masuk dan berwuduk.


Rakaat pertama sembahyang, terasa sejuk badan. Mungkin akan demam aku nanti. Masuk rakaat kedua, terasa bahu ditepuk. Segera bertukar niat sebagai imam, aku kuatkan suara dgn bacaan surah.

Selesai memberi salam dirakaat terakhir. Aku alihkan sedikit kedudukan ke kiri memberi sedikit ruang untuk makmum menyambung solatnya. Tapi apa yang aku sedar tak ada siapa.


Siapa la buat lawak tepuk bahu aku tadi...?



********



Adush... Maluss... tak pasal pasal mereka diluar menuduh aku nak tunjuk power baca surah kuat kuat.


10 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

alhamdulillah..... engko selamat!

Wednesday, February 14, 2007 5:27:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

haha..sape lah kacau ko tgh solat ekk.haha..takpun,makmum tu abih awal dari ngko.hehe..

Wednesday, February 14, 2007 5:40:00 PM  
Blogger zino said...

alhamdullilah...

ada jin jin islam yg ikut jadi makmum tu.. nasib baik kau tak dengar bergema amin dari belakang..

Wednesday, February 14, 2007 8:32:00 PM  
Blogger Unknown said...

rasanya makmum sakit perut x sempat abis tu.. ha ha

Thursday, February 15, 2007 8:37:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

Syukur...

Thursday, February 15, 2007 8:40:00 AM  
Blogger 13may said...

Alhamdulillah....
bukan senang dapat pengalaman camtu:)

Thursday, February 15, 2007 12:26:00 PM  
Blogger DeeN said...

apa salahnya ko jadik imam utk 'diorang', lepas nih confirm 'diorang' jadikkan ko menantu hehehe...

*pengalaman yg tidak menakutkan. cuma ia buatkan ko berfikir dan terus berfikir

Thursday, February 15, 2007 1:41:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ha ha jin islam kot?

Friday, February 16, 2007 3:00:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

makmum tu terkentut la tu

Friday, February 16, 2007 5:04:00 PM  
Blogger KAMATO said...

Bukan semua orang boleh dapat pengalaman macam tu, jin ni pun pilih2 sapa yang dia nak kacau... hehe, tapi itu memang jin baik punya

Monday, February 19, 2007 12:21:00 AM  

Post a Comment

<< Home